Anda di halaman 1dari 27

BIL KANDUNGAN

1. Sekapur sireh seulas pinang

2. Abstrak

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4. Fokus Kajian

5. Objektif Kajian

6. Objektif Khusus

7. Kumpulan Sasaran

8. Pelaksanaan Kajian

9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

10. Bibliografi
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Assalamualaikum w.b.t.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.

Sememangnya kajian ini, banyak


mengajar diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu
murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) khususnya untuk menambah
Tatabahasa dan Perbendaharaan kata Murid Autisme (Speech Delay) .

Setinggi- tinggi penghargaan,


saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar
SK. Pasir Putih En.Rahisin Narion, Guru besar SK. Karamatoi EN. Francis Pudon Guru
penyelaras PPKI SK. Pasir Putih cikgu Sabariah Irwansyah, Guru kelas 3 cemerlang PPKI
terutamanya cikgu Amirul Farhan , Dr. Jacinta Juin serta guru- guru rakan seperjuangan yang
terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang
telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,


maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu
murid-murid autisme yang mempunyai masalah pertuturan kerana kurangnya tatabahasa dan
perbendaharaan kata.
Wassalam.

Azmi Azlan Lajuat


( GURU Akademik )
SK. Karamatoi Sook Keningau Sabah
2023
1.PENGENALAN

Autisme dan Terapi Pertuturan-Bahasa

Autisme adalah sebahagian daripada gangguan neurologi yang memberi kesan dan
menjejaskan komunikasi, interaksi sosial dan kemahiran kognitif. Ia juga dikenali sebagai
gangguan spektrum autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD), dan dikaitkan dengan
pelbagai ciri termasuk:

 Aktiviti yang dilakukan secara berulang-ulang (cth. memusing tayar kereta mainan
tanpa henti
 Penolakan luar biasa terhadap perubahan rutin harian
 Tindak balas yang luar biasa terhadap sesuatu perkara seperti sentuhan (cth. tidak
suka dipeluk)
 Ketidakupayaan untuk berinteraksi dengan orang sekeliling
Kebanyakan individu dengan ASD mempunyai masalah dalam komunikasi lisan (verbal
communication) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal communication). Mereka juga
sukar untuk berinteraksi secara sosial. Atas sebab-sebab ini, terapi pertuturan-bahasa
merupakan bahagian utama rawatan atau terapi untuk kanak-kanak autisme. Terapi
pertuturan-bahasa membantu individu dengan ASD menangani pelbagai masalah yang
berkaitan dengan komunikasi.Apakah masalah umum bahasa, pertuturan dan komunikasi
yang dikaitkan dengan autisme? Autisme boleh menjejaskan perkembangan bahasa,
pertuturan dan komunikasi sosial dalam banyak cara.

Seseorang yang mempunyai autisme boleh:

 Tidak bercakap sama sekali


 Mengomel, menangis, menjerit tanpa henti
 Membuat bunyi (hum) atau bercakap seperti kartun atau seakan-akan menyanyi
 Membebel (babble) dengan bunyi seperti perkataan atau bercakap bahasa alien
 Menggunaan perkataan "bunyi" yang asing atau suara seperti robot
 Seperti burung kakak tua (Parrot) atau sering mengulangi apa yang dikatakan orang
lain (atau disebut echolalia)
Kanak-kanak yang baru mula belajar bercakap mempunyai fasa 'echolalia' tetapi akan
hilang apabila mereka sudah banyak kefahaman. Echolalia adalah sebahagian daripada
perkembangan bahasa dan biasanya dilihat pada kanak-kanak yang masih kecil dan sedang
belajar untuk berkomunikasi. Menggunakan frasa dan ayat yang betul, tetapi dengan nada
suara yang tidak kena cth. mereka mahu memberi kenyataan tetapi menggunakan nada
seperti bertanya. Bahasa yang digunakan juga sukar untuk difahami kerana lari dari konteks
perbualan.
2. ABSTRAK

MENINGKATKAN TATABAHASA DAN PERBENDAHARAAN KATA MURID AUTISME


(Speech Delay) MENGGUNAKAN NYANYIAN DENGAN KAEDAH LAGU.

Kajian ini dijalankan di sekolah autisme SK Pasir Putih Keningau. Objektif yang digunakan
ialah penggunaan muzik dan nyanyian dalam pembelajaran bagi murid autisme (speech
delay) dalam kategori ringan, murid didedahkan dengan lagu selama 5 minit dan selingan
selepas itu. Kerana pelajar akan hilang fokus selepas 5 minit. Kajian ini bertujuan untuk
menambah kosa kata dan tatabahasa pelajar demi meningkatkan kebolehan interaksi
mereka. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian dan ujian lisan. Pelajar yang terlibat
sebagai subjek kajian hanya 1 orang. Kesimpulan kajian penggunaan muzik dan nyanyian
amat membantu perkembangan seseorang pelajar terutamanya bagi pelajar autisme yang
sering hilang fokus dan hanya boleh fokus tidak melebihi 5 minit. Penambahbaikan yang
boleh dilakukan mungkin pada masa hadapan penggunaan lagu-lagu yang lebih dekat di
hati pelajar dan terdapat maskot tambahan bagi memastikan pelajar kekal fokus selepas 5
minit.
3. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan salah seorang bapa kepada kanak-kanak autisme dan subjek
ataupun simple kajian saya merupakan anak saya sendiri, saya mengalami banyak masalah
untuk membolehkan anak saya menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan
melengkapkan perkataan sebelum ini. Pelbagai cara saya lakukan untuk memastikan
peningkatan tatabahasa anak saya bertambah supaya mudah untuk dia bertutur, menyebut
dan melengkapkan perkataan. Tetapi asas bagi pertuturan merupakan tatabahasa dan
perbendaharaan kata yang baik bayangkan sukar untuk seseorang murid menyatakan
keinginanya sekiranya mempunyai perbendaharaan kata yang sangat kurang dan ini akan
menyukarkan orang dewasa dan rakan sebaya untuk faham apa keinginanya pada masa
tersebut. Sukar juga bagi guru-guru lain berinteraksi dengan kanak-kanak autisme yang
mempunyai masalah begini, hendak mengatakan perlu ke tandas atau lapar pun tidak dapat
sekiranya perbendaharaan kata murid tersebut kurang.
Melalui pemerhatian saya, anak saya tidak dapat menjelasakan keinginanya
dengan baik begitu juga dengan guru-guru yang mengajarnya.Dia lebih banyak diam dan
sukar untuk menjelasakan apa yang dia mahu pada sesuatu masa, selain fokus yang tidak
boleh lama lebih daripada 5 minit kerana kanak-kanak autisme ini mudah bosan sekiranya
tidak ada aktiviti yang boleh memberi sensasi kepada diri mereka. Kanak-kanak autisme
tidak boleh mengikuti aktiviti yang sedantri dan kurang aktif ini kerana berlawanan dengan
sifat mereka. Saya pernah menggunakan kaedah yang lain sebelum ini tetapi tidak berkesan
dan menyebabkan pertambahan tatabahasa dan perbendaharaan kata anak saya hanya
bertambah sedikit. Alhasil saya dan anak merasa penat serta saya hampir berputus asa
pada satu ketika. Antara masalah yang anak saya alami adalah tersenarai seperti di bawah:

 Masalah dengan kemahiran perbualan termasuk hubungan mata (eye contact) dan
bahasa tubuh (body language)
 Kesulitan memahami makna perkataan di luar konteks apa yang telah mereka
pelajari
 Menghafal perkara yang didengari tanpa mengetahui apa yang telah dikatakan
 Bergantung pada echolalia - mengulangi kata-kata orang lain sebagai cara utama
untuk berkomunikasi
 Pemahaman yang sedikit mengenai makna perkataan atau symbol
 Kekurangan bahasa kreatif
Oleh kerana cabaran-cabaran ini, seorang kanak-kanak dengan autisme mesti
melakukan lebih daripada belajar bagaimana untuk bercakap. Kanak-kanak ini juga perlu
belajar bagaimana menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Ini termasuk mengetahui
cara untuk melakukan perbualan termasuk membaca isyarat lisan dan isyarat bukan lisan
dari orang lain seperti ekspresi muka, nada suara dan bahasa tubuh. Saya perlu
memperbaiki kaedah yang saya jalankan untuk membantu anak saya supaya fasih bertutur
seperti kanak-kanak normal yang lain.
4. FOKUS KAJIAN

Murid Pendidikan Khas (autisme) memang sangat bermasalah dalam


pertuturan kerana kurangnya perbendaharaan kata serta tatabahasa dalam menyatakan
keinginan serta perasaan mereka. Perkara utama dan umum dalam kajian ini memfokuskan
kepada masalah komunikasi, Antara masalah yang anak saya alami adalah tersenarai
seperti di bawah:

 Masalah dengan kemahiran perbualan termasuk hubungan mata (eye contact) dan
bahasa tubuh (body language)
 Kesulitan memahami makna perkataan di luar konteks apa yang telah mereka
pelajari
 Menghafal perkara yang didengari tanpa mengetahui apa yang telah dikatakan
 Bergantung pada echolalia - mengulangi kata-kata orang lain sebagai cara utama
untuk berkomunikasi
 Pemahaman yang sedikit mengenai makna perkataan atau symbol
 Kekurangan bahasa kreatif

Saya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah kekurangan tatabahasa serta
perbendaharaan kata murid autisme khasnya yang mengalami masalah speech delay iaitu
kelewatan dalam perkembangan anak yang melibatkan pertuturan mereka. Seperti murid
tidak dapat mengungkapkan sesuatu keinginan dalam ayat penuh dan tersusun, mereka
hanya boleh menuturkan perkataan ringkas contohnya ”papa azam makan” yang
sepatutnya ”papa azam mahu makan keran lapar”. Murid juga tidak dapat menyatakan
keinginan ataupun perasaan pada sesuatu masa contohnya ” Papa sakit ” sambil
memegang perut, sepatutnya ” papa azam sakit perut, azam belum makan” sambil
memegang perut. Murid juga perlu faham dengan tatabahasa ataupun perbendaharaan
yang baru dipelajari dan untuk membuatkan murid jelas perlu kaedah yang tidak
membosankan mereka, iaitu fokus mereka tidak lari. Saya maksudkan belajar sambil
memahami dan bergembira serta aktiviti tersebut perlu aktif dan mempunyai sensasi.
Dengan menggunakan nyanyian serta penggunaan lagu yang sesuai fokus murid
akan bertambah, selain aktiviti nyanyian yang diulang-ulang akan membuat murid hafal dan
terbiasa seta seronok dengan aktiviti tersebut. dan menambahkan keyakinan serta
meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.
5. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid akan mencapai objektif berikut :

 Objektif umum

 Meningkatkan/Menambah Tatabahasa dan Perbendaharaan kata murid autism


(speech Delay) masalah kelewatan pertuturan.

 Objektif Khusus

 Bercakap dengan baik


 Berkomunikasi secara lisan (verbally) dan bukan lisan (non-verbally)
 Memahami komunikasi lisan (verbal communication) dan komunikasi bukan lisan
(non-verbal communication), dan memahami niat orang lain dalam pelbagai keadaan
 Memulakan komunikasi tanpa bantuan atau dorongan dari orang lain
 Mengetahui masa dan tempat yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu;
contohnya, bila untuk mengatakan "selamat pagi"
 Membina kemahiran perbualan
 Bertukar idea dan pendapat
 Berkomunikasi dengan cara untuk menjalinkan hubungan
 Seronok untuk berkomunikasi, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya
 Belajar untuk mengawal diri/ emosi
6. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 1 orang murid pendidikan khas , SK Pasir Puteh Keningau
Sabah. Murid berada di kelas tahun 3 cemerlang pada sessi 2023 , Murid merupakan anak
saya sendiri.

Murid terbabit bersama rakan sekelas


7. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

7.1Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti
berikut.

 Pemerhatian
 Ujian Lisan

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku anak saya (murid terbabit) semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung didalam kelas serta cara anak saya
berinteraksi diluar bilik darjah iaitu semasa berada bersama saya di rumah dan
didapati murid terbabit tidak mampu berinteraksi dengan normal iaitu menggunakan ayat
lengkap dan penuh. Murid lebih banyak mendiamkan diri dan meniru-niru perkataan ringkas
daripada apa yang murid dengar. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan
sempurna Tarikh laksana pertama pada 25 Februari 2022. Pemerhatian pertama telah
dibuat terhadap anak saya (murid terbabit). Untuk :-

 Mengesan penguasaan murid terhadap kelancaran bertutur dengan rakan-rakan


dan guru dikelasnya.
 Murid tidak dapat mengeluarkan ataupun menuturkan lebih daripada 3 ayat sebagai
contoh ” Azam kencing” sepatutnya ”Azam Mahu kencing,azam Mahu pergi ke
tandas”

Ujian lisan pertama (ujian Pra)

 Saya telah menjalankan ujian lisan terhadap anak saya (murid terbabit) pertama
sekali pada 28 Februari 2022. Sama seperti pemerhatian saya, murid lebih banyak
menggunakan bahasa sendiri yang hanya mampu difahami oleh dia , kebanyakanya
ditiru daripada bunyi-bunyi yang biasa didengar tidak semestinya ia sebuah
pertuturan.
 Membuat bunyi (hum) atau bercakap seperti kartun atau seakan-akan menyanyi
 Membebel (babble) dengan bunyi seperti perkataan atau bercakap bahasa alien
 Menggunaan perkataan "bunyi" yang asing atau suara seperti robot
 Seperti burung kakak tua (Parrot) atau sering mengulangi apa yang dikatakan orang
lain (atau disebut echolalia)
Keputusan pemerhatian dan ujian lisan pertama ( ujian Pra)

Borang Pemerhatian

Senarai Semak Tingkahlaku murid

Nama: Azam Ezra Azmi Kelas: 1 Reflesia Tempoh: 25 Feb 2022-


25 Mei 2022

Bil Tingkah laku Pemerhatian


YA TIDAK
1 Boleh bertutur dengan tatabahasa yang baik ∕
2 Menjaga kebersihan diri dan bilik darjah ∕
3 Menghormati rakan dan guru ∕
4 Memberikan kerjasama kepada guru dan rakan ∕
5 Bersopan santun ∕
6 Menepati masa ∕
7 Menyiapkan tugasan yang diberikan ∕
8 Boleh mematuhi arahan guru ∕

Nama: Azam Ezra Azmi Kelas: 2 Wawasan Tempoh: 25 Jun


2022-25 Nov 2022

Bil Tingkah laku Pemerhatian


YA TIDAK
1 Boleh bertutur dengan tatabahasa yang baik ∕
2 Menjaga kebersihan diri dan bilik darjah ∕
3 Menghormati rakan dan guru ∕
4 Memberikan kerjasama kepada guru dan rakan ∕
5 Bersopan santun ∕
6 Menepati masa ∕
7 Menyiapkan tugasan yang diberikan ∕
8 Boleh mematuhi arahan guru ∕
Borang Ujian Lisan Tahap Kebolehan Bertutur

Kelas : 2 Wawasan___________________
Tahun : 2022________________________
Tempoh : Februari 2022-Mei 2022________

BIL NAMA BAIK SEDERHANA LEMAH CATATAN


1 Azam Ezra Azmi ∕ Hanya mampu
bertutur tidak
lebih 3 patah
perkataan
2
3
4
5
6
7
8

Borang Ujian Lisan Tahap Kebolehan Bertutur

Kelas : 2 Wawasan___________________
Tahun : 2022________________________
Tempoh : Jun 2022-November 2022_______

BIL NAMA BAIK SEDERHANA LEMAH CATATAN


1 Azam Ezra Azmi ∕ Boleh
menuturkan 3
hingga 4 patah
perkataan
2
3
4
5
6
7
8

Keputusan ujian pemerhatian dan ujian lisan pertama yang telah dilakukan adalah seperti
ditunjukkan dalam borang senarai semak yang telah dilakukan sebelum ini seperti diatas,
didapati murid terbabit tidak dapat melepasi sasaran yang ditetapkan seperti dalam senarai
semak. Ujian lisan saya menggunakan pertanyaan tiga pertanyaan mudah dan ringkas.

Contoh pertanyaan

 Azam sudah makan?


 Azam mau pergi mana?
 Azam mengantukkah?
7.2 Perlaksanaaan Tindakan Yang Dijalankan..

Kaedah Nyanyian Dengan Lagu

Dalam meningkatkan tata bahasa dan perbendaharaan kata serta ayat murid saya
menggunakan lagu-lagu ringkas yang mudah serta ”Cathcy” dan ”radio friendly” ”mesra
dengar” dibantu dengan visual daripada tablet,laptop dan televisyen. Penggunaan
pembesar suara ”speaker” juga digunakan serta mikrofon untuk memberikan keyakinan
kepada murid dalam menyanyi.

Aktiviti yang dijalankan:-


I. Nyanyi lagu nursery rhyme seperti ”Johnny Johny Yes Papa”
II. Nyanyian lagu didi and friends seperti “oh nana oh nana”
III. Guru akan menyanyi untuk permulaan sambil menggayakan perbuatan berdasarkan
lirik
IV. Murid mula menyanyi lagu bersama guru sambil mengayakan bersama perbuatatan
berdasarkan lirik.
V. Murid menyanyi sendiri sambil mengayakan perbuatan berdasarka lirik.

Aktiviti Nyanyian lagu 1 : Nyanyian lagu ringkas ”Johnny Johnny Yes Papa”(nursery rhyme)
dan lagu ” oh nana oh nana”( didi and friends).
Tarikh : 10 mac 2022 hingga 10 April 20222

Cara pelaksanaan

 Guru menyanyi dengan lirik di skrin.


 Murid ikut menyanyi bersama dengan bantuan lirik
 Murid menyanyi sendiri dengan bantuan lirik
 Murid menyanyi sendiri dengan hafalan lirik
 Guru menyanyi dengan bantuan gaya aksi supaya murid jelas
 Murid menggayakan aksi bersama guru
 Murid menyanyikan lagu sendiri bersama aksi dan gaya yang telah difahami.
 Guru memodifikasikan nyanyian dan lagu dengan penukaran lirik.
 Guru dan Murid menyanyi bersama dengan lirik yang telah di modifikasikan.

Aktiviti 1

Contoh Lagu “Johnny Johnny Yes Papa”

Johny, Johny,
Yes papa?
Eating sugar?
No papa.
Telling lies?
No papa.
Open your mouth
Ha ha ha!
Lirik di modifikasikan

Guru :Azam , Azam,


Murid :Yes papa?
Guru :Eating sugar?
Murid :No papa.
Guru :Telling lies?
Murid :No papa.
Guru :Open your mouth
Murid :Ha ha ha!

Contoh lagu “Oh Nana Oh Nana”

Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Suasana indah di awal pagi
Menyiram pokok dengan riang
Berbuat baik, setiap hari sayang
Budi yang baik pasti dikenang

Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel

Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Tinggilah tinggi si matahari
Bersinar terang di pagi hari
Marilah, mari kita menari, sayang
Mari menari hiburkan hati

Oh, Nana, Na
Oh, Nana, Nana
Oh, Nana yang comel
Aduhai Nana, oh, sayang
Makin dipandang bertambah comel
Makin dipandang bertambah comel
Lirik di modifikasikan.

Guru : Oh, Azam, Zam


Oh, Azam, zam
Oh, Azam yang comel
Aduhai Azam, oh, sayang
Makin dipandang
Murid : bertambah comel
Guru :Suasana indah di awal pagi
Murid :Menyiram pokok dengan riang
Guru :Berbuat baik, setiap hari sayang
Murid :Budi yang baik pasti dikenang

Guru :Oh, Azam, zam


Oh, Azam, Zam
Oh, Azam yang comel
Aduhai Azam, oh, sayang
Makin dipandang
Murid :bertambah comel
Guru :Tinggilah tinggi
Murid :si matahari
Guru :Bersinar terang
Murid :di pagi hari
Guru :Marilah, mari kita menari, sayang
Murid :Mari menari hiburkan hati

pengukuhan : Guru memodifikasikan lirik supaya murid lebih jelas.

Refleksi dari aktiviti 1


Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu-lagu
ringkas sebegini, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut ayat dan
perkataan, serta dapat mengingat lirik yang disebut. Penggunaan visual, pembesar suara
dan mikrofon sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat lirik perkataan yang
digunakan. Pengukuhan dengan memodifikasikan lirik beserta dengan nyanyian bersama
aksi dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.
Aktiviti 2 : Pertanyaan
Tarikh : 25 Jun 2022 hingga 25 Julai 2022

Cara Pelaksanaan:

Perbualan 1
Guru bertanya semula soalan-soalan ringkas kepada murid untuk berbual contoh
pertanyaan
Guru : Aza mapa dalam mulut ,open your mouth
Murid : Tiada apa-apa, Haa Haa ( murid membuka mulut )

Perbualan 2
Guru : Azam sedih kah Azam terhibur
Murid : Azam suka, Azam terhibur

Perbualan 3
Guru : Di langit ada apa Azam
Murid : Ada matahari, matahari panas terlampau.

Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengaplikasikan lirik lagu
dan menyebut perkataan dengan mudah untuk penggunaan dalam aktiviti pertanyaan dan
perbualan dengan orang lain. Murid berulang-ulang menggunakan lirik dalam interaksi
menandakan murid faham dengan lirik serta boleh menggunakan dalam pelbagai situasi.
Ujian Pos

Ujian pos ( Tarikh laksana : 15 September 2023 )

Ujian pos telah diberikan kepada murid terbabit untuk mengesan sejauh mana
keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap
kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra cuma lagu ditukar murid membuat
persembahan lagu dengan kostum lengkap serta aksi ditunjukkan.
Pada kali lagu yang digunakan adalah lagu tanggal 31 ogos , Rasionalnya sebab
memandangkan sambutan hari kemerdekaan yang baru-baru diadakan.

 Guru menunjukkan rakaman persembahan lagu tanggal 31 ogos nyanyian


Allahyarham sudirman yang mempunyai lirik.
 Lirik diedarkan juga secara berasingan sebagai bantuan murid dalam nyanyian lagu
 Masa ½ jam sahaja diberikan untuk murid menghafal lirik dengan bantuan lagu
 Pada hari persembahan kostum yang cantik seperti kostum penyanyi tanggal 31
ogos Allahyarham Sudirman dipakaikan kepada murid.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam senarai semak
di dibawah. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya menambah dan meningkatkan
tatabahasa serta perbendaharaan kata, ini sebenarnya melepasi sasaran yang telah
ditetapkan.

Murid terbabit
Senarai Semak Tingkahlaku murid

Nama: Azam Ezra Azmi Kelas: 2 Wawasan Tempoh: 25 Jan


2023-25 Mei 2023

Bil Tingkah laku Pemerhatian


YA TIDAK
1 Boleh bertutur dengan tatabahasa yang baik /
2 Menjaga kebersihan diri dan bilik darjah /
3 Menghormati rakan dan guru /
4 Memberikan kerjasama kepada guru dan rakan /
5 Bersopan santun /
6 Menepati masa /
7 Menyiapkan tugasan yang diberikan /
8 Boleh mematuhi arahan guru /

Nama: Azam Ezra Azmi Kelas: 3 Cemerlang Tempoh: 25 Jun


2023-25 Sep 2023

Bil Tingkah laku Pemerhatian


YA TIDAK
1 Boleh bertutur dengan tatabahasa yang baik /
2 Menjaga kebersihan diri dan bilik darjah /
3 Menghormati rakan dan guru /
4 Memberikan kerjasama kepada guru dan rakan /
5 Bersopan santun /
6 Menepati masa /
7 Menyiapkan tugasan yang diberikan /
8 Boleh mematuhi arahan guru /
Borang Ujian Lisan Tahap Kebolehan Bertutur

Kelas : 3 Cemerlang__________________
Tahun : 2023________________________
Tempoh : Mei 2023-Julai 2023___________

BIL NAMA BAIK SEDERHANA LEMAH CATATAN


1 Azam Ezra Azmi / Murid dapat
bertutur dengan
baik dan lancar.
2
3
4
5
6
7
8

Borang Ujian Lisan Tahap Kebolehan Bertutur

Kelas : 3 Cemerlang__________________
Tahun : 2023________________________
Tempoh : Ogos 2023-September 2023_____

BIL NAMA BAIK SEDERHANA LEMAH CATATAN


1 Azam Ezra Azmi / Murid dapat
bertutur dengan
baik dan lancar.
Murid dapat
berinteraksi
dengan guru dan
murid dengan
sangat baik.
2
3
4
5
6
7
8
Pertambahan Tatabahasa Azam Ezra
Dalam Perbualan dan Percakapan
6
5
4
Series 3
3
2
1
0
22 2 22 22 2 2 23
- r-2 - - t -2 c-2 -
Fe
b
A p Ju
n
A ug Oc De Fe
b

Graf Perkembangan Murid Terbabit ( Azam Ezra Azmi )


Keputusan PBD Murid Sebelum aktiviti dijalankan
Keputusan PBD murid terbabit selepas aktiviti
8.Penilaian dan refleksi

Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Kaedah
nyanyian dengan penggunaan lagu untuk murid Pendidikan Khas PPKI ini merupakan salah
satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid Pendidikan Khas PPKI untuk
menguasai kemahiran berinteraksi, bertutur dan bersosial.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid Pendidikan Khas
PPKI dalam penambahan tatabahasa dan perbendaharaan kata dengan mudah. Mereka
telah dapat menuturkan ayat ringkas dengan lebih baik dan mudah difahami oleh orang lain.
Oleh itu , saya amat yakin dan ingin meneruskan penggunaan kaedah nyanyian
dengan penggunaan lagu pada perkara-perkara lain khasnya untuk murid-murid ataupun
kanak-kanak autisme yang menghadapi dilemma kelewatan bercakap ( Speech Delay ).
Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah, rakan-
rakan dan masyrakat sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi
membolehkan saya memberikan penambahbaikan dalam kaedah seperti ini. “Terapi muzik
boleh memainkan peranan signifikan dalam proses penilaian kanak-kanak yang menghadapi gangguan
komunikasi, kerana ciri muzik bukanlah verbal dan medium yang digunakan dalam sistem komunikasi
pra verbal “Wigram dan debeckar ( 2002 )
9. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang
seterusnya iaitu penggunaan kaedah nyanyian dengan penggunaan lagu untuk memastikan
murid autisme ( Speech Delay) kelewatan bercakap, mahir dalam operasi tolak dan tambah
subjek matematik.
Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti yang lebih kreatif dimasa akan
datang ,supaya murid mudah faham serta seronok dengan kaedah sebegini iaitu kaedah
nyanyian dengan lagu sekiranya diizinkan Allah S.W.T. Sesungguhnya kaedah lagu dan
nyanyian ini sangat membantu seperti kata-kata hikmah ini “Something good about music when

it hit you, you feel no pain”, Kurt Cobain


10.BIBLIOGRAFI

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roskam, K. (1979). Music therapy as an aid for increasing auditory awareness and
improving readingskills. Journal of Music Therapy, 16, 31–42.

Wigram, T. (2002). Indications in music therapy: Evidence from assessment that can
identify the expectations of music therapy as a treatment for autistic spectrum disorder
(ASD). Meeting the challenge of evidence based practice. British Journal of Music Therapy,
16, 5–28.

Anda mungkin juga menyukai