Anda di halaman 1dari 12

251901

BPME 3033
E-DAGANG

Short Discussion Questions (10%)

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. YEOH KHAR KHENG

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR : NOOR HIDAYAH BINTI ABD RAZAK
NO. MATRIK : 251901
PUSAT : UUM

TARIKH HANTAR :
16 Disember 2021

1
251901

1. Describe how E-Commerce technologies can disrupt industries.


Perkembangan dunia teknologi yang pesat membangun menyaksikan perubahan
dalam pelbagai sektor ekonomi negara. Sektor pendidikan, pertanian dan perniagaan kini
terdedah dengan sistem baharu yang menghubungkan secara terus dengan pengguna
tanpa proses yang panjang. Segalanya dihujung jari, dengan adanya internet semua
urusan menjadi mudah dan senang, pengguna internet yang kian bertambah dari sehari
ke sehari memberi kesan yang baik kepada sektor perdagangan elektronik. Nordin 2012,
Internet terbukti memberikan kesan dan manfaat berskala besar kepada manusia di
seluruh dunia termasuklah komuniti usahawan.

Perdagangan elektronik atau e-dagang merupakan sistem perniagaan elektronik yang


wujud melibatkan peniaga, pelanggan dan pihak ketiga. Malaysia antara negara yang
terlibat secara aktif dengan perdagangan elektronik di dalam sistem ekonominya.
Kerajaan mengalakkan Perniagaan dan industri tempatan menjadikan digitalisasi
sebagai medium untuk membina jenama Malaysia di peringkat global dalam era normal
baharu kini. E-dagang telah membuka peluang yang luas kepada perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) untuk sama-sama bangkit memanfaatkan peluang yang ada bagi
merancakkan lagi kepesatan ekonomi negara.

Kepesatan teknologi e-dagang telah memberi kesan gangguan kepada industri.


Buktinya, apabila manusia terlalu bergantung kepada teknologi, persaingan industri
tempatan akan merosot, hubungan perniaga dengan pelanggan hanya wujud
berdasarkan kepada transaksi jualan sahaja. Pelanggan pula menilai mutu barang yang
dipilih berdasarkan iklan yang dipamerkan sahaja tanpa melihat kualiti barang tersebut.
Peniaga dalam talian biasanya memberikan banyak maklumat produk yang boleh
digunakan oleh pembeli apabila ingin membuat pembelian (Lim & Dubinsky, 2004),
namun masih tidak dapat digambarkan secara terperinci dalam laman sesawang
sehingga sesetengah orang berfikir maklumat produk yang disediakan tidak cukup untuk
pengguna membuat keputusan. Maka sudah tentu kelebihan yang terdapat pada sesuatu
produk tidak dapat difahami dengan baik oleh pengguna. Barangan atau perkhidmatan

2
251901

yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh
mereka disebabkan maklumat yang sepatutnya tidak jelas dipamerkan.

. Perniagaan dalam talian mudah terdedah kepada penipuan dan pelanggaran


keselamatan Kes penipuan dalam transaksi e-dagang yang semakin berleluasa telah
memberi kesan kepada keseluruhan industri. Pada tahun 2018, Hal Ehwal pengguna
melaporkan kes kecurian identiti yang berlaku telah melibatkan jumlah kerugian
sebanyak $1.48 billion. Jumlah ini terus meningkat dengan cepat saban tahun. Kes
kecurian identiti ini melibatkan penipuan transaksi kad kredit yang dilakukan oleh
penggodam yang menyasarkan butiran kad kredit peribadi pelanggan dari pangkalan
data laman web syarikat, penggodam menggunakan maklumat tersebut untuk membuat
akaun pembeli di laman web e-dagang, Penipuan ini menyebabkan mangsa terpaksa
menanggung kerugian yang besar. Selain itu terdapat banyak kes penipuan yang
melibatkan transaksi jualan. Harian Metro bertarikh 26 Jun 2021 melaporkan polis
menahan sindiket penipuan penjualan dalam talian dan e-dagang selepas menahan 10
individu termasuk pemilik akaun, empat daripadanya adalah pemilik akaun manakala
bakinya adalah pemilik alamat IP yang digunakan bagi menipu mangsa. Siasatan
mendapati suspek mengiklankan barangan mereka melalui platform e-dagang. Pembeli
yang berminat akan dihubungi dan diarahkan berurusan secara terus dengan suspek.
Selepas bayaran dibuat, barangan dijanjikan tidak diterima mangsa

Kes penipuan e-dagang sukar dituntut kerana ia melibatkan transaksi yang sukar
diragui. Ini menjadi penyebab mengapa insiden penipuan e-dagang semakin meningkat
kerana tiada akta yang dapat mencegah, mengesan, dan mengadili kes-kes seperti itu.
Untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa penipuan, peniaga dan pembeli sendiri
perlu mempunyai inisiatif dengan mencari ilmu pengetahuan bagaimana menggunakan
alat teknologi masa kini.

3
251901

2. Describe how viral marketing works.

Perkembangan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat telah membuka


peluang kepada peniaga untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih mudah dan
pantas. Kelebihan teknologi ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga menjimatkan
kos. Jika dahulu peniaga terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi sehingga mencecah
puluhan ribu ringgit untuk mengiklankan produk mereka di stesen televisyen dan radio,
kini dengan hanya bermodalkan idea yang bernas dan strategi promosi yang menarik
sudah dapat melariskan sesuatu produk atau servis yang mereka ditawarkan. Platform
media sosial popular seperti facebook dan Instagram yang pada awal penubuhannya
digunakan untuk menambah kenalan, kini telah bertukar menjadi platform mencari rezeki.

Viral marketing adalah strategi promosi popular yang menjadi pilihan kebanyakan
peniaga untuk melariskan produk mereka dalam masa yang singkat. Strategi promosi ini
tidak memerlukan peniaga bersusah payah melakukan promosi dengan pelbagai tawaran
hebat untuk menarik pelanggan seperti keahlian percuma dan beli satu percuma satu,
cukup dengan hanya mengeluarkan satu iklan atau mencipta kontroversi yang
mengaitkan sesuatu dengan produk yang bakal dipasarkan. Contohnya seperti
kontroversi yang sengaja dicipta oleh pemilik produk tersebut. Di Malaysia, kewujudan
usahawan seperti Alif Syukri, Sajat dan Dato’ Vida yang cukup dikenali dengan pelbagai
cerita viral mengenai kisah kehidupan mereka sendiri, kesanggupan menjadikan
kehidupan sebagai bahan marketing mungkin dilihat agak keterlaluan bagi sesetengah
pihak, namun hasilnya berjaya meletakkan produk mereka antara produk pilihan tertinggi
dalam pasaran dan menjadikan mereka antara usahawan e-dagang yang berjaya.

Berita harian, 22 September 2021 melaporkan lebih 86% penduduk di Malaysia


menjadikan aktiviti melayari internet sebagai aktiviti wajib dalam kehidupan seharian
mereka. Purata setiap orang memperuntukkan masa sekurangnya 8 jam setiap hari
melayari media sosial. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia
(KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, statistik itu juga menunjukkan rakyat
Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna
meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari tahun 2020.
Di sinilah punca keberkesanan viral marketing, audien dengan rela hati menjadi alat

4
251901

promosi yang tidak berbayar. Bahkan, mereka seperti berlumba untuk menjadi yang
terpantas dalam menyebarkan sesuatu isu yang viral.

Keberkesanan viral marketing tidak dapat disangkal lagi, perniagaan e-dagang sama
ada yang berskala besar atau kecil terikut dengan trend semasa ini dalam
memperluaskan perniagaan mereka. Malahan ada yang berkecimpung dalam
perniagaan ini kerana ia menjadi saluran yang mudah bagi menjana pendapatan, Tahun
2020 memperlihatkan kejatuhan ekonomi seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.
Ramai yang kehilangan pekerjaan susulan peristiwa ini, kewujudan viral marketing telah
membantu sebahagian besar kelompok yang terjejas ini. Wujud syarikat-syarikat yang
menawarkan perekrutan agen bagi menjual produk mereka secara aktif, setiap agen
hanya ditugaskan untuk memastikan kelangsungan jenama dan strategi promosi yang
berterusan. Tanpa perlu mengeluarkan modal dan tidak perlu memperuntukkan masa
untuk penghantaran kepada para pelanggan, semuanya di uruskan oleh syarikat
pembekal. Strategi promosi viral marketing ini telah membantu ramai usahawan e-
dagang membina kekayaan tanpa mengeluarkan modal dan tanpa perlu memerah
tenaga mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Jika diteliti, kebanyakan produk viral
merupakan produk berkualiti rendah tetapi mendapat tempat dihati pengguna. Semuanya
bergantung kepada bagaimana peniaga memanfaatkan pengisian yang menarik dalam
setiap strategi promosi mereka. Keberkesanan viral marketing tidak memerlukan modal
yang tinggi dan latarbelakang yang indah, cukup sekadar mesej yang disampaikan dapat
menangkap rasa suka bakal pembeli dan membuat mereka berkongsi kebaikan dengan
ramai orang.

5
251901

3. Describe a revenue model and a value proposition. How are they related?

Revenue model dan Value Proposition merupakan dua aspek penting dalam
memastikan sesebuah perniagaan itu mempunyai pegangan yang kukuh dalam usaha
mencapai matlamat. Perkembangan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat,
platform e-dagang menjanjikan sebuah saluran meraih keuntungan yang lebih mudah
dan pantas buat para peniaga. Namun, ia bukanlah jalan mudah jika tiada perancangan
yang bersifat jangka panjang. Peniaga perlu peka dengan jenis perniagaan atau model
perniagaan yang dipilih. Bagi perniagaan sedia ada, peniaga perlu bijak memanfaatkan
teknologi untuk tujuan menambah pendapatan syarikat seperti menjalankan perniagaan
digital dan sebagainya.

Revenue Model atau model hasil menerangkan tentang cara perniagaan merancang
untuk menghasilkan wang atau keuntungan. Model ini boleh menjadi agak standard atau
agak kompleks, ia bergantung kepada bagaimana syarikat merancang dan memilih
model yang tepat dengan matlamat perniagaan mereka. Matlamat utama perniagaan
sudah tentu untuk menghasilkan keuntungan. Model hasil dianggap sebagai pandangan
peringkat tinggi pada struktur hasil perniagaan. Dalam model ini, syarikat boleh
mempunyai beberapa aliran hasil yang berbeza, iaitu sumber pendapatan yang berbeza.
Kebanyakan syarikat memulakan perniagaan dengan meletakkan fokus utama kepada
pelanggan dan bagaimana untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka. Namun, jika
syarikat tidak mempunyai model hasil yang bertepatan, ia tidak akan berjaya. Model hasil
bergantung kepada model perniagaan yang dipilih, Model perniagaan adalah rancangan
syarikat bagaimana ia akan menjana wang. Model perniagaan adalah asas bagi hampir
semua aspek perniagaan, dari produk dan perkhidmatan hingga kempen pemasaran dan
operasi dan logistik.

Value Proposition adalah elemen penting yang perlu diperhatikan oleh setiap syarikat
jika ingin produk atau perkhidmatan mereka dipilih oleh pelanggan. value proposition ini
biasanya diletakkan di website. Lebih tepat, ia adalah satu strategi pemasaran yang
menjadi pilihan peniaga untuk menonjolkan suatu nilai kepada para pelanggan
berkenaan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Value
proposition dibuat dengan pernyataan yang lebih singkat dan jelas mengenai manfaat

6
251901

yang akan pelanggan perolehi setelah menggunakan produk. Penciptaan Value


prosposition mestilah seiring dengan visi dan misi perniagaan dan hasil yang bakal
diperolehi untuk jangka masa panjang. Oleh itu, peniaga harus memikirkan cara yang
dapat membeli keyakinan pelanggan supaya pelanggan tidak ragu untuk terus membeli
produk yang dikeluarkan, manfaatnya bukan sahaja meningkatkan pendapatan malahan
juga menjamin kesetiaan mereka. Tiga elemen penting yang harus ada di setiap value
proposition seperti berikut 1) Kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan saat
menggunakan produk. 2) Manfaat apa yang akan diperoleh pelanggan setelah
menggunakan produk. 3) Alasan mengapa pelanggan harus memilih produk tersebut dan
apa yang membezaakannya dari produk pesaing.

Perkaitan yang jelas dapat difahami bahawa pemilihan Revenue Model tanpa Value
Proposition yang strategik, sesebuah perniagaan tidak dapat berjalan dengan sebaiknya.
Jenis perniagaan Revenue Model ialah,:1)Direct Sales, penjualan barang secara terus
kepada pengguna 2) Indirect Sales, mengeluarkan produk dan menjualnya melalui agen
yang dilantik. Jenis perniagaan ini kini menggunakan kaedah jualan secara Inside sales
iaitu penjualan atas talian menggunakan platform e-dagang seperti Shopee, dan Lazada.
Jualan jenis ini memerlukan value proposition yang mampu menarik minat pembeli
kerana wujud persamaan produk sehingga pengguna dapati tiada perbezaan produk
pada setiap peniaga, Peniaga perlu kreatif untuk melakukan sedikit perubahan yang
dapat menarik perhatian pembeli. 3) Subscription, website dan platform media sosial
yang menawarkan ruang iklan untuk penjual mengiklankan produk mereka kepada
pembeli. Contoh seperti Youtube channel, paparan iklan yang muncul semasa sedang
menonton. Jenis perniagaan revenue model ini begitu mendapat tempat dan mampu
keuntungan yang tinggi.

7
251901

4. Describe the process of crowdsourcing.

Crowdsourcing adalah proses pengumpulan maklumat atau pendapat daripada


sekumpulan ramai orang yang menyerahkan data mereka melalui Internet, media sosial
dan telefon pintar. Maklumat dan pendapat yang diterima digunakan sebagai sumber
dalam menghasilkan kandungan cerita sehingga dapat menghasilkan produk. Konsep
crowdsourcing ini dilihat sebagai sebuah platform untuk menyelesaikan sebuah masalah.
Orang yang terlibat dalam menyalurkan maklumat ini kadangkala bekerja secara sukarela
tanpa melibatkan sebarang bayaran atau insentif lain. Contohnya, aplikasi trafik seperti
Waze yang menggalakkan pemandu melaporkan kesesakan trafik, kemalangan dan
insiden jalan raya lain untuk tujuan pengemakinian secara terus bagi memberi informasi
kepada pengguna lain yang akan melalui Kawasan tersebut. Melalui Crowdsourcing,
syarikat boleh menjimatkan masa dan wang sambil memanfaatkan orang yang
mempunyai kemahiran atau pemikiran yang berbeza dari seluruh dunia.

Ringkasnya, Crowdsourcing melibatkan pencarian pengetahuan, barangan atau


perkhidmatan daripada sekumpulan besar orang. Ini adalah satu cara untuk melihat
melangkaui kapasiti dalaman perniagaan atau organisasi untuk idea, dan mengalihkan
soalan kepada kumpulan pemikir yang lebih luas. Crowdsourcing menjadi kaedah
popular bagi kebanyakkan perniagaan dan turut diguna pakai kerajaan sebagai sumber
mendapatkan maklumat awal sebelum memulakan sesuatu perancangan dan juga
penyelesaian masalah. Kelebihan crowdsourcing, ia membantu menjimatkan kos,
kepantasan untuk mendapatkan maklumbalas dan keupayaan untuk bekerjasama
dengan orang ramai yang mempunyai kemahiran yang bermungkinan tidak dimiliki oleh
setiap ahli pasukan. Terdapat pelbagai saluran crowdsourcing yang boleh digunakan
untuk mendapatkan sumber daripada orang ramai, seperti melalui penciptaan laman
web. Syarikat yang ingin mereka bentuk produk baharu memerlukan pendapat dan idea
orang ramai dalam memenuhi keperluan pasaran. Melalui endapat dan idea yang
dikemukan oleh orang ramai, syarikat boleh memilih yang manakah pilihan yang sesuai
untuk di jalankan bagi mencari keuntungan.

Bagi kebanyakan perniagaan, terutamanya perniagaan yang lebih kecil, kumpulan


kakitangan yang kecil mungkin tidak menyediakan tahap kepelbagaian inovasi yang

8
251901

diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang benar-benar sukar. Crowsourcing boleh


mengubah semua itu. Dengan menjemput kumpulan pemikir yang lebih luas untuk
mengambil bahagian dalam latihan penyelesaian masalah, syarikat boleh mendapatkan
akses kepada gabungan pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan konteks yang tidak
akan dapat dilakukan sebaliknya.

Faedah paling ketara menggunakan crowdsourcing ialah keupayaan untuk mencari


penyelesaian yang tidak dijangka. Apabila perniagaan atau organisasi
mempertimbangkan masalah secara dalaman, mudah untuk jatuh ke dalam mod
pemikiran sedia ada. Lagipun, jika syarikat telah melakukan sesuatu dengan cara tertentu
untuk masa yang lama, mungkin sukar untuk meninggalkan tabiat ini. Ia merupakan
masalah utama untuk semua jenis perniagaan. Ini adalah salah satu sebab mengapa
pakar inovasi seperti Steve Jobs meletakkan keutamaan yang tinggi untuk membawa
masuk pakar dari luar perniagaan untuk mencabar pemikiran konvensional.

Bagi peniaga yang baru berjinak dengan perniagaan e-dagang, crowdsourcing sangat
membantu dalam memproduk yang sesuai untuk dipasarkan. Melalui media sosial
peniaga mengemukan persoalan bagi mendapatkan maklumbalas dan pendapat dan
idea daripada orang ramai yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya dan
sosioekonomi. Ini kerana fokus e-dagang melibatkan kumpulan yang luas, media sosial
adalah saluran komunikasi yang dapat memberikan maklumbalas dengan pantas. Sebab
itulah crowdsourcing memberikan kelebihan yang begitu besar. Dengan melibatkan
kumpulan orang yang lebih luas dalam menyelesaikan masalah, peniaga boleh mendapat
akses kepada ratusan atau bahkan ribuan pendekatan yang berbeza untuk
menyelesaikan pelbagai masalah perniagaan.

9
251901

5. Describe on-demand delivery services.

Perkembangan pesat dunia teknologi telah membuka peluang kepada para peniaga
untuk meluaskan corak perniagaan sedia ada kepada e-dagang. On-demand delivery
services kaedah perniagaan yang muncul setelah e-dagang mula mendapat perhatian
peniaga sebagai cabang perniagaan yang lebih efisien untuk perniagaan mereka. On-
demand delivery service dengan bahasa yang mudah difahami, pembelian atas talian
dan penghantaran terus ke rumah. Servis ini melibatkan jualan peniaga terus kepada
pembeli (B2C). Servis berdasarkan permintaan ini merupakan kaedah perniagaan
melibatkan proses jualan dan logistik secara serentak. Kini ia diguna pakai untuk
memudahkan peruncit, pengilang, peniaga e-Dagang, restoran dan rantaian runcit
memenuhi keperluan pelanggan mereka. Kemunculan syarikat rangkaian aplikasi on-
demand delivery servis kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Aplikasi yang
ditubuhkan bukan sahaja dilengkapi dengan ruang iklan dan promosi kepada para
peniaga bagi memasarkan produk mereka, tetapi ia turut dilengkapi dengan servis
penghantaran secara terus kepada pelanggan yang diuruskan oleh syarikat aplikasi
tersebut. Peniaga perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan
menyediakan tempahan yang diterima daripada pelanggan tepat pada masa yang telah
ditetapkan.

Inisiatif on-demand delivery servis mendokong perniagaan e-dagang, meluaskan


skop perniagaan sedia ada bahkan membuka peluang perniagaan kepada peniaga-
peniaga yang sebelum ini tidak mengetahui dengan lebih jelas apa itu e-dagang, kini turut
sama mengembangkan perniagaan mereka sehingga berjaya dikenali dan berupaya
menjana pendapatan yang lumayan. Kebaikan on-demand delivery servis kepada
peniaga bukan sahaja dari segi penjimatan masa dan kos, tetapi membantu mereka
memperbaiki servis yang ditawarkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa. Sistem
aplikasi on-demand delivery servis ini memberi peluang kepada pelanggan membuat
penilaian terhadap servis yang telah diterima bermula dari perkhidmatan daripada
peniaga sehinggalah kepada perkhidmatan logistik. Contoh syarikat On-demand delivery
service adalah Syarikat penghantaran makanan terkemuka, Foodpanda yang ditubuhkan
pada Mac 2012, menjadikan peniaga-peniaga yang berdaftar dengan aplikasi mereka

10
251901

sebagai rakan kongsi, Foodpanda memproses dan menghantar pesanan terus ke


restoran rakan kongsi mereka, yang kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut
kepada pelanggan.

Khidmat ini boleh digunakan melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.
Pelanggan pesan makanan dengan memasukkan poskod mereka pada laman tersebut
dan layar mencari makanan daripada pelbagai restoran. Pelanggan juga dapat tokok
tambahkan pesanan lain daripada restoran sebelum memasukkan alamat dan terus
keluar ke pembayaran. Restoran-restoran menerima dan hantarkan pesanan kepada
pelanggan. Foodpanda mengirimkan SMS untuk mengesahkan pesanan dan anggaran
waktu ketibaan dan memastikan pesanan diterima oleh pelanggan dengan selamat dan
tepat pada waktunya. Walaupun servis penghantaran ke rumah telah lama wujud, namun
ianya terhad kepada kawasan tertentu sahaja kerana kekangan masa dan kekurangan
tenaga pekerja, peniaga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi demi menampung
perkhidmatan penghantaran. Kewujudan syarikat seperti Foodpanda menawarkan
pilihan pembelian dalam talian, restoran dapat mengembangkan perniagaan untuk
berkembang ke pasaran yang lebih besar.

On-demand delivery service salah satu cabang perniagaan e-dagang yang menjadi
penyumbang kepada ekonomi negara. Pandemik Covid-19 yang melanda telah
menyebabkan kemorosotan ekonomi, penutupan syarikat-syarikat telah menaikkan
kadar pengangguran negara. Ramai yang hilang pekerjaan memilih untuk turut sama
dalam On-demand delivery service kerana syarikat ini tidak menghadkan penyertaan
dengan terma-terma yang membebankan rakan kongsi dan penghantar pesanan, selagi
mana tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan, kaedah dan strategi promosi
yang digunakan bergantung kepada pilihan peniaga itu sendiri dalam memasarkan
produk mereka supaya lebih dikenali.

11
251901

Rujukan :

1.https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/05/684094/rm4000-lebur-beto-
mangsa-penipuan-kad-kredit

2. https://www.investopedia.com/terms/v/viral-marketing.asp

3. https://en.wikipedia.org/wiki/Crowdsourcing

4. https://en.wikipedia.org/wiki/Revenue_model

5. https://www.investopedia.com/terms/v/valueproposition.asp

6. https://www.getfareye.com/insights/blog/on-demand-delivery

12

Anda mungkin juga menyukai