Anda di halaman 1dari 3

Majlis Anugerah Kecemerlangan Asnaf

Teks Pengacara
Tentatif Teks Pengacara Catatan
Bismillahirrahmanirrahim.

Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,


Sayang Pesanan Terlupa Sudah,
1 Salutasi Majlis Bermula Tirai Dibuka,
Dengan Alunan Madah Yang Indah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YangBerusaha,
Puan Hajjah Rozanah binti Abdul Razak,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat.

Yang berusaha,
Tuan Haji Iskandar bin Yatiman,
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang berusaha,
Puan Hajah Honimah binti Banuri,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Berusaha,
Encik Shahrulrazi bin Omar
Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru serta murid-murid asnaf yang dikasihi


sekalian.

2 Kata-kata aluan Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat


Pencipta kerana di atas limpah dan kurnia-Nya, maka kita
diberikan ruang dan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di
Restoran Yaniez Steambot, untuk Majlis Majlis Anugerah
Kecemerlangan Asnaf SK Kanchong Darat.

3 Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Kalau Pergi Ke Tanjung Keramat,


Anak Manis Jangan Diangkat,
Bersama Kita Memohon Rahmat,
Moga Majlis Mendapat Berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
Al-Fadzil Ustaz ____________________________ untuk
memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Ucapan Guru Besar Hadirin yang dimuliakan,


Sebelum kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan
menyelerakan, kita ke acara yang selanjutnya.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya


menjemput

Yang Berusaha Puan Hajjah Rozanah binit Abdul Razak,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat,

untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan penuh tunduk


kasihnya, dipersilakan.

 Cue: setelah ucapan selesai.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Hajjah


Rozanah binti Abdul Razak atas ucapan yang diberikan.

5 Jamuan Makan Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara,
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.

6 Penyampaian Alhamdulillah kita telah dapat menikmati hidangan yang


Anugerah disediakan, harap semua berpuas hati dengan jamuan yang
Kecemerlangan Asnaf dihidangkan.

Hadirin sekalian.

Mengail ikan di tepi sawah,


Umpan dimakan ikan sembilang
Kini tiba majlis penyampaiah anugerah
Kepada mereka yang cemerlang.

Dengan itu, majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah


Kecemerlangan Asnaf kepada murid-murid asnaf.
Majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang berusaha Tuan Haji Iskandar bin Yatiman, Penolong
Kanan Pentadbiran untuk mengiringi dan mempersilakan Yang
berusaha Puan Hajjah Rozanah binti Abdul Razak Guru Besar
SK Kanchong Darat, untuk menyempurnakan majlis.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Ikon Asnaf
 Pra Sekolah
 Tahun 1
 Tahun 2
 Tahun 3
 Tahun 4
 Tahun 5
 Tahun 6

Kita teruskan dengan penyampaian


 Anugerah Akademik
 Anugerah Sukan
 Anugerah Uniform
 Anugerah Kehadiran

 Cue: setelah penyampaian anugerah selesai.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan guru


besar atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

7 Penutup Hadirin sekalian

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka


berakhirlah majlis Anugerah Kecemerlangan Asnaf bagi tahun
2019 pada hari ini.

GUGUR MENGUNING BUAH KUINI,


MENGHIJAU POHON SUBUR DIBAJA,
MAJLIS KITA BERAKHIR DI SINI,
SALAH DAN SILAP LUPAKAN SAJA
SEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFI
SEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAI

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI


KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI
SEMOGA PERSAHABATAN TERSIMPUL RAPI.
MUDAH-MUDAHAN KITA BERJUMPA LAGI.

Pihak majlis merakamkan sekalung ucapan terima kasih atas


kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung bagi memastikan acara petang ini
berlangsung dengan jayanya.

Sekian, Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai