Anda di halaman 1dari 1

Arkitek Kota hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, alur sungai

serta diam batu, perasaan musim, fill langit dan sabar bumi berhak membina kota. kerana arkitek matang itu anak taman perenung di perpustakaan orang muda pulang bertandang di lorong malam pemunggah barang pasar di subuh hari pengadil di bangku bijaksana dan datuk bandar yang bangga dia harus sayangkan lagu burung pemancing di teduh pohon pemerhati tasik pengawas binatang dan bunga menjalar di beranda pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan dia pengukir ruang hidup penghias suasana sempurna membenarkan penemuan memungkinkan kemungkinan Dari Seberang Diri Maksud Sajak : Rangkap 1 Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.

Maksud Sajak : Rangkap 2 Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut Maksud Sajak : Rangkap 3 Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona. Maksud Sajak : Rangkap 4 Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas. Maksud Sajak : Rangkap 5. Penyajak menyatakan bahawa beliau hanyalah pemerhati yang menilai bandar dari jauh. i. ii. iii. Nyatakan maksud rangkap pertama sajak di atas. [ 2 markah ] Pada pendapat anda, mengapakah pembangunan sesebuah kawasan perlu dirancang?[3 markah] Nyatakan pengajaran-pengajaran dalam sajak di atas. [ 3 markah ]

Anda mungkin juga menyukai