Anda di halaman 1dari 9

Harapan saya untuk Praktikum Satu ini adalah supaya semoga segala urusan

dipermudahkan oleh Allah S.W.T. sama ada urusan peribadi, kesihatan, urusan sesi
pengajaran dan pembelajaran mahupun urusan aktiviti sekolah berjalan dengan lancar
tanpa ada halangan yang berat.
Saya juga berharap dapat mengajar murid-murid berkeperluan khas ini dengan
penuh kesabaran, berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mengawal kelas
dengan baik, menangani masalah tingkah laku murid dan dapat menyampaikan
pengajaran dengan cara yang pelbagai dan difahami oleh murid. Kefahaman murid
terhadap pengajaran saya ini akan menjadi kayu ukur kefahaman dan penerimaan
murid-murid berkeperluan khas ini terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
saya jalankan.
Harapan saya juga semestinya untuk mendapat markah yang baik dari seliaanseliaan daripada guru dan pensyarah pembimbing kerana daripada markah seliaan ini
menyumbang kepada keputusan peperiksaan saya untuk semester ini. Melalui seliaanseliaan ini juga akan menjadi pendorong dan bantuan untuk saya dalam memperbaiki
kelemahan dan meningkatkan prestasi saya untuk mengajar sepanjang 4 minggu di
sekolah ini seterusnya menjadi pedoman untuk meneruskan Praktikum Fasa 2 dan
Praktikum Fasa 3 kelak.

Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.


31 Mac 2014, jam 7.00 pagi saya telah melaporkan diri di pejabat Sekolah
Kebangsaan Bandar yang terletak di kawasan pinggir bandar. Sekolah ini merupakan
di luar bandar. Namun ianya tidak mengganggu gugat fokus saya terhadap praktikum
yang akan saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya.
Hari pertama seperti biasa sesi perkenalan berlangsung bersama guru-guru serta
warga sekolah di mana kami berdua bersama-sama rakan lima orang lagi rakan
praktikum dari opsyen lain telah diperkenalkan oleh Guru Besar SK Permatang
ToKandu iaitu Tuan Haji Shukri bin Abd Rahman, perhimpunan mingguan berlangsung
pada hari Isnin tersebut.
Setelah selesai perhimpunan mingguan, kami berkumpul di Bilik PK Pentadbiran,
Puan Zabedah Abd Majid untuk ditaklimatkan mengantikan Guru Besar yang sibuk
dengan urusan penting. Beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara
berkaitan dengan sekolah, termasuklah :
-

sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru


penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru
mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

latar belakang murid dan masyarakat setempat;

tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.


Selepas taklimat di Bilik, kami di bawa ke Blok Pendidikan Khas oleh Cik Farina

merangkap

Guru

guru

pembimbing

Pendidikan

Khas

kami

untuk

pemilihan

matapelajaran dan bilangan waktu yang ingin kami ajarkan dan juga bersama-sama
guru penyelaras Pendidikan Khas, Tuan Haji Idris bin Ismail. Selain itu, kami juga
diberitahu sepanjang di sekolah kami melibatkan diri dalam unit beruniform. Saya telah
diarahkan untuk menyertai badan unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah
mewakili Pendidikan Khas dan juga mengajar kawad kaki Tunas Kadet Remaja
Sekolah.

Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan telah memberikan jadual matapelajaran
dan masa yang telah kami pilih untuk diajarkan. Setelah mendapat persetujuan
daripada Cik Noor Farina binti Haji Mohd Noor, selaku guru pembimbing kami
menghantar jadual tersebut kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan
Zabedah Abd Majid. Saya telah memilih empat mata pelajaran Pendidikan Khas iaitu
Matematik kelas 1, Bahasa Melayu kelas 1 dan 2, Pendidikan Jasmani kelas 1 dan 2,
Pengurusan Tingkah Laku kelas 3 dan Matematik kelas 1. Jumlah masa yang saya pilih
ialah 12 waktu bersamaan 6 jam seminggu. Pada minggu ini juga terdapat beberapa
orang guru yang tiada kerana terlibat dengan hal di luar. Oleh yang demikian, pada hari
kedua saya sudah mula masuk ke kelas untuk menggantikan jadual kelas Cikgu yang
terlibat dalam perjumpaan guru-guru. Pada minggu ini, kami menjalankan ujian
diagnostik kepada pelajar bagi setiap kelas yang berlainan bagi menentukan tahap
masing-masing.
Minggu kedua, saya sudah mula mengajar mengikut jadual waktu yang telah
saya pilih. Minggu ini memberikan pengalaman saya dalam mengajar murid-murid
berkeperluan khas. Pelbagai pengalaman yang telah saya tempuhi antaranya perangai
dan sikap murid-murid yang berbeza. Terdapat murid yang hiperaktif, autisme, suka
mengamuk dan sebagainya. Dari segi pengawalan kelas juga tidak terkecuali di mana
minggu pertama mengajar saya tidak dapat mengawal kelas dengan baik kerana
terdapat murid-murid yang tidak mahu mendengar arahan.
Minggu ketiga berjalan seperti biasa. Kami telah diberikan tugas untuk mengajar
murid-murid dalam persediaan aktiviti berkhemah pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami
ditugaskan menjaga murid pada hari Jumaat. Sebelum bermulanya aktivit perkhemahan
unit beruniform. Saya juga berpeluang mengajar murid-murid tentang ikatan tali, kawad
kaki, serta memasang khemah. Pada hari Jumaat, saya ditugaskan sebagai AJK
masakan untuk Puteri Islam. Saya perlu memberikan mereka makanan yang perlu
dimasak serta tunjuk ajar supaya mereka memasak dengan baik. Kami pulang pada
jam 6.00 petang dengan memberikan makanan iaitu roti dan air kepada murid-murid.

Pada hari terakhir iaitu Jumaat bersamaan 25 April 2014, kami semua guru
praktikum berjumpa dengan Guru Besar untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan
meminta maaf sekiranya kami ada membuat sesuatu yang tidak disenangi oleh pihak
sekolah. Kami juga bersalam-salaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada
semua warga sekolah.
Diharapkan pengalaman sepanjang Praktikum Satu ini membekalkan saya
pengetahuan berguna untuk ditingkat dan diperbaiki supaya dapat digunakan semasa
Praktikum 2 dan Praktikum 3 kelak.

Adakah Harapan Tercapai Sepanjang Praktikum.


Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap
guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum Fasa
Satu telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama
membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum
memasuki Praktikum 2 pada semester hadapan. Alhamdulillah, saya telah selamat
menjalani Praktikum Satu ini dengan jayanya. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana
melancarkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang praktikum ini
dan saya dapat mengajar dengan baik sepanjang 4 minggu ini.
Tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja terletak dari segi akademik
malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada
murid yang menguji kesabaran kita. Saya akui terdapat juga tamparan di bahu yang
saya lakukan terhadap murid tetapi tidaklah terlalu kuat dan ia hanyalah untuk
menghentikan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid tersebut. Namun begitu,
saya masih mampu mengawal kesabaran dengan menjalankan teknik ugutan ke atas
murid menggantikan kontak tangan terhadap murid. Contohnya ugutan untuk menarik
token yang telah murid peroleh dan juga membawa cili padi ke kelas sebagai ugutan
kepada murid yang selalu mencarut. Akhirnya, tingkah laku murid ini dapat ditangani
walaupun tingkah laku negatif tersebut diulang setiap hari.

Dari seliaan-seliaan daripada guru dan pensyarah pembimbing juga banyak


membantu saya melihat semula kekuatan dan kelemahan yang dikomen oleh mereka
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya berjalan. Kekuatan yang saya
peroleh akan saya tingkatkan manakala kelemahan yang ada akan saya perbaiki untuk
masa yang akan datang. Praktikum Satu ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran
kepada saya situasi sebenar sekolah. Oleh itu, saya perlu mempersiapkan diri dari
pengalaman praktikum ini, pengalaman praktikum fasa 2 dan fasa 3 kelak sebelum
menjadi guru berijazah pada tahun 2015 kelak.

PERNYATAAN PROFESIONAL
a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.
Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa
di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing
dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada mata pelajaran major guru
pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam.
Sebelum

menjalani

tempoh

latihan

peringkat Pengalaman Berasaskan

praktikum,

Sekolah

saya

telah

mengikuti

empat

(PBS) semasa semester satu hingga

semester empat. PBS ini merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu
sebelum

menjalani

praktikum.

Saya juga

telah

mendapat

taklimat

daripada

unit praktikum mengenai hal ini iaitu berkaitan latihan praktikum.


Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri. Penempatan
sekolah sebenarnya boleh dipilih dalam kalangan kami sendiri tetapi kelas saya tidak
menghantar nama pasangan praktikum dan pilihan sekolah kami. Akibatnya,
penempatan kami bagi praktikum 1 ini telah dibuat oleh unit praktikum IPDA. Namun
begitu kami tetap akur dengan keputusan tersebut. Saya telah ditempatkan oleh unit
praktikum di Sekolah Kebangsaan Permatang ToKandu.

Saya bersama dengan

seorang lagi rakan sekelas saya daripada opsyen Pendidikan Khas. Tidak lupa juga
bersama-sama saya di sekolah yang sama terdiri daripada rakan daripada Institut
Perguruan yang lain.
Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di
sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai
segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap
perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah
disenaraikan bagi memenuhi Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang
menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik bersama

semua warga sekolah tanpa mengira pangkat. Saya perlu memahami budaya di
sekolah serta komuniti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan
tempat mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa
mengajar.
Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa
lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran
dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu
sentiasa bersedia lebih-lebih bagi melayan kerenah murid yang sentiasa inginkan
perhatian.

Sebelum Praktikum
Sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu,
antara harapan saya sebagai guru pelatih adalah untuk merasai dan mengalami sendiri
pengalaman mengajar kanak-kanak Pendidikan Khas yang rata-ratanya terdiri daripada
pelbagai jenis masalah pembelajaran. Sememangnya pengalaman ini amat ditunggutunggu oleh saya kerana menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang baik bukanlah
semudah menyebut abjad a,b,c dan mengira nombor 1,2,3. Mungkin dilihat dengan
mata kasar, tugas seorang guru dianggap mudah tetapi jika diberi peluang mengajar,
barulah kita sedar langit itu tinggi atau rendah. Menjadi seorang guru Pendidikan Khas
memerlukan daya ketahanan mental dan nilai kesabaran yang tinggi. Oleh yang
demikian, melalui praktikum kali pertama ini, saya harap dapat merasai sendiri
pengalaman sebagai seorang guru Pendidikan Khas.
Selain itu, harapan saya sebelum menjalani sesi praktikum ini adalah untuk
mengambil peluang yang ada untuk mengaut ilmu tentang Pendidikan Khas sebanyak
yang boleh. Ini kerana ilmu Pendidikan Khas sukar diperolehi tambahan pula ianya
daripada para guru yang berpengalaman dan lebih lama dalam bidang Pendidikan
Khas. Ilmu-ilmu ini amat penting pada seorang guru Pendidikan Khas kerana dalam
proses pengajaran, ilmu inilah yang akan digunakan untuk mengawal suasana kelas,
mengawal tingkah laku murid dan juga disamping menyampaikan ilmu kepada murid.

Dengan ini, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan


berkesan.
Akhir, sebelum sesi praktikum ini berakhir, saya berharap dapat mengambil
peluang untuk mempelajari teknik-teknik pengajaran yang berkesan di dalam
Pendidikan Khas. Teknik yang berkesan mampu mengawal tingkah laku negatif para
murid disamping dapat mencapai objektif pengajaran. Jika guru silap menggunakan
teknik pengajaran, maka sepanjang waktu proses pengajaran, objektif guru tidak akan
tercapai. Jadi, dengan adanya sesi praktikum ini, semoga segala harapan dan matlamat
saya dapat dicapai sekaligus melonjakkan diri saya selangkah ke hadapan dalam
menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang cemerlang.

Semasa Praktikum
Saya Nazirah binti Murad telah menjalani latihan praktikum pada semester lima
iaitu

Praktikum

Fasa

di

Sekolah

Kebangsaan

Permatang

ToKandu.

Praktikum ini mengambil masa selama satu bulan (31 Mac 2014 25 April 2014) dan
saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu
tersebut.
Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk

membolehkan

pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan
awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu
Pendidikan Khas selama 12 masa.
Setelah saya meneliti kandungan

tugasan saya mendapati kurikulum dan

sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan.
Perkara ini

sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang

pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi
pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran.
Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina
kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan

utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain
daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa
akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku
murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan
refleksi.

Oleh

yang demikian,

sememangnya memberikan

pendedahan awal saya di sekolah

impak yang positif kepada saya

dalam

ini

membentuk

keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru dimasa akan datang. Semoga
guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugas ini.
Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani praktikal
ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh guru menjaga perkhemahan unit
beruniform. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru lain

berpuas

hati

dengan hasil kerja kami. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu.

Selepas Praktikum
Satu ilmu baharu

yang saya

telah

perolehi dan

lalui serta mengalami

pengalaman sendiri ialah membuat rancangan pengajaran harian, mingguan, mengajar


dan membina bahan bantu mengajar sendiri.
Akhir sekali, data-data dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang
dibuat.

Satu

portfolio

yang

lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada pensyarah.
Portfolio itu mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi
refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil
Praktikum ini.

Anda mungkin juga menyukai