Anda di halaman 1dari 3

Isu-isu yang Berkaitan dengan Guru

Guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah


bukan semuanya terlatih dengan baik, sama ada dari segi pengeyahuan tentang aspek-
aspek kebahasaan Bahasa Melayu ataupun perkaedahan pengajaran Bahasa (Farid &
Ajid, 1981:65). Sebahagian daripada mereka lebih merupakan ‘bidan terjun’, iaitu
mereka daripada bidang ilmu yang lain, tetapi diarahkan menjadi guru Bahasa
Melayu. Keadaan ini adalah berpunca daripada kurangnya guru Bahasa Melayu yang
berkelayakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyatakan, “ Dalam tempoh 1996-2000, pertambahan keperluan guru
yang terbanyak adalah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Iaitu kira-kira 6200……
Institut Pengajian Tinggi Awam.
Isu-isu dalam Pelaksanaan Program Pendidikan Bahasa Mealyu di Malaysia.
(IPTA) tentu sekali sukar untuk menampung keperluan yang besar dan agak
mendadak ini.
Untuk menyelesaikan masalah di atas, Kementerian Pendidikan terpaksa
mengambil guru-guru yang kurang berkemampuan atau kurang berkelayakan.
Walaupun Kementerian Pendidikan telah meminta IPTA menambah bilangan
mahasiswa yang akan dilatih untuk menjadi guru Bahasa Melayu yang berwibawa,
keadaan ini adalah agak sukar juga kerana IPTA memerlukan masa untuk menambah
kakitangan akademik dan infrastruktur yang ada.
Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah lain telah diambil, antaranya
adalah dengan mengadakan program pendidikan jarak jauh dan program
francais/berkembar. Jika IPTA tidak mampu mengatasi masalah kepadatan pelajar di
dalam kampus-kampus university, para pelajar yang berkelayakan dan berkemampuan
harus diberi peluang untuk menimba ilmu di pelbagai cawangan atau pusat pengajian
luar kampus.demikian juga logiknya dengan program francais/berkembar, iaitu jika
IPTA tidak mampu menampung pertambahan pelajar,pihak-pihak swasta atau
yayasan-yayasan pelajar negeri harus dibenarkan memeteraikan kerjasama dengan
IPTA. Fenomena ini telah mewujudkan pelbagai program pendidikan jarak jauh dan
program francais/berkembar.
Walau bagaimanapun, satu persoalan lain harus difikirkan juga, iaitu tentang
kemampuan Kerajaan untuk menyerap guru-guru yang tamat latihan ke dalam
perkhimatan perguruan. Kita menyedari masalah ekonomi yang melanda negara dan
dunia. Dalam keadaan sebegini, adakah pendidikan akan diberikan keutamaan atau
akan dianggap sebagai sesuatu yang sampingan? Bolehlah kita mengandaikan bahawa
besar kemingkinan para pentadbir dan guru di sekolah-sekolah akan terus diminta
untuk bersabar dan terus beroperasi dengan segala kekurangan yang ada. Jika keadaan
ini yang terjadi, sumbangan IPTA untuk mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa
Melayu yang berkelayakan tidak akan Berjaya sepenuhnya. Kita harus mengakui
hakikat bahawa halangan kewangan berkemungkinan akan mendorong dan menjadi
pemangkin kepada pelbagai kegawatan.
Masalah Menyatukan yang Terpisah
Malaysia mengamalkan system pendidikan yang terbuka, iaitu kebebasan yang agak
meluas dengan beberapa kekangan. Setiap kelompok etnik di Malaysia dibenarkan
memberikan pendidikan formal dan tidak formal kepada kaum atau kumpulannya
melalui kaedah dan bahasa pengantar yang mereka pilih, aslakan mematuhi beberapa
syarat dan peraturan yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan agensi-
agensi lain yang berkaitan.
Program pendidikan dan penyampaian ilmu pengetahuan boleh dilakukan
melalui pelbagai bahasa pengantar, iaitu Melayu, Mandarin, Tamil, Arab, Inggeris
dan lain-lain. Tidak juga terdapat kekangan bagi mana-mana pihak untuk
memasukkan seseorang pelajar ke dalam mana-mana sekolah. Contohnya, seseorang
pelajar Melayu boleh memasuki sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina,
sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama/Arab dan lain-lain lagi. Begitu
jugalah dengan bangsa-bangsa lain, mereka boleh memilih apa sahaja pilihan yang
mereka suka. Bahkan, seseorang pelajar itu tidak perlu pun memasuki mana-mana
sekolah untuk pelajar. Dia boleh belajar sendiri dan mengambil peperiksaan formal
apabila tiba masanya sebagai calon persendirian.
Sunggunhpun terdapat pelbagai kategori sekolah dalam system pendidikan di
Malaysia, para pelajar akan menduduki peperiksaan-peperiksaan formal yang sama,
iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu untuk semua peperiksaan ini adalah sama bagi semua pelajar. Disebabkan
kepelbagaian yang wujud, agak sukar bagi pihak nerkuasa untuk menentukan satu
tahap penguasaan pengetahuan Bahasa Melayu yang tertentu.
Setiap jenis sekolah tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
cara dan jumlah masa yang sama. Atas sebab inilah wujud pelbagai masalah dalam
melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terutamanya
bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Semasa merumuskan
pencapaian para pelajar bukan Melayu dalam peperiksaan UPSR, bekas Timbalan
Menteri Pendidikan Dr. Fong Chan Onn perna mengatakan, “Pelajar Cina mencatat
kelulusan 32 peratus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala pelajar Tamil
hanya mencatat 19 peratus”.
Pandangan yang dikemukakan oleh Dr. Fong Chan Onn merupakan penilaian
secara menyeluruh. Jika sekiranya kita menilai pencapaian dalam aspek penulisan
secara berasingan, keadaan yang lebih mendukacitakan akan tergambar. Lebih
separah daripada para pelajar amat lemah atau gagal menguasai kemahiran penulisan.
Dengan kata lain, lebih separuh daripada para pelajar memperolehi gred D dan E.
Daripada pandangan-pandangan yang telah dikemukakan di atas, secara
umumnya dapatlah kita katakana bahawa lwbih daripada dua pertiga daripada para
pelajar Cina dan India yang berumur dalam lingkuagan 12 tahun telah gagal
menguasai pengetahuan Bahasa Melayu baku dengan baik. Keadaan ini sebenarnya
tidaklah menghairankan kerana Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata
pelajaran yang terpisah di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Ringkasan
Pelbagai pandangan yang telah dikemukakan dalam bab ini jelas membayangkan
kepada kita bahawa program pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-
sekolah bukanlah program yang mapan dan lengkap. Masih banyak ruang yang boleh
diperkemaskan, terutamanya aspek pemilihan bahan dan kaedah pengajaran. Para
guru Bahasa Melayu harus dipekakan.

Anda mungkin juga menyukai