Anda di halaman 1dari 3

AAMD & SHJ

TERAPI PERTUTURAN
PENGENALAN
Terapi pertuturan dan bahasa (SLT) merupakan terapi untuk mengendalikan
individu dengan kecelaruan pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, penelanan;
melalui penilaian , diagnosis dan intervensi yang bersesuaian.
Terapi pertuturan, yang dibantu oleh ahli patologi pertuturan, membantu
seseorang memperbaiki kebolehannya berkomunikasi; ini termasuk pertuturan,
iaitu bagaimana bunyi dibentuk, dan bahasa, yang melibatkan pemahaman dan
pemilihan perkataan yang sesuai.

Ahli terapi perlu:
1. Mengenalpasti keperluan komunikasi, sosial dan emosi pesakit.
2.Menilai keperluan pesakit, serta membuat dan melaksanakan perancangan perawatan yang
komprehensif.
3.Memberikan perkhidmatan konsultasi dan pendidikan kepada pesakit dan penjaga/ ahli keluarga
terhadap pertuturan dan bahasa serta bidang lain yang berkaitan.

Langkah-langkah terapi.
1. Mengenalpasti individu yang mengalami kelambatan bahasa dan pertuturan serta penelanan.
2. Melakukan penilaian yang sesuai untuk mendapatkan tahap fungsian bahasa dan pertuturan serta
penelanan.
3. Melaksanakan matlamat terapi berdasarkan hasil penilaian secara individu atau secara berkumpulan.
4. Mengadakan sesi perbincangan dan maklum balas bersama ibu bapa atau penjaga selepas sesi terapi.
5. Melakukan sesi terapi bersama ahli profesional yang lain sekiranya diperlukan seperti kaunselor, ahli terapi
cara kerja, ahli fisioterapi dan lain-lain

Kes yang diberi penekanan ialah :
1. Kecelaruan perkembangan bahasa
2. Kecelaruan bahasa perolehan
3. Kecelaruan bunyi pertuturan
4. Masalah pendengaran
5. Kecelaruan suara
6. Kecelaruan resonan/ sengau
7. Kecelaruan kelancaran pertuturan
8. Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia)
9. Kecelaruan deglutasi (feeding) Masalah pertuturan melibatkan masalah artikulasi, kelancaran, suara dan
bahasa
10. Masalah fungsian oral-pharyngeal dan masalah lain yang berkaitan
11. Masalah komunikasi-kognitif
Jenis-jenis kes:
a. Kecelaruan bahasa
i. Kecelaruan bahasa boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kecelaruan bahasa reseptif
(kefahaman) dan kecelaruan bahasa ekspresif (ujaran)
ii. Kedua-dua masalah ini menyebabkan kanak-kanak sukar untuk memahami dan mengikut
arahan serta berinteraksi -- kecelaruan bahasa reseptif (kefahaman)
iii. Selain itu, kanak-kanak sukar untuk membuat ayat panjang bersesuaian dengan umur mereka
kecelaruan bahasa ekspresif (ujaran)
iv. Masalah ini turut berlaku dikalangan dewasa akibat daripada angin ahmar (strok) dan
kecederaan otak. Masalah yang dialami adalah kecelaruan bahasa perolehan seperti afasia
b. Kecelaruan Pertuturan (Pelat)
AAMD & SHJ

Individu yang tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti berikut:
i. Menggantikan suatu bunyi dengan bunyi lain. Contoh: susu kepada "cucu".
ii. Menghilangkan sukukata pertama. Contoh: makan nasi kepada "kan cik"
c. Masalah kelancaran pertuturan (Kegagapan)
Individu yang tidak dapat bercakap dengan lancar kerana sentiasa menyebut sesuatu suku kata
berkali-kali atau tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap. Contoh: m-m-m-m-mana nak
pergi, sa-sa-saya naik kereta
d. Kecelaruan suara
Individu yang mengalami kesukaran untuk menjana suara yang bersesuaian dengan individu
sehingga menjejaskan kualiti suara menjadi suara serak, garau, kasar dan suara berangin.
e. Masalah penelanan
i. Individu yang susah, sukar atau sakit untuk menelan makanan akibat daripada penyakit sistem
saraf atau angin ahmar (strok).
ii. Gangguan ini boleh menjejaskan kesihatan seseorang terutama apabila individu tersebut
mempunyai penelanan yang tidak selamat atau kekurangan zat makanan
Individu yang memerlukan rawatan terapi pertuturan.
a. Kanak-kanak Sindrom Down
b. Kanak-kanak Autisma
c. Kanak-kanak Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
d. Individu yang mengalami sumbing bibir dan lelangit
e. Individu yang mengalami serangan ahmar (strok)
f. Individu yang mengalami Traumatic Brain Injury
g. Individu yang mengalami masalah pendengaran
Aktiviti Terapi.
1. Stimulasi bahasa iaitu meningkatkan kemahiran pra-pertuturan, kemahiran pemahaman bahasa dan
kemahiran penggunaan bahasa.
2. Latihan oro-motor
3. Modifikasi tingkah laku
4. Terapi bahasa bagi masalah bahasa yang khusus.
5. Terapi suara
6. Terapi kelancaran pertuturan
7. Program Komunikasi Alternatif bagi pesakit yang tidak boleh berkomunikasi secara lisan
8. Memberi kaunseling dan khidmat nasihat kepada pesakit dan ahli keluarga


Rawatan pesakit dilakukan mengikut keperluan individu.
Ahli Terapi Pertuturan boleh berkerjasama dengan unit-unit lain seperti di "Feeding Clinic",
"Voice Clinic", dan "Early Intervention Clinic".Ahli terapi Pertuturan juga berkerjasama dengan
professional-professional lain dengan melakukan pemeriksaan terperinci seperti di
"Videofluroscopy for Swallowing (VFSS)"dengan Ahli Radiologist dan "Flexible Endoscopic
Examination for Swallowing (FEES)"dengan Pakar ENT.

Contoh aktiviti dalam bilik darjah.
1. Permainan riak muka- bantu murid fahami emosi yang disampaikan.
2. Aktiviti Pemintal lidah bantu artikulasi
3. Membaca buku cerita/ big book.
4. Bercerita spontan.
5. Melatih bunyi artikulasi yang disasarkan: eg: Bunyi S sssssssss, bunyi suku kata sasasasa
6. Teka perkataan berdasarkan gambar yang dipaparkan.
7. Menggunakan flashcard: murid menceritakan situasi gambar.
8. Kolaj bunyi: murid menggabungkan suku kata , menampalkannya atas kertas lukisan dan
menyebut suku kata tersebut.
AAMD & SHJ

9. Permainan perkataan sinonim dan antonim.
10. Membuat kraf ringkas: murid belajar bahasa melalui arahan yang diberikan.

Carta 1: carta alir rawatan terapi pertuturan di hospital UKM.






Rujukan:

http://htar.moh.gov.my
http://www.nasam.org/bahasa/pemulihan-terapi-pertuturan.php
http://hkjg.moh.gov.my/
http://jppp.hukm.ukm.my
http://pmspk.moe.gov.my

Anda mungkin juga menyukai