Anda di halaman 1dari 35

GURINDAM

DISEDIAKAN OLEH: EVLIANNA


JULSTIN
KELAS: 6B2
CIRI-CIRI GURINDAM

Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.

Rangkap : Mempunyai dua baris dalam serangkap atau


beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap
mempunyai isi maksud dan perlu bersambung dengan baris-
baris dalam rangkap untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama [syarat] menyatakan sesuatu fikiran atau
peristiwa dan baris kedua [jawap] pula menyatakan keterangan
atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau
ayat pertama. Setiap baris biasanya mengadungi tiga atau
empat, enam atau lebih berkataan.
PERKATAAN: Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
SUKUKATA: Jumlah sukukata tidak tetap.
RIMA:a/a , a/b atau seirama
Kepentingan Karya
• Dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan
pendidikan dan hiburan.
• Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran
masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika .
• Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani
hal kehidupan mereka.
• Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli
masyarakat terutamanya dalam majlis-majlis yang formal.
GURINDAM:
NORMA YANG BAIK
DALAM
PERHUBUNGAN
SUAMI ISTERI
Aspek estetik
TEMA:

• Puisi ini membawa maksud


nilai-nilai yang perlu ada dalam
perhubungan suami isteri demi
menjaga keharmonian rumah
tangga.
NILAI
NILAI TANGGUNGJAWAB
• Seorang suami adalah ketua keluarga yang perlu
bertanggungjwab dalam penentu arah rumah
tangga.
• CTH:Rngkp 5, baris 1 dan 2.
NILAI KEIMANAN
• Kehidupan rumah tangga akan
baik apabila mematuhi tuntutan
agama
NILAI KASIH SAYANG
• Kehidupan suami isteri perlu berada dalam
ikatan kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi
• CTH:Rngkp 4, baris 1 dan 2
NILAI HORMAT MENGHORMATI
• Suami&isteri perlu saling menghormati pasangan
mereka supaya dapat mewujudkan keluarga yang
harmoni.
• CTH:Rngkp 3, baris 1 dan 2
NILAI BERTOLAK ANSUR
• Bertolak asnur dalam perhubungan
suami&isteri sangat penting bagi
mengelakkan pergaduhan.
PENGAJARAN

Kita hendaklah mempunyai sikap tolak ansur antara suami dan isteri
supaya dapat mengelakkan pergaduhan dalam rumah tangga.
o CTH:Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai tua.
Seorang isteri hendaklah mematuhi tuntutan agama iaitu taat kepada
suami dan menjaga maruah diri supaya tidak dituduh curang.
o CTH:Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.
Kita hendaklah hormat-menghormati sesama suami dan isteri agar
dapat mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
o CTH:Suami isteri harus sekata,
Sekata hendaknya samapai tua.
Kita hendaklah mempunyai sifat cinta dan kasih sayang yang tinggi
antara suami dan isteri agar dapat mewujudkan keluarga yang bahagia.
o CTH:Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.
Kita hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab
dalam menjalani kehidupan berumahtaangga agar dapat
mewujudkan keluarga yang harmoni.
o CTH:Jika suami tak berharti lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.
GAYA BAHASA
PENGULANGAN KATA DI AWAL BARIS
• CTH; Isteri cantik permainan mata,
Isteri Budiman tajuk mahkota.
• CTH; Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

METAFORA [ABSTRAK DAN KONKRIT]


• CTH; Isteri cantik permainan mata,
Isteri Budiman tajuk mahkota.
 INVERSI [SONGSANG]
• CTH; Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serah nasib dan untung.
PENGULANGAN BUNYI HURUF VOLAL [ASONANSI]
• CTH;Jika suami tak berhati lurus,
[rangkap 6 baris 1]
 PENGULANGAN BUNYI HURUF KONSONAN
[ALISTERASI]
• CTH; Sungguh suami pegang kuasa,
[rangkap 7 baris 1]
ASPEK PEMIKIRAN/PERSOALAN
-Persoalan perlunya isteri yang
cantik dan budiman untuk
menjadi pasangan hidup.
-Persoalan perempuan
yang beriman akan
dimuliakan.
-Persoalan keperluan persefahaman
kepada suami isteri untuk
mengelakkan pergaduhan.
-Persoalan isteri menjadikan suami
tempatnya bergantung hidup.

-Persoalan peranan
suami dan isteri.

-Persoalan hidup suami


isteri sampai tua.
CONTOH SOALAN

• Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam


puisi diatas.
SKEMA
• Gaya bahasa yang terdapat pada rangkap ini ialah pengulangan
kata diawal baris yang sejajar . Juga dikenali sebagai anafora. Pengarang
mengulangi perkataan “ isteri “ pada baris pertama dan kedua pada
rangkap pertama. Pengulangan kata ini dilakukan adalah untuk memberi
penekanan terhadap perkataan “isteri” kerana ia membawa maksud yang
isteri bukan saha perlu cantik malah perlu menjaga adab dan baik hati.
Kesannya adalah untuk menimbulkan penegasan terhadap maksud yang
ingin disampaikan. Contoh dapat dilihat di bawah:-
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.
• FAKTA
Gaya bahasa yang terdapat pada rangkap ini ialah pengulangan kata
diawal baris yang sejajar .
• HURAIAN
Juga dikenali sebagai anafora. Pengarang mengulangi perkataan “ isteri “
pada baris pertama dan kedua pada rangkap pertama. Pengulangan kata
ini dilakukan adalah untuk memberi penekanan terhadap perkataan
“isteri” kerana ia membawa maksud yang isteri bukan saha perlu cantik
malah perlu menjaga adab dan baik hati.
• KESAN
Kesannya adalah untuk menimbulkan penegasan terhadap maksud yang
ingin disampaikan.
• CONTOH
• Contoh dapat dilihat di bawah:-
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota
SEKIAN…
GURINDAM:
TAAT SETIA RAJA
DAN RAKYAT
Aspek estetik
TEMA
• Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai syarat-syarat tertentu.
Bagi mengharapkan taat setia rakyat, raja mestilah mengamalkan
ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah
bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana
Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia,
bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
NILAI

Nilai
Nilai kasih
bermuafakatan Nilai taat setia.
sayang.
.

Nilai hormat- Nilai


menghormati. Keadilan.
PENGAJARAN
• Raja hendaklah maufakat dengan Menteri dalam mengurus tadbir
dan menyelesaikan masalah.
Raja muafakat dengan Menteri,
Seperti kebun berpagar duri.
• Raja haruslah menghormati orang yang berilmu.
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
• Raja mestilah adil ketika menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang
bersalah.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh Inayat.
• Rakyat haruslah taat setia kepada raja agar segala yang diperintahkan
akan berjalan dengan lancar.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
• Raja perlulah mengasihi orang yang berilmu agar dapat rahmat dan
kasih sayang daripada Allah.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
GAYA BAHASA
 PENGULANGAN BUNYI HURUF VOLAL
[ASONANSI]
• Tanda jadi sebarang kerja.
[Rngkp 2 baris 2]
 PENGULANGAN BUNYI HURUF KONSONAN
[ALISTERASI
• Tanda mengenal kasa dan cindai.
[Rngkp 5 baris 2]
Pengulangan kata
• Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.
• Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
[Rngkp 4 dan 5]
Simile [perbandingan]
• Seperti kebun berpagar duri.
[Rngkp 1 rngkp 2]
ASPEK PEMIKIRAN/PERSOALAN

• Persoalan tentang permuafakatan antara Raja dan Menteri.


Raja muafakat dengan Menteri,
Seperti kebun berpagar duri.

• Persoalan tentang kesetiaan rakyat kepada Raja.


Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.
• Persoalan tentang keadilan Raja dalam menjatuhkan hukuman kepada rakyat
yang bersalah.
Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh Inayat.

• Persoalan tentang Raja dan rakyat yang mengasihi orang yang berilmu.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

• Persoalan tentang Raja dan rakyat yang menghormti orang yang bijak .
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.
CONTOH SOALAN

• Bincangkan 5 gambaran masyarakat yang ada


pada Gurindam Taat Setia kepada Raja. [25m]
SKEMA
Pertama, Golongan pemimpin yang bermuafakat dalam urusan pentadbiran.
Raja dan menteri perlu sentiasa bermuafakat dalam memutuskan sesuatu dan
menyelesaikan masalah. Jika raja dan menteri bermuafakat, maka pentadbiran
negeri akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat
mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat
membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini
jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat
yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian
dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut :-
Raja muafakat dengan Menteri,
Seperti kebun berpagar duri.
• FAKTA
 Golongan pemimpin yang bermuafakat dalam urusan pentadbiran.
• HURAIAN
Raja dan menteri perlu sentiasa bermuafakat dalam memutuskan
sesuatu dan menyelesaikan masalah.
• KESAN
Jika raja dan menteri bermuafakat, maka pentadbiran negeri akan
berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat mengukuhkan
lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat
membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”.
• KESIMPULAN KECIL
Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama
dan kedua. Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat
menjamin keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
• CONTOH
Contoh adalah seperti berikut :-
Raja muafakat dengan Menteri,
Seperti kebun berpagar duri.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai