Anda di halaman 1dari 17

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah 1.

0 PENGENALAN
Peranan agama sangat penting dalam kehidupan harian. Kebanyakan manusia di dunia ini mempunyai pegangan agamanya tersendiri seperti agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya. Terdapat juga manusia yang tidak berpegang kepada mana-mana agama kerana bagi mereka agama adalah sesuatu yang mengikat dan mereka tidak merasa bebas.Tetapi agama sebenarnya merupakan landasan utama bagi manusia untuk menjadi seorang manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun.

Tiada satu pun agama di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya membuat perkara jahat seperti membunuh,menipu,berzina, dan sebagainya. Contohnya dalam isu pengklonan manusia baru-baru ini,tiada satu pun agama yang menyokong perkara tersebut malahan semua agama mengecam tindakan pengklonan manusia kerana perkara tersebut akan menimbulkan impak negatif yang cukup besar pada dunia.Jika manusia tidak mempedulikan soal agama dalam melakukan aktiviti seharian,sudah tentu dunia akan kucar-kacir dan timbul terlalu banyak masalah. Agama berperanan penting dalam menyeru pengikutnya menerapkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan.

Dalam kehidupan saat ini, peranan agama masih diperlukan, ketika kita berhadapan dengan masalah-masalah ketuhanan dan norma-norma atau nilai-nilai sosial kemasyarakatan. Jika manusia sudah tidak mengambil kira nilai-nilai murni dalam kehidupan,perkara yang tidak elok seperti kes rogol,bunuh,culik,rompak dan banyak lagi pasti berleluasa.Jika perkara ini berlaku,manusia tidak akan berasa aman dan produktiviti kerja akan merudum sekaligus menyebabkan kemajuan sesebuah negara terjejas.

Pada dasarnya, agama tidak pernah melarang umatnya menggunakan akal fikiran. Penggunaan akal fikiran dalam memahami,meneliti sesuatu, menjadi dasar atau landasan serta pijakan bagi kemajuan sains.Semua agama menggalakkan pengikutnya bekerja keras untuk memajukan taraf ekonomi diri secara khusus dan kepada negara

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


secara amnya.Namun kemajuan yang dicari haruslah berlandaskan agama.Tidak guna kita maju tetapi mengenepikan agama kerana jika kita tidak mengikut suruhan agama,mungkin kita akan melanggar batas-batas kemanusiaan seperti menindas hak orang lain.Hal ini tidak patut berlaku kerana setiap manusia mempunyai hak mereka.Agama juga menyuruf pengikutnya menuntut ilmu.Jika manusia tidak menuntut ilmu,negara akan mundur dan rakyat akan menderita kerana tidak mengecapi kemajuan.Ilmu juga penting kepada seseorang agar dirinya tidak mudah ditindas oleh orang lain.

Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan. Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman pencerobohan orang gasar". Akibat pemerintah maharaja yang kejam dan tidak bermoral rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut berjaya digulingkan. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan tamadun.

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

2.0 TANGGUNGJAWAB MANUSIA SESAMA MANUSIA


Tanggungjawab amat sukar untuk ditakrifkan. Ia mengandungi dua dalam satu, iaitu seseorang yang dikatakan bertanggungjawab ialah dinilai dari segi hubungannya dengan pekerjaan dan hubungan dengan orang yang mengawal pekerjaan tersebut. Daripada sudut pekerjaan, istilahtanggungjawabadalah sebalik apa yang dianggap tidak menunjukkan permulaan hubungan yang berlaku, akan tetapi menunjukkan kebenaran apa yang ditetapkannya, dan kita hendaklah mendahuluinya dalam tindaktanduk kita yang tertentu.

Pada hakikatnya, tanggungjawab ialah satu persediaan yang sedia ada pada tiap-tiap individu, yang bererti setiap individu dengan sendirinya memestikan dirinya untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan terhadap dirinya mengikut lumrah sebagai langkah pertama, kemudian ia mempunyai keupayaan pula untuk menjalankan tanggungjawab dengan menggunakan usaha dan tenaga yang ada pada dirinya. Dengan pengertian ini, tanggungjawab mempunyai makna yang sangat luas sebagai suatu jenis tanggungjawab yang paling tinggi dalam diri manusia itu sendiri.

Kalau kita membuat kajian tentang sesuatu perkara mengikut kebiasaannya, termasuklah fizikal manusia, maka kita akan dapati setiap sesuatu yang berlaku adalah mengikut keadaan semulajadinya, masing-masing menunaikan kewajipan mengikut kemampuannya, mengikut satu aliran, sama ada untuk membuat perubahan atau untuk memperbaikinya. Dengan ini bererti tidak ada kewajipan secara mutlak. Manakala dalam peraturan moral berlainan sekali, kerana seseorang itu akan berdepan dengan berbagai kemudahan yang boleh dipilih yang menjadi kegemarannya sama ada untuk menghormati peraturan awam atau sebaliknya.

Oleh itu sifat yang menjadikan seseorang itu bertanggungjawab atau tidaknya ialah Boleh=imkan dan Penting=dharurah. Kedua-dua ini memainkan peranannya untuk menjadikan seseorang itu bertanggungjawab dan yang menjadi peranan utama

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


ialah Bolehyang memang sudah ada persediaannya pada diri manusia. Dengan ini, jelaslah kedudukan makhluk Allah yang berakal dari aspek kebolehan dan persediaannya untuk berakhlak.

Dalam perkara ini Allah menerangkan dalam Al-Qur`an: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh. Ini mengakibatkan suatu balasan ke atas manusia kalau mengingkari dan tidak mentaati perintah Allah.

Walaubagaimanapun adalah suatu perkara mustahil bagi kita untuk menentukan tanggungjawab kita secara bebas. Bagi menjaga supaya tindak-tanduk dan kemahuan kita mengikut jalan yang lurus, mampu menentukan tanggungjawab, maka hendaklah sekurang-kurangnya perkara yang hendak di lakukan itu adalah suatu perkara yang baik mengikut syarak.

Sayyidah Aishah( r. a) meriwayatkan Rasullah( S.A.W) bersabda: Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka taatilah Dia, dan sesiapa bernazar untuk berbuat dosa, maka jangan berbuat demikian. Demikian juga dengan tanggungjawab yang wajib kita tunaikan terhadap orang lain yang seharusnya mestilah bebas dari pengaruh kehendak diri sendiri.

2.1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA


Sebuah keluarga biasanya terdiri daripada ibubapa, suami, isteri dan anak. Keharmonian dan kesejahteraan keluarga hanya akan terbina apabila mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing kepada mereka yang berhak. Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota keluarga untuk memastikan mereka terpelihara daripada azab api neraka. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Tahrim ayat 6: Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah

2.1.1 TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK-ANAK. Tanggungjawab ibubapa yang paling utama terhadap anak-anak ialah memastikan agar mereka beriman kepada Allah S.W.T. dan tidak sekali-kali mensyirikkan-Nya dengan sesuatu. Firman Allah yang bermaksud: Wahai anakku, janganlah sekali-kali engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu suatu

penganiyaan yang besar.

Ibubapa juga mestilah melatih anak-anak mereka mengerjakan solat bermula dari umur mereka 7 tahun. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Ajarlah anak kamu melakukan solat bila berusia tujuh tahun dan pukullah jika ia tidak solat bila berumur sepuluh tahun. Akhlak yang mulia seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. perlulah disemai ke dalam jiwa anak-anak mereka dengan mereka sendiri beramal dengan akhlak Islam di dalam cara hidup mereka seharian.

Ibubapa juga mestilah memberikan didikan dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka, agar mereka dapat membesar dengan sempurna dan mampu menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibubapa juga perlu berlaku adil di dalam segala urusan dengan anak-anaknya. Hak anak yang tidak boleh diabaikan ialah hak untuk hidup dan layanan yang sama di dalam kehidupannya, hak untuk mempunyai bapa yang sah dan hak untuk di beri pendidikan dan jagaan yang baik.

2.1.2 TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBUBAPA. Setiap anak mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ibubapa mereka. Ayat 36 dari surah al-Nisa menjelaskan tentang kewajipan berbuat baik kepada kedua ibubapa: Dan hendaklah kamu menyembah Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu dan hendaklah kamu juga berbuat baik kepada ibubapa. Berbakti kepada ibubapa bukanlah hanya ketika mereka hidup sahaja, bahkan ia meliputi ketika mereka berdua sudahpun meninggal dunia.

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


Antara cara berbakti kepada ibubapa ketika hayat mereka ialah dengan mentaati mereka selama mana ia tidak bertentangan dengan perintah Allah, berkorban harta dengan mereka, bersikap lemah lembut dengan mereka. Sementara itu, cara berbakti kepada ibubapa sesudah mereka meninggal ialah berdoa untuk kebahagiaan roh mereka, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat taulan mereka, menunaikan janji-janji mereka dan sebagainya. Memberi nasihat yang ikhlas dengan berhikmah apabila ibubapa melakukan kesalahan. Tidak meminta-minta dari ibubapanya apa yang tidak dipunyai dan tidak termampu olehnya. Membantu di dalam kerja-kerja rumah tanpa perlu disuruh.

2.1.3 TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI. Seorang suami berkewajipan untuk mengawal isterinya dengan baik dan berlaku adil terhadapnya kerana isteri adalah amanah Allah S.W.T. ke atas para suami. Suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah perbelanjaan kepada isteri meliputi makanan, pakaian dan tempat tinggal menurut tahap kemampuan mereka. Suami mestilah memberi didikan yang sempurna kepada isteri terutama dalam hal-hal fardhu ain. Suami tidak harus menghalang isteri yang ingin pergi belajar di masjid. Suami juga tidak dibenarkan untuk meminta isterinya bekerja mencari wang. Suami perlu menegur sikap isteri jika bertentangan dengan Islam.

2.1.4 TANGGUNGJAWAB ISTERI KEPADA SUAMI. Isteri pula bertanggungjawab untuk taat kepada suaminya dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syarak. Kesucian diri mereka perlulah dipelihara di setiap masa sebagai bukti ketaatan dan kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi kepada suami mereka.

Apabila

suami

pulang,

isteri

hendaklah

berhias

diri

dan

menyambut

kepulangannya dengan manis muka. Tidak bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya tanpa izin suaminya. Tidak membenarkan orang yang tidak disukai suaminya masuk ke rumah tanpa keizinannya terlebih dahulu. Isteri juga hendaklah sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati suaminya.

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


2.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT
Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa wujudnya anggota masyarakat yang lain. Rasullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.

a) Tolong-menolong.  Seorang muslim tidak dibenarkan membiarkan saudaranya sesama muslim bekerja sendiri untuk kepentingan social, ia dituntut untuk menolongnya semampu dia boleh buat. Kecuali apabila perbuatan itu perbuatan dosa dan maksiat maka tidak boleh menolongnya.

b) Hormat-menghormati.  Semua muslim diperintahkan untuk menghormati saudara seagamanya dan bahkan menghormati saudara bukan seagama. Dihormati peribadinya, dengan tidak menghina atau mencelanya dalam bentuk bagaimanapun, menghormati hartanya dengan tidak diganggu, dan menghormati darahnya, tidak dititiskan setitispun darahnya.

c) Cinta-mencintai.  Setiap muslim diperintahkan untuk mencintai saudaranya sesama muslim dengan cinta semata-mata kerana Allah. bukan kerana harta, jabatan, kedudukandan lain-lain. Rasulullah bersabda: Tidak sempurna iman salah seorang kamu kecuali mencintai saudaranya sesama muslim sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

d) Kasih-mengasihi.  Disamping cinta mencintai, umat Islam di perintahkan untuk mengasihi kepada saudaranya sesama muslim. Kasih lebih dalam dan tinggi nilainya daripada cinta. Dalam bahasa Arab, kasih diterjemahkan dari kata Rahmah dan cinta dari kata Mahabbah.Oleh itu, umat Islam pengikut Nabi

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


Muhammad dikatakan Allah dalam al-Quran sebagai umat yang keras terhadap orang-orang kafir(tentu sahaja bila mereka diganggu) dan kasih mengasihi dengan sesamanya. (Al-Quran, surah Al-Fath:30).

2.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA


Sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggotanya mempertahankan negara dari segala ancaman sama ada dari musuhmusuh luar ataupun musuh-musuh yang sedia ada dalam negara seperti fitnahmemfitnah, hasut-menghasut, penindasan terhadap golongan miskin, pengabaian terhadap anak-anak yatim dan kezaliman dari orang-orang yang jahat.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan menyebarkan kebaikan, dermawan terhadap kerabat, mencegah dari melakukan kekejian, kemungkaran dan penindasan. Ia mengajar kamu supaya sentiasa beringatingat.Didalam menjalankan peraturan dan hukum-hakam, mereka hendaklah merujuk kepada hukum Allah S.W.T. Sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat:44, Allah melarang dari mengingkari hukum-Nya: Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah 3.0 KECELARUAN HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA


Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis.

Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan perkataan mereka.Jika diperhatikan hubungan sesama manusia, kita akan dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.

Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhantuduhan seperti; pulan bermaksud begini, niat si pulan begini, maksud perbuatan atau perkataannya begini perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat.

Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa berpunca daripada sangkaan jahat yang diletakkan bukan pada tempatnya. Apabila penyakit sangkaan jahat menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap sangkaan jahat sering berkata: Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara ini, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat.

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka sangkaan jahat, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.

Menebalnya sikap prasangka sangkaan jahat akan menjadikan manusia mudah melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat.

Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya.

Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.Kalau orang yang berprasangka mengatakan: Saya akan kaji dan selidik! Katakanlah kepada mereka: Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain. Jika mereka berkata: Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban. Katakanlah: Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain.

10

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


Berkata sebahagian ulama: Perkara yang membezakan syak atau sangkaan yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara terang-terangan.

Ini kerana kebanyakan ulama berpendapat: Tidak boleh berprasangka buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik.Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik.

Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.Sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.

Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu

11

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama manusia telah begitu meluas di zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di antara individu dan masyarakat, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar.Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaranhanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu.

12

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


4.0 KEGAWATAN SOSIAL

Kalau kita perhati di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca TV atau melihat sendiri keadaan sosial semasa maka kita pasti akui bahawa kegawatan sosial sangat berleluasa, malah meliputi banyak kegawatan yang lain juga termasuklah kegawatan akidah dan ibadah.Orang yang baik di sisi Allah ialah orang yang memahami apa itu Islam. Tak dapat tidak kita kena kembali kepada Islam. Pengakuan kalimah syahadah itu sendiri merangkumi: i. ii. iii. Penafian (25%) - iaitu tiada tuhan (selain Allah) Penolakan (25%) - yakni menolak ideologi, sistem, ajaran yang selain dari Allah. Pengakuan (25%) - melainkan Allah yakni hanya Allah yang Maha Besar Maha Berkuasa dan segalanya. iv. Penerimaan (25%) - segala sistem dan ajaran yang terkandung dalam Al-Qur'an yakni manual kehidupan dan ajaran Rasulullah SAW.

Apa yang berlaku ialah penerimaan dan penghayatan kita yang bukan 100% pada kalimah Toyyibah itu sendiri, perkara asas dan dasar pengakuan kita sebagai seorang muslim yang mengaku menjadi hamba Allah.

Maka tidak hairan kalau kehidupan kita ini penuh kegawatan dan kecelaruan. Apabila manusia cuba menunjuk bijak dengan berpandukan kepada akal hingga menafikan arahan dan tunjuk ajar dari Sang Pencipta manusia sendiri iatu Allah SWT. Pertimbangan yang diambil kira pada sesuatu keputusan atau tindakan ialah bersandarkan pertimbangan ekonomi, akal, dan nafsu semata. Maka sudah tentu ia tidak menjadi penyelesai masalah. Atau mungkin dilihat sebagai penyelesai masalah pada mata kasar tetapi mengajak seribu keburukan pada mata halus.

Contoh apabila kita mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Maka mungkin kita cuba menghalalkan judi yang memang jelas diharamkan oleh Allah SWT. Atas alasan membendung perjudian tanpa lesen yang membawa kerugian berjuta ringgit pada negara melalui pulangan cukai. Satu lagi pertimbangan ekonomi, duit, dan fulus. Pada mata kasar membawa keuntungan pada negara dan rakyat jelata. Namun

13

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


apabila larangan Allah tidak dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan atau polisi maka nantilah kehancurannya. Kos untuk membaiki kegawatan manusia akibat judi ini jauh lebih tinggi dari pendapatan yang diraih melalui cukai judi itu sendiri.

Apakah kita juga nanti akan mengeluarkan lesen untuk menjana pendapatan negara hasil dari kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah pula yang nyata lebih lumayan berbanding dengan kegiatan judi? Manusia tiada nilai (worthless) tanpa Agama. Yang membezakan haram dan halal adalah Agama.Apabila kita ke pasar, antara ayam 'katok' yang dijual RM6 seekor dengan ayam sembelih yang berharga RM10 seekor, apakah yang kita pilih? Tanpa syariat agama mungkin kita akan memilih ayam 'katok' yang bersih , segar dan murah itu. Namun syariat Islam mengajar kita bahawa ayam sembelih itu halal dan ayam 'katok' itu haram.

Berkat itu tidak boleh dibeli. Seorang guru yang bergaji RM3k pernah berceritakatanya kawannya yang bergaji RM18k sebulan sentiasa tidak kecukupan dan meminjam pula duit darinya. Kenapa seorang yang bergaji RM18k sebulan tidak cukup tapi yang bergaji RM3k pula cukup? Jawapannya ialah keberkatan rezeki itu. Berkat membawa ketenangan dan kesenangan. Ia anugerah Allah SWT kepada manusia terpilih yang menjadikan Islam sebagai penyelesai masalah. Bukan mengharap pada yang lain.

Seorang yang hebat dalam pekerjaannya. Namun jika dia tidak solat, maka tiada nilaiannya di sisi Allah, kerana solat itu tiang Agama. Tidak solat itu maknanya meruntuhkah Agama. Rezekinya tidak berkat biarpun hidup megah dan kaya raya. Walau ada wang berjuta tapi sebenarnya tiada maknanya. Hidup di dunia hanya seketika. Semuanya akan ditinggalkan. Manusia tanpa agama adalah sehina-hina manusia. Bakaran api neraka bakal menantinya pada kehidupan yang kekal abadi. Masalah ragut tidak berkesudahan, pening pihak berkuasa memikirkannya.

Banyak kes ragut yang membawa maut kepada simangsa. Islam dalam syariatnya telah menetapakan bahawa hukum curi (termasuklah ragut ini) ialah potong

14

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


tangan. Namun manusia menganggapnya zalim dan menolak perlaksanaannya. Akibatnya kes ragut, curi, samun, rompak akan berterusan hingga ke akhir zaman. Sedangkan Allah SWT sudah memberi penyelesaiannya pada permasalahan ini. Kita gagal mempertimbangkannya mengikut neraca Allah SWT. Kita mahu menimbangkan mengikut neraca akal kita yang dirasakan lebih bijaksana. Segala peraturan Allah SWT ada hikmah belaka dan banyak menjurus kepada pencegahan. Itulah penyelasaian mutlak.

Bila kita tinggalkan Islam dalam penghidupan, ia mendekatkan kita pada kegawatan. Kenapa diadakan kempen prihatin 'buang bayi'? Supaya masyarakat membendung gejala buang bayi yang semakin berleluasa itu? Punca masalah sebenarnya ialah zina. Hukuman yang ada ialah "356". Tidak lebih RM3k denda. Tidak lebih 5 tahun penjara dan tidak lebih 6 sebatan. Berjayakah hukuman yang dicipta manusia ini membendung jenayah buang bayi? Tidak.

Dadah adalah musuh nombor satu negara. Berpuluh pusat serenti dengan belanja puluhan juta ringgit terpaksa di wujudkan demi menyelesaikan masalah ini. Apa puncanya? Antara punca utamanya ialah pusat-pusat hiburan yang tumbuh melata menyuburkan keseronokan budaya dunia. penyalahgunaan Maka selagi dadah untuk menjana hiburan ini keenakan ini dan

mana

pusat-pusat dadah

digalakkan maju jaya.

pertumbuhannya

maka

selagi

itulah

masalah

akan

Masalah dadah tidak akan pupus jika masih gagal mengikut ajaran Islam yang mengharamkan pergaulan bebas, minuman keras, dan menghampiri zina.

Begitulah juga segala kegawatan sosial yang lainnya. Usaha yang lain akan siasia kerana ia bukan penyelesaian sebenar, hanya sekadar melepas batuk di tangga atau syok sendiri sahaja. Akibat kita tidak yakin kepada Islam maka kita gagal mengambil Islam sebagai penyelesaian kepada kegawatan yang berlaku.Masalah rumahtangga selalunya berlaku apabila tidak mengambil Islam sebagai panduan. Isteri mestilah mematuhi dan menghormati suami selagi mana arahannya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Suami kena faham akan tanggungjawab dan amanahnya. Apabila

15

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah


masing-masing cuba berlagak hero atau menegak ego dan membelakangkan agama, maka kemusnahan setia menanti.

Kegawatan ekonomi sangat berkait rapat dengan amalan riba. Rupanya riba ini dalam Islam dosanya 36x ganda lebih besar dari dosa zina. Yahudi menguasai ekonomi dunia dengan amalan riba. Atas dasar kita tidak mengikut peraturan Allah, maka Allah tidak menurunkan keberkatan. Tanpa keberkatan ini jauhlah kita dari mendapat redha Allah. Maka rugilah kita serugi-ruginya, bukan setakat mencapai kegawatan ekonomi namun yang utama akhirnya menjadi bahan bakaran api neraka Allah. Nau'zubillah.

Ada orang mengatakan sama saja perbankan Islam dengan konvensional. Bezanya cuma akad kata mereka. Itulah antara kegawatan yang wujud. Soal 'aqad' dalam Islam itu sangat penting. Ibarat seorang anak dara yang cantik. Dengan akad nikah mengikut syariat Islam menjadikannya halal untuk digauli oleh suaminya. Namun tanpa akad nikah itu ianya HARAM digauli hatta di 'sentuh' si jejaka (bakal suaminya) tadi. Itulah penting 'aqad' itu. Tanpa syariat Agama kita umpama haiwan, yang halal dan haram sama saja (gadis yang sama, jejaka yang sama).

Manusia tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana mereka berpegang kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana nak berpegang dan beramal kepada kedua-dua sumber muktabar ini? Kenalah mengaji, belajar, berguru lagi dan lagi. Jangan jemu ke majlis ilmu. Kena faham dan jelas. Jangan kedekut berkongsi ilmu dan amalkan dalam kehidupan.

Amalan sunat adalah perhiasan. Amalan wajib itulah perkara asas. Ibarat pen, talileher, dan jam itu perhiasan. Manakala baju dan seluar itu pakaian wajib. Amat janggal bila kita pakai talileher, pen dan jam tanpa memakai baju dan seluar. Jika lengkap asas dan perhiasan, lagi baik. Ada orang melebihkan perkara sunat tetapi melalaikan perkara wajib.

16

Tamadun Islam/KPLI Prasekolah 5.0 PENUTUP


Islam bukan sekadar iman dalam jiwa, malah hendaklah diamalkan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat, bersesuaian dengan maksud Islam sebenar, iaitu selamat, sejahtera, aman, dan damai.Namun banyak unsur negatif yang berlaku di dunia ini hinggakan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat dilihat sebagai salah satu cabaran utama masa kini. Islam menganjurkan umatnya agar bersatu dan menjaga hubungan sesama manusia. Jika dilihat konsep hubungan sesama dalam Islam, adalah satu prinsip yang Allah tetapkan bagaimana sepatutnya umat manusia berhubungan antara satu dengan yang lain.

Nafsu tidak boleh dibuang kerana tanpa nafsu ia bukan sifat manusia tetapi malaikat. Nafsu dan akal ini adalah pelengkap, malahan menyebabkan kita hilang pedoman kerana tidak menggunakan akal dalam membuat sesuatu tindakan.Akhirnya, hubungan tersebut membawa kepada permusuhan, perselisihan pendapat dan pandangan, perbalahan, persengketaan hingga membawa kepada satu fenomena yang tidak diredai Allah s.w.t.Sikap manusia yang suka bermusuh-musuhan ini merupakan satu sikap yang ditegah oleh Allah s.w.t.

Dengan lain perkataan, jika kita suka mengumpat, ia satu perkara yang diharamkan. Namun masih dilakukan juga kerana ia adalah kerana nafsu. Begitu juga dengan fitnah kerana ia lebih dahsyat dan besar dosanya daripada membunuh.Justeru, semua orang di dunia ini bertanggungjawab dan tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri.Semua orang ada tanggungjawab kecuali yang tidak

dipertanggungjawabkan dengan sebarang amanah, iaitu orang yang tidak siuman atau kanak-kanak kecil yang belum baligh sahaja.

17

Anda mungkin juga menyukai