Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

PENULISAN ILMIAH SEJARAH STPM 940/4


NAMA : ALISSIA ANAK BIGWELL

1.0 TAJUK

Pengkaji telah memilih tajuk kajian berdasarkan tema Sejarah Sains dan Teknologi .
Tajuk kajian yang dipilih ialah Perkembangan Teknologi Penanaman Nanas di Kampung
Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian, Johor pada tahun 2012 hingga 2022.

2.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perkembangan teknologi penanaman Nanas
di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian , Johor . Asal usul nanas ini dipercayai
berasal dari bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada
abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah,
pada tahun 1921 Nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman
kontan. Tanaman Nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di
kawasan tanah gambut terutamanya di Johor.

Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama Nanas dunia selain daripada
Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia,
India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi
di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi
Eropah, Asia Barat dan Singapura.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan berdasarkan 2 objektif yang boleh dijadikan panduan semasa
menjalankan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis perkembangan
teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman Nanas dari tahun 2012
hingga 2022.

Selain itu , kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran semasa
menanam Nanas . Ini kerana , dalam tempoh kajian dari tahun 2012 hingga 2022 didapati
pelbagai cabaran yang dihadapi bagi penanaman Nanas .

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat dua permasalahan yang ingin dikaji. Permasalahan kajian yang
pertama ialah apakah jenis dan bagaimana perkembangan teknologi yang digunakan
untuk meningkatkan hasil tanaman Nanas . Justeru , kajian ini memiliki signifikan kerana
ia dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai teknologi yang digunakan supaya
hasil tanaman dapat menghasilkan baka yang berkualiti dan bermutu.

Persoalan lain yang cuba dirungkaikan dalam kajian ini juga termasuklah mengenal pasti
apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi penanaman Nanas sejak memulakan
penanaman Nanas sepanjang tempoh kajian ini. Oleh itu , persoalan ini menarik untuk
dikaji bagi membolehkan masyarakat luar dapat mengetahui terlebih dahulu sebelum
memulakan kegiatan perniagaan dan perdagangan dalam bidang pertanian.

5.0 SKOP KAJIAN

Pada amnya terdapat tiga aspek yang terangkum dalam skop kajian ini. Skop yang
pertama adalah di kawasan kajian ( geografikal). Dalam aspek ini , kajian ini berfokus di
daerah Pontian, Johor iaitu di Kampung Parit Panjang , Ayer Baloi . Ia adalah sebuah
petempatan yang majoriti penduduknya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan
pertanian.

Dari segi tempoh masa kajian , kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2012 sehingga
2022. Tempoh kajian selama 10 tahun ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut
berlaku perkembangan teknologi penanaman Nanas di Kampung Parit Panjang, Ayer
Baloi, Pontian, Johor .

Manakala dari segi aspek kajian (fungsional) , terdapat dua isu yang dikaji. Kajian yang
menjadi fokus iaitu tertumpu kepada jenis perkembangan teknologi penanaman Nanas di
Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Malahan , penelitian terhadap
cabaran-cabaran yang dihadapi bagi penanaman Nanas sepanjang tempoh kajian dari
tahun 2012 hingga 2022.

6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan perkembangan
penanaman nanas. Antaranya :

1. Loo , Zilin (2011) Penanaman dan industri nenas di Pontian, Johor: Satu
penelitian sejarah 1950an-1990an, Undergraduates thesis, University of Malaya.
Bertujuan menerangkan faktor-faktor penanaman nanas di Pontian dan kegunaan
nanas serta perubahan dari peralatan tradisional kepada teknologi kejenteraan.

2. Nor Azura Md Amin , “Industri nanas maju, dinamik” , Sinar Harian , 18 Nov
2020. Akhbar ini menjelaskan peranan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
(LPNM) bagi mempergiatkan usaha untuk menjadikan sektor penanaman nanas
lebih moden dan dinamik menerusi pelbagai program dan bantuan.

3. Anim Hosnan, Teknologi 'TEM' dan nenas , March 29, 2018. Bertujuan
menerangkan penggunaan teknologi TEM terhadap beberapa jenis tanaman bagi
meningkatkan hasil tanaman.

7.0 KAEDAH KAJIAN

7.1 Bagi menghasilkan karya ilmiah ini , penulis menggunakan tiga kaedah untuk
mendapatkan maklumat. Pada mulanya , penulis menggunakan sumber lisan.
Dalam kaedah ini , penulis mendapat maklumat melalui temu bual . Soalan-soalan
telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang
terlibat dalam temubual adalah Encik Mohammad Syazwan iaitu Pengusaha
Nanas sendiri di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Maklumat
yang diperolehi telah dirakam dan dicatat.

7.2 Selain itu, penulis juga menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan . Kaedah
ini digunakan bagi mendapatkan maklumat dari sumber primer dan sumber
sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah melalui internet serta
perpustakaan tempatan. Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod-rekod dan
maklumat berkenaan teknologi penanaman.

7.3 Kaedah yang terakhir ialah kaedah kerja lapangan, di mana pengkaji akan melihat
dengan sendiri perkembangan teknologi penanaman nanas di Kampung Parit
Panjang, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

8.1 Pendahuluan
8.2 Jenis perkembangan teknologi bagi penanaman Nanas
8.3 Kaedah penggunaan teknologi bagi penanaman Nanas
8.4 Perkembangan teknologi baja bagi penanaman Nanas
8.5 Cabaran pengguna teknologi bagi penanaman Nanas
8.6 Langkah pengurusan dan kawalan penyakit Nanas
8.7 Kesimpulan

9.0 PENUTUP

Penulis berharap dengan kajian ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu tentang
perkembangan teknologi penanaman Nanas di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi,
Pontian,Johor. Selain itu, ia juga dapat memudahkan orang ramai memperolehi maklumat
tambahan berkaitan teknologi penanaman Nanas yang sedang berkembang ini.

10.0 BIBLIOGRAFI

1) Sumber Primer

Pengkaji telah membuat lawatan ke lapangan iaitu berdekatan kawasan penanaman Nanas
di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi yang terletak di Pontian, Johor.

2) Sumber Sekunder

Artikel dalam Jurnal dari Internet

1) Portal rasmi , Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia


( http://www.mpib.gov.my/ )

2) Loo , Zilin “ Penanaman dan industri nenas di Pontian, Johor: Satu penelitian
sejarah 1950an-1990an , Undergraduates thesis, University of Malaya” (2011)
( http://studentsrepo.um.edu.my/11917/ )

3) Nurul Shamimi Abdul Ghani: Buletin Teknologi MARDI Bil. 30 (2022) Khas
Kolokium Pembaikbakaan Tanaman: 239 – 246
( http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/30/25-Nurul%20Shamimi.pdf )

Artikel Dalam Akhbar dari Internet

1) Nor azura md amin , Rencana : Industri nanas maju, dinamik , Sinar Harian ,( 18
Nov 2020 )
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/110708

2) Petah Wazzan Iskandar. (2019, November 26). Sasar nilai eksport nanas RM350
juta tahun ini, Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632239/sasar-nilai-eksport-
nanas-rm350-juta-tahun-ini

3) Siti Nurazlina Jamaludin. (Utusan, Disember 2016). Sasar jadi pengeluar nanas
terbesar negara. Utusan Malaysia
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/sasar-jadi-pengeluar-nanas-
terbesar-negara-1.416783#ixzz5TxxgLaLk

3) Sumber Lisan

Temubual

Nama : Encik Mohammad Syazwan


Umur : 24 tahun
Tempat Lahir : SHA
Pekerjaan :Sendiri
Pengalaman : Tanam Nanas
Tempat Temubual : Kg. Parit Panjang , Pontian
TEMU BUAL DENGAN PENGUSAHA NANAS DI KAMPUNG PARIT
PANJANG, AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR

Pengkaji : Selamat tengahari Encik . Kalau tidak keberatan, saya ingin


menemu bual encik mengenai perkembangan teknologi penanaman
nanas di Kampung Parit Panjang ini bagi tujuan menyempurkan
hasil kajian saya.
Encik : InsyaAllah, saya bantu apa yang mampu saja.
Pengkaji : Baiklah, saya mulakan soalan dengan bilakah penanaman nanas mula
wujud?
Encik : Mula wujud pada 2012
Pengkaji : Apakah jenis-jenis nanas yang ditanam?
Encik : MD2 ataupun Filipi bermaksud dua nama dalam satu buah nanas tetapi di
Malaysia mempunyai 20 jenis nanas yang ditanam tetapi MD2 paling bagus
Pengkaji : Bagaimanakah cara penanaman nanas dilakukan?
Encik : Caranya tidak susah , buat lubang dan terus tanam sahaja , tetapi jangka
hayat untuk tumbuh dalam setahun dua bulan saja. Cuma cara tanamnya
agak sukar kerana memerluakan Tarik tali untuk dijadikan line , lubang
dia berapa inci semua
Pengkaji : Apakah jenis teknologi yang digunakan untuk menanam nanas sejak
zaman dahulu sehingga kini?
Encik : Menggunakan mesin Kubota yang dibeli dari Jepun . Kegunaan mesin ini
untuk meratakan tanah , tarik buah dan banyak lagi
Pengkaji : Apakah baju yang digunakan dan kesan penggunaan bagi penanaman nanas?
Encik : Baja yaramila . Baja ini banyak kebaikan antaranya dapat menyebabkan
pokok tumbuh besar , bagi buah Nampak
Pengkaji : Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi menanam nanas?
Encik : Ada iaitu Sunburn pada buah nanas, tetapi terjadi hanya pada buah jenis MD2
sahaja. Istilah lain bagi sunburn ialah busuk kering. Selain itu, kalua terlebih
baja , tanaman akan menjadi rosak dan kulit menjadi pecah serta ia tidak
boleh dijual. Baja harus digunakan dengan seimbang , tidak boleh lebih
atau kurang .Seterusnya , kadang-kadang ada haiwan yang rosakkan nanas
salah satunya tikus dan musang
Encik : Nanas jenis MD2 paling ramai orang cari dan laku , disini juga salah satu
tempat Sultan Johor ambil buah
Pengkaji : Bagaimanakah seseorang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi
menanam nanas?
Encik : Kalau baja mestilah mengikut sukatan yang betul . Selain itu, bagi
mengelakkan nanas terkena sunburn (busuk kering) kena pakai topi tetapi
sesetengah tempat mereka memakai net hitam . Namun terdapat keburukan jika
memakai net hitam banyak iaitu mata tidak buka , buah menjadi masam
Pengkaji : Baiklah , terima kasih kepada Encik kerana telah memberi kerjasam dan
meluangkan sedikit masa dengan saya dalam berkongsi maklumat untuk
temu bual ini.
Encik : Sama-sama .
SOALAN BERKAITAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENANAMAN
NANAS

1. Nama :
2. Umur :
3. Tempat lahir :
4. Pekerjaan :
5. Pengalaman :
6. Tempat temubual :

1. Bilakah penanaman nanas mula wujud ?


2. Apakah jenis-jenis nanas yang ditanam?
3. Bagaimanakah cara penanaman nanas dilakukan?
4. Apakah jenis teknologi yang digunakan untuk menanam nanas sejak zaman
dahulu sehingga kini?
5. Bagi menanam nanas, baja apa yang digunakan dan kesan penggunaan baja?
6. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi menanam nanas?
7. Bagaimanakah seseorang menyelesaikan masalah di soalan (6) bagi menanam
nanas ?
Gambar 1 Gambar 2

Gambar 1 dan 2 : Sesi temu bual secara langsung di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi,
Pontian, Johor bersama Encik Syazwan , Pengusaha nanas sendiri.

Gambar 3 Gambar 4

Gambar 3 dan 4 : Menunjukkan teknologi traktor yang digunakan untuk menanam nanas.
Gambar 5 Gambar 6

Gambar 5 : Menunjukkan buah nanas mengalami sunburn (busuk kering)


Gambar 6 : Menunjukkan buah nanas memakai topi untuk mengelakkan terkena sunburn
(busuk kering)

Gambar 7 Gambar 8

Gambar 7 dan 8 : Menunjukkan ladang nanas yang diusahakan oleh Encik Syazwan di
Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian, Johor.

Anda mungkin juga menyukai