Anda di halaman 1dari 1

" Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu: 1.

Amin , ( a: pendek, min: pendek), ertinya orang yang amanah atau terpercaya. 2. Aamin, ( a: panjang, min: pendek), ertinya berimanlah atau berilah jaminan keamanan. Ketika shalat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, ( a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya orang yang bermaksud menuju suatu tempat. Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca Amin dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, Siapa saja yang membaca Amin dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal. (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran, ms. 134) 4. Aamiin , ( a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 46 harakat kerana mengikutimad aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya kabulkanlah. Inilah bacaan Amin yang benar. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai