Anda di halaman 1dari 18

Disampaikan Oleh:

PN. NOORHAZLINAH BINTI LAGUI


PEG. PSIKOLOGI
JABATAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT
KOTA KINABALU.
Akan adanya .......

Kenalan

Rakan

Kawan

Sahabat
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka,
masalah mereka kepada menerusi ruangan
komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan
interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100%
boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud
sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak
mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada
menerusi perkongsian pendapat, idea dan
penyelesaian masalah.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan
kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama
dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan
berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan,
bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk
menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola
sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan
mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih
dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan,
perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari
organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang
selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali
beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan


kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan
pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak
sependapat, hubungan kawan mungkin boleh
terputus.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu
apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan
kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup
berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang
mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan
sentiasa melindungi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan


semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
pesanan buat sahabat dan juga aku - YouTube13.mp4
AKTIVITI :
1. Perbincangan kumpulan - mencari pengajaran daripada
slot tayangan tersebut.

2.Cari seberapa banyak kawan yang boleh dijadikan


sahabat.

 Mengapa kawan tersebut dipilih?


 Apakah pentingnya memelihara perhubungan sesama
insan?
Sahabat, aku dan kamu,
Kini ditakdirkan bertemu,
Biarpun kita sebelum in tidak mengenali
Budi dan pekerti,
Namun,
Kerana anugerah pertemuan ini,
Kita bisa saling memahami,
Mendalami dan mendampingi,
Kini…
Ikatan suci ini sama kita sirami,
Sama kita hayati,
Demi menuju redha Mu Ilahi,
Biarpun kadang-kadang ada waktunya kita berduka,
Ada waktunya kita bisa tertawa,
Dan inilah juga,
Pahit manis yang harus kita lalui bersama,
Semakin kita menempuh kedewasaan ini,
Semakin utuh ikatan ini terpatri,
Kata orang…
Berhati-hati memilih sahabat,
Kerana mungkin sahabat terdekat adalah musuh paling ketat.
Mungkin juga sahabat yang dibenci
Adalah sahabat yang paling memahami,
Memamg benar wahai sahabatku,
Manusia itu bukan sempurna,
Tidak bisa memiliki segalanya,
walau siapa jua yang mendampingi kita,
Sahabat…
Dalam meniti perjalanan ini,
Yang buruk kita jauhi,
Yang baik kita jadikan inspirasi,
Kerana dilahirkan insan itu,
Untuk saling melengkapi,
Kiranya diri ini pernah menguris hati kecilmu,
Ampun moga ku pinta darimu,
Bukan bermaksud aku tidak menghargaimu,
Kerana aku juga insan sepertimu,
Yang sering dihambat bisikan nafsu,
Dan godaan sang penghasut,
Yang tidak putus asa
Untuk menghancurkan mahligai persahabatan ini,
Tapi aku percaya,
Ikatan ini tidak akan terputus,
Kiranya kita saling percaya,
Kerna itu la jua rasmi cinta, kasih dan setia,
Sahabat….
Janganlah kau lupa, pesan pendeta,
Juga orang tua,
Kerana mereka ini lebih dewasa,
Erti persahabatan di dunia,
Sahabat…
Jika suatu hari nanti,
Aku sudah tiada,
Ziarahilah pusaraku,
Biarpun kita tidak bisa bersua,
Memori tercipta kita abadi selamanya.
Lagu Sahabat

Dua tiga kapal belayar di samudera


Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati
indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya


Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu


berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala
kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya
setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi


untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya


Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya


Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya…
setia…

Anda mungkin juga menyukai