Anda di halaman 1dari 4

SK TOK MOTONGANJURAN :- TERENGGANU

22000 JERTIH BESUT,

KERTAS KERJA
CABARAN
KEHEBATAN
1. PENGENALAN

Cabaran Kehebatan Beyblade di peringkat sekolah ini adalah yang julung kalinya

BEYBLADE
diadakan di SK. Pertandingan ini adalah salah satu program kendalian kerjasama JK
Pusat Sumber Sekolah. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk
meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid serta memberi
pendedahan baru kepada murid yang kurang berkemampuan tentang permainan ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan kesedaran keseronokan kepada murid dalam permainan


Beyblade.
2.2  Memberikan pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan yang
dipertandingkan.
2.3  Mengeratkan ikatan silaturahim antara murid.
2.4  Melatih murid mematuhi peraturan dan berdisiplin serta mendengar arahan
yang diberikan.
2.5  Mengelakkan murid ketagih dengan permainan video.
2.6 Meningkatkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.  
    
  
3. SASARAN
Murid tahun 2 – tahun 5

4. TEMPAT

5. TARIKH

6. MASA

KERTAS KERJA M/S 1


7. JAWATANKUASA
Penasihat :
Guru Besar
    Pengerusi :
GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 :
GPK Akademik
Naib Pengerusi 2 :
GPK HEM
Penyelaras  :
Pembantu Penyelaras :
Bendahari :

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara :

Siaraya :

Pendaftaran :

Pengadil :

Pencatat :

Teknikal & Peralatan :

Persiapan Dewan :
                                                                                                                       
Juru Gambar & :

Hadiah :
:
KERTAS KERJA M/S 2
9. PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN

8.1 PENYERTAAN

8.1.1 Terbuka kepada semua murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 5


sahaja.
8.1.2 Penyertaan adalah secara individu dengan kebenaran ibu bapa.
8.1.3 Penyertaan secara percuma dan terhad 1 beyblade 1 peserta.
8.1.5 Beyblade yang digunakan adalah beyblade jenis burst dan milik
Peserta. Walaubagaimanapun, JK PSS akan menyediakan 10
beyblade bagi murid-murid yang tidak berkemampuan untuk
menyertainya

8.2 PERLAWANAN

8.2.1  Perlawanan adalah mengikut jadual perlawanan secara liga


8.2.2  Setiap perlawanan mempunyai 3 pusingan.
8.2.3   2 pemenang kumpulan akan ke peringkat seterusnya dan berentap
hingga ke pusingan akhir

8.3 PENGADILAN

8.3.1 Setiap perlawanan akan diadili orang seorang pengadil.


8.3.2 Keputusan pengadil adalah muktamad.
8.3.4 Kemenangan dikira apabila beyblade peserta berjaya:-
i) mengeluarkan beyblade pihak lawan daripada stadium atau
ii) bertahan paling lama atau
iii) berjaya memecahkan beyblade pihak lawan.

KERTAS KERJA M/S 3


9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI
PERKARA BILANGAN HARGA/UNIT JUMLAH
L
1 Beyblade Single 10 unit RM 15.00 RM150.00

2 Stadium beyblade 2 unit RM 30.00 RM 60.00

3 Hadiah (Set Beyblade) 2 unit RM 25.00 RM 50.00

4 Tali “AWAS” 2 gulung RM 10.00 RM20.00

5. Extension wire 2 unit RM 18.00 RM 36.00

6. Banner 6’X3’ 1 keping RM 45.00 RM 45.00

JUMLAH RM 361.00
* SUMBER PENDAPATAN: BANTUAN PCG PUSAT SUMBER SEKOLAH

10. PENUTUP

Harapan menggunung agar program Cabaran Kehebatan Beyblade 2019


yang akan dijalankan ini dapat dijayakan dengan lancar dan berjaya mencapai
objektif yang dirangka. Hasrat yang murni ini tidak dapat dicapai sekiranya
pengembelingan tenaga daripada semua pihak tiada terutamanya kerjasama
pihak sekolah, guru-guru mahupun murid-murid. Justeru itu, gabungan
kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan segala
perancangan dan misi yang direncanakan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

Mudah-mudahan program sebegini dapat memberi manfaat kepada


semua warga sekolah dan dapat membentuk pemimpin yang berjaya bukan
sahaja di dunia malahan di akhirat juga. Diharapkan perlaksanaan ini akan
memberi impak yang baik dalam melaksanakan segala tugas yang
diamanahkan. Amin.....

Disediakan oleh, Disemak oleh,

KERTAS KERJA M/S 4

Anda mungkin juga menyukai