Anda di halaman 1dari 7

Kebanyakan pelajar, yang sempat saya temui, telah menggunakan instrumen seperti temubual,

pemerhatian, rekod anekdot, nota lapangan dan jurnal reflektif untuk mendapatkan maklumat / data
dalam kajian tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan murid (responden)
tentang aplikasi kaedah serta teknik pengajaran mereka (apakah bentuk inovasi pdp yang boleh dan
sesuai atau terbaik untuk dilaksanakan dan bagaimanamelaksanakannya). Sekiranya pemerhatian
berstruktur sepenuhnya (tersedia jawapan atau pengkaji hanya mahu melihat kekerapan sesuatu
tingkahlaku) dilakukan, maka analisis menggunakan statistik numerikal adalah relevan. Tetapi
sekiranya data direkodkan dalam bentuk teks atau transkrip, maka analisis menggunakan statistik
numerikal menjadi tidak tepat.

Sebagai panduan ringkas, diperjelaskan di sini, prosedur melakukan analisis data kualitatif (seperti data
dalam bentuk teks).

Pendekatan deduktif: melibatkan penggunaan struktur atau kerangka yang telah ditentukan lebih awal
untuk menganalisis data. Contohnya pengkaji ingin meneroka pandangan atau perasaan murid
(responden) tentang alasan tidak dapat mengikuti pelajaran atau tidak aktif dalam pembelajaran,
maka temubual dilakukan untuk meneroka alasan atau sebab-sebabnya. Pengkaji boleh mengesan
kategori (jenis / tema) alasan tersebut (kualitatif) dan kekerapan setiap alasan yang diberikan
(kuantitatif). Pengkaji boleh saja memilih hanya jenis atau kategori alasan sahaja tanpa mengambil
kira kekerapan setiap alasan (khususnya apabila bilangan responden adalah terlalu kecil iaitu antara 2
hingga 6 orang).

Pendekatan induktif: proses menganalisis data tidak melibatkan struktur / kerangka / teori yang
ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini lebih komprehensif dan paling kerap digunakan untuk
menganalisis data kualitatif. Terdapat banyak kaedah untuk mengaplikasi pendekatan induktif dan yang
paling lazim ialah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema (thematic
content analysis)

Transkrip temubual, nota lapangan dan pemerhatian menyediakan data diskrptif tetapi bukan
penjelasan atau interpretasi. Pengkaji sendiri yang akan meneroka dan membuat interpretasi data.

Peringkat 1: Kenal pasti tema atau kategori (idea, konsep, terminologi, kata kunci) yang boleh
diperolehi daripada teks / transkrip. Proses mengenalpasti ini dikenai sebagai pengekodan
terbuka (open coding). Tujuan mengenalpasti tema atau kategori ini adalah untuk memilih perkataan
atau frasa yang relevan dan diperlukan. Langkah seterusnya ialah mengumpulkan perkataan dan frasa
dalam tema atau kategori tadi di atas kertas kosong (data display) dalam bentuk jadual atau peta
minda dan mula memotong maklumat berulang. Proses ini dikenali sebagai proses pengurangan
data(data reduction).

Peringkat 2: Kategori yang terhasil akan disemak semula untuk memastikan tidak terdapat kategori
yang sama (tetapi menggunakan perkataan yang lain seperti seronok dan gembira). Seronok dan
gembira boleh dimasukkan dalam satu kategori perasaan dengan sub kategori positif dan negatif
(untuk perasaan bosan, tidak seronok dan sebagainya). Proses mengaitkan antara kategori dan
sub-kategori ini dinamakan axial coding.

Peringkat 3: Data yang terpapar (displayed data) seterusnya dibuat interpretasi berdasarkan
kepada ilmu pengetahuan (asas teori) dan pengalaman. Sebaiknya, pengkaji melibatkan pihak ketiga
(third party) seperti rakan sejawat (untukpeer review) atau rakan kritikal untuk mengesahkannya
(memastikan rigour dan trustworthy yang lebih tinggi).

Peringkat 4: Mula menulis (menghurai atau merumus) dapatan kajian untuk menjawab soalan kajian.
Sebaiknya dikaitkan dengan dapatan kajian awal (jika ada).

Peringkat 3 dan 4 dinamakan proses menghasilkan rumusan dan pengesahan (conclusion drawing and
verification)

Jenis-jenis fenomena yang boleh dikodkan (adaptasi daripada Bogdan dan Biklen, 1992; Strauss,
1987; Mason, 1996; dan Gibbs, 2006)

NO. APA YANG BOLEH DIKODKAN
1 Tingkahlaku, aksi spesifik
2 Peristiwa yang dilakukan dan menjadi perbualan.
3 Activiti melibatkan manusia dalam seting tertentu
4 Strategi, amalan atau taktik
5 Keadaan umum yang dialami oleh murid
6 Makna.
a. Norma, nilai dan peraturan yang,menjadi
panduan bertingkahlaku
b. Makna serta signifikan keadaan yang dihadapi ke
atas peserta
c. Apakah symbol yang digunakan untuk
memahami keadaan? Apakah panggilan atau
gelaran yang diberikan kepada objek, peristiwa,
peranan, seting dan peralatan?
7 Penyertaan adaptasi kepada situasi baru
8 Perhubungan dan interaksi
9 Syarat atau kekangan
10 Akibat
11 Seting konteks keseluruhan yang dikaji
12 Refleksif peranan pengkaji dalam proses,
bagaimana data diperoleh



Teknik mengenalpasti tema
1. Pengulangan perkataan
2. Kata kunci (berdasarkan konteks)
3. Banding beza
4. Cari maklumat yang tertinggal
5. Metafora dan analogi


Latihan mengekod: Data temubual kumpulan berfokus murid tahun 3 (kumpulan berfokus digunakan untuk
mengelakkan responden yang masih kanak-kanak daripada rasa tertekan apabila temubual secara
individu dilakukan)

Soalan-soalan yang dikemukakan semasa temubual (sila gunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh
murid bergantung kepada tahap kebolehan mereka)

Soalan 1: Boleh beritahu ustaz tak, apa yang menarik atau tidak menarik tentang pengajaran ustaz tadi?
Cuba bandingkan dengan cara sebelum ini? Mengapa? (Soalan minta perbandingan dan mengapa
merupakan soalan lanjutan untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam sekiranya murid menjawab
secara ringkas untuk soalan pertama)

Soalan 2: Boleh tak beritahu ustaz cara yang kamu rasa senang untuk faham pelajaran? (soalan ini
dikemukakan untuk mendapatkan pandangan murid serta alternatif kaedah dan teknik yang mereka
mahukan dalam bentuk need assessment).

Langkah 1: Tetapkan (Senaraikan) perkataan atau frasa pendek yang akan dijadikan kod (berkaitan
maklumat yang dikehendaki sebagai eviden, sama ada untuk tujuan tinjauan awal atau untuk dijadikan
bukti dapatan) seperti contoh di bawah (open coding- tiada hirarki keutamaan):

Teknik pengajaran
Kesan pengajaran
Rujukan
Perasaan
Motivasi

Nota: Guru sedang mengkaji bagaimana caranya melaksanakan penerangan yang diintegrasikan dengan
penggunaan kata kunci dan peta minda secara live (dalam keadaan sebenar dan bukan teoretikal).

Langkah 2: Dapatkan jawapan murid dan catatkan seperti mana mereka jawab. Susun semula jawapan
mereka dalam bentuk jadual seperti di bawah (sekiranya guru tidak menyediakan / menggunakan
borang jadual, maknanya sekiranya guru mencatat dalam bentuk nota lapangan)



Soalan 1 Boleh beritahu ustaz tak, apa yang menarik atau tidak menarik tentang
pengajaran ustaz tadi? Cuba bandingkan dengan cara sebelum ini? Mengapa
kamu kata begitu?
Responden A (RA) Bila ustaz tulis kata kunci kat papan tulis, senang nak tengok semula. ...... Peta
minda pulak.... saya suka sebab ... mmm... senang nak faham ...
Responden B (RB) Ha ah (menyetujui kenyataan RA)... ustaz guna pen warna, jadi senang nak
tengok. Sebelum ni ustaz macam ceramah kat surau aje.
Responden C (RC) Kalau ustaz cakap aje, bosanlah. Boleh mengantuk.
Responden D (RD) Apa tu ustaz? Peta.... (guru memberi bantuan)... hah peta minda. Macam dalam
iklan susu anmum beruang kutub tak makan penguin kat tv.
Responden A (RA) Sebelum ni kan ustaz, saya mesti main sebab (tersipu-sipu).... saya tak faham
apa yang ustaz cakap.
Responden D (RD) Lagipun kan sekarang ustaz ajar, saya tak bosan. Saya suka tengok peta minda
dengan kata kunci.
Responden B (RB) Senang ingat, ustaz!

Soalan 2 Boleh tak beritahu ustaz cara yang kamu rasa senang untuk faham pelajaran?
Responden A (RA) Macam ustaz ajar tadilah! Ada kata kunci. Ada peta minda.
Responden B (RB) Betul tu ustaz.
Responden C (RC) Kalau ustaz ajar ada nyanyi macam Cikgu X (nama sebenar tidak digunakan),
mesti seronok.
Responden B (RB) Engkau ni apa lah..... (menegur RC)
Responden C (RC) Tak pe lah... ustaz yang tanya tadi.
Responden D (RD) Ustaz ajar tak macam dulu. Dulu saya tak suka. Sekarang saya seronok sangat.
Boleh faham. Boleh ingat.

(Saya hanya mengemukakan dua contoh soalan sahaja. Selanjutnya boleh buat sendiri)

Langkah 3: Tandakan perkataan, frasa atau ayat yang menggambarkan maklumat atau data yang
dikehendaki. Gunakan warna (highlighter) yang berlainan dan mulakan dengan proses mengekod
menggunakan kod-kod yang telah disediakan lebih awal (lihat langkah 1) pada ruang kanan jawapan
(sekiranya lajur berkenaan telah disediakan) atau tandakan di tepi transkrip ( untuk tujuan data
reduction). Pada masa ini ada kemungkinan kod atau tema baru perlu diwujudkan apabila terdapat
maklumat lain yang relevan.
Maklumat / data Kod / tema
Soalan 1 Boleh beritahu ustaz tak, apa yang menarik atau tidak
menarik tentang pengajaran ustaz tadi? Mengapa kamu
kata begitu?

Responden A (RA) Bila ustaz tulis kata kunci kat papan tulis, senang nak
tengok semula. ...... Peta minda pulak.... saya sukasebab
... mmm... senang nak faham ...
Kaedah /Teknik
pengajaran
Bahan bantu
Perasaan
Kesan pengajaran
Responden B (RB)

Ha ah (menyetujui kenyataan RA)... ustaz guna pen
warna, jadi senang nak tengok. Sebelum ni ustaz macam
ceramah kat surau aje.
Kaedah /Teknik
pengajaran
Kesan pengajaran
Responden C (RC) Kalau ustaz cakap aje, bosanlah. Boleh mengantuk. Demotivasi
Responden D (RD) Apa tu ustaz? Peta.... (guru memberi bantuan)... hah peta
minda. Macam dalam iklan susu anmum beruang kutub tak
makan penguin kat tv.
Kaedeah / Teknik
pengajaran
Pengetahuan sedia
ada

Responden A (RA) Sebelum ni kan ustaz, saya mesti main sebab (tersipu-
sipu).... saya tak faham apa yang ustaz cakap.
Demotivasi
Perasaan
Responden D (RD) Lagipun kan sekarang ustaz ajar, saya tak bosan. Saya
suka tengok peta minda dengan kata kunci.
Perasaan
Kaedah / Teknik
pengajaran
Responden B (RB) Senang ingat, ustaz! (nada bersemangat) Motivasi
Kesan pengajaran




Soalan 2 Boleh tak beritahu ustaz cara yang kamu rasa senang
untuk faham pelajaran?
Kod / tema
Responden A (RA) Macam ustaz ajar tadilah! (kenyataan ini merujuk kepada
kaedah dan teknik pengajaran) Ada kata kunci. Ada peta
minda.
Kaedah /Teknik
pengajaran

Responden B (RB) Betul tu ustaz (kenyataan ini menyokong RA). Rujukan
Responden C (RC) Kalau ustaz ajar ada nyanyi macam Cikgu X (nama sebenar
tidak digunakan), mesti seronok (bersemangat)
Kaedah /Teknik
pengajaran
Motivasi
Responden B (RB) Engkau ni apa lah..... (menegur RC)
Responden C (RC) Tak pe lah... ustaz yang tanya tadi.
Responden D (RD) Ustaz ajar tak macam dulu. Dulu saya tak suka. Sekarang
saya seroooonok sangat! (penekanan pada perkataan
seronok). Boleh faham. Boleh ingat.
Bermotivasi
Kesan pengajaran


Nota: Cuba perhatikan, terdapat satu tema baru (pengetahuan sedia ada) dan satu kategori motivasi
negatif (demotivasi).

Sekiranya panduan yang diberikan oleh Bogdan dan Biklen (1992); Strauss, (1987); Mason,
(1996); dan Gibbs, (2006) seperti saranan di atas, maka pengekodan dalam bentuk lain akan
dapat dihasilkan. Contohnya,


Dalam contoh di atas, saya tidak menggunakan kod warna tetapi menandakan frasa tertentu dengan
warna merah untuk proses data reduction. Untuk makluman, pengkaji boleh sahaja mengemukakan kod
sendiri asalkan boleh dibuat tafsirannya (interpretasi) kemudian.

Langkah 4: Susun data agar mudah untuk dilihat (data display) menggunakan peta. Tandakan maklumat
atau data yang sama atau boleh dimasukkan ke dalam satu kategori.

Paparan data untuk soalan 1.



Langkah 5: Susunkan maklumat mengikut kategori berdasarkan hirarki keutamaan (sila libatkan rakan
kolaborasi / rakan penyelidik / rakan kritikal untuk memastikan pengkategorian yang dilakukan adalah
boleh dipercayai atau mempunyaitrustworthiness yang tinggi). [axial coding]

Contohnya, tema suka, seronok, demotivasi dan bermotivasi boleh disatukan di bawah kategori motivasi.
Kategori pengajaran dan pembelajaran pula boleh merangkumkan tema perasaan (warna biru), kaedah
dan teknik pengajaran (warna hijau) dan kesan (ungu). Kategori kesan pembelajaran boleh dikekalkan
atau dimasukkan juga di bawah kategori pengajaran dan pembelajaran (bergantung kepada
bagaimana penyelidik ingin membuat analisis).

Seterusnya kenal pasti corak dan perkaitan antara kategori. Contohnya perasaan suka dan seronok
boleh dikaitkan dengan pembelajaran (boleh ingat, boleh faham dan senang tengok).

Langkah 6: Lakukan analisis melalui interpretasi data dengan bantuan mereka yang pakar atau
berkebolehan melakukan interpretasi dengan baik.

Semasa melakukan analisis data kualitatif, saya tidak mengambil kira kekerapan munculnya data seperti
kata kunci, peta minda dan lain-lain. Sekiranya saya berhajat untuk melakukan analisis mixed
method (kaedah gabungan), maka saya akan menghitung kekerapan munculnya frasa peta minda, kata
kunci, saya suka dan sebagainya dan melakukan analisis statistikal. (Dalam contoh di sini, saya tidak
akan melakukannya kerana saya hanya memilih analisis kualitatif).

Contohnya,
Dapatan temubual kumpulan berfokus menunjukkan murid dapat menerima aplikasi kaedah penerangan
yang diintegrasikan dengan teknik penggunaan kata kunci dan peta minda dalam pengajaran. Kaedah
penerangan tidak dilakukan sepanjang 60 minit waktu yang diperuntukkan tetapi diselang-selikan
dengan penggunaan teknik kata kunci yang dituliskan di papan tulis, penerangan semula dan
menggunakan peta minda (untuk menjelaskan keseluruhan konsep isi pelajaran). Penggunaan kata
kunci menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Dalam proses menggunakan kata kunci,
kesemua kata kunci yang dicatatkan di papan tulis tidak dipadam sehingga habis kelas dengan tujuan
untuk membolehkan murid membuat rujukan. Dapatan ini boleh diinterpretasikan sebagai satu
penambahbaikan pengajaran melalui pengintegrasian kata kunci dan peta minda ke dalam kaedah
penerangan. Dapat dikatakan bahawa sebahagian nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya telah
dapat direalisasikan apabila saya mengambil kira pengaruh dan kesan penggunaan papan tulis yang
boleh dijadikan rujukan.

Dapatan juga menunjukkan murid merasa lebih seronok dan mudah mengingat fakta yang diajarkan.
Mereka lebih bermotivasi untuk belajar. Contohnya, RB, RC dan RD menyatakan rasa seronok dengan
penuh semangat. ......... Saya memang percaya dengan yakin bahawa keseronokan belajar memang
akan mempengaruhi proses pembelajaran.....

Namun begitu, RD didapati telah mengaitkan peta minda dengan iklan susu yang menggambarkan bahawa
responden memang mampu dan boleh belajar sekiranya ia dapat mengaitkan dengan pengetahuan
sedia ada......

Langkah 7: Buat laporan dan rumusan dapatan. Dalam laporan dan rumusan analisis yang dibuat, sebaiknya
dikaitkan dengan kajian lalu yang berkaitan. Contohnya,

Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Shapiro dan Waters (2005), Sagarra dan
Alba (2006) serta Atay dan Ozbulgan (2007) yang mendapati bahawa penggunaan kata kunci dapat
menghasilkan kesan pembelajaran yang signifikan. Atkinson (1975) pula pernah menegaskan bahawa
antara banyak strategi pembelajaran kosa kata, kaedah kata kunci merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk menambahbaik ingatan.

Anda mungkin juga menyukai