Anda di halaman 1dari 1

Cara ringkas untuk solat jenazah. Belajar lah wahai lelaki.

Apakah kau tak malu


apabila tak pandai nak solat jenazah untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk
mak atau ayah bila meninggal. Itu sahaja lah penghormatan terakhir buat insan
yang membesarkan dan menjaga kita.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana
Allah Taala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana
mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah
jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia
jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Anda mungkin juga menyukai