Anda di halaman 1dari 2

Parfait Strawberi dan Yogurt Granola ini adalah pencuci mulut yang senang untuk

dibuat! Anda boleh mengajak kanak-kanak untuk menolong anda buat manisan yang
sedap ini dan buat mereka rasa seperti chef untuk hari ini!

Anda memerlukan hanya beberapa bahan untuk membuatnya:

 Strawberi Segar;
 Yogurt;
 Granola, Oat, atau Muesli;
 Sebuah gelas (gelas telus supaya anda boleh nampak ciptaan anda!

Bagaimana cara untuk membuat parfait strawberi dan yogurt?

1. Basuh strawberi menggunakan air segar dan potongkannya kecil-kecil.


2. Pertama sekali, letakkan satu lapisan strawberi di bahagian bawah gelas
3. Kemudian, buat lapisan kedua menggunakan yogurt (lapisan ini mungkin nipis
atau tidak, bergantung kepada berapa banyak yogurt anda mahu tambah.)
4. Kemudian, tambah lapisan terakhir strawberi di atas yogurt, dengan satu lagi
lapisan yogurt untuk membuat parfait.
5. Akhirnya, anda boleh habiskan parfait ini dengan menambah granola, muesli,
atau oats, atau sebiji strawberi di atasnya!

Sudah siap, parfait strawberi dan yogurt anda sendiri! Cuba buat resepi ini untuk
anak-anak anda atau kanak-kanak yang anda mengasuh (jika ibu bapa
membenarkannya!)

Selamat menjamu selera!

Anda mungkin juga menyukai