Anda di halaman 1dari 1

Pemahaman Prosa Tradisional 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikurtya dengan menggunakan ayat anda sendıri

Maka bertanya Inderaputera, "Hai nenekku, tempat siapa ini?"


Maka kata peri itu, "Hai cucuku, inilah tempat anak raja peri datang bermain-main dan
seorang puteri terlalulah elok rupaya, dan namanya itu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran dan nama ayahnya itu Maharaja Syah Tokan, dan beberapa tamannya yang indah-
indah dan beberapa jambangan daripada emas yang bertatah ratna pudi manikam yang
merah.
Adapun Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu ada pengasuhnya bidadari tujuh
orang dan tujuh pagar jala-jala dan tujuh ekor binatang yang menunggui dia itu Demikianlah
peri ayahnya nemelihara anakanda baginda itu. Syahadan sejumaat sekali ia datang mandi
ke tasik ini memungut bunga-bunga dan memetik segala buah-buahan. Sebermula
nenekkulah yang menunggu akan tasik ini.
Maka kata Inderaputera, "Wahai nenekku, bagaimana kiranya cucu hendak melihat
akan tuan puteri itu?
Maka ujar peri itu, "ika cucuku lihat tuan puteri itu apa kehendak cucuku kerana tuan
puteri itu sudah bertunangan sama anak raja peri juga dan namanya Raja Mengerna Lela
Dewa."
Maka oleh Inderaputera, "Hai nenekku, sehingga melihat rupanya puteri juga!"
Maka peri itu pun tersenyum mendengar kata Inderaputera itu dan ujar peri itu, "Hai cucuku,
ada suatu hikmat kepada tuan puteri itu!"
Maka ujar Inderaputera. "Hikmat apa kepada tuan puteri itu?"
Maka sahut peri, "Hai cucuku, jikalau ia hendak mengeluarkan sebuah negeri maka
keluarlah dengan rakyatnya serta alat senjata dan ribu-ribu peri dan dewa-dewa!
Demikianlah kebesarannya hikmat seperti gemala rupanya dan ditaruhnya di atas
kemuncak mahligainya itu"
Maka Inderaputera pun airan mendengar kata peri itu. Maka ujar Inderaputera, "Hai
nenekku, bagaimana gerangan tipu daya hamba akan dapat melihat Tuan Puteri itu?"

(Dipetik daripada prosa tradisional Dua Batu Geliga


dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,
Bahasa dan Pustaka)

1. Berikan maksud perkataan di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan. (4%)


(a) ditaruhnya
(b) kemuncak

2. Berikan maksud frasa terlalu elok rupanya berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (3%)

3. Bagaimanakah Raja Syah Tokan menjaga anaknya? (3%)

4. Nyatakan maklumat tentang Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran? (4%)

5. Jelaskan keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Tuan Puteri Seri Ratna Nehran. (4%)

6. Seandainya anda menjadi peri, apakah tindakan anda untuk menjaga keselamatan Tuan Puteri
Seri Ratna Gemala Nehran. Nyatakan dua cadangan anda? (5%)

Anda mungkin juga menyukai