Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL 3/2015

SK ST. GEORGE I, TAIPING

Tarikh : 27 Oktober 2015


Masa : 03:15 petang
Tempat : Bilik Galeri SKSG I, Taiping

1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)


1.1 Mengalu-alukan kehadiran dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua
guru selama ini.
Makluman / Tindakan

2. Ucapan PK HEM (En. Nor Azizi b. Mohd. Isa)


2.1 Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam Mesyuarat HEM Kali Ketiga,
2015.
2.2 Fokus mesyuarat pada kali ini adalah untuk berbincang tentang permasalahan HEM dan
memaklumkan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan HEM.
2.3 Ucapan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam merealisasikan perancangan Unit HEM.
Makluman / Tindakan

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


3.1 Minit Mesyuarat Kali Kedua dibentangkan oleh Setiausaha;
Pencadang : En. Manan b. Md. Zain
Penyokong : Cik Nur Qamarina bt. Hashim
Makluman / Tindakan

4. Perkara Berbangkit (Maklum balas berdasarkan minit terdahulu)


4.1 Program Guru Penyayang
Sambutan hari jadi murid-murid dengan pemberian kek hari jadi yang diraikan bersama-sama
guru & staf sokongan dicadangkan akan dilangsungkan bersempena sambutan Hari Kanak-
Kanak pada 31 Okt 2015 (Sabtu). Pn. Noor Hanim bt. Mohd. Khudzri telah bersetuju semasa
Contact Time pada 13 Okt 2015 (Selasa) untuk membuat kek tersebut dengan tajaan PIBG
seperti makluman daripada Guru Besar, En. Kok Sooi Seng.
Tindakan: Pn. Noor Hanim bt. Mohd. Khudzri

5. Pengurusan Hal Ehwal Murid


5.1 Jadual Kedatangan
5.1.1 Masih ada penggunaan pensel dan liquid paper. Betulkan kesalahan dan parapkan.
5.1.2 Data dalam Jadual Kedatangan masih ada yang tidak lengkap.
5.1.3 Pastikan semua guru mengisi data murid berdasarkan Surat Lahir. Nama yang sama
perlu ditulis pada halaman bulanan.
5.1.4 Kedatangan perlu direkodkan oleh guru yang memasuki kelas berkenaan pada masa
yang pertama (07:40 - 08:10).
5.1.5 Jadual Kedatangan mesti dihantar ke pejabat sebelum pukul 08:40 pagi.
5.1.6 Pastikan cikgu ingat akan semua simbol yang digunakan dalam jadual kedatangan.
5.1.7 Semak semua data murid baharu yang baru diterima.

Makluman / Tindakan : Semua guru

1
5.2 SPBT
5.2.1 Semua buku telah diedarkan kepada murid.
5.2.2 Tempahan untuk 2016 telah kita buat. PK HEM mengucapkan syabas kepada En.
Saravanan.
5.2.3 Buku Teks Tahun 6 masih dalam proses penerbitan.
Makluman / Tindakan: AJK SPBT

5.3 Masalah Disiplin Harian


5.3.1 Masalah didiplin murid pada tahun ini agak teruk.
5.3.2 Pengawas yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi sesuatu kawasan kurang
efisien. Banyak kes pergaduhan berlaku, terutamanya di dalam kelas, di kantin, di
tandas, semasa perhimpunan, semasa PJ dan sbg.
5.3.3 Ada Pengawas dan Ketua Kelas yang lebih bermasalah daripada mereka yang
dikawalnya.
5.3.4 PK HEM telah menyeru agar semua guru AJK Disiplin, khasnya dan semua guru pada
amnya turut membantu Ketua Disiplin, En. Manan b. Md. Zain dalam menangani
masalah disiplin murid.
5.3.5 Kawalan ketat di bangsal & pagar sekolah, khasnya pada waktu balik untuk
mengelakkan kes culik, kecederaan, kemalangan daripada berlaku. Guru bertugas
mingguan perlu bertindak tegas, dan pengawal sekolah hendaklah memainkan
peranan mereka dengan penuh tanggungjawab.
Makluman / Tindakan : Semua guru
5.4 Masalah Murid OKU
5.4.1 Ada enam orang murid OKU (RM1,800 setahun) yang sentiasa mencabar kesabaran
kita.
5.4.2 Masalah ini sentiasa berterusan, jadi semua guru yang terlibat dengan kelas mereka ini
perlu sentiasa berada di dalam kelas.
5.4.3 Permohonan pertukaran Ng Soo Zhe masih tergantung.
Makluman / Tindakan: Semua guru

5.5 BAP dan KWAMP


5.5.1 Jumlah murid yang menerima Bantuan Awal persekolahan (BAP) ialah 175 orang.
5.5.2 Jumlah murid (kes cicir) yang menerima KWAMP (Julai 2015) ialah 25 orang (RM200
setahun).
5.5.3 Ibu bapa kepada murid yang sudah berpindah telah dipanggil untuk diserahkan
bantuan tersebut.
Makluman / Tindakan: AJK HEM
5.6 RMT
5.6.1 Murid yang mendapat RMT ialah sebanyak 25 orang. Kita telah menyerahkan bayaran
untuk tiga orang murid yang berpindah kepada sekolah masing-masing.
5.6.2 Kos RMT sekarang ialah RM2.50 seorang.
Makluman / Tindakan: AJK RMT
5.7 Program Susu 1 Malaysia
5.7.1 Bekalan Susu 1 Malaysia kita mulakan pada bulan Mei 2015.
5.7.2 Setiap hantaran berjumlah 224 kotak.
5.7.3 Sekarang, jumlah penerima Susu 1 Malaysia ialah 25 orang.
5.7.4 Susu kita serahkan selepas waktu rehat untuk dibawa pulang dan diminum di rumah.

Makluman / Tindakan: AJK RMT


5.8 Bimbingan dan Motivasi
5.8.1 Program motivasi iaitu ceramah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK) akan kita
adakan pada hari Khamis, 5 November 2015, iaitu mulai pukul 08:00 pagi.
Tindakan : AJK Bimbingan & Kaunseling

2
6. Kemasukan ke Tingkatan Satu
6.1 SBP
6.1.1 Ibu bapa (warganegara) yang berminat telah diberitahu agar mohon secara online.
6.1.2 Pengisian 15 Oktober hingga 15 November
6.1.3 20% kuasa autonomi Pengetua
6.1.4 Keutamaan -- murid luar Bandar (70:30)
6.1.5 Pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah
6.1.6 Syarat: i. Cemerlang Akademik (5A)
ii. Cemerlang Sukan (4A 1B)
iii. Miskin Tegar (3A 2B)
6.1.7 Pihak sekolahtidak perlu membuat pengesahan.
6.1.8 Setelah berjaya, murid cetak tawaran dan serah kepada sekolah.
Makluman / Tindakan

6.2 MRSM
6.2.1 Permohonan secara online dibuka mulai 16 Oktober hingg 8 November 2015.
6.2.2 Ibu bapa perlu mendaftar: daftar - Login - Isi maklumat peribadi - isi maklumat ibu
bapa
Makluman / Tindakan
6.3 Sekolah Kawalan
6.3.1 Setakat ini, tiada murid SK St. George I yang mohon ke sekolah kawalan.
Makluman / Tindakan
6.4 Pendaftaran ke Tingkatan Satu
6.4.1 30 Oktober 2015 - Kelulusan ke Tingkatan Satu
6.4.2 2 hingga 8 November 2015 - cetak / semak nama murid / cetak / edar kepada ibu bapa
6.4.3 9 hingga 17 November 2015 - pendaftaran ke sekolah menengah
Makluman / Tindakan
7. APDM
7.1 Data murid sentiasa kita kemas kini.
7.2 Jumlah murid terkini ialah 194 orang (sehingga 27 Oktober).
7.2.1 Anggaran jumlah murid untuk sesi persekolahan 2016 ialah sebanyak 230 orang.
7.2.2 Enrolmen murid pada tahun 2015 adalah seperti berikut;

Murid Tahun 2015


Kelas M C I Lain Jumlah
1M 5 2 11 2 20
1H 3 3 12 2 20
2M 5 2 11 2 20
3M 3 3 12 2 20
4M 4 13 10 2 29
5M 4 6 12 2 27
6M 2 10 19 3 34
JUMLAH 34 47 96 19 194

7.2.3 Anggaran jumlah murid pada Tahun 2016 adalah seperti berikut;

Murid Tahun 2016


Kelas M C I Lain Jumlah
Tahun 1 11 10 18 4 43
2M 5 2 11 2 20
2H 3 3 12 2 20
3M 4 13 10 2 29
4M 4 6 12 2 27
5M 2 10 19 3 34
6M 9 4 17 2 32

3
JUMLAH 40 48 100 19 205
Makluman/Tindakan: Guru Kelas

8. Kantin
8.1 Mesyuarat pemilihan tender baharu kantin akan diadakan pada hari Isnin, 2 November 2015.
8.1.1 Hanya tiga penender yang mohon pada kali ini.
Makluman / Tindakan: AJK Kantin

9. Hal Lain
9.1 Lawatan sambil belajar ke Melaka adalah pada 3 & 4 November 2015.
9.1.1 Lawatan ini melibatkan guru, ibu bapa dan 22 orang murid.
9.2 Diharap jawatankuasa HEM sentiasa proaktif untuk memastikan program dalam jawatankuasa
masing-masing bergerak dengan lancar.
Makluman / Tindakan: AJK HEM

10. Ucapan Penangguhan


10.1 PK HEM mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada semua guru dalam menjayakan
program dan aktiviti yang telah diadakan pada sepanjang Tahun 2015.
10.2 Mohon maaf atas sebarang kekasaran kata, keterlanjuran bahasa dan kelancangan tingkah
laku semasa mempengerusi mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.

Dicatat oleh, Disemak oleh,

TAN KEE BEE EN. NOR AZIZI BIN MOHD. ISA


Setiausaha Unit HEM GPK HEM
SK St. George I, Taiping SK St. George I, Taiping

4
LAMPIRAN

MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL 3/2015


SK ST. GEORGE I, TAIPING

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT

Tarikh : 27 Oktober 2015


Masa : 03:15 petang
Tempat: Bilik Galeri SKSG I, Taiping

Kehadiran :
1. En. Kok Sooi Seng Pengerusi / Guru Besar
2. En. Nor Azizi b. Mohd. Isa Penolong Kanan HEM
3. En. Abdul Rashid b. Azidin Penolong Kanan Pentadbiran
4. En. Pn. Fatimah bt. Din Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Rahimah bt. Hj. Shari Ketua Panitia Bahasa Malaysia
6. En. Manan b. Md. Zain Ketua Panitia Kemahiran Hidup
7. Pn. Ramlah bt. Hussain Guru Agama Islam
8. En. Mohd. Yusuf b. Hj. Ismail Guru Pendidikan Seni
9. Pn. Malini a.p Chidambaram Ketua Panitia Bahasa Inggeris
10. Pn. Tan Kee Bee Ketua Panitia Bahasa Cina
11. En. Muhammad b. Md. Rashid Ketua Panitia Bahasa Arab
12. Pn. Christina a.p Soosai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
13. En. Saravanan a.l Marimuthu Ketua Panitia Pendidikan Sivik
14. En. Azizan b. Md. Jusoh Ketua Panitia Matematik
15. Pn. Faizah bt. Johar Guru Pemulihan
16. Pn. Haslyna bt. Hanafi Ketua Panitia Pendidkan Muzik
17. Cik Nur Qamarina bt. Hashim Ketua Panitia Sains
18. Pn. Shafiah bt. Ahmad Ketua Panitia Pendidikan Moral
19. Pn. Rosmizawati bt. Daud Ketua Panitia Kajian Tempatan

Tidak Hadir dengan Alasan:


1. Pn. Noor Hanim bt. Mohd. Khudzri (cuti sakit)
2. Pn. Rozitah bt. Mat Derus (Kursus LINUS)

Anda mungkin juga menyukai