Anda di halaman 1dari 5

Soalan- Terangkan Tanggungjawab Dan Peranan Manusia Kepada Agama

Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan agama,

maka kehidupan manusia tidak mempunyai hala tuju. Agama juga boleh menjadi asas kepada

ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat.

Agama merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan yang wujud di antara manusia dan

raja-raja.Agama merujuk kepada hubungan dewa-dewa.Agama juga bermaksud hubungan

yang terjalin di antara manusia dengan manusia lain. Ada pendapat yang mengatakan kata

agama berasal dari perkataan “gam” dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud jalan. Di dalam

bahasa Belanda (ga, gaan) dan Inggeris (go)-membawa maksud jalanSebab-sebab manusia

beragama adalah disebabkan warisan kebudayaan kumpulan, suku kaum atau

keluarga .faktor keselamatan.

Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik

yang tua mahupun yang masih muda. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,

masyarakat, negara dan yang paling penting sekali, tanggungjawab terhadap agama. Segala

tanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diminta

pertanggungjawabannya di akhirat kelak. Tanggungjawab dan peranan manusia terbahagi

kepada lima yang utama:

1)Tanggungjawab kepada Tuhan

Manusia sebagai ciptaan dan hamba Tuhan.Oleh itu, setiap manusia haruslah memastikan diri

sendiri melakukan segala perkara yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala

perkara yang terlarang. Tuhan menciptakan manusia untuk hidup dan memenuhi muka bumi

1
ini, dan dia menciptakan manusia supaya manusia menyembah dan beribadah kepada Tuhan.

Manusia perlulah sedar akan kedudukan dirinya sebagai hamba Tuhan dan sedar akan

tanggungjawabnya untuk menjaga hubungannya dengan Tuhan.Beberapa perlu diamalkan

oleh manusia untuk menjaga hubungan mereka dengan Tuhan.Bersyukur iaitu sentiasa

bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Tuhan kepada manusia. Bersyukur bermaksud

rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki,

pemberian serta kurniaan Tuhan. Manusia juga perlu menjaga dan memanfaatkan alam ini

tanpa melakukan kerosakan di atas bumi ini kerana alam ini ciptaan Tuhan.

2)Tanggungjawab kepada Masyarakat dan Agama

Manusia merupakan makhluk yang hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu yang

tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara satu yang lain di tengah-

tengah masyarakat. Dengan mengingati setiap individu dalam kalangan masyarakat

mempunyai kepentingan yang pelbagai. 

Maka, setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai harus melaksanakan

peranannya sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut.

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat

tinggal kita. Segala perkara tentang diri kita, ahli keluarga kita, mengenai harta benda dan

juga mengenai kerjaya selalunya terlebih dahulu diketahui oleh mereka yang selalunya

berada dengan hampir dengan kita salah seorangnya adalah jiran. Bukan itu sahaja,

masyarakat juga merupakan kelompak manusia yang paling sesuai untuk meminta

pertolongan kecemasan.

2
Semangat kerjasama, prihatin, dan kesatuan jiran merupakan salah satu cara untuk mencegah

segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

3)Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri Dan Sebaliknya (Kekeluargaan)

Tanggungjawab terhadap keuarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap

individu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga

maruah keluarga.

 Tanggungjawab seorang bapa dan ibu terhadap keluarganya pula ialah memberikan

perlindungan, nafkah, kasih sayang dan didikan kepada isteri /suami dan anak-anaknya.

Individu berkenaan bertanggungjawab dalam membentuk ahli keluarganya.

Keluarga merupakan unit terkecil yang membentuk sebuah masyarakat.

Antara ciri keluarga ialah hidup dalam satu rumah tangga di bawah asuhan seseorang ketua

keluarga atau rumah tangga berinteraksi antara ahli keluarga dan setiap anggota keluarga

mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

4)Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa

Setiap anak bertanggungjawab menjaga, mentaati, menghormati dan membantu ibu bapanya.

Sebagai anak kita perlu berbakti kepada ibubapa. Menghormati ibu bapa, memupuk

hubungan yang baik, menjaga nama baik keluarga dan memberikan kasih sayang sepenuhnya

kepada mereka anggota adalah tanggungjawab individu. Contohnya,jika kita tengok di dalam

Islam, terdapat banyak ayat-ayat Al-quran yang menerangkan bagaimana besar dan beratnya

kewajipan dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya. Sehingga perintah dan

suruhan berbakti dan berbuat baik kepadanya disertakan dengan perintah dan suruhan

menyembah dan beribadah kepada ALLAH.

3
5)Tanggungjawab terhadap diri sendiri

Tanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk

memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Seseorang itu harus

berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah ilmu, kesihatan diri dan

maruah diri. Manakala, jiwa seseorang itu perlu diisi dengan sesuatu yang dapat memberikan

ketenangan dan kesejahteraan seperti penghayatan kepada agama dan semangat cintakan

negara. Contohnya melalui pandangan islam.sebagai umat Islam, tanggungjawab terhadap

diri sendiri adalah penting juga selepas tanggungjawab terhadap ALLAH, agama, masyarakat

dan sebagainya.Tanggungjawab seorang muslim sebagai seorang muslim, umatnya mestilah

menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya menuntut ilmu

adalah suatu perkara yang sangat dituntut dalam Islam.Malah ia merupakan perkara yang

wajib ke atas laki-lakidan perempuan-perempuan. Selain itu, Rasulullah SAW

juga menekankan bahawa tuntutlah ilmu itu dengan bersungguh-sungguh dan di mana sahaja.

Secara kesimpulannya, setiap makhluk yang dicipta oleh Tuhan di dunia ini mempunyai

tanggungjawab dan peranan masing-masing. Tumbuhan, haiwan dan manusia telah diberi

tugas oleh Tuhan. Terpulanglah kepada makhluk-makhluk Nya melaksanakannya. Manusia

merupakan salah satu makhluk yang diciptakan oleh Tuhan dan diberi tanggungjawab banyak

sekali berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Ini adalah kerana manusia telah

dikurniakan akal fikiran yang waras.Kita dapati bahawa setiap individu yang di atas muka

bumi harus melaksanakan segala tanggungjawab yang penting terhadap diri sendiri, keluarga,

masyarakat dan ibubapa dengan tepat dan teliti untuk menjamin segala kebahagian dalam

4
kehidupan mereka sendiri dan dalam kehidupan orang lain. Seandainya kita mengabaikan dan

tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara,

maka akan timbul pelbagai masalah sosial yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat

seluruhnya di samping wujud penyesalan dalam diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai