Anda di halaman 1dari 27

ANTARA AKTIVITI KUMPULAN YANG RELEVAN

DILAKSANAKAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN P. MORAL
SESUAI UNTUK NILAI SALING MEMBANTU DAN
BEKERJASAMA, KERAJINAN, BERTANGGUNGJAWAB DAN
RASIONAL

NAMA PERMAINAN : JIGSAW PUZZLES (Team Building)


MASA: 10 MINIT
OBJEKTIF :
1.Untuk menghimpunkan semua ahli kumpulan bersama-sama menyelesaikan tugasan.
2.Untuk mencantumkankan jigsaw puzzles dalam masa yang singkat.
3. Untuk mengatur semula jigsaw puzzles secara sistematik.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1. Jigsaw puzzles

2. Jam

3. wisel

LANGKAH-LANGKAH
1.Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri
daripada 4 hingga 6 orang pemain.

2. Jigsaw puzzles akan diletakkan di atas meja setiap kumpulan.


3.Seorang pengadil akan mengadili permainan tersebut.
4.Pengadil meniupkan wisel bermakna masa menyusun jigsaw puzzle bermula dan setiap ahli
kumpulan akan mula bekerjasama untuk menyusun jigsaw puzzles.
5.Kumpulan pertama yang menyusun jigsaw puzzles dengan tepat dianggap pemenang dan
masa kumpulan tersebut akan dicatatkan.
6. Jika terdapat lebih daripada dua kumpulan pemenang maka tempat pertama dan seterusnya
disusun mengikut masa terpantas siap menyusun jigsaw puzzles tersebut.

PENILAIAN
Aktiviti ini akan memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan terutama ketika
bersama-sama menyusun jigsaw puzzle. Semua ahli kumpulan akan bersungguh-sungguh untuk
menyusun dengan tepat secepat mungkin kerana masa kepantasan siap menyusun dengan
tepat akan diambil dan dicatatkan. Ahli kumpulan yang menang pasti gembira kerana dapat
menyelesaikan aktiviti dengan tepat dan jayanya secara bersama-sama. Guru akan bertanya
kepada pelajar tentang nilai yang diamalkan oleh para pelajar sepanjang aktiviti ini
dilaksanakan.

CONTOH JIGSAW PUZZLE

CHEERS (Individu)
IKAN KEKEK
Ikan Kekek Mak iloi, iloi
Ikan Gelama Mak ilai, ilai
Sungguh cantik adikku amboi,
Pelajaran jangan diabai,
Ikan Kekek Mak iloi, iloi
Ikan Gelama Mak ilai,ilai
Kalau kita nak jadi pandai,
Mari belajar, janganlah lalai.

SESUAI UNTUK NILAI RASIONAL, BERTANGGUNGJAWAB,


AMANAH DAN KEBEBASAN BERSUARA

NAMA PERMAINAN:

PERSIDANGAN ORANG HEBAT (Leadership)

MASA : 20 MINIT
OBJEKTIF :
1.Untuk membina sifat kepimpinan dalam diri ketua persidangan.
2.Untuk menyimpulkan pendapat ahli-ahli persidangan dengan tepat.
3. Untuk memilih keputusan yang tepat dalam persidangan.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1.Kad Main Peranan
2.Kertas Undi satu bertanda X dan satu lagi bertanda O
3. Jam
4.Kertas dan pen
LANGKAH-LANGKAH:
1.Permainan ini melibatkan 4 kumpulan dan seorang ketua. Setiap kumpulan melibatkan 4 orang
pemain.
2. Ketua dipilih berdasarkan cabutan undi. Semua pemain akan mengambil kertas undi. Pemain yang
mendapat kertas undi yang bertanda X akan dilantik menjadi ketua yang akan mempengerusikan
mesyuarat dan bertanda O sebagai setiausaha yang akan mencatat hasil mesyuarat.

3. Ketua ,Setiausaha dan setiap kumpulan akan menerima kad main peranan. Setiap kumpulan perlulah
berbincang secara perlahan cara terbaik untuk menjayakan peranan mereka. Perbincangan mereka
tidak boleh didengar oleh ketua. Masa diberi selama 1 minit untuk perbincangan.
4. Seterusnya, setelah perbincangan selesai maka pemain akan bersedia untuk memulakan permainan.
Apabila dinyatakan MULA maka masa akan mula dikira. Masa yang diperuntukan untuk menyelesaikan
masalah ialah 15 minit.
5. Dalam tempoh 15 minit semua kumpulan akan memainkan peranan mereka mengikut arahan kad.
6. Ketua akan cuba menyelesaikan tugasan. Ketua akan menyatakan BERSURAI sebagai tanda tugas
selesai.
7. Apabila tugasan selesai masa akan dicatatkan.
8. Setiausaha akan membacakan catatan hasil mesyuarat.
9. Sekiranya dalam tempoh 15 minit ketua gagal menyelesaikan masalah maka ketua gagal memainkan
peranan beliau.
10. Sekiranya permainan ingin diteruskan maka proses permainan ini akan berulang kembali. Pemain
yang telah menjadi ketua dikecualikan daripada cabutan undi.
SELAMAT BERSIDANG

PENILAIAN
Aktiviti ini akan membentuk seseorang individu menjadi ketua yang bijak membuat keputusan.
Ketua menghadapi cabaran apabila wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ahlinya. Kejayaan ketua
membuat keputusan dan mempengaruhi ahli-ahli dalam persidangan untuk menerima keputusan dalam
masa ditetapkan telah menunjukkan kejayaan kepimpinan ketua tersebut . Guru akan bersoal jawab
dengan pelajar tentang nilai yang diamalkan oleh para pelajar sepanjang permainan berlangsung.

Contoh arahan dalam kad main peranan.


KAD 1
ANDA SEBAGAI PENGETUA.
ANDA SEDANG MEMPENGERUSIKAN SEBUAH MESYUARAT.
AGENDA UTAMA MESYUARAT SEKOLAH ANDA IALAH INGIN MENGADAKAN HARI KELUARGA DI
LUAR DAERAH ATAU NEGERI ANDA.
KAD 1A
KUMPULAN ANDA SEBAGAI TONG KOSONG DAN TIDAK BERSETUJU MANA-MANA CADANGAN.
KAD1B
KUMPULAN ANDA SEBAGAI PENENTANG SEGALA CADANGAN.
KAD1C
KUMPULAN ANDA SEBAGAI PENYOKONG CADANGAN KETUA.
KAD1D
KUMPULAN YANG MAHU MESYUARAT DITAMATKAN SEGERA SUPAYA BOLEH BALIK AWAL.
KAD1E
ANDA SEBAGAI SETIAUSAHA.
MENCATAT KEPUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT JIKA ADA DAN MELAPORKAN SETELAH
TAMAT PERMAINAN.

CONTOH ARAHAN DALAM KAD MAIN PERANAN


KAD2
ANDA SEBAGAI PENGETUA.
ANDA SEDANG MEMPENGERUSIKAN SEBUAH MESYUARAT.
AGENDA UTAMA MESYUARAT SEKOLAH ANDA IALAH INGIN MENGADAKAN AKTIVITI GOTONG
ROYONG PADA HUJUNG MINGGU.
KAD 2A
KUMPULAN ANDA SEBAGAI TONG KOSONG DAN TIDAK BERSETUJU MANA-MANA CADANGAN.
KAD2B
KUMPULAN ANDA SEBAGAI PENENTANG SEGALA CADANGAN.
KAD2C
KUMPULAN ANDA SEBAGAI PENYOKONG CADANGAN KETUA.
KAD2D
KUMPULAN YANG MAHU MESYUARAT DITAMATKAN SEGERA SUPAYA BOLEH BALIK AWAL.
KAD2E
ANDA SEBAGAI SETIAUSAHA
MENCATAT KEPUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT SEKIRANYA ADA DAN MELAPORKAN SETELAH
TAMAT PERMAINAN.

CHEERS (BERPASANGAN)

Bila rasa gembira tepuk tangan


Bila rasa gembira tepuk tangan
Bila rasa gembira begitulah caranya
Bila rasa gembira tepuk tangan

Bila rasa gembira sebut hore.hore


Bila rasa gembira sebut hore. hore
Bila rasa gembira beginilah caranya
Bila rasa gembira sebut horehore

SESUAI UNTUK NILAI BERTANGGUNGJAWAB, AMANAH,


SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA DAN RASIONAL

NAMA PERMAINAN : TELEFON BERKARAT (Komunikasi)

MASA: 10 minit
OBJEKTIF:
1.Untuk mengenal pasti maklumat yang ingin disampaikan kepada pemain lain.
2.Untuk menyatakankan maklumat kepada pemain lain dengan tepat.
3.Untuk mengitlakkan halangan dalam komunikasi sepanjang permainan berlangsung.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1.ENAM KEPING KAD
2.JAM RANDIK
3.LOCENG
4.KERTAS DAN PEN
LANGKAH-LANGKAH:
1.Bentuk 4 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 6 orang ahli. Bilangan ahli mestilah sama.
2.Ketua kumpulan akan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati
oleh ketua kumpulan tersebut. Masa diberi selama 1minit untuk ketua menghafal nota atau ayat. Nota
itu akan dipulangkan kepada pengelola permainan.
3.Permainan akan bermula apabila loceng dibunyikan dan masa mula diambil.
4. Ketua kumpulan perlu membisikan ayat yang telah diingatinya kepada pemain kedua dan pemain
kedua pula membisikkan kepada pemain seterusnya sehinggalah yang terakhir dalam masa 3 minit.

4.Pemain terakhir akan mencatat maklumat tersebut dan menyerahkan kepada pengelola permainan.
5.Catatan maklumat akan dibacakan dan dibuat rumusan. Catatan maklumat yang tepat atau paling
banyak betul dianggap menang.

PENILAIAN
Aktiviti ini menggalakkan pemain menyampaikan maklumat dengan tepat. Pemain perlu
mendengar dengan teliti maklumat yang disampaikan. Kemudian pemain akan menyampaikan
maklumat yang sama kepada pemain seterusnya. Bermakna komunikasi perlu betul dan
berkesan barulah maklumat disampaikan dengan tepat. Guru akan bertanya kepada para peajar
tentang nilai yang sepatutnya mereka amalkan dan kepentingan menyampaikan maklumat
dengan tepat,

SEMOGA BERJAYA

CONTOH NOTA /MAKLUMAT

SITI LARI KENA KEJAR BENGGALI. SITI


LARI MENITI TITI DEPAN RUMAH AYAH
SHAFIE. NAK MELINTAS JALAN BANYAK
LORI. NANTI.NANTI. KATA PAK CIK
DRIVER LORI. SITI TAK PEDULI TERUS
LARI. SEMUA LORI BERHENTI TAKUT
LANGGAR SITI. BAHAYA SITI,KALAU
KENA LANGGAR SIAPA SUSAH NANTI
KATA PAK CIK DRIVER LORI.

CHEERS (Kumpulan)
Tanya Sama Pokok Apa Sebab Goyang
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goyang
Tanya sama angin apa sebab hujan
Nanti jawab angin tanyalah awan

Awan nanti kata aku kandung air


Sampai tempat sejuk aku pun cair
Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang

SESUAI UNTUK NILAI RASIONAL, SALING MEMBANTU


DAN BEKERJASAMA DAN BERTANGGUNGJAWAB

NAMA PERMAINAN : SUSUN NOMBOR AJAIB (CRITICAL THINKING DAN PROBLEM SOLVING)
MASA: 10 MINIT
OBJEKTIF:
1.Untuk menguji kebijaksanaan kumpulan menyelesaikan pemasalahan yang diberikan.
2.Untuk mengenal pasti penyelesaian masalah dalam masa yang singkat.
3.Untuk membina semangat bekerjasama antara ahli dalam dalam kumpulan.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1.Jam
2.Borang Nombor Ajaib
3.Pensel
4.Pemadam
LANGKAH-LANGKAH:
1.Permainan memerlukan 4 orang pemain bagi setiap kumpulan.
2.Borang nombor ajaib akan diedarkan kepada ketua kumpulan.
3.Permainan bermula apabila dinyatakan MULA dan masa akan mula dikira.
4.Setiap kumpulan akan membaca arahan soalan dan cuba selesaikan susunan nombor ajaib secepat
mungkin.
5. Kumpulan pertama berjaya menyelesaikan susun nombor ajaib dan tepat jawapannya akan
diisytiharkan sebagai pemenang. Begitulah seterusnya untuk tempat kedua dan ketiga.

SELAMAT MENCUBA.

CONTOH-CONTOH YANG TIDAK DIBENARKAN.

Nombor 2 & 3 tidak boleh bersebelahan

Nombor 5 & 6 tidak boleh bersebelahan

Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali

ARAHAN :
SILA ISI PETAK KOSONG NOMBOR

1 HINGGA 8 DAN PATUHI SYARAT PERMAINAN

JAWAPAN
ARAHAN :
SILA ISI PETAK KOSONG NOMBOR

1 HINGGA 8 DAN PATUHI SYARAT PERMAINAN

6
4

8
7

5
3
PENILAIAN

Aktiviti ini menggalakkan para pemain berfikir untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan. Pemain akan cuba berfikir berulang kali sebelum mendapat jawapan yang betul.

CHEERS (KUMPULAN)
RASA SAYANG
Rasa sayang ,
Hei rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh ,
rasa sayang sayang hei,
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Rasa sayang ,
Hei rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh ,
rasa sayang sayang hei,
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandong tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Rasa sayang ,
Hei rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh ,
rasa sayang sayang hei,
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama awak seorang

Rasa sayang ,
Hei rasa sayang sayang hei,
Hei lihat nona jauh ,
rasa sayang sayang hei,
Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan di dalam hati.

SESUAI UNTUK NILAI BERTANGGUNGJAWAB, RASIONAL ,


KESEDERHANAAN, KERAJINAN DAN AMANAH
DAM NIAGA
RAKAN KONGSI
TARIK DIRI
USAHAWAN BERJAYA

(RUGI $80,000).
46

47

48
UNDUR- 10PETAK
49

TAHNIAH
50

ANUGERAH
USAHAWAN
HARAPAN

45

44

(UNTUNG $10,000.)

42

41

39

40

32

31

29

30

MAJU -3 PETAK
43
DAPAT
KEUNTUNGAN
TAHUN

36

37

(UNTUNG $20,000)
MAJU 5 PETAK

38
SEBAHAGIAN KEDAI
TERBAKAR
(RUGI $40,000)

35

33
UNDUR 4 PETAK

34
DAPAT BANTUAN
YAYASAN TEKUN
(UNTUNG $20,000 )

26

27

MAJU 4 PETAK

28
DAPAT RAKAN
KONGSI BARU
(UNTUNG $30,000)

21

MAJU- 4 PETAK

PEKERJA
BERHENTI KERJA
(RUGI $40,00)
23

22

UNDUR 3 PETAK
24

25

19

20

14

15

SYARIKAT BELI
BANGUNAN

(UNTUNG$20,000)
16

17

MAJU 3 PETAK
18

TERSALAH HANTAR
BARANG
(RUGI $15,000)

UNDUR- 3PETAK
11

13
12
PENGURUS KURANG
MOTIVASI
(BAYAR $50,000)
-HILANG GILIRAN

8
10

MULA

DAPAT TARAF

MULA BERNIAGA

PERINTIS

(MODAL $100,000
KEPADA SETIAP
PEMAIN)

(UNTUNG $10,000)

MAJU- 2 PETAK
3

NAMA PERMAINAN : DAM NIAGA (ENTERPRENAUR)


MASA : 20 minit
OBJEKTIF :
1.Untuk mengenal pasti halangan yang perlu dihadapi dalam perniagaan.
2.Untuk memberi respons tidak mudah berputus asa setiap kali gagal dalam permainan dam niaga.
3.Untuk mengamalkan daya saing secara sihat semasa permainan dam niaga.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1.PAPAN DAM NIAGA
2.SEBIJI DADU

4. WANG CONTOH BERNILAI $100,$1000,$10,000


$50,000 DAN $100,000 (Setiap satu

3.LIMA BIJI BUTANG UNTUK MEWAKILI PEMAIN

berjumlah 20keping)

LANGKAH-LANGKAH
1.Permainan ini boleh dimainkan oleh 3 5 orang pemain pada satu-satu masa. (1 KUMPULAN 3-5
orang)
2. Seorang banker akan dilantik untuk menguruskan wang sepanjang permainan.
3. Setiap pemain akan menerima modal sebanyak $100,000 sebelum memulakan permainan.
4. Balingan dadu akan menentukan giliran pemain untuk memulakan permainan.

5. Setiap pemain perlu membaling dadu ikut giliran dan bergerak mengikut nombor yang tercatat pada
dadu. Contohnya, jika nombor 5 maka pemain akan bergerak sebanyak 5 petak.
6. Pemain perlu mematuhi arahan dalam petak yang mereka berhenti. Sekiranya untung, mereka akan
dapat wang dan akan bergerak lagi mengikut arahan yang tertulis pada petak berkenaan.Contohnya,
maju 2petak maka pemain akan bergerak sebanyak 2petak ke hadapan. Begitulah sebaliknya, jika Undur
maka mereka akan bergerak ke belakang mengikut arahan dalam petak berkenaan. Mereka turut
membayar wang kepada banker mengikut jumlah rugi yang tertulis pada petak berkenaan.
5.Balingan dadu atau permainan berterusan sehingga terdapat pemain yang berjaya menghabis kan
permainan dan jumlah wang yang dikumpulkan mestilah melebihi modal, $100,000. Jika gagal melebihi
modal maka pemain bukanlah usahawan berjaya. Maka pemain seterusnya pula mungkin sebagai
pemenang jika berjaya sampai ke petak akhir dan wang yang diperoleh mestilah melebihi wang modal
atau guru menetapkan masa tertentu dan apabila habis masa perlullah dikira jumlah wang yang
dikumpul untuk mengetahui pemenang.
TAHNIAH KEPADA PEMENANG
PENILAIAN
Aktiviti ini menggalakkan pemain bijak menguruskan wang. Pemain perlu merancang agar pada
akhir permainan mereka berjaya sampai ke petak akhir dan mempunyai wang melebihi modal. Pemain
juga akan mengetahui masalah dan peluang perniagaan semasa permainan ini berlangsung. Guru akan
bertanya kepada para pelajar tentang nilai yang sepatutnya mereka amalkan. Guru juga boleh
bertanya tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang usahawan dan cara cara mengatasi
masalah tersebut

CHEERS (Semua Kumpulan /Berangkai)


(GABUNGKAN DARIPADA CHEERS 1 HINGGA CHEERS 4)
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
La la la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la la

Di sini senang di sana senang


Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
La la la la la la la la la la la la la
La la la la la la la la la la la la la

Anda mungkin juga menyukai