Anda di halaman 1dari 10

Tempura

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya
ialah 3 dawai besi waja dan yang satu lagi daripada
perunggu. Digunakan dalam muzik vokal dan
instrumental India.
Fungsi
Untuk mengeluarkan dengung iringan.
Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari
sebelah tangan.

Erh-hu

Pengenalan
Erh-hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam
3 saiz iaitu kecil, sedang, besar.
Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan,
dan juga digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera Cina.
Cara bermain
Erh-hu didirikan tegap pada riba pemain semasa
dimainkan. Tali digesek dengan sebelah tangan
manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali
untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai digesek
seperti cello.

Gambus

Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan melengkung di bahagian
badan hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar
diperbuat daripada perut binatang atau loyang
yang dipetik dengan kuku tenggiling. Batangnya
diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di
dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu
nipis dan permukaan badannya ditutup dengan
kulit kambing atau kulit biawak.
Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan unutk hiburan
persendirian pemuzik gazal dan muziknya
menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin
di Johor.
Cara Bermain
Dipetik seperti memetik gitar

Pipa

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan
dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya
cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa
titian kekuda tali dari kayu dipasang pada papan jari
seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung bahagian bawah
badan dan pada 4 pemulas melaras di sisi papan jejari.
Bahagian kepalanya berukir.
Pipa digunakan dalam orchestra untuk mengiringi oper
Fungsia Cina, juga sebagai alat solo atau mengiringi
nyanyian.
Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu
pemain. Tali-yali dipetik dengan hujung-hujung jari dan
kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali
antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila talitali dipetik.

Rebab

Pengenalan
Alat muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai 3 utas tali
daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan
berbangga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan
liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada
perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah
ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil susu. Disisi bahagian atas
lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari
dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya
berukiran dan dipanggil Pucuk Rebung. Lehernya memanjanh ke bawah
menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di
mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi
diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek
dibuat daripada kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat
daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di
Kelantan.

Cara Bermain
Diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Ia digesek dan
sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan iali penggesek. Jari-jari
tangan sebelah lagi memetik atau menekan tali-tali di bahagian leher untuki
mengeluarkan berbagai pic. Ketiga-tiga tali dilaras pada jeda perfect 4th atau
pada 4th dan perfect 5th.

Sepeh

Pengenalan
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat.
Badannya panjang dan berbentuk hampir empat
segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.
Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati
ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta
diwarnakan sama ada merah atau hitam
Fungsi
Alat ini popular dikalangan kaum Kenyah dan
Kelabit di Sarawak.
Cara Bermain
Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jarijari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah
tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai
peringkat mengikut alunan iramanya.

Sotong

Pengenalan
Diperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit uluh
dicungkil sebagai tali sebanyak empat ruas seperti
gitar.
Fungsi
Dimainkan ketika mengisi masa lapang.
Cara bermain
Tali in dipetik dengan jari dan berbunyi agak
perlahan.

Sitar

Pengenalan
Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2
hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi
dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat daripada
kayu yang berbentuk bujur seakan separuh buah
pear.
Fungsi
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau
sebagai alat solo.
Cara Bermain
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari
sebelah tangan sebelah lagi menekan dan menarik
pada berbagai kedudukan di tali-tali yang
mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Sundatang

Pengenalan
Diperbuat dari kayu nangka. Ia mempunyai 2 atau 3 tali loyang diperbuat
dari akar pohon.

Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang.
Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian, dimainkan solo tanpa
diiringi oleh suara.

Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan
dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

Anda mungkin juga menyukai