Anda di halaman 1dari 2

Setelah berusaha sekian lama ini, akhirnya saya bersama

rakan kumpulan telah berjaya menyiapkan tugasan Kemahiran


Belajar ini bagi semester satu pada masa yang ditetapkan.
Saya berasa puas hati dengan hasil kerja tugasan saya ini.
Walaupun ia mungkin kurang terperinci tetapi sekurang-
kurangnya saya telah cuba sedaya upaya menyiapkan. Untuk
membuat tugasan ini, saya telah menggunakan cara yang
alternatif seperti internet, buku rujukan serta pengalaman saya
selama ini. Oleh itu, melalui tugasan ini telah memberi saya
ilham dan ajaran tentang konsep untuk mempelajari sesuatu
dengan pelbagai aspek seperti Kemahiran Mendengar,
Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Kemahiran
Mengambil Nota dan Kemahiran Mengingat. Selain itu, dengan
sokongan dan usaha rakan sekumpulan saya iaitu Chan Peng
Kuan dan Ho Loong Chieng serta pensyarah dan sebagainya.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya juga dapat memahami
dengan lebih jelas mengenai objektif sebenar tugasan ini.
Kumpulan kami diberi tugas tentang Kemahiran Mengambil
Nota. Oleh itu, saya dapat menguasai dengan penuhnya
tentang mengambil nota ketika sesi tutorial dijalankan. Dalam
proses menyiapkan tugasan ini, saya tidak akan lupa jasa dari
pensyarah yang berkaliber dan sering menghulurkan bantuan
iaitu Pensyarah Rosli Bin Othman yang sering memberi tunjuk
ajar kepada kita. Saya juga telah mempelajari sesuatu melalui
tugasan ini iaitu menghadapi segala cabaran. Semasa
menyiapkan tugasan ini saya juga menghadapi masalah seperti
mencari maklumat untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Saya
juga menghadapi masalah apabila membuat cetakan pada
tugasan ini disebabkan kerosakkan printer yang berlaku secara
tiba-tiba. Nasib baik saya mempunyai rakan-rakan yang sudi
menghulurkan bantuan. Jadi, kerjasama antara rakan-rakan
amatlah penting. Walau bagaimanpun, semuanya telah berjalan
dengan lancar pada akhir. Melalui tugasan ini, ia telah
menyedarkan saya agar menjadi seorang guru yang baik pada
masa hadapan nanti. Akhirnya saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas
sumbangan kerjasama dari pensyarah serta rakan sekumpulan.
Merekalah yang membantu saya ketika saya menghadapi
masalah dalam tugasan. Sekian terima kasih.
 

Anda mungkin juga menyukai