Anda di halaman 1dari 4

ISU SOSIAL YANG KRITIKAL DI SABAH IALAH ISU PENGANGGURAN

STRATEGI TERBAIK MENANGANI ISU PENGANGGURAN

Masalah pengangguran siswazah boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu, mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lainlain lagi. Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga 50% di semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan model insan dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh guru-guru yang terlatih. Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih bidang pengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja

STRATEGI TERBAIK MENANGANI ISU PENGANGGURAN(TENAGA BURUH) BERDASARKAN MEB

Meningkatkan bakat tempatan Mengkaji semula sistem pendidikan merubah pendekatan pendidikan daripada pembelajaran melalui hafalan kepada pemikiran kreatif dan kritis Meningkatkan penekanan pada pengenalan semula kolej latihan teknik dan vokasional Mengenal pasti dan memupuk bakat melalui proses berorientasikan permintaan Meningkatkan autonomi dan akauntabiliti institusi pendidikan Menggalakkan usaha sama P&P antara institusi pengajian tinggi dengan industry Meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris Menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dan dalam jangkauan semua tempat

Memperbaharui kemahiran tenaga buruh sedia ada Meningkatkan kemahiran tenaga buruh Malaysia yang berada dalam kumpulan terendah melalui pendidikan dan latihan berterusan Menyediakan jaring keselamatan pekerja untuk pekerja yang hilang pekerjaan Industri bekerjasama dengan kerajaan untuk menggalakkan Latihan Kerja Berterusan (LKB) Memformalkan pensijilan kemahiran dan standard kualiti antarabangsa Memastikan paras upah sepadan dengan tahap kemahiran

Mengekalkan dan mengakses bakat global Mengkaji semula program sedia ada bagi menarik rakyat Malaysia berkemahiran tinggi di luar negara supaya kembali Menawarkan taraf pemastautin tetap kepada bekas rakyat Malaysia dan keluarga mereka

Memusatkan pengawasan pekerja asing dan ekspatriat untuk membolehkan amalan yang koheren. Membolehkan membentuk kelompok kritikal golongan professional mahir melalui permit kerja dan prosedur imigresen yang lebih ringkas Meliberalisasikan perkhidmatan profesional melalui pengiktirafan bersama

Menghapuskan herotan pasaran buruh yang mengekang pertumbuhan upah

Melindungi pekerja, bukannya pekerjaan, melalui jarring keselamatan yang lebih kukuh sekaligus menggalakkan fleksibiliti pasaran buruh Menyemak rangka kerja undang-undang dan institusi bagi memudahkan pengambilan dan pemecatan pekerja Menaikkan bayaran melalui laba produktiviti, bukannya pengawalan upah

Mengurangkan kebergantungan pada buruh asing Menguatkuasakan standard buruh yang sama bagi pekerja tempatan dan asing Menggunakan sistem levi untuk mencapai sasaran bagi pekerja asing tidak mahir sejajar dengan keperluan sektor

SUMBER RUJUKAN
ISU PENGANGGURAN SISWAZAH http://form.jotform.me/form/23308668947467 Tarikh 11/10/2013 MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIA BAHAGIAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/images/stories/download/MEB_Ringkasan_Eksekutif.pdf. Tarikh 11/10/2013

Anda mungkin juga menyukai