Anda di halaman 1dari 7

Penggunaan Bahasa dalam Hikayat Inderaputera

Hikayat Inderaputera merupakan salah satu daripada kesusasteraan bahasa Melayu


yang ditulis sebelum 1700-an. Hikayat Inderaputera juga merupakan karya agung
Melayu genre lipur lara yang sangat terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17
hingga abad ke-19. Terdapat beberapa unsur keindahan yang kita boleh lihat dalam
karya Inderaputera, terutamanya dari segi penggunaan bahasanya. Pada permulaan
Hikayat Inderaputera sudah menampakkan penggunaan bahasa yang indah, iaitu

“Bahawa ini kisah ceritera Hikayat Inderaputera yang indah-indah perkataannya


yang masyur pada tanah manusia dan pada tanah jin, terlalu elok rupanya,
syahdan kesaktiannya dan terlalu pantas barang lakunya, dan sikapnya terlau baik
dan rupanya terlalu amat manis seperti laut madu, dan jejaknya sederhana, barang
lakunya dan pekertinya terlalu bai”.

                                                                                        (Hikayat Inderaputera, 2007:1)

Contoh tersebut memperlihatkan keindahan bahasanya seperti ‘amat manis seperti


laut madu’ yang menampakkan rupa seseorang yang terlalu manis dan elok wajahnya.

Selain itu, Hikayat Inderaputera juga banyak menggunakan unsur keislaman dalam
penggunaan bahasa dalam karya tersebut. Hikayat Inderaputera dikitkan dengan
keindahan ‘kekayaan tuhan’. Keindahan tersebut dilihat sebagai hasil Tuhan Maha
Pencipta. Contoh penggunaan bahasa yang menampakkan unsur keislaman dalam
Hikayat Inderaputera adalah seperti berikut:

“  Maka Inderaputera pun turun ke sebelah gunung itu. Maka dilihatnya


beberapa bagai pohon buah-buahan dan bagai-bagai rasanya dimakan
Inderaputera. Maka Inderaputera hairan melihat segala kekayaan Subahanahu wa
Ta’ala.
Maka Inderaputera pun lalu berjalan menuju matahari hidup, beberapa
melalui bukit dan padang. Maka ada suatu padang rumputnya seperti zamryt
warnanya. Maka Inderaputera pun berjalan ke padang itu. Maka ada suatu bukit
terlalu baik rupanya dan ada airnya mengalir daripada kaki bukit itu terlalu jernih
dan sejuk. Maka di bawah bukit beberapa pohon kayu bagai-bagai rupanya dan
warnanya. Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara orang bernyanyi dan
bersyair, dan suara orang madah dan berpantun dan berseloka. Maka
Inderaputera pun hairan seraya berhenti di sana melihat kekayaan Allah Ta’ala
yang indah-indah. Maka kenyang  rasa hati Inderaputera melihat yang indah-
indah, terlalu suka hatinya melihat. Maka Inderaputera mengucap syukur akan
dirinya dan minta doa kepada Allah Ta’ala akan ayah bondanya.”

(Hikayat Inderaputera, 2007:19&20)


Bahasa yang digunakan berdasarkan contoh petikan tersebut menunjukkan terdapat
unsur keislaman yang digunakan. Penggunaan bahasa dalam Hikayat Inderaputera ini
sememangnya sangat indah dalam menampakkan unsur keislaman. Selain itu, terdapat
contoh lain yang menampakkan unsur keislaman dalam penggunaan bahasa dalam
hikayat tersebut, iaitu seperti berikut:

“....Ya ayahanda, sekalian hamba Allah itu semuanya lupa dan lalai, hanya Allah
Ta’ala juga yang tiada lupa dan lalai. Serahkanlah hambamu kepada Allah
subhanahu wa Ta’ala, ia juga memeliharakan segala hambanya.”

(Hikayat Inderaputera, 2007:16)

“Setelah itu maka kata Inderaputera kepada tuan puteri, ‘Hai saudaraku, mari
juga tuan turun ke bawah mahligai ini, sebentar dilihat oleh tuan hamba kuasa
Allah Subhanahu wa Ta’ala, kalau dapat hidup segala anak raja-raja.”

(Hikayat Inderaputera, 2007:101)

Di samping itu, dalam Hikayat Inderaputera juga banyak sekali digunakan perkataan
‘elok’ serta ‘merdu’ tentang apa-apa sahaja yang tampil di mata seperi bunga,
binatang pandai berpantun, kecantikan malah tentang tindakan dalam pertempuran
dan lain-lainnya sebagai ganti kepada perkataan ‘indah’. Contohnya:

“...Maka segala bidadari itu pun menanggalkan bajunya lalu turun mandi ke
kolam. Kemudian maka Tuan Puteri Kemala Ratnasari pun menanggalkan
bajunya antakusuma itu. Maka Inderaputera pun melihat rupa Tuan Puteri
Kemala Ratnasari itu terlalau elok rupanya, gilang-gemilang tiada dapat
ditentangnya. Maka Inderaputera pun hairan melihat rupa Tuan Puteri Ratnasari
itu.”

(Hikayat Inderaputera, 2007:37)

“Setelah bidadari itu mendengar pantun Inderaputera maka segala bidadari itu
pun tertawa seraya memandang kepada Inderaputera. Maka dilihat oleh bidadari
itu rupa Inderaputera terlalu baik paras, syahdan manis barang lakunya seperti
laut madu. Maka segala bidadari itu pun kembali mendapatkan tuan puteri.”

(Hikayat Inderaputera,2007:39)

“Setelah dilihat Inderaputera Tuan Puteri Kemala Ratnasari datang ke


hadapannya, maka dilihat oleh Inderaputera rupa tuan puteri itu, diamat-
amatinya, terlalu sekali elok rupanya, baik paras, syahdan manis barang lakunya
lebih daripada laut madu.”

(Hikayat Inderaputera, 2001:43)


Contoh-contoh petikan tersebut memperlihatkan perkataan ‘elok’ sering digunakan
untuk menggambarkan sesuatu yang cantik dan indah.

            Selain itu, pantun juga turut diselitkan dalam Hikayat Inderaputera. Terdapat
beberapa pantun dalam hikayat tersebut. Bahasa yang digunakan dalam pantun
tersebut menampakkan maksud yang jelas. Contoh pantun yang terdapat dalam
Hikayat Inderaputera adalah seperti berikut:

“Mempelam tumbuh di parit,


Dipagar Dang Ratnawali,
Katakan salam doa dagang yang gharib,
Minta dikenali.”

“Tumbuh padi tanam  halia,


Kalau halia tiada tumbuh,
Embuh kami mengenali dia,
Kalau setia tiada sungguh.”

“Tumbuh padi tanam halia,


Kalau halia tiada tumbuh,

Embuh kami mengenali dia,


Kalau setia tiada sungguh.”

“Jika halia tiada tumbuh,


Ganja dikarang akan destar,
Jika setia tiada sungguh,
Bukanlah beta anak raja besar.”

(Hikayat Inderaputera, 2007:115)

Penggunaan bahasa dalam  pantun tersebut mudah untuk difahami dan bahasa yang
digunakan juga begitu indah dan menarik untuk didengari.  Selain itu, bahasa yang
digunakan untuk pembuka kata, iaitu rangkap pertama dan kedua dalam pantun
tersebut menggunakan perkataan  yang  mempunyai unsur alam seperti halia, padi dan
juga mempelam. Terdapat contoh-contoh pantun yang menggunakan perkataan selain
daripada unsur alam sebagai  perbuka kata dalam Hikayat Inderaputera. Contoh-
contoh pantun tersebut dalam Hikayat Inderaputera adalah seperti berikut:

“Utar-utar di atas pintu,


Pakaian Jawa main rakit,
Orang sukar saja begitu,
Membuang nyawa makanya dapat.”

“Perisyai bertali rambut,


Rambut dipintal akan cemara,
Adakah besyi tahu takut,
Adakah muda gentarkan marah.”

(Hikayat Inderaputera, 2007:118)


Contoh-contoh pantun di atas menggunakan bahasa selain unsur alam sebagai
pembuka kata, iaitu pada baris pertama dan juga kedua. Selain itu, bahasa yang
digunakan dalam Hikayat Inderaputera juga halus dan indah apabila menggunakan
kiasan ala tradisi pantun apabila ingin memaklumkan bahawa beliau begitu
mengagumi kecantikan dan keindahan bidadari ketika mereka mandi laut dengan
menggambarkan pelbagai bunga dan tumbuhan. Contohnya,

‘Apa dicari bayan terbang,


Rajawali menyambar dia,
Apa dicari dayang berulang-ulang,
Orang bestari mendapat dia.

(Hikayat Inderaputera, 2007:39)

‘Anak gerda mudik sekawan,


Siripnya dilanggar duduk,
Sisiknya lekat di tangan Inderaputera,
Anak Maharaja Bikrama Bispa.

(Hikayata Inderaputera, 2007:42)


Hikayat Indera Putera atau juga dikenali sebagai Hikayat Inderaputera, merupakan
salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis sebelum 1700-an.
Pengarangnya Tidak diketahui. Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari
ini. Satu salinan Hikayat Indera Putera terdapat dalam simpanan Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan Nombor Manuskripnya MS 37. Satu lagi salinan terdapat di Universiti
Leiden, The Netherlands/Belanda (Or 53 (formerly HS. 542), Library of KITLV
(Koninklijk Instituut van de Taal-, Land- en Volkenkunde), Leiden.) Seorang sarjana,
Braginsky mengatakan bahawa Hikayat Inderaputera ini mungkin dipengaruhi oleh
sumber India(Gulshan-i `Ishq, dan kesusteraan Sufi) dan teks Melayu lain seperti
Hikayat Cekel Waneng Pati dan Hikayat Amir Hamzah. [1] (malay concordance
project http://mcp.anu.edu.au/N/Ind_bib.html)

Keterangan fizikal MS 37
Salinan Hikayat Indera Putera DBP ini terdiri daripada 236 halaman dengan ukuran
saiz 38 sm X 22 sm. Ia ditulis pada kertas tebal bewarna kekuningan dengan
menggunakan dakwat hitam, dengan dakwat merah bagi perkataan tertentu,
terutamanya pada permulaan ayat.
Hikayat Indera Putera ini ditulis dengan tulisan bersaiz besar yang terang dan mudah
di baca. Pada setiap halaman, tulisan merangkumi ruang yang berukuran 25 sm X 15
sm. Pada halaman pertama ia dihiasi dengan rajah yang bewarna-warni dengan
dakwat keemasan.
Salinan Leiden memiliki 278 ayat dengan 70,954 perkataan.

Pengarang/penyalin serta tarikh


Tarikh pada manuskrip Leiden menunjukkan penyalinan dilakukan pada 1700, tetapi
manuskrip yang ada mungkin selepas darinya. (S.W.R. Mulyadi, Hikayat Indraputra:
A Malay Romance, Dordrecht: Foris, 1983, for Koninklijk Instituut voor Taal-, Land-
en Volkenkunde, Leiden, in their series Bibliotheca Indonesica no.23.) Ia boleh
dirujuk dari KITLV, Postbus 9505, 2300 RA Leiden, The Netherlands/Belanda.
Manuskrip Hikayat Indera Putera Leiden itu memiliki 70,954 perkataan, terdiri
daripada 278 ayat.

Ringkasan isi
Hikayat Indera Putera mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang
mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir
di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat
indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik,
Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada
manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya
banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat yang
bergelimpangan tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada
raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar.
Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila
raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam
rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup
memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin,
ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah
melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke
Berma Sakti.
Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri
Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa
berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi.
Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar
Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah
sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri
memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.
Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke
mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak,
seekor naga seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera
berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri
Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan
batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Terbitan semula
Buku Hikayat Indera Putera ini telah diterbitkan edisi remaja pada tahun 2004. Ia
diselenggarakan oleh Mariyam Salim di bawah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka Malaysia dengan nombor KK: 899 1014261 / ISBN: 9836279075.[2]
http://www.dawama.com/Siri-Karya-Sastera-Klasik-Untuk-Remaja-Hikayat-Inderaputera/q?pid=1956&doit=order

Kehilangan kesusteraan Melayu


Banyak hasil kesusteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan.
Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah seperti lenyapnya
Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa
kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari
zaman Hindu dahulu.
Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku,
kebanyakannya musnah binasa di makan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana
Sultan Mansor Shah seperti tersebut kesahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang
mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan daripada Sang Nila Utama telah
dibakar.
Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah
kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka alah dilanggar oleh
Feringgi banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor
De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana Alfonso De Albuquerque
dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada
Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang Melaka.
Selain itu berlaku juga kebakaran pada sebuah kapal yang bernama the Fame yang
dalam pelayaran ke British. Dalam kebakaran itu turut musnah segala muatannya iaitu
berbagai khazanah termasuklah perpustakaan lama Melayu yang telah di kumpulkan
oleh Tuan Raffles.
Menurut keterangan Abdullah Abdul Kadir Munshi dalam hikayatnya, nyatalah amat
banyak perpustakaan lama Melayu yang telah musnah dalam kebakaran kapal the
Fame itu. Ada pun perpustakaan lama melayu, iaitu kitab-kitab, hikayat-hikayat dan
syair-syair yang musnah itu menurut Hikayat Abdullah penuh berisi di dalam tiga
buah peti kulit panjang-panjang sedepa, diantaranya ada kira-kira tiga ratus buah
buku-buku yang telah dijilid, tiada termasuk naskah-naskah yang belum berjilid, yang
bercerai-berai, bergulung dan yang berhelai-helai. Selain dari itu ada lagi duah buah
peti penuh berisi dengan surat-surat dan kitab-kitab Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan-
tulisan di atas daun lontar.
Sesungguhnya adalah terbukti bahawa segala khazanah yang telah musnah didalam
kebakaran kapal the Fame itu amat tinggi nilainya kepada tuan Raffles, kerana ade
tersebut di dalam buku yang bernama “ Raffles “ of Singapore karangan Reginald
Coupland, mengatakan bahawa berbagai khazanah yang telah dikumpulkan oleh
Raffles sebanyak muatan lebih sebuah kapal telah sudah pun dihantarkan ke England
beberapa lama terdahulu daripada peristiwa kebakaran kapal the Fame itu, tetapi
segala khazanah yang terpilih dan lebih-lebih di hargainya telah dikemudiankan oleh
Raffles dengan tujuan ia sendiri hendak memerhatikan keselamatan khazanah-
khazanah itu dalam pelayaran. Malangnya semuanya itu telah musnah, termasuklah
segala naskah buku-buku, surat-surat, tulisan di daun-daun lontar dan sebainya yang
telah di simpan kedalam peti-peti oleh munshi Abdullah di Singapura itu serta
beberapa banyak lagi khazanah-khazanah yang telah terkumpul dan dibawa daripada
Bencoolen.
Pada masa kini Hikayat Indera Putera menjadi salah satu sumber penting pengkajian
bahasa Melayu dan untuk penyelidikan ia boleh didapati di Hikayat Indera Putera
[Microfilm: NL 10974]. (1981). [Berlin]: Orientabteilung, Preussisohe Kulturbesitz,
Staatsbibliothek..

Anda mungkin juga menyukai