Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TAJUK:

APLIKASI MAQASID SYARIAH MENJAGA


NYAWA DALAM MENDEPANI COVID-19

NUR HAYANI BINTI AZLAN 2022489178 PEM1103D2


NUR QASDINA BINTI
2022482284 PEM1103D1
HASHAN
ARIF FARHAN BIN SAIDAN 2022483746 PEM1103D1
SITI NURHIDAYAH
2022454398 PEM1103D2
ZAINUDDIN

Kertas Kerja ini dikemukakan


bagi memenuhi keperluan kursus
CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

SESI OKTOBER 2023 - FEBRUARI 2024

PENSYARAH:
USTAZ HISYAM BIN RADZI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
(ACIS)

i of 26
DEKLARASI PENULIS

“Kami mengakui bahawa kertas kerja ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan
oleh kami sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
kami jelaskan akan sumber-sumbernya.”

NAMA NOM. KUMPULAN TANDATANGAN


PELAJAR
NUR HAYANI BINTI 2022489178 PEM1103D2
AZLAN
NUR QASDINA BINTI 2022482284 PEM1103D1
HASHAN
ARIF FARHAN BIN 2022483746 PEM1103D1
SAIDAN
SITI NURHIDAYAH 2022454398 PEM1103D2
ZAINUDDIN

Tarikh:

TANDATANGAN PENSYARAH

…………………………………………..
HISYAM BIN RADZI

ii of 26
iii of 26
PEMARKAHAN

PEMETAAN PENJAJARAN KONSTRUKTIF-PELAPORAN


BERTULIS:CLO2 PLO3
BIL KRITERIA MARKAH ESEI MARKAH MARKAH
PENUH DIPEROLEHI
1 Pengenalan (Penyataan Masalah, 2
Objektif)
2 Susunan Isi/Idea (Kajian Literatur) 4
3 Analisa & Perbincangan
• Metodologi Kajian (4 markah) 12
• Perbincangan (4 markah)
• Dapatan (4 markah)
4 Rumusan dan Kesimpulan 4
7 Etika Penulisan 4
8 Bibliografi/Rujukan 4
JUMLAH 30

ii of 26
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan
kerja kursus bagi kod kursus CTU211 ini dalam jangka masa yang
ditetapkan.Terlebih dahulu, kami hendak mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ustaz Hisyam bin Mohd Radzi bagi kod kursus CTU211. Beliau telah
membantu kami menyiapkan kerja kursus dengan membimbing kami mencari
maklumat yang sahih.

Seterusnya, kami juga hendak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa kami yang telah banyak membantu kami dari segi kemudahan
seperti laptop dan tablet. Kami juga menerima sokongan dari ibu bapa kami yang
telah memberi pandangan mereka terhadap isu yang timbul di akhir kerja kursus
ini. Kami amat menghargai jasa ibu bapa kami kerana kami berjaya menyiapkan
tugasan ini dengan mudah dan lancar.

Akhir sekali, kami mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh kerja kursus kami.
Tanpa pertolongan dari semua pihak yang terlibat di atas, kami tidak dapat
menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang dijanjikan. Sekali lagi, kami
ucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat.

3 of 26
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1 Pengenalan (Objektif Kajian) 8-9
2 Kajian Literatur 10-14
3 Analisa & Perbincangan
• Metodologi Kajian (4 markah) 15-21
• Perbincangan (4 markah)
• Dapatan (4 markah)
4 Kesimpulan 22
5 Bibliografi/Rujukan 23

4 of 26
BAB 1
PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
Pada Disember 2019, satu dunia telah dikejutkan dengan satu wabak yang
amatlah tidak asing lagi di telinga seluruh masyarakat di dunia iaitu corona virus atau
lebih dikenali sebagai Covid-19. Covid-19 ini merupakan penyakit berjangkit yang
berpunca dari virus corona yang baru ditemui dan kes pertama pernyakit ini dilaporkan
berlaku di Wuhan, Cina. Antara simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering
dan keletihan. Menurut Universiti Putra Malaysia penyakit ini juga berisiko tinggi untuk
dijangkiti seseorang yang mempunyai masalah kesihatan seperti sesak nafas, sakit
jantung , kanser dan sebagainya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan
seramai 5 juta penduduk yang positif penyakit berbahaya ini. Covid-19 ini merebak
melalui transmisi zarah yang berada di udara dan sentuhan antara masyarakat. Mereka
mudah dijangkiti dengan penyakit ini sekiranya berada berdekatan dengan salah satu
pesakit yang mempunyai simptom Covid-19 ini. Akibat penularan covid-19, negara kita
mengalami huru-hara dan banyak krisis yang berlaku sehingga menyebabkan
masyarakat panik. Covid-19 banyak memberi impak negatif kepada setiap sektor negara
dan kehidupan masyarakat.

Antaranya, Covid-19 ini menyebabkan ekonomi negara jatuh. Akibat wabak ini,
kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk
menghadkan pergerakan masyarakat demi mengurangkan kadar pertambahan
masyarakat yang positif covid-19. Antara sektor yang paling terkesan ialah sektor
pelancongan. Pelancongan merupakan sektor yang besar dan banyak menjana ekonomi
negara kita dan setelah larangan perintah kawalan pergerakan ini dilaksanakan ia
menyebabkan pendapatan setiap industri perhotelan, pelancongan, penerbangan dan
perkhidmatan pelancongan semakin merosot. Masyarakat yang bekerja di sektor ini juga

5 of 26
mengalami kesan yang amat buruk kerana mereka terpaksa dibuang pekerjaan mereka
disebabkan tiada untung untuk membayar gaji pekerja. Pembuangan pekerja bukanlah
satu keputusan mudah dibuat oleh majikan. Justeru, MEF sentiasa menasihati majikan
supaya langkah tersebut dibuat sebagai pilihan terakhir (Shamsuddin,2019).

Selain itu, Covid-19 juga telah menjejaskan sistem pendidikan negara kita. PKP
yang telah dilaksanakan itu telah memberikan implikasi terhadap penutupan institusi
pendidikan seperti sekolah dan universiti demi membendung penularan wabak
Coronavirus (COVID-19) daripada terus menular dalam kalangan masyarakat sehingga
akhirnya mampu menjangkiti mereka. (Azman, 2021). Akibat pandemik Kerajaan
terpaksa menangguhkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar dijangkiti virus dan
telah melaksanakan proses pembelajaran secara talian. Namun begitu, perubahan
medium pengajaran ini kurang berkesan dan banyak isu timbul seperti pelajar tidur dan
melewatkan kelas. Bukan itu sahaja, isu ekonomi sesetengah pelajar yang tidak
berkemampuan untuk memiliki laptop atau telefon pintar juga membimbangkan.
Kesannya, ia menjejaskan pembelajaran dan masyarakat tidak dapat berdaya saing
dengan orang luar.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengaplikasikan maqasid dalam diri


supaya dapat menjaga nyawa dalam mendepani pandemik Covid-19. Hal ini penting
agar masyarakat awam dan agamawan memahami disiplin sebenar dalam berinteraksi
dengan ibadah ketika wabak pandemik Covid-19 ini, serta menangkis dakwaan jahat
dan fitnah yang dilemparkan.Oleh itu, kedaulatan dan keselamatan negara mahupun
penduduk dapat dijamin.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Antara objektif kajian adalah:

1. Menerangkan maksud Maqasid Syariah.


2. Mengenal pasti inisiatif untuk menangani Covid-19.

6 of 26
BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.0 ULASAN LITERATUR


PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT (COVID-19) , KESAN DAN HIKMAHNYA
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (2020)

Pada era globalisasi ini, makin banyak perkembangan yang berlaku dari segi
sains dan teknologi. Bidang perubatan juga tidak ketinggalan dan makin banyak
penemuan yang ditemui hari demi hari. Namun, menjelang akhir tahun 2019 di Wuhan,
China, terdapat virus yang amat bahaya dan menyebabkan banyak nyawa yang
melayang. Virus yang dikenali sebagai COVID-19 tersebar di seluruh dunia
menyebabkan manusia perlu dikuarantinkan untuk meminimumkan kehilangan nyawa.

Surah al-Baqarah ayat 195

Maksudnya:... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan.

Terdapat ramai umat Islam yang terkesan dengan kejadian ini sehinggakan

mereka perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang selari dengan ajaran Islam.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Shafiza Safie dari UiTM Kelantan, telah
dibuktikan bahawa sumber Islam ialah sumber yang sempurna dan menyeluruh untuk
umatnya mengikut ajaran tersebut. Aspek kesihatan juga termasuk supaya manusia
dapat menghadapi wabak penyakit seperti COVID-19.

7 of 26
Maksudnya: Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka
janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Dan apabila kamu berada di dalam
kawasan yang terdapat padanya taun, janganlah kamu keluar daripadanya.

Ternyata jelas bahawa Islam menganjurkan umatnya untuk mengelakkan diri dari

kemudharatan dan melarang umatnya daripada mendekatkan diri dari tempat yang
dijangkiti wabak penyakit. Hal ini demikian kerana ini sebagai langkah awal supaya
penularan berlaku dalam kadar yang rendah. Selain itu, bagi yang terjangkit denagn
wabak tidak boleh keluar dari kawasan tersebut sehinggalah wabak tersebut sudah reda
supaya penularan secara besar-besaran berlaku.

‫ال عدوى و ال طيرة‬

Maksudnya: “Tidak ada penyakit menular dan tidak ada thiyarah.”

‫فر من المجذوم فرارك من االسد‬

Maksudnya: “Larilah dari orang yang berpenyakit kusta sebagaimana larimu dari singa.”

Tambahan pula, berdasarkan dua hadis tersebut, dimana hadis pertama

menyatakan bahawa tiada penyakit yang menular sedangkan hadis kedua pula
menyatakan bahawa manusia perlu lari dari penyakit sebagaimana mereka lari dari singa
(Muhammad Mukhlis & Zulkifli Yusoff ,2015). Para ulama menyatukan kedua hadis
tersebut dengan asasnya iaitu penyakit ini tidak menular tanpa izin Allah SWT dan
manusia perlu menjaga diri dari wabak penyakit. Terbuktilah bahawa manusia perlu
mengelakkan diri dari kebinasaan sesuatu penyakit. Oleh sebab yang demikian, Perintah
Kawalan Pergerakan(PKP) diadakan dan segala ibadah yang melibatkan ramai orang
tidak perlu dijalankan seperti solat berjemaah dan solat jumaat. Jika wabak tersebut
merebak, maka ianya kerana ketentuan tuhan dan bukan semata-mata disebabkan oleh
penyakit tersebut.

8 of 26
KAWALAN PENULARAN WABAK MERBAHAYA MENURUT PERSPEKTIF SIASAH
SYAR’IIYYAH(2020)

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mohd Hapiz Mahaiyadin dan Zakiah
Samori yang bertajuk Kawalan Penularan Wabak Merbahaya Menurut Perspektif Siasah
Syariah. Dapat melihat tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menangani
wabak covid-19 sepanjang pandemik serta sejarah wabak penyakit dalam sejarah Islam.
Kajian ini menceritakan bahawa terdapat banyak kes penularan wabak penyakit yang
belaku serta cara mereka mengatasinya masalah ini dan perkara ini bukanlah sesuatu
perkara yang baharu. Contohnya Ibn Qutaybah (1996) melaporkan antara wabak besar
yang pernah melanda umat Islam ialah taun Amawas (18 H/693M), taun al-Jarif (69 H /
688 M), taun Fatayat atau al-Ashraf (87H /705 M), taun Adiy bin Arta’ah (100 H), taun
Ghurab (127 H) dan taun Muslim bin Qutaybah (131 H/748M) ( Mohd Hapiz Mahaiyadini
& Zakiah Samoriii, 2020). Langkah kerajaan bagi mengelakkan daripada penyebaran
Covid-19 yang berlaku sepanjang 2020 hingga 2021 ialah pihak kerajaan menjalankan
penjarakan sosial serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Salah satu contoh yang
dilakukan oleh kerajaan ialah menagguhkan segala aktiviti-aktiviti masjid seperti Solat
Jumaat serta Solat Berjemaah yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Muzakarah
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Bukan itu sahaja, kajian ini
juga menceritakan asas-asas syariah bagi menghadapai wabak yang boleh
mendatangkan maut seperti Covid-19 ini iaitu pensyariatan hukumnya ialah memberikan
keringanan (taysir) dan menolak pelbagai elemen yang mendatangkan kesusahan (raf’
al-harj) ( Mohd Hapiz Mahaiyadini & Zakiah Samoriii, 2020). Justeru itu, artikel ini
menepati kajian yang dilakukan mengenai Aplikasi Maqasid Syariah bagi menjaga nyawa
dalam mendepani pandemik Covid-19 iaitu maqasid hifz al-nafs.

9 of 26
FATWA-FATWA TERKINI BERKAITAN PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN
SOLAT BERJEMAAH(2020)

Di samping itu, penularan covid-19 mencetuskan banyak isu yang dapat

menjejaskan ibadah masyarakat. Semasa mensyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Mac
2020,terdapat persetujuan yang diputuskan oleh semua pihak untuk menangguhkan
solat berjemaah dan solat jumaat .Hal ini dilaksanakan supaya dapat membendung
penularan covid-19. Di Samping itu, Pihak Haiah Kibar Ulama’ Al-Azhar Al-Syarif
mengingatkan orang awam berkaitan tiga perkara penting iaitu :

• Pertama: Wajib melaungkan azan pada setiap waktu solat di masjid-masjid pada
situasi dihentikan solat Jumaat dan solat berjemaah, dan harus juga bagi muazzin
untuk menyebutkan pada setiap azan, “‫صلُّوا فِي بُيُوتِ ُكم‬
َ ”.

• Kedua: Bagi setiap ahli rumah yang hidup bersama, teruskanlah solat berjemaah
seperti biasa di rumah - kerana tidak semestinya solat berjemaah itu dilakukan di
masjid, sehinggalah ditamatkan sekatan, InshaAllah.

• Ketiga: Adalah menjadi satu kewajipan syarak ke atas setiap warganegara untuk
mematuhi arahan, panduan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan untuk mengekang penularan virus ini dan menghapuskannya.

Keadaan ini banyak membimbangkan semua masyarkat. Terdapat sesetengah

masyarakat yang ingkar dengan arahan tersebut dan memilih untuk meneruskan solat
berjemaah secara beramai-ramai. Sebagai masyarakt yang prihatin kita seharusnya
mematuhi setiap arahan yang dikeluaran supaya dapat membantu membendung
masalah ini. Menurut Al-Bayan Siri 10. 2021, pertambahan bilangan jangkitan Covid-19
yang begitu mendadak dan sekiranya tidak diambil suatu langkah pembendungan secara
tegas maka sudah pasti ianya lebih menyukarkan untuk dibendung. Oleh itu, kita harus
sentiasa menjaga diri supaya dapat membantu antara satu sama lain membendung
covid-19.

10 of 26
PANDEMIK COVID-19 DAN CABARAN PEMELIHARAAN LIMA PRINSIP MAQASID
SYARIAH (AZRINA BINTI SOBIAN, 5 APRIL 2021)

Malaysia mencatatkan 344,018 kes jangkitan COVID-19 dan 1,256 kematian

setakat 30 Mac 2021. Sejak pandemik ini bermula, semua orang telah berhadapan
dengan pelbagai masalah dari segi ekonomi, sosial, politik, kesihatan dan lain-lain.

Jika ditelusuri, pandemik serta cabarannya itu boleh menggugat pemeliharaan

lima prinsip Maqasid Syaria’ah. Secara amnya, Maqasid Syari’ah ialah matlamat yang
ingin dicapai oleh syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum untuk menjamin
kemaslahatan masyarakat. Maqasid Syariah bertujuan untuk memelihara lima perkara
iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta untuk mengekalkan maslahah dan
menghalang mafsadah (kerosakan).

Pandemik ini turut mencabar pemeliharaan nyawa. Ini adalah jelas kerana virus

COVID-19 boleh mengancam nyawa manusia hingga membawa kematian. Kerajaan


Malaysia telah mempraktikkan pelbagai usaha seperti memperkenalkan Standard
Operating Procedure (SOP), mewujudkan kemudahan kesihatan seperti pusat kuarantin
dan hospital, menyediakan maklumat yang tepat, pemberian vaksib dan sebagainya.
Semua usaha ini dilakukan untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Walau bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjaya jika masyarakat tidak

mempercayainya. Namun, sebilangan kecil masyarakat yang meragui usaha tersebut.


Keraguan ini timbul kerana mereka tidak mendapat maklumat yang betul berkaitannya,
Situasi “tsunami maklumat” yang berlaku menimbulkan kebingungan dalam kalangan
masyarakat sehingga ia memberi kesan kepada cara mereka bertindak yang
menyebabkan mereka menolak beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu,
mendapatkan maklumat yang betul adalah penting. Dalam islam, perkara ini adalah satu
keperluan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat ke-6 surah al-Hujurat, setiap orang yang
beragama Islam harus bertabayyun yang bermaksud mencari maklumat dengan teliti.

11 of 26
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kajian Tinjauan


3.2 Kajian Perpustakaan

Antara meteodologi kajian yang kami gunakan ialah melalui kaedah soal selidik
kepada para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta orang awam. Kaedah yang
kami jalankan adalah melalui cara atas talian iaitu menggunakan platfom ’Google Form’
untuk mendapatkan data tentang Aplikasi Maqasid Syariah bagi melindungi nyawa ketika
pandemik Covid-19. Kami menjalankan tinnjauan ini bagi menijau pendapat orang awa
tentang perkara ini.

Selain itu, kami juga menggunakan kaedah kajian perpustakaan bagi

mendapatkan data yang lebih jitu. Kaedah ini sering digunakan bagi mendapatkan
maklumat berbanding dengan kaedah temu bual kerana lebih dipercayai. Kami mencari
artikel-artikel serta journal yang boleh dikaitkan dengan kajian yang kami inginkan. Hal
ini juga dapat mengukuhkan lagi kajian kami dengan melakukan penyelidikan daripada
kajian- kajian lepas yang telah diterbitkan.

12 of 26
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, terdapat 12 responden yang menjawab dan

kami mendapat analisis umur responden. Julat umur yang paling tinggi adalah 75 peratus
di mana umur responden adalah dari 18 tahun hingga 20 tahun. Julat kedua tertinggi
ialah 16.7% diamana umur responden adalah 21 tahun hingga 30 tahun. Selebihnya,
terdapat 8.3 peratus berumur 30 tahun ke atas.

Soalan yang disediakan adalah maksud Maqasid Syariah yang diambil


untuk menjaga nyawa dari pandemik Covid-19. Apabila ditanya jika mereka
mengetahui apa itu Maqasid Syariah majoriti daripada responden menjawab tidak.
Hal ini demikian kerana Maqasid Syariah merupakan perkara yang tidak umum
dan tidak diajar di peringkat sekolah.

Seterusnya, terdapat juga golongan yang mengetahui apa itu Maqasid


Syariah dan menjawab apakah Maqasid Syariah. Mengikut daripada jawapan
yang diberi oleh 7 responden , terdapat jawapan yang tepat iaitu Maqasid Syariah
ialah tujuan atau makna yang mesti diusahakan untuk mencapai matlamat.

13 of 26
Selain itu, soalan yang ditanya ialah tiga langkah yang dilakukan bagi menjaga
nyawa ketika pandemik dan dijawab oleh kesemua responden. Terdapat juga jawapan
yang diberi sama seperti mengikut perintah kawalan pergerakan, memakai pelitup muka,
menjaga jarak serta menjaga kebersihan diri. Terdapat juga yang menjawab yang lain
daripada yang lain seperti mendekatkan diri dengan Allah serta sentiasa berfikir positif.
Hal ini menujukkan bahawa walaupun majoriti tidak mengetahui apa itu Maqasid Syariah
tapi mereka mengetahui apakah langkah yang dijalankan bagi menjaga nyawa.

14 of 26
BAB 4
PERBINCANGAN & DAPATAN KAJIAN

4.0 PERBINCANGAN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa agama Islam menjaga umat-umatnya

daripada kebinasaan seperti penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana populasi akan
berkurang malah pupus jika pencegahan tidak dilakukan. Disebabkan semua manusia
mengambil tindakan mengikuti norma baharu, kematian dari penyakit Covid-19 dapat
diminimumkan sebaik mungkin. Setakat ini, mangsa kematian Covid-19 tidak melebihi 7
juta. Selain itu, Islam juga menghalang manusia untuk sengaja mencari kebinasaan. Di
samping itu, kita sebagai umat Islam diberikan kelonggaran untuk tidak menjalankan solat
Jumaat kerana penyakit seperti Covid-19 mempunyai potensi untuk memberi impak yang
binasa kepada dunia. Tambahan pula, kita dapat melihat impak Covid-19 tersebut seperti
kejatuhan ekonomi negara, inflasi , pengurangan populasi , kehilangan pekerjaan , dan
sebagainya. Justeru, amatlah penting untuk kita, sebagai manusia , menggunakan akal
untuk mencegah diri dari kebinasaan supaya dunia dapat menjadi aman dan harmoni.

Seterusnya, kajian yang dijalankan kita dapati ketika pandemik Covid-19 aplikasi

maqasid syariah iaitu hifz an-nafs diaplikasikan sebagai contoh ketika Solat Jumaat di
masjid beramai- ramai. Pihak kerajaan Malaysia telah menghentikan segala aktiviti di
masjid yang memerlukan orang awam untuk berkumpul. Hal ini menyebabkan ada
sesetengah pihak yang mempertikaikan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku
kerana mengikiut Mazhab Syafie hukum menjalankan Solat Jumaat mestilah dilakukan
di Masjid yang berjemaahkan 40 orang. Namun begitu penghentian aktiviti ni adalah
wajar dan tepat dengan maqasid syariah untuk menjaga nyama kerana jika perkara ini
diteruskan kemungkinan untuk wabak ini berleluasa lebih meluas dan menyebabkan lebih

15 of 26
banyak kadar kematian meningkat secara mendadak. Misalnya dalam al-quran telah
dinyatakan seperti berikut :

“Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa


Mengasihani kamu.” (Al-Quran. Al-Nisa’ 4: 29) .

Oleh itu, wajarlah aktiviti Solat Jumaat ditangguhkan sepanjang pandemik bagi
memelihara nyawa berdasarkan maqasid syariah hifz an- nafs.

Di samping itu, kerajaan mengaplikasikan maqasid syariah dengan


melaksanakan perintah kawalan pergerakan(PKP) yang bertujuan untuk mengurangkan
kematian dan penularan covid-19.(Tan Sri Muhyiddin Yassin,2020). Walaupun ia
memberi banyak impak negatif dari segi ekonomi dan kehidupan masyarakat,ia
haruslah terus dipraktikkan demi menjaga diri supaya tidak terjebak dengan jangkitan
covid-19.PKP ini juga banyak memberi manfaat seperti contoh kita dapat meluangkan
lebih banyak masa bersama ahli keluarga.Oleh itu sebagai masyarakat yang
prihatin ,kita seharusnya menitikberatkan sesuatu perintah yang telah dilaksanakan dan
tidak mementingkan diri. Hal ini supaya kita dapat menjaga nyawa dan tidak
memudaratkan diri sendiri dan ahli keluarga.

Terdapat beberapa kajian telah dilakukan mengenai cara menggunakan


Maqasid Syariah untuk menyelamatkan nyawa semasa menghadapi pandemik COVID-
19. Kajian ini menunjukkan bahawa kajian yang telah dikaji menyediakan asas yang
kukuh untuk memahami konsep Maqasid Syariah dan peranannya dalam aspek krisis
kesihatan seperti pandemik.

Antaranya, kajian menunjukkan bahawa hifzh al-nafs yang bermaksud


perlindungan nyawa adalah salah satu prinsip utama Maqasid Syariah. Dalam usaha
untuk memelihara dan melindungi nyawa manusia, beberapa langkah pencegahan,

16 of 26
peraturan yang ditetapkan dan strategi vaksinasi yang diilhami oleh nilai Islam boleh
dilaksanakan.

Selain itu, kajian literatur menunjukkan bagaimana konsep Islam


seperti ukhuwah (persaudaraan) boleh digunakan sebagai dasar untuk usaha bersama
dalam menangani pandemik. Nilai-nilai moral Islam dapat membentuk asas yang kukuh
jika individu, masyarakat dan pemerintah yang diarahkan berganding bahu dalam
menghadapi tentangan kesihatan global.

Seterusnya, seperti yang ditunjukkan oleh beberapa sumber literatur


yang berkaitan, pendekatan Maqasid Syariah tidak hanya bersifat teori tetapi juga boleh
digunakan dalam aspek kesihatan dan tindakan yang sewajarnya untuk melindungi
nyawa manusia. Sebagai contoh, aplikasi Maqasid Syariah dalam konteks pandemik
ditunjukkan melalui pelaksanaan program vaksinasi berdasarkan prinsip etika Islam.

Sebagai kesimpulan, kajian literatur ini meningkatkan pemahaman kita


tentang cara konsep Maqasid Syariah boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa
semasa pandemik COVID-19. Dengan mengambil kira prinsip etika Islam, kerjasama,
dan prinsip kesihatan, pelaksanaan Maqasid Syariah boleh menjadi garis panduan yang
cekap untuk menangani isu kesihatan ini. Namun begitu, penelititian tambahan
diperlukan untuk meningkatkan pemahaman dan memastikan usaha ini berkesan untuk
kebaikan masyarakat.

17 of 26
4.1 MENERANGKAN MAKSUD MAQASID SYARIAH

Seperti yang diketahui,setiap masyarakat mempunyai pendapat masing


masing mengenai maqasid syariah ini.Kumpulan kami telah membuat pertanyaan
kepada pelajar UITM permatang pauh bagi mengetahui cadangan pelajar berkenaan
aplikaai maqasid syariah dalam mendepani covid 19 melalui Google form.Kumpulan kami
juga mencari maklumat di beberapa laman sesawang yang telah disediakan.Hal ini
membolehkan dapatan kajian dan perbincangan kami berjalan lebih lancar.

Antara pertanyaan kami adalah maksud maqasid syariah. Kami menyediakan


ruang jawapan kepada pelajar untuk berkongsi pendapat mereka.Selain itu,kumpulan
kami juga membuat pertanyaan berkenaan langkah utama yang patut dilakukan bagi
mencegah jangkitan covid19.

Justeru,kumpulan kami juga membuat kajian melalui pencarian di beberapa laman


sesawang bagi melengkapkan kajian.Daripada kajian yang dilaksanakan kami dapati,
maqasid syariah ditetapkan mengikut rukun-rukun kehidupan manusia yang wajib dijaga
ialah agama, nyawa,akal, keturunan dan harta. Dalam isu menghadapi covid-19, pelbagai
langkah telah dilaksanakan dengan berpegangkan ajaran islam yang sebenar tanpa
melampau.Ia juga melambangkan kewajipan untuk mempertahankan nyawa sendiri,
keluarga dan semua ahli masyarakat lain, seperti yang diarahkan oleh al-Quran, yang
melarang memusnahkan diri sendiri atau orang lain.

Kesimpulannya,kesemua impak negatif yang disumbangkan adalah disebabkan


diri kita sendiri yang mementingkan diri sendiri serta tidak bertanggungjawab.Hal ini
kerana aplikasi maqasid syariah bagi tujuan untuk menjaga nyawa tidak diterapkan dalam
diri.

18 of 26
4.2 Mengenal pasti inisiatif untuk menangani Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini telah mewujudkan

pelbagai tentangan dan masalah yang serius bagi masyarakat global. Inisiatif untuk
menangani Covid-19 amat penting dalam melindungi kesihatan masyarakat,
meminimumkan penyebaran virus dan mengurangkan kesan sosial dan ekonomi di
seluruh dunia. Dalam konteks ini, peranan kerajaan, organisasi kesihatan dan
masyarakat merupakan tunjang utama dalam menyelesaikan isu ini untuk pemahaman
yang lebih mendalam.

Selain itu, dalam menangani pandemik Covid-19, masyarakat setempat juga perlu
berganding bahu mengikut arahan kerajaan supaya dapat meredakan penyakit tersebut
dari berjangkit. Sebagai contoh, sesebuah masyarakat tidak mendirikan Solat Jumaat
kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa orang yang tidak keuzuran(ketakutan
atau sakit) yang mendengar laungan azan perlu mengikutinya.Ketakutan terhadap Covid-
19 juga boleh dianggap sebagai keuzuran. Namun, syarat untuk meninggalkan yang
wajib juga perlu diikuti iaitu ketakutan itu perlu ditahqiqkan dan bukan hanya sekadar
sangkaan manusia. Meninggalkan yang wajib tidak dibenarkan kecuali setelah ghalabah
zhan(sangkaan yang kuat). Justeru, kerajaan Malaysia memerintahkan rakyatnya untuk
tidak mendirikan Solat Jumaat agar masyarakat dapat meminimumkan kontak dengan
orang lain. Namun, berdasarkan pandangan ulama’ , jika wabak Covid-19 ini dalam
keadaan terkawal, Solat Jumaat boleh diteruskan dalam beberapa syarat sebaliknya
Solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Disamping itu, masyarakat perlu mengikut arahan kerajaan dalam mendirikan solat
jemaah. Sebagai contoh, solat berjemaah boleh didirikan di masjid ataupun surau tetapi
keberadaan di tempat tersebut hanyalah pada tempoh yang tertentu sahaja. Tambahan
pula, masyarakat perlu kerap mencuci tangan menggunakan air atau hand sanitizer serta

19 of 26
amalan bersalam-salaman selepas solat berjemaah juga perlu ditangguhkan. Solat
secara berjemaah juga perlu mengikutin penandaan jarak antara Jemaah sekurang-
sekurangnya satu meter dan pemakaian face mask juga diwajibkan. Pesakit dan kontak
rapat tidak perlu untuk pergi ke masjid mahupun surau.

Lain daripada itu, bagi menangani pandemik Covid-19 pihak kerajaan telah
menjalankan pelbagai insiatif seperti memerintahkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) pada awal wabak kepada semua masyarakat bagi mengurangkan risiko jangkitan
yang semakin tinggi kadar jangkitan. Hal ini demikian kerana Covid-19 adalah suatu
wabak yang berjangkit melalui udara serta titisan air daripada seseorang yang
menghidapi Covid-19 ketika mereka batuk dan selesama. Seterusnya, kerajaan
mewajibkan untuk mendapatkan suntikan vaksin sperti Sinovac, Pfizer-BioNTech dan
AstraZeneca kepada semua rakyat secara percuma. Kerajaan juga memerintahkan
‘Standard Operating Procedure’ (SOP) setelah PKP apabila masyarakat hendak keluar
daripada kawasan perumahan seperti pusat membeli-belah, pergi ke kerja serta ke pasar
bagi membeli barangan dapur agar dapat menurunkan lagi kadar pesakit Covid-19
sehingga wabak dapat dikawal oleh kerajaan. Justeru itu, langkah-langkah yang
dilakukan kerajaan bagi mengawal pandemik ini amatlah berkesan.

20 of 26
BAB 5
KESIMPULAN

Kesimpulannya, maqasid syariah banyak memberi kesedaran kepada


umat islam ketika melakukan sesuatu perkara kerana ia telah ditetapkan mengikut rukun-
rukun kehidupan manusia yang wajib dijaga termasuklah nyawa.Seperti contoh,
walaupun solat jumaat terpaksa ditangguhkan dan digantikan dengan solat zuhur di
rumah,ia tidak menghalang seseorang untuk mengejarkan ibadah semasa mendepani
covid-19. Justeru ,maqasid syariah ini lebih mengajar kita untuk sentiasa menjaga nyawa
dan tetaplah menunaikan setiap ibadah walaupun bala melanda. Oleh itu, semua
masyarakat haruslah menerapkan maqasid syariah dalam diri masing masing semasa
mendepani covid 19 supaya mereka tidak memudaratkan nyawa dan tidak
membinasakan diri sendiri dan orang lain.

21 of 26
BIBLIOGRAFI

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-225 : COVID-19: FATWA-
FATWA TERKINI BERKAITAN PENANGGUHAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT BERJEMAAH.
(n.d.). Retrieved December 7, 2023, from https://muftiwp.gov.my/ms/perkhidmatan/artikel-soal-
jawab/4338-bayan-linnas-siri-ke-225-covid-19-fatwa-fatwa-terkini-berkaitan-penangguhan-solat-
jumaat-dan-solat-berjemaah

Safie, S., Mohamed, Z., Kanan, P., & Dunia, P. (2020, January 1). Pencegahan Penyakit
Berjangkit (Covid 19), Kesan Dan Hikmahnya Menurut Perspektif Islam Prevention Of. . .
ResearchGate. Retrieved December 7, 2023, from
https://www.researchgate.net/publication/354200679

Farihah, I., & Shamsuddin, S. S. B. S. (2022, October 19). PERANAN MAQASID SYARIAH
“ḤIFẒ AL-NAFS” DAN “ḤIFẒ AL-‘AQL” DALAM PENUTUPAN SEKOLAH DAN UNIVERSITI DI.
. . ResearchGate. Retrieved December 7, 2023, from
https://www.researchgate.net/publication/364733883

Mahaiyadin, M. H., & Samori, Z. (2020, September 30). Kawalan Penularan Wabak Merbahaya
Menurut Perspektif Siasah Syar’iiyyah. Jurnal pengurusan dan penyelidikan fatwa =. Retrieved
December 7, 2023, from https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol22no1.322

Jasmi, Kamarul Azmi. “Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Wuduk Rasulullah S.A.W.
Dan Para Sahabat: Satu Pemerhatian Kepada...” ResearchGate, 1 Jan. 2006,
www.researchgate.net/publication/293097632_Pendekatan_Pengajaran_dan_Pembelajaran_W
uduk_Rasulullah_SAW_dan_Para_Sahabat_Satu_Pemerhatian_kepada_Guru-
Guru_Pendidikan_Islam.

Sobian, Azrina. “Pandemik Covid-19 Dan Cabaran Pemeliharaan Lima Prinsip Maqasid
Syari’ah.” Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 5 Apr. 2021,
www.ikim.gov.my/index.php/2021/04/05/pandemik-covid-19-dan-cabaran-pemeliharaan-lima-
prinsip-maqasid-syariah.

22 of 26
23 of 26
24 of 26

Anda mungkin juga menyukai