Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Ketam kulit lembut adalah suatu istilah kulinari untuk ketam yang bersalin
kulit dan masih belum mengeras. Ketam jenis ini bukanlah suatu spesis ketam
yang baharu ataupun dikopak kulitnya tetapi ia adalah dari jenis ketam Nipah
(Scylla Serrata) yang perlu bersalin kulit dalam proses untuk terus membesar.
 
Proses bersalin kulit bermula apabila ketam mengeluarkan kulit sedia adanya
yang keras dan telah sempit. Kulit ini kemudiannya akan diganti dengan kulit
baharu yang lembut dan pada waktu inilah ketam akan mengembangkan
saiznya. Selepas proses bersalin kulit ini berlaku, kulit ketam yang baharu akan
mengeras hanya dalam masa beberapa jam sahaja sekiranya masih dibiarkan di
dalam air. Oleh itu bagi memastikan ketam-ketam ini dapat diperoleh semasa
masih dalam keadaan lembut, ianya ditangkap beberapa hari sebelum bersalin
kulit dan dipantau keadaannya di dalam tangki.
 
Ketam kulit lembut sedap dimasak goreng tempura, goreng kunyit atau digoreng
bersama telur masin. Apa yang menarik tentang ketam kulit lembut ini ialah
ianya boleh dimakan kesemuanya sekali tanpa perlu bersusah payah untuk
membuang kulit.

Penerangan Produk
Ketam Lembut 100% 
 

Ketam Kulit Lembut


Lembut Bukan Sebarang Lembut

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya


mempunyai "ekor" yang amat pendek atau di mana abdomennya adalah
seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan
satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku
chelae. Ketam dijumpai di semua lautan dunia, terdapat juga banyak ketam air
tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal.

Ketam, sinonim dengan cangkerang yang kulitnya keras. Berikutan itu ada di
antara kita yang tidak gemar memakan ketam. Kerana jika tersilap langkah,
sudah pasti akan tertelan kulitnya dan boleh menyebabkan kecederaan pada
tekak. Ada juga yang tergigit kulit ketam sehingga menyebabkan kecederaan
pada gusi dan gigi.

Namun kini, anda boleh makan ketam bersama-sama kulitnya dengan Ketam


Kulit Lembut. Nak telan pun boleh, itupun kalau mulut dan kerongkong anda
cukup besar untuk menelannya. Ketam Kulit Lembut ini sangat unik kerana
tidak mempunyai kulit yang keras malah boleh dimakan keseluruhan isinya
tanpa membuang kulit. Lebih kurang macam udang lah dimana kita boleh
makan sekali dengan kulit-kulitnya.
Macam mana kulit ketam jadi lembut? Ini adalah teknik baru dimana ianya agak
asing di Malaysia. Tetapi di Thailand dan Vietnam, ia menjadi hidangan
popular di restoran-restoran dan diternak secara tradisional. Kulit ketam ini
menjadi lembut apabila ia mengalami proses bersalin kulit. Apabila ketam baru
nak bersalin kulit, kulit nya tu lembut dan masa ni lah ketam ini diambil dan
dimasak. Biasanya, untuk bagi ketam tu bersalin kulit secara paksa, kita potong
kaki nya dan apabila kaki nya tu nak tumbuh balik, ketam akan bersalin kulit.
Kebiasaannya ketam yang digunakan adalah jenis Ketam Nipah. Juga dikenali
sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya
pula adalah Syclla Serrata

Gambar dibawah adalah contoh jenis masakan Ketam Kulit Lembut:

               Ketam Kulit Lembut Celup Tepung


Ketam Kulit Lembut 3 Rasa 

Ketam Kulit Lembut Sweet & Sour 

Ketam Kulit Lembut Masak Merah

Kini memakan ketam tidak lagi sukar, tidak perlu lagi untuk mengopek kulitnya
untuk mendapatkan isinya. Anda bolehlah mendapatkannya di tempat-tempat
yang menjual Ketam Kulit Lembut seperti di sekitar Tawau.
kami adalah dari syarikat Fizzi Syukur Sdn. Bhd. penternak dan pembekal
ketam lembut. Lokasi tempat penternakan dan jualan adalah di PSKT Kuala
Gula. Syarikat kami adalah penternak dan pembekal ketam lembut yang
terbesar di negeri perak.

Ketam lembut adalah proses dimana ketam biasa diternak sehingga kulit
cengkerang bersalin. Ketam lembut boleh dimakan kesemua bahagian
disebabkan oleh ketiadaan kulit. Ianya mudah dimasak dan dimakan.

Pihak syarikat melihat potensi perniagaan ketam lembut boleh berkembang


jauh. Kami mengalu - alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi
agen penjualan ketam lembut ternakan dari syarikat kami. Selain dari
penternakan ketam lembut, syarikat kami juga menjual ikan sembilang hidup,
ikan sangkar yang terdiri daripa ikan siakap, jenahak dan kerapu, udang
kering, belacan dan lain - lain hasil laut. Bagi kaki pancing yang berminat
berminat untuk menyewa bot, syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan
tersebut.

Anda boleh menghubungi kami -

Email di alamat ketamlembutfizzi@yahoo.com

facebook atas nama fizzi syukur

atau melalui talian telefon seperti di bawah

0175467450 - En. Razak Bin Mat Desa

0175457362 - En. Muhammad Nur Rafizi Bin Razak

0125134424 - Cik Nurul Razlin Bt. Razak

0174642981 - En. Yaakob B. Ramli

0125761015 - En. Amran B. Ishak


RUJUKAN

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1211&sec=Pahang&pg=wp_03.htm

 
https://www.bharian.com.my/node/126177
http://teganuku.blogspot.my/2011/07/umk-kaji-pengurusan-kesihatan.html

format di sini
http://sulia-butterfly.blogspot.my/2012/11/contoh-rancangan-perniagaan.html
https://www.slideshare.net/UKhOiMeiAisyahfitrah/format-rancangan-
perniagaan-rp
http://softwareperniagaan.mybizcore.com/panduan-penyediaan-rancangan-
perniagaan-kertas-kerja/
http://bestariagro.blogspot.my/2008/12/contoh-kertas-kerja.html

Anda mungkin juga menyukai