Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG 2015

Bismillah Alhamdulillah wassolatuwassalam


Assalamualaikum w.b.t.
Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat SK. Pengerang tahun 1436 H,
bersamaan 2015 Masihi.
Pergi ke pengerang membeli ikan,
Ikan dimasak di atas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang teramat tinggi..
1. Yang berbahagia .
2. Yang di hormati
3. Yang berusaha .
..
..
Murid-murid SK Pengerang yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan
limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal,
didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan
Gemilang SK Pengerang bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2015.
bersamaan dengan 1436 hijrah.
Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita
kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan
silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1436 Hijrah; PERPADUAN
NADI TRANSFORMASI NEGARA.
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan
agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz ......
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,


Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Seterusnya, majlis mempersilakan GPK untuk menyampaikan ucapan.
Terbang melayang si anak kedidi, Terima kasih . atas ucapan sebentar tadi.
.

KUIZ SPONTAN
Dijemput Ustaz untuk menyampaikan hadiah kepada yang menjawab dengan tepat.
PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI
Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan
upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan __________________ (Penolong Kanan 1),
untuk mengiringi __________________ (GB), dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________________ (GB) di atas kesudian menyampaikan cenderahati
sebentar tadi.
Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan (nasyid, hakim pertandingan dan lain-lain).
Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi YDP PIBG__________________ ,
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan
rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur
Rasul peringkat SK PENGERANG
Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah, dipersilakan.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al Asr.

Anda mungkin juga menyukai