Anda di halaman 1dari 5

KURSUS:

CFT1063 (ASAS MULTIMEDIA DAN TEKNOLOGI WEB)


CFT1063/SCW1/7
TAJUK :

JELASKAN KEPENTINGAN MULTIMEDIA BAGI SEORANG USAHAWAN

NAMA PENSYARAH :

ENCIK TENH HOCK KUAN

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

SESI SEPTEMBER 2021/2022

SEMESTER 3

NAMA:

MUHAMMAD SUFI MU’IZZUDDIN BIN MOHD SUPIAN

NO MATRIK:

C20A1144
Tugasan Individu 1 - Esei (5%) – 500 patah perkataan (SLT: 3 jam) CLO1 Soalan: Jelaskan
kepentingan Multimedia bagi seorang usahawan.

Multimedia ialah teknik komunikasi interaktif berasaskan komputer yang mengintegrasikan


penggunaan pelbagai komponen media digital seperti teks, audio, grafik, animasi, dan video untuk
menghantar maklumat. Multimedia juga merujuk kepada pelbagai alat komunikasi dan mediator
yang ada. Seterusnya, multimedia juga bermaksud penciptaan, penyimpanan, dan penggunaan
bahan multimedia menggunakan teknologi komputer. Penggunaan komputer untuk
mengintegrasikan dan menunjukkan teks, suara, animasi, dan video dengan alat dan pautan
sehingga pengguna dapat menjelajah, terlibat, membuat, dan berkomunikasi juga dapat dikenali
sebagai multimedia. Seterusnya, maksud perniagaan pula adalah entiti sah dan diakui yang
menyediakan barang atau perkhidmatan, atau keduanya, kepada pelanggan, perniagaan, dan
organisasi kerajaan. Multimedia digunakan secara meluas dalam dunia korporat. Penggunaan
multimedia seringkali dipratikkan dalam penyampaian kertas kerja dan idea pemasaran. Selain itu,
paparan fakta dan statistik yang mudah difahami yang menggunakan bahan multimedia dapat
memastikan minat atau sokongan pembeli untuk sebuah syarikat kekal berterusan untuk tempoh
lama. Dengan penggunaan multimedia, sesuatu perniagaan boleh dikembangkan dengan lebih
maju dan meluas. Selain itu, terdapat juga beberapa kepentingan mengapa multimedia penting bagi
seseorang usahawan untuk mengembangkan perniagaannya.
Kepentingan yang pertama adalah usahawan dapat menjalankan perniagaan secara atas talian.
Dengan pandemik Covid-19 yang masih melanda seluruh dunia, golongan usahawan menghadapi
masalah untuk memasarkan barangan mereka kerana larangan dan sekatan yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan. Dengan memanfaatkan penggunaan multimedia, usahawan dapat menjual dan
mempromosikan barangan mereka secara atas talian. Hal ini sangat memudahkan kerana pelangan
tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli barangan sebaliknya hanya menggunakan telefon pintar
sahaja untuk membeli dari rumah. Ini juga dapat mengurangkan risiko dari terkena jangkitan
Covid-19. Seterusnya, usahawan juga boleh mempromosikan barangan mereka melalui beberapa
aplikasi terkenal seperti Instagram, Facebook dan Tik Tok kerana aplikasi ini digunakan oleh
setiap golongan iaitu golongan tua dan golongan muda. Dengan menggunakan aplikasi ini, capaian
perniagaan dapat diperbesarkan dengan lebih meluas dan barangan dapat dipasarkan dengan lebih
banyak serta keuntungan yang diperoleh juga akan meningkat.
Seterusnya, kepentingan multimedia kepada usahawan yang kedua adalah memudahkan urusan
urus niaga. Sebagai contohnya, penggunaan video conferencing untuk melakukan urusan
mesyuarat berkaitan perniagaan menjadi semakin popular semasa seluruh dunia menhadapi
peningkatan kes Covid-19. Hal ini kerana urusan perniagaan dapat dilakukan dengan lebih mudah
tanpa perlu memikirkan tentang tuntutan perjalanan dan kos pengangkutan untuk pergi ke sesuatu
tempat. Masalah perbezaan waktu antara setiap negara juga dapat diatasi dengan menggunakan
kelebihan multimedia ini. Selain itu, penggunaan multimedia juga membolehkan urusan
pembayaran dilakukan dengan lebih mudah dan selamat. Penggunaan yang dimaksudkan adalah
pembayaran secara atas talian. Sebelum wujudnya teknologi ini, pelanggan perlu membawa wang
yang banyak sekiranya ingin membeli barang di pasar raya, Hal ini sangat menyukarkan kerana
akan terdedah kepada risiko kejadian rompakan dan kecurian. Dengan wujudnya teknologi ini,
pelanggan hanya perlu membayar menggunakan telefon pintar mereka apabila membeli barangan
di sesebuah tempat.
Kesimpulanya, penggunaan multimedia mendatangkan banyak kebaikan kepada usahawan.
Golongan usahawan seharusnya memanfaatkan kelebihan yang ada pada multimedia untuk
memastikan keuntungan maksimum dapat diperoleh dan perniagaan dapat dikembangkan dengan
lebih meluas. Hal ini kerana dunia perniagaan telah menjadi semakin rancak kesan daripada
penggunaan multimedia secara meluas dalam perniagaan.

RUJUKAN
1. Wikipedia contributors. (2018, Ogos 9). Perniagaan. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan
2. Wikipedia contributors. (2018, July 21). Multimedia. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Multimedia
3. A. (2015, December 26). Penggunaan Multimedia Dalam Perniagaan. pdfslide.net.
https://pdfslide.net/documents/penggunaan-multimedia-dalam-perniagaan.html
.

Anda mungkin juga menyukai