Anda di halaman 1dari 21

PANTUN NASIHAT

DISEDIAKAN OLEH:MARLINA SALIM


KELAS:6B1
PANTUN NASIHAT

Tanam bunga di dalam pasu,


Bunga melati bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
ASPEK ESTETIK

i.Tema
~nasihat agar sentiasa menjaga perlakuan dan sentiasa
memunasabahkan diri ke mana sahaja kita pergi agar
tidak dibenci orang.
ii.Nilai

1.Nilai keinsafan
~`iaitu menyedarkan manusia bahawa jangan mengikuti
nafsu apabila melakukan sesuatu.

Contoh:
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
2.Nilai kesedaran
~iaitu ke mana saja kita pergi haruslah menjaga sikap dan
adab apabila bersama atau tanpa bersama dengan
individu lain.

Contoh:
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.:
iii.Pengajaran
1.Kita janganlah bertindak mengikut hawa nafsu agar
tidak memudaratkan diri sendiri.

Contoh:Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.

2.Kita janganlah bersikap sombong agar kita tidak


dibenci oleh masyarakat.

Contoh:Kalau sombong meninggi diri,


Ke mana pergi dibenci orang.:
iv.Gaya bahasa

1.Asonansi (perulangan bunyi vokal dalam baris puisi)


Contoh:Tanam bunga di dalam pasu,
(Perulangan bunyi vokal ‘a’ sebanyak 6 kali)
Kesan estetika:Menimbulkan kemerduan bunyi/pengucapan

2.Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan dalam baris


Contoh:Burung tiung terbang tinggi,
(perulangan bunyi konsonan ‘n’)
Kesan estetik:menimbulkan kelantangan bunyi
3.Anafora (Perulangan perkataan sama di awal baris yang
berturutan)
Contoh:Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang;
Kesan esteika:menimbulkan penegasan maksud

4.Repitisi (perulangan kata dalam rangkap)


Contoh:Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan;
Kesan estetik:menimbulkan penegasan maksud
5.Repitisi (perulangan kata dalam baris)
Contoh:Bunga melati bunga pandan;
Kesan estetika:menimbulkan penegasan
maksud/keindahan irama

6.Inversi (pembalikan kata dalam baris ayat)


Contoh:Kelak nanti binasa badan.
Sepatutnya ditulis kelak nanti badan binasa
Kesan estetika:Menimbulkan kelainan pengucapan
ASPEK PEMIKIRAN/PERSOALAN

1.Persoalan tentang hawa nafsu

~Hawa nafsu penting diimbangkan dengan iman dan akal


agar seseorang tidak bertindak mengikut hawa nafsu yang
akan membinasakan diri sendiri.

Contoh:Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.
2.Persoalan tentang sikap sombong

~Sikap sombong perlu dihindari walau di mana pun kita


berada agar kita tidak dibenci orang.

Contoh:Kalau sombong meninggi diri,


Ke mana pergi dibenci orang.
3.Persoalan tentang tumbuh-tumbuhan/bunga

~Alam sekitar sangat rapat dengan kehidupan masyarakat


melayu terutamanya bunga yang dijadikan tanaman
sebagai hiasan yang menyerikan rumah seperti bunga
melati.

Contoh:Tanam bunga di dalam pasu,


Bunga melati bunga pandan;
4.Persoalan tentang unggas/burung

~Unggas dan burung biasanya menjadi haiwan


peliharaan masyarakat melayu.Antara burung yang
menjadi peliharaan ialah burung tiung dan burung
merpati.

Contoh:Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;
CIRI-CIRI PUISI
1.Pantun ini mempunyai rangkap (Pantun ini terdiri daripada
dua rangkap)
Contoh:Tanam bunga di dalam pasu
Bunga melati bunga pandan;
(RANGKAP 1 ) Jangan ikut hawa nafsu
Kelak nanti binasa badan.

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang (RANGKAP 2)
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
2.Pantun ini mempunyai baris (pantun ini terdiri
daripada 4 baris serangkap).

Contoh:
Tanam bunga di dalam pasu, Baris 1
Bunga melati bunga pandan; Baris 2
Jangan ikut hawa nafsu, Baris 3
Kelak nanti binasa badan. Baris 4
3.Pantun ini mempunyai patah perkataan (pantun ini
terdiri daripada 4 hingga 5 patah perkataan).

Contoh: Tanam bunga di dalam pasu, (5 patah perkataan)

Bunga melati bunga pandan; (4 patah perkataan)


4.Pantun ini mempunyai suku kata (suku kata dalam
pantun ini terdiri daripada 8-10 suku kata).

Contoh:Bu/rung/ ti/ung/ ter/bang/ ting/gi,


(8 SUKU KATA)

Bu/rung/ mer/pa/ti /men/ca///ri sarang;


(10 SUKU KATA)
5.Pantun ini mempunyai rima akhir (Rima akhir bagi
pantun ini adalah abab).

Contoh:
Burung tiung terbang tinggi, a
Burung merpati mencari sarang; b
Kalau sombong meninggi diri, a
Ke mana pergi dibenci orang. b

Pantun ini berbentuk terikat


KEPENTINGAN KARYA
1.Masyarakat yang suka bercucuk tanam.Termasuk jenis-
jenis bunga menjadi satu budaya masyarakat melayu kerana
tanaman tersebut menjadi lambang keindahan.

2.Masyarakat yang suka kepada keindahan alam dan


persekitaran.Mereka suka menghias halaman rumah dengan
hiasan tumbuh-tumbuhan dari jenis pokok bunga.

3.Masyarakat yang tidak suka perbuatan yang terlalu


mengikut nafsu masyarakat yang menyedari bahawa
perbuatan mengikut hawa nafsu akan memusnahkan diri
sendiri akhirnya.
Contoh soalan:

1.Huraikan 2 pemikiran yang terdapat pada puisi di atas.

Skema:
~Persoalan tentang sikap sombong iaitu Sikap sombong
perlu dihindari walau di mana pun kita berada agar kita
tidak dibenci orang.Seterusnya,Persoalan tentang hawa
nafsu iaitu hawa nafsu penting diimbangkan dengan iman
dan akal agar seseorang tidak bertindak mengikut hawa
nafsu yang akan membinasakan diri sendiri.
SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai