Anda di halaman 1dari 4

Nama : MURSYID SOADIK

Tingkatan : 6 Ekonomi Sem 2

Tema : 4 (Tempat)

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN HINAVA SEBAGAI MAKANAN

TRADISI SUKU KAUM KADAZAN-DUSUN DI DAERAH PAPAR

SEKITAR TAHUN 2000 HINGGA 2020.

1.0 PENGENALAN

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan

Dusun di Sabah. Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji

buah bambangan yang telah diparut dan beberapa campuran lain. Hinava selalulnya

dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian atau keluarga dalam sesuatu masyarakat. Kini

hidangan hinava semakin dilupakan kerana ramai tidak tahu cara menyediakannya.

2.0 Objektif

Dalam kajian ini, pengkaji telah menyediakan 3 objektif untuk dicapai:

a. Mengkaji latar belakang hidangan hinava di daerah Papar

b. Melihat dan membincangkan kaedah penyediaan hinava di daerah Papar.

c. Mengkaji perkembangan hidangan hinava di daerah papar dari tahun 2000 hingga

2020.

1
3.0 Permasalahan kajian

Dalam kajian, pengkaji akan mengkaji beberapa permasalahan. Pengkaji akan

mengkaji tentang latar belakang bagaimana hinava disediakan di daerah Papar. Selain itu,

pengkaji juga akan melihat tentang bahan dan kaedah yang digunakan dalam penyediaan

hinava ini.

Permasalahan seterusnya, pengkaji akan melihat perkembangan pembuatan hinava di

daerah papar ini dari segi kaedah dan bahan pembuatannya dari tahun 2000 hingga 2020.

4.0 Skop kajian

Kajian akan dilakukan dengan melihat perkembangan makanan tradisi hinava dalam

daerah Papar dari tahun 2000 hingga 2020.

5.0 Sorotan kajian Lepas

Berdasarkan kepada carian kepustakaan, belum pernah ada pengkaji yang mengkaji

tentang makanan hinava di daerah Papar. Bagaimana pun terdapat beberapa kajian yang

pernah dibuat yang berkaitan dengan makan tradisi.

Kajian yang dibuat oleh Mursyid Soadik tentang Perkembangan makanan Umai di

Sarawak dalam tulisannya Mursyid Soadik, Umai : Sejarah dan perkembangannya di

Sarawak dari tahun 1990 – 2010, Penerbitan Sarjana, Kuala Lumpur, 2015.

Rencana tentang pembuatan makanan cencaluk di Melaka yang dibuat Prof Dr

Mursyid dalam www. http/berita harian.com.

2
Satu lagi kajian lepas yang dibuat oleh En Mursyid yang disiarkan dalam akhbar

Berita Harian bertarikh 15 November 2018. Kajian tersebut adalah tentang perkembangan

makanan tradisi di Perak dari tahun 1980 – 2020.

6.0 Kaedah kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengunakan kaedah kajian kepustakaan. Pengkaji

akan mendapatkan maklumat tentang hinava dari internet dan sumber bertulis yang lain.

Selain daripada itu pengkaji akan menemubual seorang tokoh yang sudah lama terlibat dalam

pembuatan hinava ini.

Pengkaji juga akan menggunakan kaedah kerja lapangan untuk mengetahui kaedah

dan langkah pembuatan hinava ini.

7.0 Pembahagian Struktur Esei

1. Pendahuluan

2. Latar belakang pembuatan hinava di daerah Papar

3. Kaedah Pembuatan hinava

3.1 Bahan-bahan yang digunakan

3.2 Kaedah pembuatan

4. Perkembangan Pembuatan Hinava

5. Penutup.

3
8.0 Bibliografi

1. Temuramah dengan En Mursyid iaitu tokoh yang membuat hinava di Papar.

2. Harith Ismail, Perkembangan Makanan Tradisi di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, 2018.

3. Aizat Ikram, Makan tradisi yang semakin Pupus di Malaysia, dalam Majalah dewan

Masyarakat, Bilangan 112 tahun 2020.

4.

5.

9.0 Penutup

Diharapkan dengan kajian ini dapat menimbulkan semula minta penduduk tempatan

untuk mengetahui tentang makanan tradisi di sabah umumnya dan di daerah papar khasnya.

Ini dapat mengelakkan agar makan tradisi ini tiak terus pupus.

Anda mungkin juga menyukai