Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (BPM)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

KERTAS CADANGAN DASAR KEBAJIKAN PELAJAR,


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Mesyuarat


Pengurusan KUIS untuk Dasar Kebajikan Pelajar, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS).

2.0 LATARBELAKANG

Dasar kebajikan ini dibentuk adalah bertujuan untuk membantu para pelajar KUIS
yang memerlukan bantuan. Bantuan akan diberikan kepada para pelajar KUIS yang
berkelayakan untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian mereka
tanpa sebarang kesulitan disamping ia menjadi dorongan, sokongan dan
penghargaan kepada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang
cemerlang. Ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungjawab mereka dan
membolehkan mereka menumpukan kepada aktiviti pengajian mereka.

3.0 CADANGAN PELAKSANAAN

3.1 Pengurusan kebajikan pelajar KUIS dilaksanakan melalui Tabung Infaq dan
Jawatankuasa Kebajikan yang telah diwujudkan berdasarkan fungsian, punca
kuasa dan skop tanggungjawab seperti berikut:

i. Syarat Kelayakan Am:

● Pemohon berstatus aktif sebagai pelajar di KUIS di mana-mana


peringkat pengajian samada asasi,diploma dan Ijazah Sarjana
Muda dan Pasca Siswazah.
● Pelajar dibenarkan membuat permohonan SEKALI pada setiap
semester.

KERTAS CADANGAN
DASAR KEBAJIKAN PELAJAR 1
ii. Syarat Kelayakan Khusus:

Syarat kelayakan khusus adalah seperti berikut:

a) Sara diri
Perbelanjaan yang diberikan kepada pelajar yang layak untuk
keperluan asas kehidupan seperti makan minum, wang saku, dan
sebagainya.

Syarat khusus:

 Pendapatan keluarga dikategorikan sebagai layak menerima zakat


(berdasarkan kiraan had kifayah Lembaga Zakat).
 Tiada kesalahan tatatertib sepanjang pengajian.
 Jumlah sumbangan tidak melebihi RM500, tertakluk kepada
pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan
Tabung Infaq KUIS.

b) Pendidikan (Yuran Pengajian)

● Pelajar tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman dari mana-


mana pihak.
● Pendapatan keluarga dikategorikan sebagai layak menerima zakat
(berdasarkan kiraan had kifayah Lembaga Zakat).
● Tiada kesalahan tatatertib sepanjang pengajian.
● Jumlah sumbangan tidak melebihi RM1000, tertakluk kepada
pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan
Tabung Infaq KUIS.

c) Kecemasan

● Kecedaraan akibat kemalangan perlu mendapat perakuan dari


pegawai perubatan hospital/pusat perubatan/klinik kerajaan
atau swasta.
● Kes kecurian/ragut perlu disertakan salinan repot polis.

KERTAS CADANGAN
DASAR KEBAJIKAN PELAJAR 2
● Sebarang kondisi yang layak dipertimbangkan sebagai
“kecemasan” oleh pihak yang berautoriti seperti
mentor/Felo/Timbalan Dekan HEM/Timbalan Pengarah
HEM/Ketua BPM/Pihak Pengurusan KUIS seperti kemalangan,
bencana alam,kebakaran dan lain-lain.
● Jumlah sumbangan tidak melebihi RM1000 tertakluk kepada
pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan
Tabung Infaq KUIS.

d) Kesihatan

● Pemohon/penerima perlu mengemukakan perakuan tentang


tahap kesihatan/kondisi penyakit yang dihidapi dari pegawai
perubatan hospital/pusat perubatan/klinik kerajaan atau
swasta.
● Jumlah sumbangan tidak melebihi RM1000 tertakluk kepada
pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan
Tabung Infaq KUIS.

e) Orang Kelainan Upaya(OKU)

● Pemohon/penerima perlu mengemukakan Kad Jabatan


Kebajikan Masyarakat (JKM).
● Pemohon/penerima belum menerima mana-mana bantuan
secara tetap dari mana-mana penaja.
● Jumlah sumbangan tidak melebihi RM1000 tertakluk kepada
pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan
Tabung Infaq KUIS.

Sebagai tambahan, bantuan ini merupakan keistimewaan yang


diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan
dengan kemudahan-kemudahan yang lain yang turut diterima oleh
pelajar-pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang
pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga
turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU
tersebut adalah layak menerima elaun ini.

KERTAS CADANGAN
DASAR KEBAJIKAN PELAJAR 3
Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar
kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya
mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU
itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di
IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan
kepada beliau.

4.0. SYOR

Dengan ini pihak BPM KUIS mengesyorkan agar cadangan untuk Dasar Kebajikan
Pelajar KUIS diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan KUIS.

5.0. PENGESAHAN

Disediakan oleh :- Disemak oleh :-

………………………………….. …………………………………….
JUNIZAH MARDIANAH BT JAAFAR MOHD AZLI BIN SHAHANI
Penolong Pegawai Tadbir Ketua
Seksyen Penajaan & Kebajikan Seksyen Penajaan & Kebajikan
Bahagian Pembangunan Mahasiswa Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Disokong oleh :- Disahkan oleh :-

……………………………………. …………………………………….
SALMAN BIN ZAINAL ABIDIN Dr. MOKMIN BIN BASRI
Ketua Timbalan Rektor
Bahagian Pembangunan Mahasiswa Pembangunan Mahasiswa &
Alumni

KERTAS CADANGAN
DASAR KEBAJIKAN PELAJAR 4

Anda mungkin juga menyukai