Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun

Mutahir

Kertas Kerja
Program 1 Kelas
1 Tandas 2011
Jawatankuasa 3K: Unit Penyelenggaraan/Tandas

Siti Nurhanes binti Hj Zailani


27 Januari 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088
Email:mea2088@pd.jaring.my

KERTAS KERJA PROGRAM 1 KELAS 1 TANDAS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

1.0 PENDAHULUAN

Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta
menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas
memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor.
Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua
kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga
merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak
atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. 

Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua
ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “call of nature “ di sekolah yang
tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang
bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita
terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah
tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan
dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

2.0 MATLAMAT

a. Membentuk budaya tandas bersih dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan
warga SMK Tun Mutahir khususnya.

3.0 OBJEKTIF

a. Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid SMK Tun Mutahir tentang peri
pentingnya menjaga kebersihan tandas.
b. Menukar persepsi murid dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seluruh murid SMK Tun Mutahir (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088
Email:mea2088@pd.jaring.my

5.0 MASA

Februari – November 2011

6.0 TEMPAT

SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

a. AJK Penyelenggaraan/Tandas
b. Guru-guru Tingkatan
c. Semua Guru

8.0 SUMBER KEWANGAN

PIBG

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

a. Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat AJK.


b. Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan tandas yang
perlu diselenggara.
c. Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan.
d. Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan.
e. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan.
f. Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian setiap minggu oleh guru bertugas
mingguan.
g. Menghargai pelajar dan Guru Tingkatan dalam setiap perhimpunan bulanan bagi
kelas Terbersih Bulanan.
h. Denda akan dikenakan terhadap murid dan guru tingkatan yang diumumkan sebagai
tandas terkotor pada setiap perhimpunan bulanan.

10.0 PENUTUP

Tandas atau lebih lembut jika dikatakan bilik termenung, adalah destinasi kita yang
pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bagun tidur lagi tandas menjadi
destinasi  pertama  dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur.
Jelaslah disini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang
yang bersifat pembersih atau tidak.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088
Email:mea2088@pd.jaring.my

Demi memupuk setiap warga sekolah ini semangat cintakan kebersihan dan dapat
menghargai tandas, maka Unit Penyelenggaraan/Tandas merangka satu lagi program inovasi.
Diharap dengan melaksanakan program ini akan dapat melahirkan warga sekolah yang
cintakan kebersihan.

Anda mungkin juga menyukai