Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

Kefahaman yang mendalam mengenai HIV/AIDS samada dari segi CARA TRANSMISI,
CARA PENCEGAHAN, PENCEGAHAN SEJAGAT dan PENGURUSAN JENAZAH adalah
amat penting dalam usaha untuk mencegah wabak penyakit ini dari terus merebak.
Memandangkan sehingga ini masih tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS
maka angkah-langkah pencegahan adalah strategi yang terbaik dan perlu diberi keutamaan

CARA PENCEGAHAN
Memandangkan TIADA ubat atau rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/ AIDS setakat
ini, maka langkah-langkah pencegahan adalah satu cara yang terbaik bagi mengawal
jangkitan HIV/AIDS ini. Mengambil langkah-langkah pencegahan awal adalah langkah bijak
dalam usaha mencegah HIV/AIDS.

Menghindari seks di luar perkahwinan.

Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.

Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.

Jangan melakukan hubungan seks sejenis.

Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain
peralatan yang boleh dicemari oleh darah

Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.

Jangan menagih dadah.

Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.

Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di
mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.

Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.

Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat
membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko
tinggi.
Jika anda didapati HIV Positif

Anda akan diberikan rawatan yang perlu beserta kaunseling perubatan mengenai AIDS dan
cara-cara untuk menjaga kesihatan dan bagaimana untuk mencegah penyebaran penyakit
ini kepada orang lain.
Langkah keselamatan untuk pesakit AIDS:,

Simpan nombor-nombor telefon yang penting

Pastikan rumah anda adalah selamat

Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah seperti
sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan lampin

Anda tidak boleh menderma darah

Amalkan pemakanan yang sihat

Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari berada
berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu
melawat orang sakit, elakkan dari mendapat luka.

Anda mesti menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk


melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS

Jika anda adalah penagih dadah, hentikan tabiat ini. Jangan menyuntik dadah atau
berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.

Wanita yang dijangkiti AIDS perlu mengelakkan diri daripada hamil kerana mereka
boleh memindahkan virus ini kepada bayi-bayi yang dikandung .

Anda mungkin juga menyukai