Anda di halaman 1dari 16

Arkitek

Kota
Muhammad Haji Salleh
hanya seniman peka
Rangkap 1 yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya
alur sungai serta diam batu,
perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.
Kawasan kota seharusnya dibangunkan oleh ahli perancang
bandar yang benar-benar arif tentang selok-belok keadaan
geografi kawasan kota yang hendak dibangunkan.
kerana arkitek matang itu anak di taman,
Rangkap 2 perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
Seorang perancang bandar yang berpengalaman biasanya dilahirkan dan
dibesarkan di kota. Mereka mampu memahami keperluan warga kota yang
pelbagai ragam. Mereka mampu mengambil kira keperluan sesetengah
warga kota yang gemar menimba
CREDITS: ilmu,
This presentation golongan
template was createdremaja yang suka akan
by Slidesgo, including icons by Flaticon, and
hiburan pada waktu malam, pekerja
infographics di bypasar
& images Freepikyang bekerja pada waktu

subuh, golongan peguam yang bertindak adil dan hasrat datuk bandar yang
menaungi kawasan bandar tersebut.
dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik, Rangkap 3
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.
Seorang perancang bandar yang baik
juga seharusnya seorang pencinta alam
semula jadi. Seorang yang mencintai alam
semula jadi akan lebih peka kepada
keperluan memelihara keindahan flora
dan fauna walaupun di kota besar.
pencipta kota ialah
Rangkap 4 pendekar muda dengan langkah
berbagai-bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.
Perancang bandar umpama seorang yang
berjiwa muda, iaitu bersemangat waja
dengan pelbagai strategi perancangan. Dia
juga umpama seorang tua yang penuh
dengan pengalaman hidup. Dia juga umpama
seorang yang dilamun cinta, iaitu jiwanya
dipenuhi dengan perasaan kasih sayang.
dia pengukir ruang hidup,
Rangkap 5 penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.
Seorang perancang bandar perlu mereka cipta
ruang kehidupan yang selesa dan mewujudkan
suasana yang sejahtera. Dia seharusnya seorang
yang berfikiran terbuka dan bersedia untuk
menerima perubahan-perubahan yang bakal
berlaku.
Kepentingan pengetahuan, pengalaman,
TEMA dan kepekaan seseorang perancang
bandar ketika merancang dan
melaksanakan pembangunan di bandar
2. Pembangunan di
Persoalan kota harus
berkonsepkan
pembangunan lestari.
1. Ciri-ciri yang wajar
ada pada seseorang 3. Kepekaan
perancang bandar perancang bandar
yang baik. dalam mengambil kira
keselesaan dan
keperluan pelbagai
lapisan warga kota.
Pengajaran 1. Kita hendaklah bersikap terbuka dalam
menerima idea idea bernas atau
Nilai alternatif-alternatif baharu yang dapat
1. bertanggungjawab melancarkan proses pembangunan.

2. Kita haruslah mengutamakan keperluan


2. kebijaksanaan
dan keselesaan penghuni-penghuni kota
3. cinta akan alam sekitar ketika membuat perancangan
pembangunan bandar.
4. rasional
3. Kita mestilah membuat keputusan yang
5. berhemah wajar agar pembangunan yang
dilaksanakan tidak menjejaskan kualiti alam
sekitar.
Soalan
Kefahaman
1. Berikan maksud frasa langkah berbagai-bagai yang
terdapat dalam rangkap keempat sajak Arkitek Kota.

Maksud frasa langkah berbagai-bagai yang


terdapat dalam rangkap keempat sajak
Arkitek Kota ialah pelbagai kaedah.
2. Berdasarkan rangkap ketiga, apakah perkara yang
akan diutamakan oleh seorang perancang bandar yang
baik?
Berdasarkan rangkap ketiga, seorang
perancang bandar yang baik hendaklah
mengutamakan keperluan memelihara
keindahan flora dan fauna.
3. Siapakah antara warga kota yang perlu diberikan
perhatian oleh perancang bandar semasa memikirkan
strategi perancangannya?
Antara warga kota yang perlu diberikan perhatian
oleh perancang bandar semasa memikirkan strategi
perancangannya ialah warga kota yang gemar
menimba ilmu. Golongan remaja yang suka akan
hiburan waktu malam, pekerja di pasar yang
bekerja pada waktu subuh, golongan peguam yang
bertindak adil, dan hasrat datuk bandar yang
menaungi kawasan bandar tersebut.
4. Apakah ciri-ciri sesebuah bandar yang sesuai untuk
semua lapisan masyarakat?

Ciri-ciri sesebuah bandar yang sesuai untuk


semua lapisan masyarakat adalah
mempunyai kemudahan asas yang lengkap,
selamat untuk orang ramai, bebas daripada
pencemaran, dan kehidupan yang aman dan
harmoni.
5. Pada pendapat anda, apakah kesan yang dihadapi jika
tiada perancangan teliti dibuat sebelum
membangunkan sebuah kota ?
Pada pendapat saya, kesan yang dihadapi jika
tiada perancangan teliti dibuat sebelum
membangunkan sebuah kota adalah seperti
bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh
dan sebagainya akan berlaku. Selain itu,
kesesakan lalu lintas yang teruk dan masalah
kepadatan penduduk di kota juga akan berlaku
jika tidak membuat perancangan yang teliti.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai