Anda di halaman 1dari 19

1.0 1.

PENGENALAN BIODATA HARUN AL-RASHID

Al-Rashid bin Muhammad Al-Mahdi bin Abdullah Al-Manshur bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Al-Abbas bin Abdul Muthalib, Abu Jafar. Beliau diangkat menjadi khalifah setelah kematian saudaranya Musa Al-Hadi pada tahun 170H. Ibunya adalah Al-Khaizuran Al-Jurasyiyah. Beliau dilahirkan di al-Rayy pada tanggal ketiga terakhir dari bulan Zulhijjah tahun 150H (Syauqi 1997:1). Al-Rashid berkulit putih, tinggi, gemuk, tampan, fasih, memiliki pengetahuan tentang ilmu dan sastera, menyukai ilmu dan ulama. Beliau sentiasa menghindari apa-apa yang diharamkan Islam, tidak suka berdebat tentang agama atau mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan Nas (Al-Quran dan As-Sunnah), sering menangisi dirinya sendiri, terutama ketika dinasihati. Beliau biasa melakukan ibadah haji umrah dua kali setahun dengan berjalan kaki dari Baghdad ke Makkah. Apabila beliau tidak pergi, beliau menghajikan tiga ratus orang dengan biaya penuh dari istana. Keamanan dan kesejahteraan rakyat diperhatikan. Untuk ini beliau sangat teguh menghadapi pemberontakan yang timbul di pelbagai wilayah, tidak mengabaikan rakyat yang berbuat baik, tidak melambatkan pembayaran upah, dan sangat pemurah (Syauqi 1997: 1). Semasa pemerintahan ayahnya, al-Mahdi, Harun al-Rashid diberi kepercayaan dua kali memimpin ekspedisi militer untuk menyerang Byzantine (779-780 dan 781782) hingga ke pantai Bosporus. Beliau didampingi oleh para pegawai tinggi dan jeneral veteran. Beliau memangku jawatan gabenor selama dua kali, di as-Saifah pada tahun 163H/779M dan di Maghribi pada tahun 164 H/780M. Pada tahun 166H/782M, Khalifah al-Mahdi melantik beliau menjadi putera mahkota untuk menjadi khalifah sesudah saudaranya, al-Hadi. Empat tahun kemudian, 15 Rabiulawal 170/14 September 786, Harun al-Rashid mengistiharkan dirinya menjadi khalifah untuk menggantikan saudaranya yang meninggal pada tahun 170H/786M. Setelah Harun al-Rashid menduduki takhta khilafah (kekhalifahan), beliau mengangkat Yahya b. Khalid sebagai Wazir (perdana menteri) untuk menjalankan pemerintahan dengan kekuasaan tidak terbatas. Harun a-Rashid berkata kapada
1

Yahya: Sungguh aku serahkan kepadamu urusan rakyat, tetapkanlah segala sesuatu menurut pendapatmu, pecat orang yang patut dipecat, ambil orang yang layak berkerja menurutmu. Keluarga al-Barmak adalah orang bukan-Arab yang mendapat kekuasaan tertinggi dalam urusan pemerintahan Bani Abbas. Keluarga ini menguasai urusan pemerintahan sejak tahun 786-803M. Urusan kewangan berada di tangan keluarga ini. Perlantikan wali (gabenor) dan pegawai-pegawai ini ditetapkan atas usul dan saran keluarga ini kepada khalifah. Keluarga ini turut menentukan urusan rumah tangga istana. Setelah Yahya, jawatan wazir dipegang oleh anaknya, Jaafar. Kejayaan keluarga ini berakhir ketika Harun al-Rashid menghancurkannya pada tahun 803. Jafar dihukum mati, ayahnya (Yahya) dan saudarnya (Fadl) dipenjarakan. Tindakan ini diambil Harun al-Rashid setelah menerima laporan dari pihak lain bahawa keluarga ini menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan khalifah dengan memperkayakan diri sendiri dari harta dan kewangan negara sehingga kemewahannya mmenyamai kemewahan keluarga khalifah dan keluarga ini sering mengadakan pertemuan rahsia ketika khalifah mengadakan kunjungan ke daerah dengan menyamar (incognito). Harta kekayaan keluarga ini yang berjumlah sekitar 30.676.000 dinar dirampas untuk negara. Untuk peningkatan kesejahteraan negara dan rakyat, Harun al-Rashid memajukan ekonomi, perdagangan dan pertanian dengan sistem irigasi. Kemajuan dalam sektor ini menjadikan Baghdad, ibu kota pemerintahan Bani Abbas sebagai pusat perdagangan terbesar di dunia saat itu dengan pertukaran barang dan valuta dari pelbagai penjuru. Negara memperoleh keuntungan yang besar dari kegiatan perdagangan tersebut, ditambah pula perolehan dari pajak perdagangan dan pajak penghasilan bumi, sehingga negara mampu membiyai pembangunan sektor lain seperti pembangunan Kota Baghdad dengan gedung yang mewah, pembangunan prasarana ibadat, pendidikan, kesihatan dan perdagangan serta membiayai pengembangan ilmu pengetahuan di bidang penerjemahan dan penelitian. Negara mampu memberi gaji yang tinggi kepada ulama dan ilmuwan. Di samping gaji yang mereka peroleh setiap bulan, mereka turut dibayar mahal oleh kerajaan untuk setiap tulisan dan karya serta penemuan mereka. Mereka ditempatkan pada status sosial yang tinggi. Khalifah Harun al-Rashid dan pejabat negara dapat memperolehi dan

menikmati segala kemewahan menurut ukuran zaman itu. Kehidupan rakyat juga makmur. Harun al-Rashid yang berperawakan tinggi, berkulit putih, gemuk dan tampan mempunyai wilayah kekuasaan yang luas terbentang dari daerah-daerah Laut Tengah di sebelah barat hingga ke India di sebelah Timur. Selama masa pemerintahannya, beliau banyak menghadapi pemberontakan, seperti pemberontakan kaum Khawarij pimpinan Walid bin Tahrif (794M), Musa al-Kazim (799M) dan Yahya bin Abdullah bin Abi Taglib (792M). Idris saudara Yahya berjaya melarikan diri ke Maghribi dan mendirikan Kerajaan Idrisiah di Moroko (789M). Pemberontakan Rafi al-Lais baru dapat dipadamkan pada masa al-Mamum (813-833M). Untuk mengatur keadaan di Afrika Utara, al-Rashid mengangkat Ibrahim bin Aglab sebagai gabenor turuntemurun (800M), yang kemudian menjadi Dinasti Aglabiah. Dia juga mengadakan hubungan dengan wilayah bukan Islam. Menurut sumber Barat, beliau pernah mengadakan pertukaran duta besar dengan Karel Agung (742-814M). Menurut sumber China, beliau pernah mengirim utusan ke China. Usaha terpenting Harun al-Rashid yang membawa ke puncak kemasyhuran ialah sumbangannya yang tinggi terhadap pengembangan ilmu pengetahuan dan peradaban Islam dengan mencapai taraf yang belum pernah dicapai sebelumnya. Dia mendirikan Baitul hikmah sebagai lembaga penterjemah. Pada masa puteranya, alMamun, fungsinya diperluaskan menjadi lembaga perguruan tinggi, perpustakaan dan penelitian. Lembaga ini memiliki beribu-ribu buku ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau juga mendirikan Majlis al-Manakarah, lembaga pengkaji masalah-masalah keagamaan yang diselenggara di rumah-rumah, masjid-masjid dan istana khalifah. Lembaga ini mengalami perkembangan pesat pada zaman Khalifah alMamun. Di Masjid di kota-kota besar Islam diwujudkan ruangan bacaan dan perpustakaan. Beliau juga menggalakkan ilmu kedoktoran. Pendidikan dalam bidang kedoktoran amatlah digalakkan, hospital dan farmasi didirikan sehingga pada saat itu kota Baghdad sahaja mempunyai 800 doktor. Puncak kejayaan pemerintahan Bani Abbas ialah pada zaman Khalifah Harun al-Rashid dan puteranya Khalifah al-Mamun yang disebut Masa Keemasan Islam (The Golden Age Of Islam). Pada tahun 800M Baghdad telah menjadi kota
3

metropolitan dan kota utama bagi dunia Islam, yakni sebagai pusat pendidikan, ilmu pengetahuan, pemikiran dan Peradaban Islam, serta pusat perdagangan, ekonomi dan politik dan serta telah mempunyai penduduk lebih daripada satu juta. Harun al-Rashid adalah seorang raja besar Islam pada zaman itu dan hanya Karel Agung (742-814M) di Eropah yang dapat menjadi bandingannya. Jasanya dalam bidang ilmu pengetahuan dan pemikiran masih dapat dinikmati sehingga sekarang, iaitu buku-buku dalam pelbagai cabang ilmu karya para ulama dan sarjana yang dikembangkan dan dihasilkan ketika itu atas dorongan, inisiatif dan biaya Harun al-Rashid. Setelah meninggal dia digantikan oleh puteranya, al-Amin (194-198 H/809813M) dan kemudian al-Mamun.

2.0

WAWASAN ILMU PENGETAHUAN HARUN AL-RASHID


4

Harun Al-Rashid seorang cendiakawan yang memiliki wawasan yang berkaitan kebudayaan Arab (sejarah, bahasa, kesusasteraan dan lain-lain). Beliau juga memiliki cita rasa yang tinggi terhadap syair dan bahasa sehingga ada yang berkata, Pengetahuan Harun Al-Rashid adalah pengetahuan semua ulama(Syauqi 1997: 57). Guru-gurunya adalah Al-Mufadhdhal Al-Dhabbi, seorang sasterawan besar yang mengajarnya syair, sastera dan sejarah bangsa Arab, Harun Al-Rashid telah memperdengarkan bacaan Al-Qurannya kepada Hamzah Al-Zayyat sebanyak empat kali. Manakala untuk dirinya, beliau telah memilih untuk mengikuti salah satu aliran qiraat tujuh (qiraah sabah) yang ada (Syauqi 1997: 57) Al-Kisai mengajar beliau nahu, bahasa Arab, sejarah dan fikh. Beliau sering mengikuti pengajian di majlis Al-Khalil bin Ahmad Al-Farahidi di Basrah. Disebabkan perbincangan yang banyak dengan para ulama dan sasterawan, maka di situ terletaknya keluasan ilmu pengetahuan beliau. Selain itu, kritikan yang disampaikan terhadap para penyair dan bait-bait syair mereka menunjukkan bahawa beliau amat berpengetahuan luas dalam penguasaan bahasa, ilmu pengetahuan dan sastera. Beliau pernah mengatakan bahawa, Al-Balaghah adalah jauh dari kata-kata panjang, dekat dengan makna yang bermaksud dan sedikit berargumen dan tepat makna (Syauqi 1997: 58) Dalam kitab Tarikh Al-Khulafa halaman 292 disebutkan bahawa syair pertama yang dibuat oleh Harun Al-Rashid adalah ketika beliau melakukan haji yang pertama pada tahun pertama memegang kekhilafahan. Suatu ketika beliau memasuki sebuah rumah yang dindingnya terdapat sepotong bait syair yang berbunyi: Wahai Amirul Mukminin, tidakkah kau lihat Tebusanmu menjauhi yang dicintai amat hebat

Lalu, Harun Al-Rashid meminta diambilkan pena dan tinta, kemudian menuliskan syairnya sendiri di bawah syair tersebut yang berbunyi: Benar dan hadiah yang terkumpul di Makkah Dan semua yang berjalan tidak ternaungi dan merugi Terdapat suatu cerita kedalaman ilmu dan pengetahuan beliau tentang sastera, yang mana pada suatu hari, Harun Ar-Rasyid bertemu dengan Al-Mufadhdhal Al-Dhabbi. Ketika itu Al-Mamun sedang duduk di sebelah kanannya, sementara Al-Amin di sebelah kirinya. Sambil berdiri, Al-Mufadhdhal berkata, Assalamualaikum. Lalu Harun Al-Rashid pun memberikan isyarat kepada Al-Mufadhdhal untuk duduk, maka ia pun duduk. Harun Al-Rashid berkata, Wahai Mufadhdhal. Mufadhdhal berkata, Ya, wahai Amirul Mukminin. Ada berapa kata Isim (kata benda) dalam kalimat Fa Sayakfiikahum. (Syauqi 1997: 59) Al-Mufadhdhal menjawab, Ada tiga, wahai Amirul Mukminin. Harun AlRashid berkata, Apa itu? Al-Mufadhdhal menjawab, Fasayakfi adalah kata kerja uuntuk Allah Azza wa Jalla, Kaaf kedua adalah untuk Rasulullah s.a.w (sebagai objek) dan Haa serta Miim untuk orang-orang kafir. Harun Al-Rashid berkata, Engkau benar. Lalu ia berpaling kearah Al-Amin dan bertanya, Apakah engakau faham? Al-Amin menjawab, Ya. Harun Al-Rashid berkata, cuba engkau ulangi!. Maka, Al-Amin pun mengulangi apa yang telah dijelaskan oleh Al-Mufadhdhal (Syauqi 1997: 59)

3.0

JIHAD HARUN AL-RASHID


6

Tidak ada seorang pun khalifah, baik sebelum mahupun selepas Harun AlRashid yang menunjukkan kesungguhan dan semangat yang sama dengannya dalam pelbagai kegiatan yang dilakukannya, baik ketika melakukan perjalanan haji, mengurus pemerintahan mahupun menyiapkan peperangan (Syauqi 1997: 157) Harun Al-Rashid seringkali memimpin tenteranya sendiri di medan pertempuran, sehingga beliau dapat menjaga seluruh wilayah negerinya agar tetap damai dan aman. (Dr.Syauqi 1997: 157) Harun Al-Rashid sepanjang hidupnya, beliau selalu berjihad dan tidak pernah berhenti sedikit pun untuk berjihad. Jika beliau tidak melakukan haji, maka beliau sedang berperang. Ketika ayahnya masih hidup, Harun Al-Rashid turut berperang melawan Ash-Shaaifah beberapa kali, mengadakan genjatan senjata dengan Romawi, setelah beliau berhasil mengepung Konstatinopel dan mengadakan perjanjian damai dengan isteri Leon yang bergelar Agusthah, dengan syarat mereka harus membayar jizyah kepada kaum Muslimin pada setiap tahun. Harun Al-Rashid digelar sebagai Penakluk dari Bani Abbas. Beliau telah mengutus anaknya Al-Qasim untuk memerangi Romawi, dan berjaya mengalahkan pasukan mereka sebanyak 50,000 orang, mengambil 5000 binatang tunggangan mereka lengkap dengan muatannya dan bertali kendali dari perak. Lalu, beliau mengutus Ali bin Isa bin Mahan untuk memerangi negeri Turki dan berhasil mengalahkan pasukan musuh sebanyak 40,000 orang. Beliau sendiri pernah memimpin perang melawan Romawi dan berhasil menakluki Hirqalah, dan menerima jizyah dari raja Romawi (Syauqi 1997: 158).

4.0

TOKOH PENTING DI SEKITAR HARUN AL-RASHID


7

Mereka adalah Abu Yusuf (Penulis kitab Al-Kharaj), Muhammad bin AlHasan (Qadhi Al-Qudhat-Hakim Tertinggi-), Abdullah bin Mubarak (Ilmuwan Timur dan Barat), Fudhail bin Iyadh (seorang yang zuhud dan penasihat ulung), Imam Malik (Imam Dar Al-Hijrah), Imam Asy-SyafiI (Syauqi 1997: 165). Orang-orang terhormat dan para ulama yang mulia tersebut adalah mereka yang selalu mengikuti majlis Harun Al-Rashid di istananya atau kadang-kadang Harun Al-Rashid sendiri datang menemui mereka untuk mendengar ilmu dari mereka. Hal itu memberi gambaran kepada kita tentang perwatakan Harun Al-Rashid sebagai seorang mukmin, mujahid, pencinta ilmu dan ulama, yang selalu melaksanakan kewajipan syariah. Di antara para ulama tersebut adalah: 1. Abu Yusuf Yaqub bin Ibrahim bin Habib
-

Beliau adalah Qadhi Al-Qudhat (Hakim tertinggi) pada masa Harun AlRashid. Harun Al-Rashid telah mengutuskannya untuk menulis sebuah buku yang dapat kita sebut sebagai sebuah Teori Ekonomi di mana Harun Al-Rashid ingin menjadikan peraturan kharaj dalam negara Islam sesuai dengan aturan syariah dan tidak menyalahi kaedah-kaedahnya, sehingga tidak ada seorang pun yang dapat berbuat zalim dalam pengumpulannya meskipun mereka berbeza suku mahu pun agama.

Abu Yusuf menulis bukunya Al-Kharaj atas permintaan Harun AlRashid. Dalam mukaddimah bukunya tersebut, beliau telah memberikan nasihat-nasihat penting kepada Harun Al-Rashid. Teks nasihat tersebut ialah: Bismillahirrahmanirrahim, ini adalah yang ditulis oleh Abu Yusuf - semoga Allah merahmatinya- kepada Amirul Mukminin Harun AlRashid: Semoga Allah memanjangkan umur Amirul Mukminin. Mengekalkan untuknya kemuliaan dalam kesempurnaan nikmat, menjadikan nikmat yang diterimanya sebagai wasilah yang dapat mengantarkannya untuk

meraih kenikmatan akhirat yang tidak akan pernah habis dan hilang, bersama Nabi Muhammad (s.a.w) Amirul Mukminin (semoga Allah selalu bersamanya) telah memintaku untuk menulis sebuah buku yang lengkap untuk digunakan dalam mengatur pemungutan kharaj, al-usyur (1/10 ghanimah), shahadah dan jawali serta yang lainnya, yang dianggap perlu, yang berhubungan dengannya dan pelaksanaanya. Hal tersebut dimaksudkan untuk menghapuskan kezaliman dari rakyatnya, dan untuk kebaikan mereka. Semoga Allah memberikan taufik-Nya kepada Amirul Mukminin. Semoga Allah meluruskan dan memberikan pertolongan atas apa yang beliau lakukan. Semoga beliau diselamatkan dari apa yang ditakuti (Syauqi 1997: 167). Beliau telah memintaku untuk menjelaskan apa yang beliau minta, dari yang hendak beliau laksanakan. Memintaku untuk mentafsirkan dan menjelaskannya. Dalam buku ini, semua itu akan aku tafsirkan dan aku jelaskan. Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah (segala puji untuk-Nya telah menugaskanmu dengan suatu perkara yang besar, pahalanya adalah pahala yang paling besar, juga hukumannya adalah hukuman yang paling besar. Allah telah menugaskanmu untuk mengatur semua masalah umat ini. Tidaklah engkau memasuki pagi hari mahupun siang hari, kecuali engkau harus bangun demi banyak orang yang telah Allah amanahkan penjagaannya kepadamu, telah memberikan amanat kepadamu untuk memelihara mereka, menguji dengan mereka dan mengangkatmu untuk menguruskan mereka. Inilah antara teks nasihat yang telah ditulis oleh Abu Yusuf kepada Harun Al-Rashid.

2. Abu Abdullah Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani (Qadhi Qudhat setelah Abi Yusuf)
9

Beliau adalah salah seorang sahabat Abu Hanifah dan pemimpin utama (Imam) golongan rasionalis (ahlu al-ray). Beliau berasal dari Dimashq, daerah Harista. Ayahnya datang ke Iraq. Beliau lahir tahun 132H dan membesar di Kota Kufah, mendengarkan ilmu di kota tersebut dari Abu Hanifah dan Sufyan Tsauri dan yang lainnya. Beliau menetap di Kota Baghdad (Syauqi 1997: 193).

Harun Al-Rashid mengangkatnya sebagai Qadi setelah Abi Yusuf wafat. Beliau selalu mendampingi Harun Al-Rashid dalam perjalanannya. Beliau wafat di Khurasan ketika sedang bersama Harun Al-Rashid iaitu di daerah Raid an dikuburkan di sana pada tahun 189H. Usianya ketika meninggal dunia sekitar 58 tahun. Beliau meninggalkan harta sebanyak 30,000 dirham, sebanyak 15,000 dirham dinafkahkan untuk kepentingan pengembangan ilmu Nahu dan Syair dan 15,000 lainnya untuk kepentingan pengembangan ilmu Hadith dan Fikh.

3. Abdullah bin Mubarak


-

Beliau ialah seorang ulama di Timur dan di Barat dan di antara keduanya. Disebut demikian kerana keberhasilannya dalam menghasilkan pemahaman yang sangat menakjubkan terhadap syariat yang sejati.

Beliau menguasai pelbagai cabang ilmu dan berhasil menggabungkan antara satu ilmu dengan ilmu lainnya seperti ilmu pengetahuan umum dan fikh, sastera, nahu dan bahasa, kezuhudan dengan keberanian, syair dengan fashahah, wara dengan keadilan , qiyamulail dengan ibadah, haji dengan peperangan dan kesatrian. Beliau selalu meninggalkan hal-hal yang tidak penting bagi dirinya. Beliau juga komitmen dengan pendapatnya. Namun demikian, beliau jarang atau sedikit sekali berbeza pendapat dengan para sahabatnya (Syauqi 1997: 195).

4. Al-Fudhail bin Iyadh

10

Ketika Harun Al-Rashid melakukan haji pada tahun 181H, beliau mengundang seluruh ulama kota Makkah untuk bersilaturrahim dengannya. Beliau turut menderma dan memberi bantuan kepada mereka.

Sufyan bin Uyainah berkata, Harun mengundang kami. Lalu, kami pun datang menemuinya. Kemudian, masuklah Al-Fudhail bin Iyadh sementara kepalanya diikat dengan serbannya (Syauqi 1997: 196).

5. Imam Malik bin Anas


-

Imam Malik berkata, Harun Al-Rashid pernah berdiskusi denganku agar kitab Al-Muwatta digantung di Kabah agar orang-orang mengikuti kandungannya. Aku berkata, Jangan engkau lakukan itu. Sesungguhnya para Sahabat Rasulullah (s.a.w) telah berbeza pendapat dalam masalah furu dan mereka telah menyebar di negeri yang berbeza dan semuanya benar.

Qadhi Al-Fadhil dalam beberapa risalah-nya berkata, Aku tidak menemukan seorang pun raja yang memiliki riwayat perjalanan panjang untuk mencari ilmu kecuali Harun Al-Rashid. Beliau dengan disertai kedua anaknya, Al-Mamun dan Al-Amin pernah melakukan perjalanan dengan maksud untuk memperdengarkan bacaan Al-Muwatta kepada Imam Malik Rahimahullah (Syauqi 1997: 205).

5.0

MEREKA YANG MENCEMARKAN NAMA HARUN AL- RASHID

Di antara yang berperanan dalam mencemarkan nama baik Harun Al-Rashid ialah:
11

1. Alfu Lailah wa Lailah (Kisah Seribu Satu Malam) Kisan Seribu Satu Malam adalah kumpulan cerita-cerita rakyat yang menggunakan campuran dua bahasa antara bahasa Arab fushah (rasmi) dan bahasa Arab pasaran yang diselit dengan syair-syair yang kebanyakan dibuatbuat. Bahasa dan susunannya sangat buruk, dan dipenuhi bait syair yang berjumlah sekitar 1420. (Dr.Syauqi 1997: 264) Semua cerita yang ditulis tidak lebih dari awal abad 9M. Banyak antara para orientalis yang sibuk menelitinya. Teks dari Ibnu Nadim yang wafat pada tahun 438H dalam bukunya dalam penelitian. Ibnu Nadim menyebutkan bahawa Kisah Seribu Satu Malam adalah naskhah terjemahan dari bahasa Parsi dengan judul Hazar Afsana atau seribu lagenda atau seribu dongeng. Kerana buku Hazar Afsana tidak ditemui, maka penelitian tentang asal usul buku Kisah Seribu Satu Malam pun bertambah sulit. Al-Fihrisat sering dijadikan sebagai kunci

2. Kitab Al-Aghani karya Abil Farj Al-Ashfahani Disebutkan dalam mukaddimah Mukhtar Al-Aghani, juzuk keempat dengan judul Sepintas tentang Abu Nuwas sebagai berikut: Bahagian dari sejarah kita. Sumbernya adalah sedikit ilmu atau lemah agamanya. Mereka menyebarkan pelbagai kebohongan dan menciptakan kepalsuan, dengan berjalannya waktu, orang yang mengatakannya pu lenyap, ciri-cirinya terkubur dan nilai-nilai yang dikandungnya pun hilang. Akibatnya, kebohongan dan kebenaran tercampur, saling berpautan sehingga sulit bagi majoriti manusia untuk membezakan antara kepura-puraan dan yang benar. Di antara pembohongan dan tuduhan yang dikaitkan dengan Harun AlRashid adalah cerita tentang dirinya dengan Abu Nawas (Syauqi 1997: 268).

12

3. Ahmad Amin dalam bukunya Harun Al-Rashid

Pada halaman 5 dari buku yang ditulisnya tentang Harun Al-Rashid. Ahmad Amin berkata, Dia seorang yang sangat luas perasaannya, sensitif dan mudah terpengaruh oleh kejadian-kejadian sesaat. Dalam sehari, beliau dia dapat melaksanakan solat sebanyak 100 rakaat. Beliau pernah melaksanakan haji dengan berjalan kaki. Di sisi lain, beliau juga menyukai keindahan, lagu dan minum-minuman. Apabila Abul Atahiyah telah menyampaikan kepadanya tentang zuhud dan keutamaannya, ia dapat menangis hingga janggutnya basah kuyup. Namun, jika Ibnu Maryam bercerita kepadanya tentang pelbagai cerita, beliau mampu ketawa sampai terbahak-bahak. (Syauqi 1997: 277).

4. Buku Ilam An-Nas Bima Waqaa Lil Baramikah maa Bani Abbas Buku ini ibarat pemberitaan kepada manusia tentang apa yang terjadi di antara Keluarga Barmak dengan Bani Abbas (Syauqi 1997: 289). Seorang Imam yyang mulia dan terhormat, Muhammad yang dikenal dengan nama Diyab Al-Itlidi mempersembahkan sebuah buku yang dicetak oleh Pustaka Muhammad Ali Shahib di daerah Maidan Al-Azhar Mesir. Buku ini kuhusu untuk mengotori nama baik dan kehormatan Harun Al-Rashid.

5. Ath-Thalibiyyun Muhammad binAli Thabtahaba, yang dikenal dengan Ibnu Thaqthaqa menulis sebuah buku dengan judul Al-Fahkri fi Al-adab As-Sulthaniah wa Ad-Duwal Al-Islamiah (Syauqi 1997: 293).

Buku itu aneh kerana banyak dipenuhi hal yang kontradiksi. Ia menyimpan kedengkian kepada Harun Al-Rashid. Di samping itu, buku ini
13

juga menceritakan bagaimana kalangan Al-Thalibiyyin melakukan perlawanan terhadap Negara Abbasiah. Diceritakan bahawa kelompok Ath-Thalibiyyun mendukung

perpindahan kekuasaan dari Bani Umawiyyah kepada Alawiyyin, namun ternyata kekuasaan berpindah dari tangan Umawiyyin ke Bani Abbas. Kerana itu, lalu mereka melakukan tipu daya kepada Abbasiah. Disebutkan dalam kitab Al-Fakhri fi Al-Adab As-Sulthaniah Harun Al-Rashid tidak takut kepada Allah. Perbuatannya terhadap keluarga Ali, keturunan dari puteri Nabinya, yang tidak melakukan dosa apa pun, menunjukkan bahawa dia tidak takut kepada Allah (s.w.t) Ini adalah tuduhan Thabathaba yang dibantah sendiri dalam buku yang sama, dimana ia berkata, Al-Rashid adalah salah satu khalifah yang paling hebat, paling fasih, paling alim dan paling mulia. Dia melakukan haji pada tahun ini dan berperang di tahun berikutnya. Solat seratus rakaat setiap harinya, berhaji dengan jalan kaki sementara khalifah khalifah yang lain tidak pernah melakukan haji dengan berjalan kaki.

6.0

SUMBANGAN-SUMBANGAN HARUN AL-RASHID

Harun al-Rashid merupakan salah seorang negarawan yang terulung di dunia. Beliau adalah khalifah kelima Kerajaaan Abbasi dan merupakan puncak kegemilangan
14

Kerajaan Abbasi. Zaman pemerintahan Abbassi juga dikatakan zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam dan merupakan zaman keemasan Islam. Pada zaman inilah bermulanya era pembangunan dan perkembanagan ilmu pengetahuan di Kota Baghdad. Beliau telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan dunia. Usaha yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan Kota Baghdad begitu maju dan tidak mampu ditandingi oleh khalifah-khalifah pada pemerintahan yang lain perkara termasuklah dari segi kemajuan, pembagunan, ilmu pengetahuan, kemakmuran dan lain-lain lagi. Khalifah Harun al-rashid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengtahuan. Oleh kerana itulah beliau membuka Baitul Hikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengtahuan. Seorang khalifah sememang seorang yang bijak dan berilu pengtahuan. Dalam mentadbir negara beliau harus tahu bagaimana untuk mentadbir negara dan menjadikan sebuah negara yang aman dan makmur. Di samping itu, seorang khalifah harus tahu untuk membangun dan memajukan negara agar menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang samada ekonomi, politik mahupun sosial. Ilimu pengetahuan sangat penting dan seharusnya ada dalam seorang khalifah. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir Kota Baghdad selama 23 tahun. Keberanian seorang khalifah juga amat penting dalam mentadbir sesebuah negara agar menjadi sebuah negara yang aman. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup seseorang khalifah tidak mampu membawa tentera-tenteranya dalam memerangi musuh, untuk mendapatkan keamanan dan kemakmuran. Khalifah Harun al-Rashid begitu cekap dalam menguruskan hal ehwal negara. Beliau dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Akhirnya beliau berjaya dalam peperangan tersebut kerana usaha yang dilakukan berhasil antara usaha beliau ialah dengan menyusun semula pasukan tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur. Beliau begitu mengambil berat tahap kreadibiliti tentera-tenteranya dan memberikan perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.

15

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rashid juga adalah salah satu sumbangan besar yang diberikan oleh beliau. Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intlektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual. Beliau dianggap penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual masjid. Pada majlis seperti itu beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya. Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam meyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya. Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah banyak dilakukan oleh Khalifah Harun al-Rashid, malah beliau sendiri telah menjadi simbol kemegahan Islam Timur dan Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Mawsil, Dimashq dan Aleppo muncul sebagai kota yang terkenal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan ekonomi dengan aktiviti perdagangan, perniagaan dan membawa pedagang-pedagang asing untuk berniaga di Kota Baghdad. Disebabkan usaha ini pedagang-pedagang asing datang membawa barangan mereka untuk diniagakan di Kota Baghdad. Bahkan bukan sahaja pedagang-pedagang asing datang berniaga, penduduk Kota Baghdad sendiri melakukan aktiviti perniagaan sesama mereka. Satu lagi sumbangan Khalifah Harun ar-Rasyid yang sangat besar kepada Kerajaan Abbasi ialah dengan tertubuhnya Baitul Hikmah. Sikap prihatin beliau dalam bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan ilmu ini merupakan satu usaha cemerlang yang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir Kerajaan Abbasi. Baitul Hikmah ini mengabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan buku-buku, pengmpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Atas dasar tanggungjawab beliau sebagai seorang khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan.
16

Selain itu, beliau telah mewujudkan majlis Al-Muzakarah iaitu lembaga pengkaji masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjidmasjid dan istana. Tujuaan penubuhan majlis Al-Muzakarah ini ialah untuk membincang permasalahan agama dalam kalangan umat Islam. Oleh itu beliau menubuhkan majlis ini agar para ulamak dapat mengeluarkan pandangan untuk mengetahui sesuatu masalah agama dan menyelesaikannya dengan cara yang baik. Selain itu para cendiakawan dapat berbincang akan masalah yang dihadapi oleh umat Islam agar tidak menjadi lebih keruh apabila terdapat sebarang masalah yang timbul. Sebahagian para pemerintah juga mengambil bahagian dalam majlis Al-Muzakarah ini agar sama-sama dapat menerima kata sepakat ataupun sebulat suara bersetuju dengan keputusan yang telah dicapai. Selain daripada itu beliau juga mewujudkan jawatan qahdi al-qudha (ketua hakim) yang mana jawatan ini diwujudkan bagi mengadili sesuatu kes ataupun jenayah yang berlaku dizaman pemerintahan beliau. Dengan cara ini segala kes yang terdapat di Kota Baghdad hanya diselesaikan melalui qahdii al-qudha. Qahdi alqudha dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan segala kes yang terdapat di Kota Baghdad. Dengan wujudnya jawatan ini segala pentadbiran yang melibatkan kes ataupun jenayah dapat diselesaikan dengan lancar Pada masa yang sama, beliau turut memerintahkan al-Qadi Abu Yusuf supaya menulis kitab tentang percukaian sehinggan terhasilnya kitab Al-Kharaj. Kitab ini digunapakai pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. Dalam memincangkan kewangan secara umum, pengurusan cukai, pembahagian tanah, keseimbangan harga, dan tanggungjawab kerajaan dalan ekonomi. Kitab ini juga berkaitan dengan sumbangan pertanian dan cukai yang dikenakan terhadap hasil dan ekuiti. Selain daripada itu, kitab ini juga membicarakan soal permintaan dan penawaran barangan dalam pasaran, kawalan harga, ikhtiar(sorok barang), monopoli dan lain-lain. Pada zaman pemerintahan, beliau telah menjaga kemakmuran dan

kesejahteraan rakyat beliau dengan membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian. Hali ini menjadi tanggungjawab pemerintah bagi menyediakan setiap prasarana tersebut bagi manjaga kesejahteran dan kemakmuran
17

rakyat yang dipimpinnya. Antara prasarana yang yang disediakan oleh beliau ialah menyediakan kamar mandi untuk rakyat. Selain itu, beliau menyediakan farmasifarmasi atau rumah sakit bagi kemudahan rakyatnya yang sakit agar mendapat rawatan. Beliau turut membangunkan pusat pengajian antaranya fakulti perubatan yang mana rakyat dapat menimba ilmu perubatan dan menjadi seorang tabib yang pakar dalam pelbagai jenis penyakit. Khalifah Harun al-Rashid merupakan khalifah yang begitu gigih berusaha untuk keamanan dan kemakmuran penduduk Kota Baghdad. Beliau telah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan dan yang paling disebut-sebut ialah zaman keemasan Islam. Sumbangan beliau dalam bidang ilmu pengetahuan dan dalam bidang bidang yang lain menggambarkan beliau seorang khalifah yang prihatin terhadap keamanan negra yang tiada tolok bandingnya. Beliau juga disifatkan sebagai seorang khalifah yang berwibawa dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pentadbiran. Peranan beliau yang paling besar ialah sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu pengetahuan.

KESIMPULAN Harun al-Rashid merupakan salah seorang negarawan yang terulung di dunia. Beliau adalah khalifah kelima Kerajaaan Abbasi dan merupakan puncak kegemilangan Kerajaan Abbasi. Zaman pemerintahan Abassi juga dikatakan zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam dan merupakan zaman keemasan Islam. Pada zaman ini
18

bermulanya era pembangunan dan perkembanagan ilmu pengetahuan di Kota Baghdad. Beliau telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan dunia. Usaha yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan Kota Baghdad begitu maju dan tidak mampu ditandingi oleh khalifah-khalifah pada pemerintahan yang lain perkara termasuklah dari segi kemajuan, pembagunan, ilmu pengetahuan, kemakmuran dan lain-lain lagi. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya melihat bagaimana ketokohan dan sumbangan yang telah ditonjolkan oleh beliau sekaligus mempraktikkan segala perkara yang mampu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

19

Anda mungkin juga menyukai