Anda di halaman 1dari 3

Hayati kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan : Semulia-mulia manusia ialah mereka

yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaaf


semasa berdaya membalas dan bersikap adil sewaktu kuat

1) Merendah diri ketika berkedudukan tinggi


2) Memiliki sikap pemaaf saat mampu membalas dendam
3) Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa
Sebenarnya, ketiga-tiga nilai dan adab kesopanan seseorang pemimpin ini ( samada dalam satu
organisasi besar mahupun kumpulan kecil) sangatlah sukar untuk dilaksanakan.
Merendah diri pada kedudukan tinggi
Pada ketika seseorang ketua/pemimpin itu berada pada kedudukan yang sangat tinggi,
mudahkah dia merendah diri?
Mungkin ada yang masih dapat merendah diri, tapi tak ramai yang boleh dengar pandangan
orang ketika mereka sudah berada di puncak kekuasaan. Rata-ratanya, mereka melihat
pandangan orang bawahan itu bagaikan sampah.
Turun padang tidak menggambarkan sikap merendah diri. Pemimpin turun padang, beramah
mesra dan berjabat tangan dengan rakyat. Hal ini masih belum menunjukkan mereka merendah
diri.
Merendah diri itu bukanlah dengan jalan tunduk, terbongkok-bongkok di hadapan tetamu,
bersuara lembut dan lunak kepada khalayak. Tetapi, ia dinilai dalam perjumpaan dan
perbincangan. Adakah mereka boleh dengar pendapat bawahan?
Memaafkan musuh ketika berdaya membalas
Sikap kedua ialah, memaafkan musuh ketika berkuasa. Jika hal ini terlaksana, sudah pasti
staf/masyarakat kita pasti bertambah lega dan aman. Ini kerana, telah wujud kecenderungan di
pihak kepimpinan untuk menghukum staf/masyarakat apabila tugas pentadbiran mereka dicabar..
Dalam mana-mana keadaan, kita dapat melihat bahawa terdapat pemimpin berdendam dengan
orang bawahan atau masyarakt. Sikap panas dan dendam ketua menyebabkan staf tidak ada hati
mahu bekerja..

Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sahabat-sahabat nabilah antara yang amat baik
dijadikan contoh teladan dalam hal ini. Saidina Ali k.w misalnya pernah dalam suatu peperangan,
beliau hampir membunuh seorang Yahudi.
Demi melihat Yahudi itu meludah ke arah wajahnya, maka Ali tak jadi membunuh. Maka hal itu
tentu sahaja membenihkan pertanyaan dalam dadanya.
Apa yang menyebabkan engkau tidak jadi membunuhku? tanya lelaki itu.
Maka, jawab Ali, Kami diperintahkan berperang di jalan Allah. Tapi, saat kau meludahi
wajahku, aku khuatir membunuhmu kerana dendam dan bukan kerana Allah.
Terpesona dengan perawakan dan kejernihan hati si sahabat yang dibina peribadinya oleh
madrasah Rasulullah itu, maka si Yahudi pun mula lembut hatinya memeluk Islam.
Sebelum dilantik sebagai khalifah, Sayyidina Ali k.w telah menunjukkan sifat mulia, iaitu
memaafkan musuhnya ketika beliau terdaya membalasnya.
Ternyata, ada riwayat gelap dalam sejarah Islam menjelang berlakunya bertukaran antara Bani
Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Habis kawasan perkuburan khalifah-khalifah Bani Umaiyyah
dimusnahkan setelah Bani Abbasiyyah berkuasa.
Antara yang terselamat dalam gempuran itu ialah kubur Umar Abdul Aziz. Oleh kerana
pemerintahannya adil, maka golongan Abbasiah menghormatinya selepas kematiannya. Ternyata,
ketika berkuasa memang sulit menahan diri daripada membalas dendam.
Bersikap adil ketika kuat dan berkuasa
Sikap ketiga ialah adil ketika kuat dan berkuasa terutama dalam menjalankan pentadbiran. Kuat
tidak semestinya boleh menghukum sesiapa, tanpa memikirkan atau menerima penjelasan staf.
boleh menuduh sesiapa tanpa siasatan.
Berkuasa tidak bermakna semua arahan adalah keras tanpa budibicara. Kalau tiada orang-orang
kanan dan sokongan kakitangan, bolehkah seorang pemimpin berjaya menjalankan tugasnya
dengan baik.
Pemimpin yang lebih mempercayai maklumat dari orang luar adalah dianggap tidak adil kerana
tiada kepercayaan terhadap staf sendiri. Ini akan mengakibatkan sikap bersangka buruk yang
menebal di kalangan beberapa orang pemimpin masa kini
Moga-moga kita menjadi sebahagian daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai ciri-ciri
yang disebutkan di atas dan menjauhi kepada sikap dan perilaku pemimpin yang meninggi diri,

tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain dan tidak adil ke atas orang yang dipimpinnya.
Waallahualam

Anda mungkin juga menyukai