Anda di halaman 1dari 4

TEORI

Agama menjadi keperluan dalam kehidupan seseorang untuk membuatkan seseorang itu
mempunyai panduan dalam menjalani kehidupan mereka dengan melakukan perkara yang
benar dan meninggalkan perkara yang batil. Tanpa agama sebagai panduan dalam menjalani
kehidupan maka goyahlah kehidupan seseorang tersebut. Keperluan beragama dalam
kehidupan juga dapat diperkaitkan dengan beberapa teori.

Keperluan beragama dalam kehidupan dapat dianalisa dengan teori interaksionalisme iaitu
manusia ialah makhluk yang diciptakan dengan sempurna oleh Allah SWT berbanding
dengan setiap makhluk yang wujud di dunia ini di mana manusia mempunyai kebolehan
untuk memperoleh segala ilmu pengetahuan dan membuat pertimbangan sendiri mengenai
pelbagai aspek dalam kehidupan dari segi contoh manusia harus mendalami , mempelajari ,
mengenal pasti dan menjadikan agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian
mereka supaya tidak terpesong ke arah aktiviti yang memberi kemudaratan diri dalam
melakukan segala perkara di atas muka bumi ini kerana manusia mempunyai fikiran yang
waras dalam melakukan keputusan dengan berakal berkaitan dengan aksi dan tindakan
mereka. Kemudian, tanpa mempunyai panduan agama dalam kehidupan setiap manusia yang
berada di atas muka bumi ini maka dalam kalangan masyarakat akan terhasilnya sesuatu
perilaku yang tidak sepatutnya terjadi. Sebagai contoh, perompakan, pencurian, hubungan
seksual bebas dan sebagainya. Di samping itu juga, seperti yang kita tahu melalui teori
interaksionalisme bahawa manusia merupakan makhluk yang mampu membuat pertimbangan
sendiri mengenai pelbagai aspek dalam kehidupan mereka tetapi tanpa agama sebagai
panduan dalam menjalani kehidupan maka kejahilan manusia tentang kehidupan akan
terserlah. Misalnya, manusia tidak akan mampu membuat jangkauan tentang perkara ghaib
seperti malaikat, iblis dan jin yang tidak dapat manusia lihat lalu terdapat juga jin yang
beriman dan kufur terhadap Allah SWT sekali gus menunjukkan bahawa malaikat ialah
tentera Allah SWT manakala iblis dan syaitan musuh Allah yang nyata jika manusia tidak
mempelajari dan menjadikan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka.

Lain daripada itu, teori fungsionalisme ialah teori yang mengkaji fungsi perlakuan sosial atau
institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Konsep
teori ini dari segi agama pula ialah merupakan sesuatu yang diekspresi daripada kesepaduan
sosial antara sesama masyarakat. Sebagai contoh, agama primitif yang mengkaji kalangan
masyarakat asli Australia untuk memahami bentuk asas kepentingan dalam sesebuah
kehidupan yang berpandukan agama kepada semua masyarakat. Dalam pada itu, agama dan
kepercayaan yang masyarakat asli tersebut hormati sebenarnya adalah ekspresi terhadap
pemahaman dan anggapan mereka tentang perspektif masyarakat itu sendiri yang
membuatkan agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan mereka lalu ini ditujukan
kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Oleh sebab itu, agama seharusnya dijadikan
sebagai panduan dalam mengharuni kehidupan ini kerana agama merupakan sesuatu yang
benar dan dikonsepkan sebagai kuasa yang lebih hebat daripada diri kita sendiri bahkan
agama adalah kehidupan sosial kita seharian yang mengekspresikan diri kita beragama secara
dalam kelompok atau kumpulan. Masyarakat yang tidak menjadikan agama sebagai panduan
hidup akan membuatkan mereka kurang kompleks dalam sistem keagamaan lalu semakin
kompleks sesebuah masyarakat , maka kecenderungan untuk sesebuah sistem agama
berkembang secara universal dalam kehidupan kita.

Konklusinya ialah agama merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam hidup kita
dari segi teori yang dikemukan tersebut kerana agama adalah sebuah perbandingan yang
ketara antara kesucian dan kekarutan serta ia boleh diselarikan dengan perbezaan antara tuhan
dan manusia dalam menjalani kehidupan berpandukan agama yang diciptakan oleh Allah
SWT.

PERBINCANGAN

1. apakah implikasi kajian ini kepada teori?

Berdasarkan pencarian yang dilakukan secara terperinci, apa yang boleh dikaitkan antara
kesan kajian ini kepada teori ialah dapat membuatkan kehidupan seseorang itu lebih
mempunyai panduan atau arah tuju dalam menentukan sesuatu perkara yang perlu dilakukan
dalam hidup mereka agar tidak terjerumus dengan melakukan perkara yang terpesong dari
ajaran setiap agama yang dijadikan panduan oleh seseorang itu tersebut. Sebagai contoh,
seseorang itu bijak dalam mengguna pakai akal fikiran mereka bagi memilih dalam
melakukan perkara ke arah yang benar atau ke arah yang dilarang sama sekali oleh agama
tersebut kerana manusia merupakan makhluk yang diciptakan dengan sempurna oleh Allah
dibandingkan dengan makhluk yang lain. Ini membuatkan manusia lebih bijak dalam
mengurus sesuatu perkara yang melibatkan dengan kehidupan mereka di atas muka bumi ini
dibandingkan dengan dengan haiwan yang tidak dikurniakan oleh Allah untuk menjalani
kehidupan dengan berpandukan agama.
2. apakah faktor yang menyebabkan agama ini perlu dalam kehidupan masyarakat
awam?

Kajian ini telah melakukan penyelidikan bahawa ianya boleh menyebabkan seseorang
individu itu membawa perubahan diri dalam masyarakat itu sendiri kerana agama merupakan
sebagai panduan hidup yang boleh mendorong seseorang itu ke arah yang lebih baik dalam
melakukan setiap perkara berasaskan ajaran agama itu sendiri dan akan melakukan perubahan
dengan mengamalkan sikap positif kepada persekitaran masyarakat tersebut. Sebagai contoh,
sesama masyarakat akan saling membantu antara satu sama lain ketika dalam kesusahan
supaya tidak menimbulkan ajaran yang tidak sepatutnya dalam diri masing masing kerana
agama telah mengajarkan bahawa hidup perlu dilalui berpandukan ajaran yang tidak
terjerumus ke arah yang salah. Oleh itu, faktor kajian ini sangat memberi pengaruh yang
besar dalam kehidupan masyarakat tersebut.

3.apakah usaha dalam menjadikan agama sebagai panduan dalam menjalani


kehidupan?

Usaha yang dapat dikaitkan dengan kajian ini ialah seseorang itu harus cuba mendekatkan
diri dengan tuhan melalui amal ibadah yang dilakukan oleh seseorang itu supaya hubungan
antara seseorang individu tersebut dengan tuhannya lebih erat. Ini membuatkan tuhan
memercayai kita dalam melakukan setiap amal kebaikan lalu menyebabkan aliran hidup kita
semakin mudah dijalani walaupun diberi ujian dalam sesetengah perkara yang dilakukan oleh
kita. Selain itu, istiqamah dalam melakukan amal kebaikan itu supaya tidak membuatkan
amalan baik yang dilakukan setiap waktu itu menjejaskan aliran hidup kita ke arah yang tidak
berasaskan agama itu sendiri. Sebagai contoh, konsisten dalam melakukan solat sunat dhuha
pada jam 11 AM setiap hari untuk memastikan kita lebih mendalami agama tersebut dan
dapat mengaplikasikan konsep agama tersebut dalam hidup kita. Oleh itu, usaha perlu
dilakukan bagi menjadikan agama sebagai panduan hidup kerana tanpa sebarang usaha maka
perjalanan hidup tidak akan berlandaskan sebarang perkara yang mempunyai arah tuju
(kebaikan) malah ianya akan menyebabkan kita melalui kehidupan tanpa tujuan yang
bermakna dan sia-sia.

Anda mungkin juga menyukai