Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Projek

Projek multimedia berdasarkan Bab 40 seperti yang terdapat dalam novel


Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (2003) karya Keris Mas, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur ini dihasilkan menggunakan perisian Wondershare
Filmora 11. Melalui projek ini beberapa elemen multimedia telah diterapkan
seperti teks, audio visual, grafik dan animasi. Saya telah menggunakan kamera
telefon Iphone 7 Plus dan kamera nikon untuk merakamkan video dan gambar
pelakon. Para pelajar dari Kelas Vanda telah diambil untuk melakonkan aksi
yang bersesuaian mengikut bab tersebut. Selain itu saya juga melayari laman
Google Image untuk mendapatkan grafik yang bersesuaian dengan penceritaan
supaya penyampaian dapat disampaikan dengan lebih baik kepada penonton.
Seterusnya, elemen multimedia seperti audio visual pula diperolehi melalui
Youtube, MP4 dan Youtube Downloader. Melalui laman ini, saya dapat mencari
video dan audio yang dapat menjadikan bab ini disampaikan dengan cara yang
lebih menarik. Penerapan elemen-elemen ini bertujuan untuk memberi kesan
penghayatan yang lebih mendalam dan lebih menarik disamping mengekalkan
nilai estetik yang terdapat dalam novel ini. Projek ini berdurasi selama 5 minit

Sinopsis Bahan
BAB 40
Lebai Maarup dan orang-orang tua di kampung Pulai terperangkap di surau kerana
hujan. Mereka cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Maarup tetap
berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai yang menunggu untuk ke Balai raya bagi
mendengar penjelasan Lebai Maarup. Mat Akil dan rakan-rakannya menuduh
Lebai Maarup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke Balai raya
termasuklah 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di Balai raya Lebai Maarup
menjelaskan kenapa dia dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang
asing sebaliknya dia pulang untuk menetap di kampung Pulai. Beliau juga ingin
menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar agama. Mat Akil dan
rakan-rakannya cuba mengganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai
Marup. Dia dituduh bersikap kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak
membawa maksiat. Mat Akil pula menuduh Lebai Maarup pengacau anak bini
orang. Lebai Maarup menjelaskan dia hanya hendak mengingatkan penduduk
supaya wang pampasan yang diterima tidak disalahgunakan. Dia juga berasa puas
apabila En. Muhammad menarik balik pembinaan hotel. Dia juga sanggup
dihukum jika sekiranya dia menganggu anak bini orang. Mat Akil yang marah
telah membaling batu dan kena pada muka Lebai Maarup, serentak itu Mat Akil
meluru untuk menikam Lebai Maarup. Kemat Jerangkung tak sempat
menghalangnya pisau tersebut kena di bahu Lebai Maarup darah banyak keluar.
Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang tidak dikenali
telah berjaya menangkap dan mengari Mat Akil dan rakan-rakanya. Rupa-rupanya
pemuda tersebut ialah polis. Setelah Mat Akil dan rakan-rakan ditangkap,sudin
membalut luka Lebai Maarup.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Penduduk berkumpul di balai raya. Tuk Empat Dahlan memulakan


majlis.
2. Lebai Maarup memulakan ucapan aluan dan selawat. Lebai Maarup
memaklumkan bahawa dirinya telah dipukul pada malam kemarin di
bawah pohon langsat berdekatan rumah Bilal Endut.
3. Mat Akil banyak menyampuk ucapan dan menghina Lebai Maarup.
4. Tuk Empat Dahlan memarahi perbuatan Mat Akil dan Man dengan
menyuruh mereka duduk.
5. Lebai Maarup menerangkan asal usul dan latar belakang dirinya. Dia juga
memaklumkan bahawa Bilal Endut ialah bapa saudaranya.
6. Lebai Maarup memohon maaf secara terbuka kerana dia tidak tahu sebab
sebenar dia dipukul. Mat Akil menuduh Lebai Maarup mengatakan
bahawa ada orang yang hendak mengembangkan maksiat dan membuat
hotel peranginan dll. Man memfitnah Lebai Maarup sebagai pengacau
anak bini orang.
7. Man membaling batu dan terkena muka Lebai Maarup. Keadaan menjadi
kecoh dan Mat Akil meluru menikam Lebai Maarup. Lebai Maarup cuba
mengelak dan tikaman itu terkena bahunya.
8. Dua orang luar (polis) telah menangkap Mat Akil, Man dan dua orang
rakan mereka

Anda mungkin juga menyukai