keluarga yang meningkat dikala dunia dan negara dilanda krisis kenaikan harga minyak dan
kekurangan bekalan makanan dunia. Ini juga menggalakkan rakyat bercucuk tanam dan
berternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.
Program yang murni ini dirangka bagi mengujudkan kesedaran dan minat rakyat kepada
pertanian. Kita berharap juga supaya keutamaan kepada makanan segar, berkhasiat dan
selamat menjadi asas dalam penyediaan masyarakat yang berkualiti.
Kepada penduduk Bandar dan taman perumahaan serta rumah-rumah pangsa mahu pun
sekolah kita boleh menggunakan kaedah “KITCHEN GARDEN” atau “” iaitu tanaman sayuran
dalam pasu, polibeg dan bekas-bekas dari bahan terbuang.
Salah satu lagi pendekatan yang menarik pada program Bumi Hijau ini adalah pengwujudan
‘Kebun Komuniti’, di mana tanah-tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta dan
rumah ibadat ditanam secara berkumpulan dan diuruskan oleh satu badan pengurusan seperti
Jawatankuasa Rukun Tetangga.
Pendekatan seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan penghuni-
penghuni taman melalui kerja-kerja gotong-royong serta penukaran dan perkongsian hasil
tanaman yang segar
Kita juga akan perluaskan kempen ini di kem-kem tentera, kuaters kakitangan Kerajaan, sekolah-
sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdapat di negeri ini
Program ini bukan saja akan membuatkan kita mendapat hasil tapi dapat mencorak halaman
rumah supaya lebih cantik dan menarik melalui kombinasi tanaman bunga dan sayuran serta
ulaman
Komponen ternakan juga tidak ketinggalan iaitu menternak ayam kampung, itik, dan puyuh,
manakala aktiviti menternak ikan keli dan ikan talapia dalam tangki Poly Ethelene juga turut
diperkenalkan.
Disamping itu Pihak Berkuasa Tempatan juga diminta menukar separuh daripada bunga
hiasan di tepi jalan dan ditengah jalan yang ditukarkan setipa 3 minggu sekali kepada
sayur-sayuran.
Saya berharap masyarakat di negeri ini menanam sayuran di sekeliling rumah dan
menjadikannya satu budaya yang berkekalan supaya keluarga dapat memperolehi bekalan yang
segar, selain mengurangkan kos perbelanjaan dapur.
1. Kempen ini patut mendapat sokongan rakyat sebagai satu usaha mengurangkan
beban kenaikan harga barang pada masa ini.
Bagi yang mampu mungkin tidak terasa sangat dengan kenaikan harga dan
teruskan membeli sayuran di pasar bagi membantu peniaga dan penanam sayur.
Tetapi bagi yang tidak ada kemampuan seruan kerajaan ini amat kena pada masa.
Menanam sebatang dua pokok cili, kangkung, bayam, terong dan sebagainya
tidaklah susah sangat. Hasilnya bukan sahaja boleh digunakan untuk keluarga,
bahkan boleh dihulurkan kepada jiran sebelah. Jika jiran-jiran juga menanam
sayuran dari jenis-jenis berlainan, kita bolehlah mengamalkan ‘barter trade’
sesama jiran. Persahabatan kian erat, badan sihat dan wang jimat!!!
PENGENALAN
Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah
dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19
Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B
Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama
program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi
mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran,
ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan
penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran
terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik
dan menarik.
KONSEP PELAKSANAAN
Kempen Bumi Hijau terdiri daripada 3 komponen iaitu Tanaman, Ternakan dan Akuakultur. Di Putrajaya,
pelaksanaan konsep komponen Tanaman dan Akuakultur diterapkan.
Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam
tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau
‘edible landscape’, secara menanam tanaman
bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi
keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran
makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.
PELAKSANAAN KEMPEN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Pertanian dan Asas Tani bercadang untuk
melancarkan program Kempen Bumi Hijau Peringkat
Wilayah Persekutuan dengan mengadakan satu majis
perasmian secara anjuran bersama antara Kementerian
Pertanian dan Asas Tani (MOA) dan Kementerian Wilayah
Persekutuan (KWP). Jabatan Pertanian Putrajaya akan
mewakili MOA dan Perbadanan mewakili KWP sebagai
pelaksana program Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah
Persekutuan.
Perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, dalam tempoh terdekat. Selaras dengan
perasmian ini, pihak Perbadanan Putrajaya turut mengadakan pameran semasa majlis berlangsung dan juga
pameran susulan di Karnival dan Promosi Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan di
Alamanda Putrajaya selama 2 hari berturut-turut.
AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN
Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Kempen Bumi Hijau di Putrajaya, aktiviti-aktiviti berikut diadakan:
Putrajaya menggunakan pendekatan bercucuk tanam dan pemeliharaan akuakultur sebagai menyambut
seruan Kempen Bumi Hijau. Penanaman dan pemeliharaan akuakultur akan dilaksanakan secara individu,
keluarga atau komuniti.
iii. Pemeliharaan Akuakultur
PROGRAM LAMAN KOMUNITI
- Program Laman Komuniti Putrajaya sebagai program susulan
sempena Kempen Bumi Hijau akan diadakan oleh Perbadanan
Putrajaya.