Anda di halaman 1dari 7

MAHSURI

Karya Zurinnah Hassan Disediakan oleh : Muhd Izzzudeen Ersyad b Ramlee

MAKSUD RANGKAP
Rangkap pertama : Kisah berkaitan dengan diri dan sumpah lagenda Mahsuri di Pulau Langkawi.Memaparkan Mahsuri sebagai lambang yang setia dan dendamnya terhadap orang yang menzaliminya.Diri dan sumpah Mahsuri telah menjadikan Langkawi maju dan membangun. Rangkap kedua : Timbul pendebatan tentang kewujudan Mahsuri iaitu sama ada kisah Mahsuri benar benar wujud atau hanya khayalan seorang seniman.Ada yang mengatakan kisah Mahsuri yang istimewa itu telah dihidupkan oleh seorang pencerita lalu menjadi hasil sastera yang kemudiannya telah menghidupkan dan membangunkan Langkawi. Rangkap ketiga : Lagenda Mahsuri telah memperkasa nama Pulau Langkawi dan karya sastera pula telah mempartabatkan bidang kesusteraan tanah air.

Tema dan Persoalan


2) Sajak Mahsuri bertemakan sejarah dan sastera yang mempunyai nilai yang dapat menjadi pemangkin untuk memajukan negara. 2) Persoalan : Sastera dan sejarah juga mempunyai nilai ekonomi kerana hasil seni satera dan sejarah tanah air juga dapat menjadi alat untuk memajukan ekonomi negara.  Usaha dan membangunkan negara memerlukan usaha yang bijaksana dan kreati  Sastera dmemajukan an sejarah menjadi sumber rujukan untuk menganalisis budaya dan cara pemikiran sesebuah masyarakat


Bentuk Sajak
 1) Sajak ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu dalam

bahagian pertama terdiri daripada 16 baris,bahagian kedua pula terdiri daripada 9 baris dan bahagian ketiga mempunyai 2 baris sahaja.  2) Jumlah perkataan dan suku kata dalam setiap baris sajak ini juga besifat bebas.Misalnya, pada baris baris pertama dalam bahagian pertama terdapat tiga patah perkataan dengan sepulah suku kata.Sebaliknya,pada baris 13 dalam bahagian pertama ini hanya ada satu patah kata dengan tiga suku kata.  3) Begitu juga rima akhir atau skema rima sajak ini juga bebas ; abbaccdedfaaaaba, abbaccdee, aa.  4) Tegasnya , sajak Mahsuri adalah berbentuk bebas.

Nada
 Sajak Mahsuri bernada romantis.Nada

romantis sesuai pada sajak ini kerana sajak ini menggambarkan perasaan gembira penyajak terhadap kemajuan Langkawi.

Nilai
 1) Nilai menghargai.Contohnya, sejarah dan

sastera adalah suatu khazanah yang perlu dihargai seperti khazanah bangsa dan negara yang lain.
 2) Nilai berfikiran kreatif.Contohnya, fikiran

kreatif pencerita telah menjadikan Pulau Langkawi tekenal dan maju.


 3) Nilai kesetiaan.Contohnya, kesetiaan yang telah

ditunjukkan oleh Mahsuri

Pengajaran
 Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana    

kedua-dua bidang ini mempunyai kepentingan dalam memajukan negara. Janganlah melakukan fitnah kerana akibatnya buruk. Janganlah kita berdendam kerana perbuatan ini mempunyai implikasi yang tidak baik terhadap kehidupan. Kita mestilah berfikiran kreatif dalam merancang pembangunan negara. Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan sejarah dan sastera bangsa kerana kedua-dua aspek itu berperanan penting dalam membina negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai