Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGERUSI MALIS LAWATAN PENANDA ARAS NIBT PRASEKOLAH

PERKARA TEKS
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafakkan rasa


UCAPAN ALUAN kesyukuran kepada Rabul Izzah Tuhan Yang Esa, kerana
dengan izin serta rahmatNya, dapat kita meluangkan masa
berlapang dada, berada dalam majlis yang penuh bermakna
pada pagi ini.

Mengukir senyum seindah hari,


Menapur sirih pinang dihidang,
Agar keramaian semakin berseri,
Menghulur salam tetamu diundang.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke SK Permatang Badak dalam Perkongsian
Amalan Terbaik Inovasi NIBT iaitu Nyanyi, Ingat, Baca dan
Tulis bagi Prasekolah Sekolah-sekolah Kluster 8 Pejabat
Pendidikan Daerah Kuantan 2023.
Hadirin sekalian,

Sebelum layar kita labuhkan,


Sebelum tirai kita singkapkan,
BACAAN DOA Doa dipanjat pohon keberkatan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha


Penyayang, Dengan Limpah KurniaNya, marilah bersama-
sama memohon taufik dan hidayah, memohon restu agar
perkongsian ilmu antara kita pada hari ini diberkati.

Dengan itu ipersilakan Ustaz


untuk menzahirkan bacaan
doa.
*Bacaan Doa*

Terima kasih diucapkan kepada


atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita sentiasa
mendapat berkat dan rahmat dari Ilahi.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,


SIDANG MAJLIS YANG DIHORMATI

UCAPAN ALUAN Di sini ada guru yang tekun berusaha,


GURU BESAR Di sini ada ketua yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pendidik yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.
TEKS PENGERUSI MALIS LAWATAN PENANDA ARAS NIBT PRASEKOLAH

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Encik Azmi bin Lateh Guru Besar SK
Permatang Badak untuk menyampaikan kata aluan.
Dipersilakan.

*Ucapan*
Terima kasih diucapkan kepada
Encik Azmi bin Lateh, diatas ucapan itu tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis seterusnya menjemput
PEMBENTANGAN Cikgu Zubaidah bt Mohaidin bagi menyampaikan informasi dan
NIBT perkongsian berkaitan NIBT. Dipersilakan.
*Ucapan*

Terima kasih diucapakan kepada


Cikgu Zubaidah bt Mohaidin di atas maklumat yang
disampaikan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati sekalian,


CENDERAHATI Jangan kita bersikap malas,
Buangkan juga sifat berangan,
Kami memberi tidak minta dibalas
Hanya untuk kenang-kenangan
Dijemput tuan guru besar untuk menyampaikan
cenderamata kepada tetamu kita pada pagi ini
Dipersilakan….
Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka
selesai sudah program kita pada hari ini. Majlis
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas kesudian tuan/puan ke sekolah
kami.
JAMUAN Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka selesai
sudah majlis kita di sini. Sekali lagi, warga SK Permatang
Badak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kerana memilih sekolah kami sebagai destinasi
lawatan.

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
**DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK MELAWAT KE KELAS
PRASEKOLAH DAN SETERUSNYA MENJAMU SELERA DI
BILIK GALERI.

Anda mungkin juga menyukai