Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER 2 2021/2022

AS10203

PENGANTAR POLITIK EKONOMI ANTARABANGSA

PENSYARAH: DR. RIZAL ZAMANI IDRIS

NAMA NO MATRIKS
NAJMUDDIN BIN ALI BA21110688

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN......................................................................................................3
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN............................................................................7
CIRI-CIRI MERKANTILISM..................................................................................13
CABARAN MERKANTILISM..................................................................................17
KESIMPULAN.....................................................................................................19
RUJUKAN..........................................................................................................20

2
PENGENALAN
Perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah pada abad ke 16 adalah disebabkan

dengan dasar-dasar ekonomi negara tersebut. Bagi negara Eropah, dasar ekonomi

yang telah menjadi amalan mereka sejak awal abad ke 16 sehingga pertengahan

abad ke 18 dikenali sebagai dasar ekonomi Merkantilisme. Keruntuhan sistem

Feudalisme merupakan salah satu asbab kemunculan negara-negara bangsa. Hal ini

menyebabkan pemerintah negara-negara bangsa mula memperkukuhkan kekayaan

negara mereka melalui dasar Merkantilisme. Konsep Merkantilisme ini juga dapat

didefinisikan sebagai salah satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal

ekonomi negara.

Merkantilisme adalah satu teori dalami ekonomi yang meyakinkan bahawa

kemakmuran sebuah negara ditentukan dengan jumlah aser yang tersimpan di

dalam negara tersebut. Dan ia juga ditentukan dengan seberapa besarnya

perdagangan internasional yang dilakukan oleh sesebuah negara itu. Merkantilisme

ini juga dapat meliputi kepintaran sistem ekonomi nasional dalam sesebuah negara

yang bertujuan untuk mengumpul sebuah cadangan melalui keseimbangan

perdagangan positif, terutama bagi barang-barang yang melalui proses pembuatan.

Merkantilisme adalah perkataan yang berasal daripada bahasa latin dan hasil

daripada gabungan perkataan latin. “mercari” yang bermaksud perdagangan, “-ll”

yang bermaksud kualiti, dan imbuhan terakhir “-ism” yang bermaksud sistem.

Mengikut istilah bahasa inggeris pula, ia berasal daripada perkataan “merchant”

yang bermaksud pedagang. Merkantilisme juga adalah sebuah sistem ekonomi yang

3
berasaskan perdagangan dan eksport dan ia dikembangkan antara abad ke 16 dan

abad ke 18 di Eropah.

Menurut pandangan ahli sejarahwan, Robert (2008) merkantilisme dianggap sebagai

sebuah dasar yang penting dalam ekonomi internasional, Hal ini kerana ia

mempengaruhi pemikiran sistem paksaan sebagai sebuah dasar di negara Eropah.

Perkembangan merkantilisme ini dapat dikaitkan dengan kebangkitan negara-

negara moden di Eropah pada abad 16 sehingga abad 18. Antara hal lain yang dpat

diperhatikan dari dasar merkantilisme ini ialah semua kegiatan yang melibatkan

ekonomi harus ditentukan oleh negara. Dengan menekankan konsep kekayaan

sebagai komponen utama dalam sesebuah negara, para pedagang berpendapat

bahawa kegiatan ekonomi merupakan perkara yang sangat penting dan harus

melakukan proses yang menyeluruh bagi menentukan bagaimana dan di mana

sumber daya masyarakat. Secara amnya, merkantlisme harus dipandang sebagai

sebuah komitmen bagi membangun sebuah negara yang sejahtera.

Merkantilisme juga adalah sebuah teori ekonomi yang menunjukkan bahawa

kemakmuran dan kekayaan sesebuah negara itu dapat ditentukan melalui jumlah

modal atau aset yang mereka miliki serta menerusi jumlah perdagangan barangan

eksport di negara tersebut. Istilah merkantilisme ini diperkenalkan pertama kalinya

oleh Victor de Riqueti pada tahun 1763, lalu dipopularkan pada tahun 1776 oleh

Adam Smith. Dasar ini kemudiannya diikuti oleh beberapa tokoh antaranya Antonio

Serra dari Itali dan juga Thomas Mun Sir James Stuart dari Inggeris. Hal ini kerana,

mereka mendifinisikan Merkantilisme merupakan sebuah dasar yang menunjukkan

kebijaksanaan ekonomi dari negara-negara imperialisme seperti Inggris dan Belanda

4
untuk mengumpulkan sumber mineral seperti emas sebanyak-banyaknya. Hal ini

dapat diartikan bahawa sumber mineral ini dapat dijadikan sebagai ukuran kekayaan

dan kekuasaan sesebuah negara bagi mereka.

Dengan arti kata lain, semakin banyak bahan mineral yang dimiliki oleh sesebuah

negara, maka semakin kaya dan menyebabkan negara itu dapat memiliki kuasa yang

besar berbanding negara lain. Mereka juga percaya bahawa dengan kekayaan

sumber mineral, maka kesejahteraan negara mereka akan meningkat seterusnya

dapat meningkat kekuasaan negara mereka dengan mudah. Dan antara negara yang

pernah menggunakan dasa merkantilisme ini adalah Jerman, Perancis dan Belanda.

Dan pada akhir abad ke 16 sehingga abad ke 18, ajaran merkantilisme ini semakin

popular sehingga ia diajarkan di sekolah-sekolah di negara Eropah. Dasar ini juga

berupaya untuk meningkatkan kekuasaan negara mereka dengan mengorbankan

negara lain serta negara saingannya.

Merkantilisme juga telah menjadi pemikiran ekonomi yang berpengaruh di Eropah

semasa era renaissance iaitu pada awal abad ke 16. Dan antara teori tentang

Merkantilisme adalah melalui bentuk yang dikenalkan dari sistem ini iaitu

bullionisme, yang dimaksudkan sebagai kekayaan sesebuah negara ditentukan

melalui jumlah sumber mineral yang dimiliki. Hal ini dapat dibuktikan melalui

kawalan perdagangan emas di Venecia, Genoa dan Pisa. Hal ini kerana, seluruh

negara di Eropah mempercayai bahawa emas serta sumber mineral lain yang

berharga merupakan salah satu faktor kekayaan dan kekuasaan bagi sesebuah

negara. Dan salah satu faktor pendekatan dasar Merkantilisme di Eropah adalah

pada era Ratu Elizabeth. Hal ini disebabakan, Ratu Elizabeth telah mengeluarkan

5
sebuah Undang-Undang Perdagangan serta mengarahkan kepada angkatan

tenteranya supaya melindungi perdagangan dan perlayaran di Inggris. Dengan

pengeluaran Undang-Undang Perdangan, ia dapat melindungi serta menetang

empayar sepanyol dengan cukup efektif.

Bukan itu sahaja, di Perancis, Raja Louis ke-14 juga menerapkan merkantilisme yang

dicadangkan oleh Menteri Kewangannya, Jean Baptis Colbert. Dia juga menekankan

bahawa kejayaan serta kekuatan sesebuah negara merupakan perkara penting

berbanding kepentingan individu dan pedagang. Hal ini dapat disimpulkan bahawa

dasar ekonomi merkantilisme ini dapat mendirikan negara-negara nasionalisme yang

kuat di Eropah. Serta Merkantilisme juga dapat memonopoli perdagangan serta ia

juga dipercayai dapat memperluaskan lagi kawasan jajahan mereka. Beberapa kota-

kota Pelabuhan di Eropah seperti Sepanyol, Inggris dan Portugal mula berkembang

menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting sehingga kekayaan mereka mula

mengalir ke Eropa barat. Disebabkan kekayaan itulah setiap negara memperkuatkan

lagi angkatan tentera mereka dalam merangka strategi bagi melindungi serta

mempertahankan kepentingan negara mereka. Dan antara tokoh-tokoh

Merkantilisme yang terkenal di Eropah ialah Jean Baptis Colbert, Sir Josiah Child,

Thomas Mund, Sir William Petty, Von Hornich dan Jean Bodin.

Namun begitu, dasar Merkantilisme ini kian menghilang pada akhir abad ke-18. Hal

ini disebabkan munculnya sistem perdagangan bebas dan dikritik oleh para ekonomi

di Eropah.

6
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MERKANTILISME

Seperti yang dinyatakan di atas, Merkantilisme merupakan satu teori ekonomi yang

telah mempengaruhi negara-negara eropah pada awal abad ke 16 hingga akhir abad

18. Dan seperti dasar-dasar yang lain, Merkantilisme juga turut memiliki beberapa

kesan sama ada kesan baik atau kesan buruknya semasa menjalankan dasar ini

kepada sesebuah negara.

Antara kelebihan sistem Merkantilisme terhadap sesebuah negara ialah ia memberi

banyak peluang pekerjaan dalam sesebuah negara. Hal ini pertumbuhan negara

yang kian pesat akan memberi kesan yang tidak langsung kepada masyarakat.

Ramai dalam kalangan rakyat akan diberi peluang pekerjaan yang tetap serta dapat

membasmi peningkatan pengangguran dalam sesebuah negara tersebut.

Merkantilisme juga akan meningkatkan kegiatan keusahawanan dalam

negara.dengan lebih banyak perdagangan dan keuntungan diperolehi maka lebih

lebih ramai lagi usahawan yang akan mendapat hasil dan mempunyai kelebihan

dalam mengambil risiko bagi menjalankan perniagaannya. Bukan itu sahaja, para

usahawan juga juga dapat mengibarkan sayapnya untuk mengembangkan

perniagaannya serta menerokai negara-negara lain bagi mengaut keuntungan.

Kedua, mercantilism juga dapat mengekalkan kesejahteraan sesebuah negara. Hal

ini kerana Merkantilisme membawa akan membawa keuntungan dan kekayaan pada

7
sesebuah ngara dan hal ini telah membuka jalan bagi sesebuah negara untuk

memastikan kemakmuran negaranya terjamin. Dan tokoh-tokoh di Eropah juga

mempercayai bahawa dunia yang didorong oleh ekonomi dan kekayaan dapat

mengatasi segala-galanya. Hal ini wajar kepada mereka untuk memberi tumpuan

yang sepenuhnya kepada kegiatan penukaran, perdagangan dan perniagaan yang

menjamin keuntungan kepada negara. Mereka juga mempercayai bahawa semua

benda di dunia ini dapat dibeli dengan wang.

Seterusnya, kelebihan merkantilisme ialah menjadikan sesebuah negara itu lebih

kuat dan berpengaruh. Hal ini dapat dikatakan merkantilisme merupakan pengaruh

yang besar bagi sesebuah negara. Hal ini kerana, negara yang bergantung kepada

sistem barangan dan perkhidmatan akan berhutang dengan pelbagai cara. Negara

yang mengikut dasar merkantilisme ini mempunyai kelebihan dari segi sumber

kewangan dan ketenteraan yang lebih banyak berbanding negara yang tidak

mengamalkan dasar merkantilisme. Hal ini juga dapat mengekalkan hubungan luar

negara dengan lebih baik sama ada negara serantau atau global. Hal yang demikian,

dasar merkantilisme ini penting untuk mengekalkan kemakmuran serta usaha bagi

meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Akhir sekali, merkantilisme juga dapat mengembangkan ekonomi dalam sesebuah

negara. Hal ini kerana, Merkantilisme dapat membawa hasil perdagangan yang lebih

banyak, serta dapat membawa pertumbuhan dalam ekonomi yang subur dalam

negara. Perdangan merupakan sebuah kegiatan yang dapat menghasilkan

keuntungan yang banyak kepada negara. Oleh itu, berkat dasar merkantilisme ini,

kegiatan perdagangan akan meningkat dengan lebih banyak dan seterusnya dapat

8
mewujudkan kegiatan perindustrian. Contohnya perindustrian makanan yang

mengeksport makanan akan membawa keuntungan dari segi pertanian negara. Oleh

itu, setiap aspek industry atau ekonomi sesebuah negara akan mengakibatkan

keuntungan besar jika mengamalkan dasar Merkantilisme yang efektif dalam

sesebuah negara.

Walaupun dasar merkantilisme ini terbukti dapat menguntungkan ekonomi sebuah

negara sehingga hampir dilihat sebagai tidak memiliki sebarang kelemahan ke atas

dasar ini, namun, kelemahannya sangat banyak sehingga ia mudah menembusi

pencapaian yang diperoleh dalam jangka masa yang panjang.

Antara kekurangan merkantilisme yang dapat dilihat ialah kolionalisme. Kolonialisme

adalah salah satu kesan merkantilisme dan ia berlaku antara Amerika Syarikat dan

India. Pada awalnya, ia merupakan sebuah pasaran bagi produk siap dan sumber

bahan mentah. Namun, ia menjadi semakin buruk dari semasa ke semasa sehingga

penjajahan terus mengambil tempat pasaran mereka. Disebabkan ini, banyak

kebencian berlaku kepada negara-negara yang dahagakan kuasa dan juga pegangan

yang mereka pegang iaitu kekuasaan diukur melalui bahan mentah serta kekayaan.

Kebanyakannya, para pedagagng menganggap bahawa semua tanah jajahan

mereka adalah milik mereka tanpa mengira apa-apa pun. Pertukaran dan

perdagangan bukanlah satu penanda aras untuk kesejahteraan dan keharmonian

sesebuah negara. Namun, aspek kehidupan adalah perkara yang lebih penting bagi

mensejahterakan sesebuah negara. Merkantilisme ini mempunyai kesan buruk

sehingga dapat menimbulkan perselisihan berterusan di negara serantau.

Walaubagaimanapun, beberapa negara induk seperti Amerika Syarikat telah

9
menyuarakan pendapat mereka bahawa mereka akan mengawal ekonomi negara

mereka dengan mengorbankan negara jajahannnya.

Seterusnya, kelemahan merkantilisme adalah sumber bahan mineral yang terhad.

Hal ini kerana, bahan mentah akan sentiasa kehabisan saat tiba waktunya. Sama

ada digunakan secara berjimat atau tidak. Masih ada risiko yang besar untuk tidak

mendapat bahan mentah yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti di atas,

merkantilisme merupakan sebuah dasar yang berbangga dengan sumber mineral

dan bahan mentahnya sehingga dianggap sebagai pengukur kekayaan bagi negara

yang mengamalkannya. Oleh itu, dapat dikatakan sekiranya bahan mentah ini habis

maka keseluruhan ekonomi negara tersebut akan turun menjunam serta

kemungkinan pemasaran mereka akan gagal mengaut pendapatan.

Ketiga, merkantilisme ini juga merupakan sebuah pelanggaran hak asasi manusia.

Hal ini kerana sistem ini menumpukan sepenuhnya terhadap wang dan kekayaan

yang diperolehi oleh mereka sehingga lupa tentang hak asasi manusia. Dan jika hak

rakyat serta suara rakyat tidak dipedulikan, makai a sukar untuk menentukkan

kesejahteraan sesebuah negara tidak kiralah sama ada negara besar mahupun

negara kecil.

Keempat, dasar ini juga didapati banyak kekurangan dan kecacatan. Pertama,

memerlukan banyak usaha, masa dan wang bagi memindahkan produk dari satu

pasaran ke pasaran yang lain. Dan kos pengeluaran jauh lebih murah dalam negara

mereka. Walaubagaimanapun, para pedagang tidak mahu berbuat demikian kerana

ia kelihatan kurang menguntungkan bagi merka. Dan sekiranya barang itu dicuri

semasa dalam perjalanan memasarkan produk, negara akan menelan kos yang

10
banyak bagi mengganti barangan tersebut. Selain itu, penggunaan emas dan perak

semasa perdagangan juga merupakan salah satu kelemahan dasar ini. Hal ini

kerana, kebanyakan peniaga lebih sukamenggunakan emas dan perak semasa

proses jual beli. Dan kebanyakan orang cuba menerima penggunaan mata wang

dalam proses urus niaga namun penjual tidak terima sebarang pertukaran barang

atau urus niaga selain daripada emas dan perak. Dan hal ini menyebabkan huru-

hara kerana tidak ada emas atau perak yang mencukuo untuk mengekalkan urus

niaga dalam tempoh masa yang lama.

Seterusnya, mercantilism ini juga menyebabkan kebencian yang meluas. Hal ini

disebabkan, merkantilisme hamper tidak memberi perhatian dari segi kebajikan

kepada pekerja biasa terutamanya buruh. Walaupun peniaga terus memperoleh

kekayaan, pekerja sama sekali tidak berubah dan tetap bekerja sebagai bawahan.

Apabila hal ini berterusan, maka mereka yang berada di posisi bawahan ini akan

menimbulkan perasaan dendam terhadap mereka yang berada di kelas atasan.

Akibatnya, ia akan menimbulkan kekecohan dan pemberontakkan di dalam negara

yang meminta desakan untuk memerdekakan mereka. Tambahan pula, ia adalah

sesuatu yang sukar untuk mempunyai kuasa yang seimbang merentasi pelbagai

wilayah yang dimiliki sesebuah negara. Hal ini disebabkan setiap jajahan atau

negara adalah untuk mengatasi antara satu sama lain. Sekiranya ia belaku secara

terus-menerus, dalam jangka masa yang panjang, saingan akan menjadi tidak sihat

sehingga berlakunya perpecahan yang dianggap satu-satunya jalan penyelesaian.

Akhir sekali, merkantilisme juga tidak sesuai bagi sector yang berbeza. Hal ini

kerana, walaupun merkantilisme cuba dibuat dalam sector yang berbeza,

11
pendekatan ini telah terbukti sia-sia. Hal ini disebabkan, merkantilisme kelihatan

lebih memberi perhatian kepada pertukaran dan perdagangan. Menurut penyokong

dasar ini, langkah diambil bagi mengambil kesempatan daripada semua produk

daripada industri yang berbeza-beza. Selain itu, kerajaan juga memastikan ia tidak

mengganggu proses perdangan dan pertukaran. Ciriini terbukti sebagai tugas yang

amat sukar. Hal ini disebabkan sistem ini menjejaskan hak asasi manusia dalam

jangka masa yang panjang.

12
CIRI-CIRI MERKANTILISM

Antara ciri-ciri yang ada dalam negara yang mengamalkan dasar mercantilism

adalah kekayaan. Ini kerana, matlamat asas golongan merkantilisme adalah untuk

menjadikan negara mereka kuat serta mempunyai kuasa yang besar. Bagi mereka

kekuatan dan kekuasaan sevuah negara itu bergantung pada kekayaan negara,

terutama sekali pada bahagian kekayaan bahan mentah dan sumber galian mineral

seperti emas dan perak. Para penyokong merkantilisme ini dengan tegasnya

mempercayai bahawa emas dan perak adalah asas sebuah kekayaan dan kuasa. Hal

ini bertepatan dengan slogan para penyokong dasar ini iaitu “lebih banyak emas

lebih banyak kekayaan dan kuasa”. Dan semua kegiatan ekonomi di negara lebih

tertumpu pada kekayaan. Dalam hal yang demikian, golongan pnyokong

merkantilisme ini telah mendapat inspirasi pada zaman Yunani yang menganggap

kuasa dapat diartikan sebagai pengumpulan harta dan bahan mentah berharga

seperti emas dan perak.

Kedua, salah satu ciri-ciri merkantilisme ialah menganggap perindustrian dan

perdagangan merupakan salah satu cabang terpenting dalam ekonomi negara. Hal

ini kerana, mereka mahu meningkatkan kecekapan sumber produktif negara melalui

perindustrian dan perdagangan. Mereka juga percaya bahawa pertukaran dan

perdagangan adalah sebuah pekerjaan yang paling produktif. Dan mereka juga

menganggap sector pertanian merupakan pekerjaan yang paling kurang produktif

dan kurang menghasilkan keuntungan. Seterusnya, disebabkan mereka

13
mempercayai bahawa industri pembuatan lebih berakait dengan perdagangan, maka

mereka sudah pasti mendapat perhatian daripada kerajaan. Walaubagimanapun,

golongan merkantilisme ini tidak menganggap pertanian sebagai sebuah kegiatan

yang tidak penting, tetapi mereka Cuma menganggap pertanian tidak menyumbang

kekuatan kepada negara secara langsung.

Seterusnya, ciri-ciri merkantilisme yang lain dalah menggalakkan populasi yang

besar yang dapat menjadikan sesebuah negara itu lebih kuat dari segi ketenteraan

untuk meningkatkan jumlah keluaran produktifnya. Mereka jua percaya bahawa

bekalan buruh adalah murah dan memastikan kos pengeluaran tenaga pekerja

murah. Hal ini membolehkan sesebuah negara itu menjual komoditi mereka dengan

harga yang lebih murah di pasaran antarabangsa.

Keempat, penyokong merkantilisme ini akan menganggap negara yang mempunyai

kuasa tertinggi dapat mengawal aktiviti rakyat-rakyat di negara mereka. Hal ini

dapat disebutkan negara sebagai tuan, dan rakyat pula merupakan hamba.

Penyokong merkantilisme ini turut mempercayai bahawa campur tangan negara

perlu bagi menyelesaikan masalah masyarakat. Mereka juga mempercayai bahawa

untuk memastikan kemenangan dalam peperangan, sebuah negara yang

mempunyai kuasa yang kuat amat diperlukan. Dan hamper kesemua penulis

merkantilisme ini percaya bahwa bahawa disebabkan jumlaj sumber ekonomi di

dunia ini terhad, maka dasar ekonomi mesti dirangka untuk meningkatkan kuasa

negara. Akibatnya mereka harus mencadangkan dasar perlindungan.dan

perlindungan akan diberikan kepada industri kerana ia merupakan objektif pertama

14
mereka bagi mengekalkan kekayaan negara mereka dan untuk mengekalkan

keseimbangan bagi negara mereka.

Selain itu, antara ciri-ciri menrkantilisme ini alah mempercayai teori keseimbangan

perdagangan. Matlamat daripada teori ini adalah untuk mendapatkan jumlah bahan

mentah yang berharga dalam kadar yang banyak. Dan mereka menganggap bahawa

perdagangan asing merupakan salah satu cara untuk mendapatkan hasil galian yang

terbaik seperti emas dan perak. Hal ini kerana mereka percaya bahawa semua

negara yang tidak mempunyai lombong emas sendiri boleh menjadi kaya dengan

memperoleh emas dan perak menerusi perdagangan. Dan secara ringkasnya,

mereka menyokong keseimbangan dalam perdagangan. Hal ini kerana penyokong

merkantilisme ini menegaskan bahawa nilai barangan eksport harus mempunyai nilai

yang lebih besar melalui perdagangan import. Oleh itu, mereka menggalakkan

barangan eksport berbanding barangan import. Sehubungan itu, setiap pengeksport

akan dianggap sebagai kawan dan setiap pengimport akan dianggap sebagai musuh.

Walaubagaimanpun, teori merkantilisme dalam perdagangan luar ini tidak

mempunyai kesahihan pada zaman moden. Hal ini kerana, jika setiap negara

tmeneluarkan barangan eksport dengan lebih banyak, maka perdagangan

antarabangsa akan berakhir. Dengan imbangan umum perdagangan yang

dimaksudkan, ini dapat dimaksudkan sebagai keseimbangan perdagangan negara

dengan negara lain dan negara-negara tertentu.

Akhir sekali, penyokong merkantilisme ini turut mempercayai bahawa peraturan

komersial merupakan salah satu perkara yang penting bagi memaksimumkan

kegiatan kebajikan sosial. Tambahan pula, undang-undang komersial ini diluluskan

15
bagi menyekat sumber bahan makanan import. Walaubagaimanapun, tiada

peraturan dikenakan terhadapat import bahan mentah kerana ia diperlukan dalam

membangun perindustrian negara. Industri dalam negeri di dalam negara mereka

pula turut menyokong industri eksport yang akan menjamin keseimbangan

perdagangan yang produktif.

16
CABARAN MERKANTILISM

Di dalam era moden, merkantilisme telah diketepikan dan telah dianggap sebagai

dasar pemikiran yang kuno dan memberi pemahaman yang salah tentaang dasar

ekonomi. Akan tetapi merkantilisme yang mengorak cara yang berbeza dapat

mengatur hubungan antara negara dan ekonomi yang tidak kurang relevan sekarang

berbanding pada abad ke 18. Dan di dalam dunia moden, hal yang dapat dilihat

dengan jelas ialah penurunan nilai mata wang. Hal ini kerana pihak kerajaan

membeli asset mata wang asing untuk mengekalkan nilai tukaran yang rendah dan

menjadikan barangan eksport lebih berdaya saing berbanding berangan import.

Kedua, subsidi kerajaan yang memberikan keuntungan tidak adil terhadap sector

industri. Negara seperti China telah menawarkan subsidi yang disokong oleh

kerajaan untuk industri untuk lebih memfokuskan tentang bekalan keluli bagi

pemasaran barangan eksport yang menggalakkan negara lain bergelut untuk

bersaing. Dan hal ini menyebabkan kerajaan lebih memfokuskan kepada sesebuah

produk berbanding produk yang lain dan akan menimbulkan sikap tidak adil kepada

industri barangan lain.

Ketiga, antara cabaran merkantilisme di era sekarang ialah kekurangan bahan

mentah yang mencukupi. Negara kita iaitu Malaysianmengalami kekurangan bahan

mentah di dalam negara. Hal ini kerana bijih timah merupakan penyumbang utama

dalam ekonomi negara dan sector ini hanya berkembang sebanyak 2.9 peratus

berbanding sector ekonomi lain seperi perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.

17
Tambahan pula, ada juga yang menganggap bahawa sector perlombongan ini

merupakan pencemar alam sekitar dan memerlukan perlesenan yang ketat bagi

menjalankan sektor ini.

18
KESIMPULAN

Kesimpulannya, merkantilisme adalah sebuah dasar yang bertujuan bagi

membangun sebuah negara dan menguntungkan pelbagai individu. Dan secara

ringkasnya, dasar merkantilisme ini banyak menyumbang kekayaan pada negara

eropah serta ia juga meningkatkan penguasaan kuasa mereka ke atas tanah

jajahannya.

19
RUJUKAN

A. (2022). DEFINISI MERKANTILISME - PERBENDAHARAAN KATA - 2022. Dictionary

apps. https://ms.emsayazilim.com/definici-n-de-mercantilismo

Astro Awani. (2022, May 14). Pembangunan sumber Bumi berinovasi.

astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembangunan-

sumber-bumi-berinovasi-242808

Batubara, Ernawati. 2017. “Kebijakan Proteksionisme Amerika Serikat Terhadap

Republik Rakyat Cina.” Jurusan Ilmu Hubungan Internasional 110(9): 1689–99.

Editor in Chief. (2017, March 16). 5 Advantages and Disadvantages of Mercantilism.

ConnectUS. https://connectusfund.org/5-advantages-and-disadvantages-of-

mercantilism

kelebihan dan kekurangan merkantilisme - Brainly.co.id. (2015, September 28).

Brainly. https://brainly.co.id/tugas/3665325

Layne, J. (2020, October 3). 14 Crucial Mercantilism Pros and Cons. Ablison.

https://www.ablison.com/crucial-mercantilism-pros-and-cons/

Nailufar, N. N. (2021, July 27). Merkantilisme, Sistem Ekonomi Eropa Abad ke-16

Halaman all - Kompas.com. KOMPAS.Com.

20
https://www.kompas.com/stori/read/2021/07/27/160000779/merkantilisme-sistem-

ekonomi-eropa-abad-ke-16?page=all

Pettinger, T. (2019, December 4). Mercantilism theory and examples. Economics

Help. https://www.economicshelp.org/blog/17553/trade/mercantilism-theory-and-

examples/

Pettinger, T. (2019, December 4). Mercantilism theory and examples. Economics

Help. https://www.economicshelp.org/blog/17553/trade/mercantilism-theory-and-

examples/

21

Anda mungkin juga menyukai