Anda di halaman 1dari 6

UCAPAN KETUA UNIT PRASEKOLAH

SEMPENA PERASMIAN
MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH IPG KAMPUS DARULAMAN 2017

Yang dihormati, Pengarah IPG Kampus Darulaman, Datin Naemah binti Jaafar,
(Ketua Jabatan JIP Drs. Abdul Shukur B. Ahmad Shagir )
Yang berusaha, guru Prasekolah IPGKDA, Puan Furiza binti Yahya,
Pembantu Pengurusan Murid (nama)
Ibu bapa, serta
Murid-murid Prasekolah yang diraikan pada hari ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera,
Salam 1Malaysia.
Salam Kedah Sejahtera.

Pertama sekali, mari kita sama-sama memanjatkan sepenuh kesyukuran kerana dengan izin-Nya, dapat
kita bersama-sama berkumpul di dewan Hotel Sri Malaysia yang indah ini untuk meraikan murid-murid
prasekolah sesi persekolahan 2017 yang telah berjaya menamatkan tempoh masa prasekolah mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Untuk pengetahuan kita bersama, Majlis Graduasi Prasekolah ini merupakan program tahunan yang kita
adakan pada setiap tahun. Ia merupakan satu acara penting yang mewarnai takwim penutup aktiviti
prasekolah di IPG Kampus Darulaman ini.

Jika sebelum ini, mungkin ada di antara anak-anak ini yang bersifat introvert dan kurang keyakinan diri,
namun kini, setelah menyertai program prasekolah ini kita dapat melihat perubahan sikap yang sangat
ketara dan positif dalam kalangan anak-anak kita ini. Mereka menjadi lebih bersemangat, berani dan
menunjukkan kualiti diri yang tinggi.

Untuk makluman tuan/puan,


Murid-murid Pra sekolah tahun ini telah menggunakan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
semakan(DSPK) menggantikan kurikulum standard prasekolah kebangsaan(KSPK) yang bermula pada
tahun 2010
DSPK merupakan wadah utama menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat mulia Negara bagi
menyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia kepada generasi akan datang.
DSPK mengandungi enam tunjang iaitu tunjang komunikasi (BM & BI) yang memberi penekanan
berbahasa secara lisan dan bukan lisan, tunjang kerohanian sikap dan nilai memberi keutamaan kepada
aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini juga mengandungi disiplin
ilmu pendidikan islam, Tunjang kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan
tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, Tunjang ketrampilan diri memebri penekanan
kepada perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiranberinteraksi serta kemahiran sosial
dalam kalangan murid, Tunjang fizikal dan estetika menekanakan perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya
seni, Tunjang sains dan teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains, kemahiran dan sikap
saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik.

Hasrat DSPK adalah untuk melahirakan murid yang mempunyai kemahiran abad ke 21 dengan
memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan
nilai murni contohnya melahirkan murid prasekolah yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir,
kerja sepasukan bersikap ingin tahu, bermaklumat dll

Kesemu projek berjaya dilaksanakan dengan bimbingan pensyarah-pensyarah JIP dan pensyarah
jabatan lain serta kerjasama dari staf sokongan. Pemantauan dari Ketua Jabatan bagi memastikan
projek-projek dilaksanakan seperti yang di rancang meliputi strategi pdp berpustakan murid, belajar
melalui bermain, pembelajaran berasaskan inkuiri, pendekatan bersepadu, pembelajaran masteri,
pembelajaran konstekstual dan pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan.

Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat perlu bagi memastikan hasrat dan objektif kurikulum
tercapai. Alhamdulillah dan terima kasih kepada ibubapa yang menyokong dan membantu menjayakan
projek, aktiviti dan program yang dilaksanakan di Prasekolah IPGKDA

Transformasi prasekolah dengan memberi suntikan pembelajaran abad 21 telah dilaksanakan di


prasekolah IPGKDA. Selain itu program teaching school yang telah dilaksanakan di prasekolah
mendapat kerjasama dari jabatan-jabatan lain contohnya jabatan PJ, Jab JKS, Gerko dll.

Salah satu program teaching school pd tahun ini mefokuskan keceriaan prasekolah. Pelajar
Prasekolah melukis mural di tembok prasekolah. Selain itu aspek fizikal dan kecergasan telah di beri
penekanan oleh Pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani Belia mengambil inisiatif
membimbing murid melakukan gerakan lokomotor dan bukan lokomotor. InsyaAllah pada tahun
hadapan transformasi prasekolah akan diteruskan dengan melantik AJK prasekolah yang terdiri dari
pensyarah jabatan-jabatan lain contohnya JB, JKS, JM,JS, PJ, GERKO dll. Dengan kerjasama dari
jabatan-jabatan lain pdp abad 21 akan terus dimantapkan serta susun atur kelas prasekolah dapat
dilkasanakan mengikut model susun atur kelas abad 21.
Segala kemahiran yang telah diterapkan kepada murid-murid akan dapat kita saksikan dalam
persembahan yang akan dipertontonkan kepada kita sebentar lagi. Semua aktiviti PdP yang dilalui
kanak-kanak prasekolah bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan asas tetapi lebih
berorientasikan pembinaan self-esteem atau keyakinan diri kanak-kanak.

Di samping itu juga, pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) terkini telah dilaksanakan bagi
memastikan anak-anak ini mendapat pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi berlandaskan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (DSPK). Semangat kerjasama dalam kalangan anak-anak
ini juga turut ditekankan semenjak hari pertama mereka melangkah ke dalam kelas prasekolah ini. Bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar apa yang telah disemai dalam jiwa anak-anak ini di
Prasekolah ini terus di pertingkatkan lagi dengan kerjasama menyeluruh daripada tuan /puan supaya
bakat-bakat mereka ini terus diperkasa selaras dengan tuntutan pembelajaran alaf ke 21 yang semakin
mencabar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan secebis penghargaan
terhadap Kerjasama semua pensyarah IPGKDA, guru Prasekolah dan pembantu prasekolah yang
bekerja keras menjayakan majlis graduasi ini. Jasa tuan-tuan dan puan-puan semua hanya Allah swt
yang dapat membalasnya.

Sekianlah sahaja ucapan saya pada kali ini,


dan saya sudahinya dengan lafaz,

Wabillahitaufiq wal hidayah,


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai