Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN A

LAMPIRAN SURAT KELULUSAN BANTUAN


DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI (BDPT)

(Semua penerima BDPT hendaklah hendaklah


membaca, memahami dan mematuhi semua
syarat-syarat dan panduan yang terkandung di
dalam lampiran ini)
SYARAT-SYARAT BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI

1. PERINGKAT PEMBIAYAAN
LZS akan mempertimbangkan permohonan pembiayaan Dermasiswa Pelajaran
saudara/saudari tertakluk kepada syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:
(a) Hendaklah mengikuti pengajian di panel pusat pengajian dan progam yang ditetapkan
dan disenaraikan oleh LZS.
(b) Ditawarkan kepada saudara/saudari yang mengikuti program pengajian peringkat
pengajian Asasi, A-level, Pra-Diploma, Sijil, SKM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
sahaja.
(c) Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
(d) Program pengajian yang berlandaskan hukum syarak dan tiada unsur-unsur yang
meragukan (Syubhah).
(e) Saudara/Saudari mestilah tidak menerima biasiswa, pinjaman atau apa-apa bantuan
kewangan yang diberikan oleh mana-mana badan, kerajaan atau selainnya.
(f) Telah menerima Surat Tawaran daripada Pusat Pengajian.

2. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR


Semasa mengikuti pengajian, saudara/saudari adalah dikehendaki :
(a) Pengajian
(i) Menghadiri kuliah, tutorial, latihan amali dan sebagainya dalam waktu yang
ditetapkan dan menghadiri semua ujian dan peperiksaan yang dijadualkan.

(ii) Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 2.0 bagi Purata Nilai


Gred(PNG/PGA) dan 2.0 bagi Himpunan Purata Nilai Gred(HPNG/CGPA)
dalam setiap semester peperiksaan. LZS berhak menangguh/menghentikan
tawaran Dermasiswa Pengajian Tinggi ini sekiranya pelajar mendapat
keputusan di bawah 2.0 bagi PNG/GPA untuk dua (2) semester berturut-turut
sepanjang Tempoh Pengajian.

(iii) Mengikuti program pembangunan dan kecemerlangan pelajar anjuran LZS


berdasarkan jadual yang ditetapkan.

(iv) Memaklumkan kepada LZS secara bertulis mengenai penerimaan biasiswa,


dermasiswa, pinjaman atau apa-apa bantuan kewangan yang diberikan oleh
mana-mana badan, kerajaan atau selainnya. Kegagalan saudara/saudari
memaklumkan kepada LZS mengenai perkara di atas adalah suatu
pelanggaran terhadap terma-terma dan syarat-syarat bantuan ini dan LZS
berhak untuk menarik balik bantuan ini.

(v) Memaklumkan kepada LZS tidak kurang daripada tiga (3) bulan sebelum
tarikh tamat pengajian saudara/saudari sekiranya saudara/saudari
menamatkan pengajian lebih awal daripada Tempoh Pengajian yang
ditetapkan.

SYARAT-SYARAT TAWARAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI 1


(b) Kelakuan
(i) Hendaklah berkelakuan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab
dikehendaki mematuhi undang-undang, arahan-arahan atau peraturan-
peraturan yang dikeluarkan oleh LZS atau Pusat Pengajian berkenaan dari
semasa ke semasa.
(ii) Hendaklah sentiasa memelihara nama baik saudara/saudari sebagai pelajar,
LZS dan Pusat Pengajian. Saudara/saudari hendaklah mengambil langkah
yang wajar untuk menjaga disiplin, perlakuan dan tatatertib berlandaskan nilai-
nilai dan prinsip-prinsip Islam. Sekiranya saudara/saudari diberhentikan oleh
Pusat Pengajian atas kesalahan disiplin, LZS berhak menamatkan tawaran
Dermasiswa Pengajian Tinggi ini.
(iii) Dilarang terlibat dalam apa-apa kes jenayah dan salahlaku.
(iv) Dilarang mengambil bahagian atau menjalankan sebarang pekerjaan luar
yang boleh menjejaskan pengajian saudara/saudari.

(c) Kegiatan
Tidak dibenarkan menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan itu boleh
menjejaskan pengajian saudara/saudari.

(d) Pelanjutan Masa


Sekiranya saudara/saudari dibenarkan oleh pihak Pusat Pengajian untuk mengulang
pengajian kerana gagal atau digantung pendaftaran atau dikehendaki melanjutkan
pengajian untuk melengkapkan bilangan kredit pengajian dan sebagainya, maka LZS
boleh dengan budi bicara mutlaknya mengizinkan permohonan pelanjutan Tempoh
Pengajian untuk tempoh maksimum satu semester sahaja (dirujuk sebagai “Tempoh
Pengajian Lanjutan”) yang dipohon oleh saudara/saudari kepada LZS tertakluk
kepada budi bicara LZS.
Saudara/saudari hendaklah mengemukakan kepada LZS dokumen-dokumen berikut:
(i) Penjelasan Pelajar secara bertulis sebab Pelajar gagal menyempurnakan
Program Pengajian dalam Tempoh Pengajian;
(ii) Laporan daripada Dekan / Pendaftar Pusat Pengajian; dan
(iii) Semua keputusan ujian dan peperiksaan yang lalu.

LZS bersetuju menanggung Yuran Pengajian dan kos penginapan bagi Tempoh
Pengajian Lanjutan tertakluk kepada budi bicara dan syarat yang ditetapkan oleh LZS.
(e) Bantuan Bulanan Pelajar (Wang Saku)
(i) Bantuan Bulanan Pelajar (Wang Saku) (selepas ini dirujuk sebagai “Bantuan
Wang Saku”) boleh dipohon bagi saudara/saudari yang tidak menerima
biasiswa, pinjaman atau apa-apa bantuan kewangan yang diberikan oleh
mana-mana badan, kerajaan atau selainnya.
(ii) Bantuan Wang Saku bagi permohonan kali pertama sepanjang Tempoh
Pengajian hendaklah dipohon di mana-mana Cawangan LZS yang terdekat.
(iii) Saudara/saudari hendaklah membuat penyambungan Bantuan Wang Saku
bagi kali kedua dan berikutnya sepanjang Tempoh Pengajian dengan
menghantar dokumen sebagaimana berikut ke alamat emel

SYARAT-SYARAT TAWARAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI 2


pendidikan@zakatselangor.com.my dalam tempoh 14 hari selepas keputusan
peperiksaan keluar:
(i) Keputusan peperiksaan; dan
(ii) Pengesahan belajar terkini

(iv) Klausa 2(e)(iii) di atas tidak terpakai sekiranya Pusat Pengajian menguruskan
penyambungan Bantuan Wang Saku kepada LZS secara berkumpulan bagi
pihak saudara/saudari. Pusat Pengajian perlu menghantar maklumat
pengesahan status pengajian dan keputusan peperiksaan pelajar ke alamat
emel pendidikan@zakatselangor.com.my dalam tempoh 14 hari selepas
keputusan peperiksaan keluar mengikut format yang telah ditetapkan LZS.
(v) Tertakluk kepada penerimaan permohonan saudara/saudari oleh LZS, jumlah
Bantuan Wang Saku yang akan dibayar kepada saudara/saudari sepanjang
Tempoh Pengajian asas adalah berdasarkan tempoh berikut :
(i) 6 bulan bagi sesi Januari-Jun; dan
(ii) 6 bulan bagi sesi Julai-Disember
Kadar Wang Saku setiap sesi adalah seperti berikut:
Kategori Kadar Wang saku bagi Kadar Wang saku bagi
Asnaf bulan pengajian (RM) bulan cuti semester (RM)
Fakir 300.00 x 4 bulan 150.00 x 2 bulan
Miskin 300.00 x 4 bulan 150.00 x 2 bulan

(vi) Penyambungan Bantuan Wang Saku akan diberikan kepada saudara/saudari


yang memenuhi syarat kelayakan dan kelulusan tertakluk kepada penerimaan
dokumen dan maklumat yang lengkap sebagaimana Klausa 2(e)(iii) serta
Klausa 2(e)(iv) di atas.
(vii) Bantuan ini hanya sah dan tertakluk kepada Tempoh Pengajian asas sahaja.
(viii) Pelajar hendaklah menggunakan Wang Saku yang diberikan dengan cara
yang betul dan sebaiknya untuk tujuan pengajian.

(f) Bantuan Buku Rujukan


(i) Bantuan ini terhad kepada pembelian buku rujukan, buku teks dan kamus
sahaja. Tuntutan boleh dibuat melalui permohonan di mana-mana Cawangan
LZS terdekat dengan melampirkan perkara berikut :
(i) Resit asal; atau
(ii) Dokumen asal pembelian yang disahkan oleh pensyarah
(ii) Kadar bantuan buku rujukan ini adalah terlakluk kepada maksimum RM250.00
untuk satu (1) semester atau RM500.00 setahun (yang mana terendah)

(iii) Bantuan ini hanya sah dan tertakluk kepada Tempoh Pengajian asas sahaja.

(g) Bantuan penginapan

(i) Permohonan ini terhad kepada pelajar yang menyewa sendiri melalui
permohonan di mana-mana Cawangan LZS terdekat. Bagi penginapan yang
tertakluk di bawah pengurusan Pusat Pengajian, tuntutan hendaklah dibuat
bersama dengan Yuran Pengajian. Kadar Bantuan Penginapan adalah seperti
berikut :

SYARAT-SYARAT TAWARAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI 3


Kategori Asnaf Kadar sewa maksimum(RM)
Fakir dan Miskin 250.00/bulan
(ii) Bantuan sewa rumah ini tidak termasuk bayaran deposit, bil elektrik dan bil air.
(iii) Bantuan ini hanya sah dan tertakluk kepada Tempoh Pengajian asas sahaja.

(h) Pertukaran Program dan Pusat Pengajian


(i) Saudara/saudari tidak dibenarkan bertukar Program dan Pusat Pengajian
selain daripada yang telah dinyatakan di dalam Surat Kelulusan LZS.
(ii) Pengecualian pertukaran Program Pengajian hanya pada semester pertama
sahaja di dalam Pusat Pengajian yang sama melalui kebenaran kaunselor
Pusat Pengajian serta mendapat kelulusan daripada LZS. Walau
bagaimanapun, pertukaran Program Pengajian hendaklah tertakluk kepada
senarai program pengajian yang telah ditetapkan oleh LZS sahaja.

(e) Menamatkan pengajian


(i) Saudara/saudari tidak dibenarkan menamatkan pengajian sebelum tamat
Tempoh Pengajian sebenar yang telah diluluskan.
(ii) Sekiranya saudara/saudari didapati atau disahkan menamatkan pengajian
tanpa sebab-sebab yang munasabah dan tanpa kelulusan LZS, LZS berhak
untuk tidak membayar keseluruhan atau sebahagian tuntutan Yuran Pengajian
yang dibuat ke atas Pelajar. Pelajar harus mengambil tanggungjawab untuk
menanggung kos bayaran Yuran Pengajian ini.

(f) Penyertaan Program Sukarelawan LZS


(i) Saudara/saudari di wajibkan untuk menyertai program Sukarelawan LZS yang
di namakan S²LZS setelah tamat bagi setiap peringkat pengajian.
(ii) Jadual dan tugasan program ini akan disusun oleh LZS. Pelajar mestilah
menyelesaikan setiap tugasan sukarelawan mengikut minimum jam
perkhidmatan yang telah ditetapkan seperti di Borang Keahlian Skuad
Sukarelawan LZS (S²LZS) pada Lampiran C.
(iii) LZS akan menghubungi saudara/saudari bagi sebarang pemakluman
berkaitan program sukarelawan ini.

3. KADAR DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI DAN KAEDAH PEMBAYARAN


Sepanjang mengikuti pengajian, saudara/saudari adalah layak menerima kadar Dermasiswa
Pengajian Tinggi yang tetap seperti yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan ini. LZS berhak
untuk tidak menyalurkan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan lain-lain bantuan yang dinyatakan
di dalam Surat Kelulusan ini kepada saudara/saudari bergantung kepada kutipan zakat pada
sesuatu tahun semasa.

4. HAK LZS
Walau apapun yang dinyatakan dalam Syarat-syarat bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi
ini, LZS berhak meminda terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan atau menambahnya
pada bila-bila masa sahaja tanpa pemberitahuan dan saudara/saudari adalah tertakluk
kepada pindaan-pindaan tersebut LZS juga berhak menarik balik bantuan ini tanpa sebarang
sebab.

SYARAT-SYARAT TAWARAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI 4

Anda mungkin juga menyukai