Anda di halaman 1dari 10

Tidak indah rasa yer hidup kalo kita tidak

menpunyai kawan..Rasa kosong yer hidup


kalo tidak berkongsi kegemaran bersama
kawan..Tapi apa beza yer dgn sahabat..
ak menpunyai ramai kawan tapi adakah ak
mpunyai ramai sahabat??apa beza yer
sahabat dan kawan??
Akhirnya ak temui definasi yer..dan ak nk
berkongsi dgn yang lain apa maksud dan
perbezaan antara sahabat, kawan, rakan
dan kenalan..bagi memudahkan anda semua
mengenali kawan2 anda..
Sahabat Saya
Sahabat saya adalah orang yang memiliki rasa
tanggungjawab terhadap diri saya, tetapi tidak
memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain,
sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik saya
tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip
hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat
saya adalah orang yang banyak memberi manfaat dan
kebaikan kepada saya, dan saya juga begitu.

Sahabat saya adalah seorang yang


setiakawan, dia boleh membantu saya

apabila saya berada di dalam kesusahan,


meredakan kesedihan saya, menghilangkan
kebimbangan saya dan sanggup berjuang
demi kebaikan saya. Sahabat adalah orang
yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban
saya. Mereka akan sentiasa melindungi saya.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat
atau pendapat yang sama dengan saya,
tetapi mereka akan sentiasa ada apabila
saya memerlukannya. Sahabat adalah orang
yang membuatkan saya berasa selamat
apabila mereka ada bersama-sama saya,
sebab mereka adalah orang yang sangat
setiakawan. Sahabat adalah orang-orang
yang sangat menyayangi saya.
Sahabat kadangkala adalah penjaga saya,
pelindung saya dan semangat mereka akan
sentiasa ada bersama saya.
Kawan Saya
Kawan saya ialah seorang yang boleh
berkongsi lebih dari satu perkara seperti
minat, hobi, perasaan, perjuangan dan
sebagainya biarpun bukan dari organisasi
yang sama. Kawan ialah orang yang selalu

berinteraksi dengan saya dan saya


mengenali beberapa fakta peribadi
mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama,
bergembira, berseronok dan sebagainya.
Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu
menemui individu yang lain, yang memiliki
persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat
dan pemikiran yang sama dengan dirinya.
Saya selalunya berasa seronok dan terhibur
apabila berada bersama-sama kawan saya.
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan
dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya
tidak akan pergi lebih jauh daripada itu.
Malah, sekiranya tidak sependapat,
hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan Saya
Rakan saya ialah perantaraan antara kawan
daan kenalan. Rakan ialah orang yang
berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan,
guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam
satu organisasi atau kumpulan seperti
persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan
sebagainya. Contohnya, saya ada rakan satu

tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu


kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh
mewujudkan kerjasama. Contohnya saya
boleh belajar bersama-sama dengan rakan
sekelas saya, saya boleh membuat tugasan
berkumpulan bersama-sama rakan satu
tingkatan saya, saya bekerjasama dengan
rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan
pihak lawan dalam pertandingan bola sepak,
saya dan rakan-rakan sekerja mengadakan
mesyuarat untuk syarikat kami dan
sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang
boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula
rakan yang boleh dianggap sebagai kawan,
dan ada pula rakan yang hanya boleh
dianggap sebagai kenalan.
Kenalan Saya
Kenalan saya mungkin wujud sebagai rakan.
Contohnya rakan chatting, rakan siber dan
rakan blogger. Apabila saya mengenali
seseorang itu dalam bentuk atau identiti
tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan

saya adalah orang yang pernah berinteraksi


dengan saya tetapi saya tidak dapat
mengesahkan identiti atau kewujudan
sebenarnya. Saya perlu berwaspada dengan
kenalan-kenalan siber saya kerana, di luar
alam siber, mereka tidak semestinya orang
yang sama seperti yang saya pernah kenal di
internet.
Kenalan saya boleh meluahkan perasaan
mereka, masalah mereka kepada saya
menerusi ruangan komen, e-mel dan
kemudahan-kemudahan interaksi yang lain
di internet, tetapi tidak 100% boleh
dipercayai. Kenalan kadangkala wujud
sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala
tidak mustahil mereka boleh memberi
kebaikan kepada saya menerusi perkongsian
pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Definisi sahabat,kawan dan rakan terdapat


makna tersendiri dan istilah ini berbeza
penggunaannya.Mungkin yang membezakan
istilah ini adalah kekuatan dalam
perhubungan.Sahabat adalah seorang yang
boleh memahami diri kita di setiap
situasi.Dia berperanan lebih istimewa
berbanding kawan dan rakan.
Kawan selalu memiliki masa untuk
bersama,bergembira,berseronok dan
sebagainya.Kawan biasanya terjadi,apabila
seseorang itu menemui individu yang lain
yang memiliki persamaan seperti hobi,minat
dan sikap.Selalunya kita akan berasa
seronok dan terhibur apabila berada
bersama-sama kawan.
Rakan biasanya orang yang boleh
mewujudkan kerjasama,contohnya seperti
kerja berkumpulan,bekerjasama dengan
rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan

pihak lawan dalam mana-mana


pertandingan atau mengadakan mesyuarat
untuk syarikat dan sebagainya.
Sesungguhnya bukan mudah untuk kita
mencari sahabat yang baik,jujur dan
sentiasa memahami.Mungkin orang lain
tidak pernah peduli dengan siapa mereka
berkawan atau keluar.Mereka rasa berkawan
dengan sesiapa sahaja,tak kisahlah jika
bertemu dengan kawan yang sering lepas
laku dan bermulut bisa.
Sahabat adalah segala-galanya,kawan bukan
sekadar teman ketika suka,bahkan sahabat
adalah teman sejati saat kita berada dalam
kesusahan.Jika luaran sahaja cantik
sedangkan hati kotor dan penuh hasrat
dengki,persahabatan tidak akan sampai ke
mana.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang
mampu memberikan impak yang baik untuk
kesihatan.Berbicara dengan sahabat sambil

menghirup secawan kopi,pergi menonton


perlawanan bola atau berbual-bual sambil
window shopping adalah cara yang
sederhana namun berkesan dalam menjaga
hubungan persahabatan.Hubungan tersebut
akan menambah rasa saling
memerlukan,harga diri dan kesihatan mental
positif kita.
Kita dapat meraikan saat-saat bahagia
dengan mereka atau mereka memberi
keyakinan pada kita di saat-saat kita
sedih.Memandangkan sahabat-sahabat kita
ada, secara tidak langsung sahabatlah juga
yang akan menghindarkan kita dari
mengambil tindakan yang salah sewaktu kita
mengalami situasi yang boleh membuatkan
kita stress.
Sahabat juga selalu memberi
motivasi,inspirasi dan akan memberikan
sedikit dorongan ketika kita memerlukannya
kerana sahabat hanya melihat peluang yang

ada di depan.Sahabat boleh menjadi


pendengar yang baik dan boleh
menceritakan apa sahaja yang tidak
mungkin ceritakan pada orang yang lain dan
juga sahabat selalu menyenangkan kita
tidak kira walau di mana pun dan ke mana
pun kita.
Apabila kita mencari sahabat,kita tidak perlu
memilih latar belakang seseorang itu kerana
dengan memilih pelbagai latar belakang dan
umur yang berbeza,ia akan membuatkan
kita menjadi lebih matang dan memberi
peluang kepada kita mempelajari banyak
perkara yang selama ini kita tidak pernah
tahu.
Tetapi apa yang lebih penting dalam
sesebuah persahabatan,kita harus mengelak
daripada menyakiti perasaan dan
menjatuhkan maruah seseorang sahabat
kerana kita seharusnya menghormati hak
peribadi masing-masing supaya kita akan

dapat merasai kewujudan rasa


percaya,hormat meghormati dan saling
menghargai antara satu sama lain kerana ini
adalah, salah satu faktor yang sangat
penting dalam sebuah ikatan persahabatan
yang terjalin.
Oleh itu ,Semua orang perlukan sahabat
yang baik hakikatnya,sahabat yang jujur
adalah sahabat yang tidak akan menikam
kita dari belakang.Sebaliknya sahabat akan
cuba menjaga hati,jujur dan sentiasa
memberikan nasihat yang terbaik kepada
kita.Selain itu sebagai seorang sahabat juga,
akan selalu mengingatkan sekiranya kita ada
membuat sebarang kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai