Anda di halaman 1dari 26

Bunyi-bunyi konsonan

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal,


sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya
udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam
rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Kesimpulannya, bunyi-
bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:-

Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak


bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.
Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau
geseran.

1
Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga
tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi
dengan daerah artikulasi
Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung
kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

2
Seperti bunyi huruf vokal, penghasilan
bunyi-bunyi konsonan
ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut:

Keadaan glotis,
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar
dari paru-paru, menghasilkan bunyi suara, atau glotis direnggangkan dan
pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. Perlu diingat
bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus
udara dari paru-paru melauinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan.

Keadaan lelangit lembut.


Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan
bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-
paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi segau
atau bunyi nasal.

3
Cara arus udara
keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori
bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan
geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan
separuh vokal

Sentuhan antara alat artikulasi


dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi
konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi,
konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras ,
konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.

4
Cara menghasilkan bunyi-bunyi
konsonan
 Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu
dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu
dari segi cara arus udara keluar dari paru-
paru. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam
bahasa Melayu, iaitu letupan, letusan, geseran,
getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.

5
Bunyi-bunyi Konsonan Melayu

Daerah Bibir Gusi Gusi- Lelangit Lelangit Pita


sebutan Lelangit Ker lem sua
Cara Keras as but ra
sebutan (Pa
lata
l)
Letupan p b t d k g ʔ

Letusan c j

Sengau m n ɲ ŋ

Geseran f v Θ đ s z Š ẑ χ ɣ h
Getaran r

Sisian l

Separuh w y
Vokal

Carta Konsonan Melayu


Bunyi konsonan di sebelah kiri = konsonan tidak bersuara
Bunyi konsonan di sebelah kanan = konsonan bersuara
6
KONSONAN LETUPAN
 Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan
membuat sekataan di antara alat artikulasi. Pertemuan antara
alat artikulasi dengan daerah artikulasi(merapatkan alat sebutan
dengan mana-mana daerah sebutan)
 ini menyekat arus udara dari paru-paru. Sekatan ini kemudianyya
dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan. Jika
sekatan ini tidak dilepaskan, akan terhasil bunyi hentian glotis
[?]. Seperti yang telah dijelaskan, selain hentian glotis, letupan-
letupan lain dalam bahasa Melayu ialah letupan dua bibir
9bersuara dan tak bersuara), letupan gusi (bersuara dan tak
bersuara)

7
Letupan dua bibir – [p](x brsuara) dan
[b](brsuara)
 Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan merapatkan
bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan
lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari
paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.
Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.
 Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara
tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua
bibir tidak bersuara, iaitu [p]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar, yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b].
Contoh penggunaan dalam perkataan:
 Pakar bungkus
 Api abadi
 Tiap sebab

8
Letupan gusi – [t](x brsuara) dan [d](brsuara)
 Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan
merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit
lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari
paru-paru melaui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang
pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian,
sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.
 Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan, pita
suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan
letupan gusi tidak bersuara, iaitu [t]. Tetapi jika glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah
letupan gusi bersuara [d]. Contoh kehadiran dalam perkataan:
 Tiap datin
 Atas adegan
 Liat abad

9
Letupan lelangit lembut – [k](x brsuara)
dan [g](bsuara)
 Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah
dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut, Arus
udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di
belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit
lembut. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-
merta.
 Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan
dan pita suara tidak bergetar , bunyi yang terhasil ialah
letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Tetapi jika glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah
letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh kehadiran
dalam perkataan:
 Kapak gila
 Laksa sagu
 Beg
10
Hentian glotis – [?]
 Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita
suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit
lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga
tekak. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di
belakang rapatan pita suara. Rapatan itu
kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa
menggetarkan pita suara. Justeru terhasillah bunyi
hentian glotis. Hentian glotis di akhir perkataan-
perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:
 [buda?]
 [kapa?]
 [tida?]

11
KONSONAN LETUSAN C(x
brsuara) & J(brsuara)
 Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat
sekatan antara alat artikulasi dengan daerah
artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi ini menyekat arus udara dariparu-
paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan
perlahan-lahan, menghasilkan bunyi
letusan.(berbanding dengan letupan yg dihasilkan
dgn serta merta ). Dalam bahasa Melayu, terdapat
hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-
lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j]. Berikut
ialah cara menghasilkan konsonan-konsonan ini.

12
Konsonan letusan gusi-lelangit keras
 dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan
dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras
dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke diding
belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-
paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di
belakang pertemuan antara depan lidah dengan
gusi-lelangit keras. Kemudiannya, sekatan itu
dilepaskan perlahan-lahan.

13
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit
keras tidak bersuara [c]. Tetapi jika glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar, maka
terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras
bersuara [j]. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Cuka jumlah
Baca panji
Mac caj

14
KONSONAN GESERAN
 Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan
dengan membuat sempitan antara alat
artikulasi dengan daerah artikulasi. Arus
udara dari paru-paru dapat keluar antara
sempitan ini dan bergeser. Dalam bahasa
Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu
konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan
konsonan geseran glotis [h].

15
Konsonan geseran gusi tidak
bersuara – [s]
 Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan
dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah
gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
dinding rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar
melaui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan
daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Maka
terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].
Contoh kehadiran dalam perkataan:
 Semut
 Asap
 Keras

16
Konsonan geseran glotis – (h)
 Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis
terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
dinding belakang rongga tekak. Arus udara sari paru-
paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan
dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi
vokal. Contoh kehadiran dalam perkataan:
 Hutan
 Sahaja
 Suluh

17
Konsonan getaran (r ) –lidah brgetar

 Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau


sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi
dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah.
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran,
iaitu konsonan getaran gusi [r].
 Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat
hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah.
Lelangit lembut dinaikan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran
dalam perkataan:
 Rambut
 Seru
 Sukar

18
KONSONAN SISIAN (L)
 Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di
kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa
Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi, [i].
Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah
diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan
rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari
paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam
perkataan:
 Lambat
 Tuala
 Cekal

19
KONSONAN SENGAU
 Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara
alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga
mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara
dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Satu perbezaan
antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat
bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara
keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut
diturunkan.Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan
sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ], dan konsonan
sengau lelangit lembut [ŋ ]. Berikut dihuraikan cara menghasilkan
konsonan-konsonan ini.Semua konsonan sengau
bersuara.

20
Konsonan sengau dua bibir – [m]
 Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan
bibir bawah dirapaatkan ke bibir atas,
lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-
paru keluar melaui rongga hidung. Glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar . Contoh
kehadiran dalam perkataan:
 Malam
 Aman
 Siam

21
Konsonan sengaau gusi- [n]
 Konsonan sengu gusi dihasilkan dengan hujung
lidah ditemukn dengan gusi atas. Lelangit
lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru
kelaur melaui rongga hidung.. Glotis
dirapatkan daan pita suara bergetar. Contoh
kehadiran dalam perkataan:
 Nampak
 Tanak
 Daun

22
Konsonan sengau gusi-lelangit
keras[ɲ]
 Konsonan sengu lelangit keras dihasilkan dengan
depan lidah ditemu/dirapatkan ke langit keras.
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari
paru-paru keluar melaui rongga hidung. Glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab
lambing [ɲ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem
ejaan rumi bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan
dengan dua huruf iaitu ny. Contoh kehadiran dalaam
perkataan:
 Nyawa
 Anyam
23
Konsonan sengau lelangit lembut
[ŋ ]
 Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan
belakang lidah diangkt ke lelangit lembut. Lelangit
lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru
keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan
pita suara bergetar. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa
Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua
huruf, iaitu ng. Contoh kehadiran daalam perkataan:
 Ngilu
 Angan
 Bising

24
Penutup
 Kesimpulanya kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi bidang
bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya
bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa
Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang terlibat, dan daerah
mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa dalam bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah cara menghasilkan
bunyi vokal depan, vokal belakang dan vokal tengah dalam bahasa
Melayu. Dalam Bidang ini juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi konsonan
dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupn, letusan , geseran, sengau,
separuh vokal dan seumpamanya…Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis
diftong seperti au, aid an oi dalam bahasa Melayu . Seterusnya sebagai
matlamat ahkir, pengajian ini juga mengkaji bagaimana bunyi-bunyi dalam
bahasa Melayu hadir dalam bentuk suku kata dan penggunaan fonem-fonem
dalam membentuk sistem ejaan bahasa Melayu. ( Abdul Hamid Mahmood,
1995:9-10)

25
Bibliografi
 Abdullah Hassan (2005). Linguistik am siri
pengajaran bahasa Melayu., Pahang: PTS
Professional Publishing sdn. Bhd
 Nik safiah karim dan norliza jamaluddin (2002).
Bahasa Melayu stpm (kertas satu dan Dua).
Selangor darul ehsan: Fajar bakti sdn.bhd
 Profesor. Dr. Abdul hamid mohamad (2002).
Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media
Printext (M) sdn.bhd

26

Anda mungkin juga menyukai