Anda di halaman 1dari 2

Penjagaan kebersihan dan kesihatan secara teratur dalam masyarakat.

Kita haruslah menjaga


kebersihan dan kesihatan diri sendiri untuk mengelakkan daripada diserang kepada wabak
penyakit. Amalan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan tidak sewenang-wenangnya
berkongsi harta benda peribadi seperti tuala dan pakaian dapat mengelakkan penyakit kulit
merebak kepada orang lain. Kawasan pendiaman juga haruslah dibersihkan setiap hari dan secara
berterusan supaya tidak menjadi tempat pembiakan haiwan perosak dan seterusnya penghuni
dapat terlindung daripada berbagai-bagai penyakit seperti demam denggi dan malaria. Aktiviti
senaman dan riadah secara bersistematik juga penting dalam proses memastikan kesihatan
kerana ia dapat menguatkan daya tahan tubuh badan terhadap penyakit. Seseorang sepatutnya
bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan kiraan masa sekurang-kurangnya tiga
puluh minit setiap sesi. Kita haruslah menyedari bahawa kesihatan merupakan cermin kebersihan.

Kemajuan pengubatan seperti ubat-ubatan yang selamat dan vaksin dapat mengatasi penularan
penyakit-penyakit berjangkit yang semakin berleluasan di negara kita. Kita boleh mendapatkan
suntikan imunisasi penyakit berjangkit untuk menjaminkan kesihatan sendiri. Sebagai contoh,
suntikan imunisasi hepatitis dapat memberikan kita perlindungan daripada penyakit hepatitis
yang disebabkan oleh makanan, terutamanya makanan laut yang dicemar. Selain itu, pencegahan
dan rawatan penyakit berjangkit juga dapat dilaksanakan dengan pengambilan antibiotik seperti
penisilin dan streptomaisin. Paling penting adalah kita dapat menjalankan pemeriksaan badan
secara berkala supaya segala penyakit yang ada dalam tubuh badan dapat ditangkap dengan awal
dan dirawat dengan segera. Jelaslah bahawa kecanggihan dalam bidang pengubatan turut
mendorong kepada rawatan dan pencegahan penyakit berjangkit, bak kata pepatah “mencegah
lebih baik daripada mengubati”.

Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bersih. Aspek utama yang paling penting dan harus
dititikberat adalah kebersihan makanan yang kita makan. Makanan yang bersih dan seimbang
bukan sahaja dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan tetapi juga dapat mendatangkan
pelbagai jenis zat dan sumber tenaga kepada tubuh badan. Dalam konteks ini, makanan dan air
haruslah dimasak dan sentiasa ditudung supaya tidak dicemar dengan kuman penyakit. Sebagai
contoh, sayur-sayuran dan buah-buahan haruslah dicuci dengan betul untuk menyingkir bahan-
bahan kimia dan kuman perosak yang ada padanya. Sekiranya hendak makan luar, pilihlah gerai
makanan yang terjamin kebersihannya. Hal ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana
kesihatan adalah perkara yang paling penting dan wajib dipelihara dalam kehidupan.

Pihak kerajaan haruslah melupuskan haiwan atau pembawa yang dijangkiti penyakit berjangkit
dengan segara. Hal ini demikian kerana penyakit berjangkitkan akan merebak dengan pantas
apabila pembawa tidak dihapuskan. Sebagai contoh, dalam kes penularan penyakit Selesema
Burung , segala unggas tidak kira dipelihara atau hidup bebas dilupuskan. Walaupun tindakan
tersebut agak kejam sifatnya tetapi kita tidak boleh pilih bulu atau berkompromi kerana
kehidupan dan nyawa masyarakat awam terancam bak kata pepatah “biar tersenget jangan
tertiarap” kerana kerugian akibat kematian haiwan lebih baik daripada kerugian kehilangan
nyawa manusia yang diserang penyakit berjangkit. Selanjutnya, pihak kerajaan juga haruslah
mengetatnya syarat kemasukan dan meletakkan alat pengimbas di pintu masuk utama
negara.Sebagai contoh alat pengimbas haba “thermoscan” yang berupaya mengesan pelancong
masuk yang sekiranya dijangkiti dengan penyakit tersebut. Jika didapati dijangkiti, mereka
haruslah dihantar ke hospital agar dapat rawatan segera dan dikuarantin.
Kesihatan merupakan aset yang paling penting dalam kehidupan manusia dan tidak dapati dibeli
dengan kekayaan. Namun begitu, fenomena penularan penyakit masih berleluasa saban hari. Kalau
kita masih enggan mengakui perkara tersebut maka akan terjadi kegawatan yang melampaukan.
Janganlah kita bersikap menutup sebelah mata dan bersama-sama menggembleng tenaga dalam
mengatasi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai