Anda di halaman 1dari 20

1

HASIL PEMELAJARAN
Pelajar dapat mengenal pasti perkembangan
ilmu linguistik peringkat awal, iaitu zaman:
>
>
>
>
>

India
Yunani
Romawi
Pertengahan
Pembaharuan

PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK


PERINGKAT AWAL

PERINGKAT PERKEMBANGAN

PERINGKAT PEMODENAN

PERINGKAT AWAL
ZAMAN INDIA

ZAMAN YUNANI

ZAMAN ROMAWI

ZAMAN PERTENGAHAN

ZAMAN PEMBAHARUAN
4

PERINGKAT PERKEMBANGAN
Abad ke-18

Abad ke-19: E.B. Condillac, J. G. Herder, F.


V. Schlegel dan A. W. Schlegel, W. V.
Humbold, R. K. Rask, F. Bopp, J. Grimm, A.
Schleicher

Golongan 80-an dan sesudahnya


5

PERINGKAT PEMODENAN

FERDINAND DE SAUSSURE
L. BLOOMFIELD
KENNETH L. PIKE
NOAM CHOMSKY
CHARLES FILLMORE
6

ZAMAN INDIA

Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua.


Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit
digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda.
Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda.
Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM.
Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam
rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui
penyerapan tatacara empiris.
Panini telah menghasilkan karya yang berjudul
ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut
gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA.
Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh
bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk
mendapat hikmah dalam buku Veda.
7

ZAMAN YUNANI
Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500
SM.
Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan
tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian
alam berasaskan kajian etimologi.
Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah
menimbulkan persoalan:
> Mengapa bahasa manusia tidak sama?
> Bagaimana wujudnya bahasa?
> Bagaimanakah hubungan antara kata dengan
benda/perkara yang dilambangkan?
> Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan
dinamakan ini?
8

ZAMAN YUNANI

Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI


mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh
manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi,
regular dan logik.
Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut
THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan
natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam
dengan pelbagai kelainan.
Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan
perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu
benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau
kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan
bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.
9

ZAMAN YUNANI

Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi


memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ]
menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ]
menunjukkan kehalusan dan kelancaran.
Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan
kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logos
terbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema
(kata kerja).
Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis,
iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja) dan
Syndesmoi (kata hubung).
Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di
samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu
hubungan antara lambang dengan acuan bersifat
konvensional.
10

ZAMAN YUNANI

Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa


mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka
membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama),
verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata
sandang).

Kemudian kaum Alexandrian memperluas kelas kata kepada


lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche
(partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti),
prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan
syndesmoi (kata hubung).

Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci


Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku
pegangan orang Yunani Kuno.
11

ZAMAN ROMAWI

Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh


cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan
pengubahsuaian daripada karya Yunani.

Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model


Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran,
motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan.

Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates


dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh
ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti
Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan
Donatus.
12

ZAMAN ROMAWI

Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah,


daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan
numeralia (kata bilangan).

Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran


Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik
membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu:
>
>
>

Senainon: tanda dan simbol


Semainomenon atau lekton: makna
Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi.
13

ZAMAN ROMAWI

M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi


yang paling tulen dalam bahasa Latin.

Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua


Latina, beliau telah merumuskan:
>
>
dan
>

Bahasa itu seragam secara semula jadi.


Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi
makna.
Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan
etimologi.

14

ZAMAN ROMAWI

Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae


telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu
nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu,
praepositio, interjectio dan conjunctio.

Karyanya ini dianggap baku hinggi kini, dan dianggap


sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif.

Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi


dan sintaksis.

15

ZAMAN PERTENGAHAN

Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin.


Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia
kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja,
bahasa diplomasi dan bahasa ilmu.
Petanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari
ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan
golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu
petang perdebatan.
Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti
penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori
bahasa.
16

ZAMAN PERTENGAHAN

Diskusi bahasa dipelopori oleh golongan Medistae,


dan golongan Spekulatif.

Golongan Medistae mengagungkan semantik. Mereka


menganggap kunci analisis bahasa ialah peralihan
fikiran ke dalam bunyi melalui kata dan ujaran.

Golongan Spekulatif menganggap bahawa kata tidak


mewakili rujukan secara langsung. Kata hanya
mewakili benda dalam cara dan aksi. Tatabahasa
semua bahasa dianggap sama walaupun dapat
berobah secara kebetulan.

17

ZAMAN PEMBAHARUAN

Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari


bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud
memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan.
Cendekia zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa
dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan
kajian ilmiah.
Dua hal terpenting zaman ini ialah:
> Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Latin dan
Ibrani.
> Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca
Eropah.

18

ZAMAN PEMBAHARUAN

Penyurihan kekeluargaan bahasa mula


mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa
terdapat sebelas bahasa induk di Eropah.
Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman,
Romawi dan Slavia.
Laporan tentang bahasa Asia telah
diketengahkan oleh pengembang agama
Kristian. Antara bahasa yang memainkan
peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa
Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara.
19

KESIMPULAN

Perkembangan linguistik peringkat awal merangkumi


zaman India, Yunani, Romawi, Pertengahan dan
pembaharuan
Zaman India ditandai oleh karya yang dihasilkan oleh
Panini.
Zaman Yunani ditandai oleh karya Plato, Aristotle,
golongan Stoik, dan Alexandrian.
Zaman Romawi ditandai oleh karya M. Terrentius Varo
(de Lingua Latina), dan Priscia (Institututiones
Grammatikae).
Zaman Pertengahan ditandai oleh golongan Medistae
dan Spekulatif.
Zaman pembaharuan ditandai oleh keagungan konsep
humanisme.
20

Anda mungkin juga menyukai