Anda di halaman 1dari 2

ARKITEK KOTA

Muhammad Hj. Salleh


SAJAK

MAKSUD

hanya seniman peka


yang faham akan jiwa laut
kenal lambung gelombangnya
alur sungai serta diam batu
perasaan musim
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.
kerana arkitek matang itu anak di taman
perenung di perpustakaan
orang muda pulang bertandang di
lorong malam
pemunggah barang pasar di subuh hari
pengadil di bangku bijaksana
dan datuk bandar yang bangga
dia harus sayangkan lagu burung
pemancing di teduh pohon
pemerhati tasik
pengawas bintang
dan bunga menjalar di beranda.
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah
berbagai-bagai
kelakar tua yang mengampungkan
cerita
orang bercinta yang perlukan bulan
dia pengukir ruang hidup
penghias suasana sempurna
membenarkan penemuan
memungkinkan kemungkinan

i.

Nyatakan maksud rangkap pertama sajak di atas

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah bandar perlu dirancang dengan teliti?

iii.

Apakah ciri-ciri bandar yang menjadi idaman menurut pandangan anda/

iv.

Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas.

Anda mungkin juga menyukai