Anda di halaman 1dari 15

Munyatul Musolli & 8ahjah Mardhiah (Versi Bah asa Malaysia)

Bahjah Mardhiah
(Versi Bahasa Malaysia)

Ini adalah risalah yang bernama al-Bahjah al-Mardhiah yang menyatakan


bahawa ma'mum dima'afkan menyalahi imamnya, karangan Tuan Syeikh
Daud Bin Abdullah al-Fatoni semoga Allah mengampuninya dan sekalian
orang Islam. Ya Allah ! Perkenankanlah.

(Dengan nama Allah Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang)

Dengannya kami mohon pertolongan .


.JI 0 ,., ..
.: . ,( tJ I ~:,: i LJ -.;;~ u I~:': tJ I ~:,: i LJ ~~ i ~..iJ I J.J ~1
~ .... .... .... .... ....

( Pujian itu bagi Allah Tuhan yang menjelaskan kepada kita segala
pekerjaan yang disuruh dan menj elaskan juga segala perkara yang
dilarang.)

(Dan diangkat daripada kita segala perkara yang dimusykilkan dan segala
hukum yang kesamaran) .

( Rahmat Allah dan salamNya ke atas Penghulu kita yang membawa


penjelasan kepada kita dan ke atas sekalian keluarga dan Sahabatnya
yang mempunyai 'karamat ,).

Seterusnya, sebahagian daripada saudara saya yang saya tidak dapat


membelakangi permintaan mereka, mendesak saya supaya

[ 112)
Munyatul Musolli & 8ahiah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

menterjemahkan beberapa masalah yang dima'afkan ketinggalan


ma'mum yang muafiq daripada imamnya dan yang tiada dima'afkannya.
Maka saya selaku 'faqir' kepada Allah, menunaikan pernintaan mereka,
kerana ada Hadis yang menyebut: ilillS";,;J1 ~ JI:Ul
-
( Orang yang menunjukkan kepada kebaikan itu seperti orang yang
mengerjakannya).

Risalah ini adalah syarah bagi syaer 'Alim Allamah Muhaqqiq' Syeikh
Azizi, yang sangat teratur dan sangat nyata maksudnya serta ringkas
perbicaraannya. Kandungan perbicaraannya dilakukan oleh 'Alim
Allamah' Syeikh Muhammad Soleh Bin Syeikh Ibrahim Raiis, yang
dirahinati Allah. Sangat banyak manfa'atnya bagi kebanyakan orang Islam
dan juga bagi golongan tertentu.

Maka saya se laku 'faqir ' kepada Allah Ta'ala hendak'


menterjemahkannya kepada bahasa Melayu supaya dapat memberi
manfa'at kepada orang yang tidak mengetahui bahasa Arab. Jika hamba
bukan ahli dalam bidang ini, hamba selaku 'faqir' kepada Allah yang maha
mulia, berpegang kepadaNya jua, supaya diberi petunjuk kepada yang
betul jua.

~I ~I JJ~ ~I ~( ...;; c.~ ( Tiada


apa-apa petunjuk
kepadaku kecuaTi daripada Allah yang maha tinggi /agi maha besar).

Terjemahan ini aku namakannya:

'" "
,'Jt.S") ;';)0 iC._~1 .;- i~UI :-pI;'; ;~ ~ • ~..;;,:;JI ~l

(Kecantikan yang disukai • Pada mema'afkan ma'mum 'menya/ahi'imam


.ti:,.,,1-
dengan tiga rukun yang panjang).

[ 113]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah {Versi Bah asa Malaysia}

Syeikh Azizi r.a .. tuan punya syaer ini berkata:

>:°rl.jlS)
, ~'jJ ~ J:> * ~~ L..~ :S..JJ l1:::O 2 ~i
(Jika kamu ingin mengetahui secara pasti yang dim a 'a fka n di sisi syarak
sehingga dibenarkan kepada tiga rukun).

Menurut syarahnya, jika seseorang itu ingin mengetahui dengan lebih


mendalam dan pasti berkenaan orang yang ·muafiq', iaitu ma'mum yang
'muafiq' imamnya pada syarak, yang dibenarkannya ketinggalan hingga
tiga rukun yang panjang daripada imamnya, iaitu rukuk, sujud pertama
dan sujud kedua. Manakala rukun yang pendek ialah seperti iktidal,duduk
antara dua sujud , duduk dalam tasyahhud awal dan duduk istirahat.

Ta'arif Orang Muafiq

Dikehendaki dengan orang muafiq ialah orang yang mendapat masa yang
mencukupi bersama qiam imamnya, untuk membaca Fatihah dengan
kadar bacaan orang yang pertengahan, bukan dengan kadar bacaan
sendiri dan bacaan imamnya. Maka sesiapa yang mendapat masa yang
tersebut di dalam qiam imamnya, sama ada pad a raka'at pertama atau
lain-lain , maka dinamakannya orang muafiq dan dima 'afkannya
ketinggalan tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Jika orang muafiq
itu selesai membaca Fatihah dan ia sempat rukuk sebelum imamnya
masuk kepada rukun yang ke empat, seperti membaca tasyahhud akhir
atau berdiri kepada qiam, walau pun sebelumnya imam mendahului
dengan duduk istirahat atau perkara yang menyerupai rukJn seperti duduk
bagi tasyahhud awal, maka ma'mum itu dapat raka'atnya dan hendaklah
ia meneruskan tertib sembahyang dirinya.

Dan jika imam sudah masuk kepada rukun yang keempat seperti
ia berdiri sampai kepada had qiam , yang sudah layak untuk membaca
Fatihah atau ia duduk pada had yang layak untuk membaca tasyahhud
akhir, sedangkan ma'mum yang muafiq itu belum lagi sempuma membaca
( 114]
Munyatul Musolli & 8ahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

Fatihahnya, maka luputlah raka'at itu bagi ma'mum tersebut dan tiada
lagi dibenarkan mengerjakan tertib sembahyang dirinya kerana sudah
luput raka'atnya. Kini ma'mum tersebut diberi pilihan antara dua pekerjaan,
sama ada ia memilih untuk mendapatkan rukun di man, imam berada
padanya, seperti pada qiam atau tasyahhud akhir supaya ~;embahyangnya
tidak batal, dengan itu Fatihahnya dan juga kerja-kerja tertib sembahyang
dirinya hendaklah ditinggalkan, kerana sudah luput raka'atnya dan
hendaklah ditambah satu raka'at lagi selepas salam imamnya, atau pun
ia memilih untuk meniatkan 'mufaraqah' daripada imamnya, ketika itu ia
hendaklah mengerjakan tert ib sembahyang dirinya dan rak a'at itu
dimasukkan dalam bilangan raka'atnya.

Sesungguhnya penyusun syaer yang dirahmati Allah, telah


menyebut lapan masalah dalam syaemya. Lima masalah pertama tiada
berlaku khilaf padan\'a, di kalangan ulama Mutakhirin dan tiga masalah
lagi berlaku khilaf padanya, di kalangan mereka , CUrT~a tinggal satu
masalah yang ke sembi Ian yang berlaku khilaf padanya. yang kita akan
bicarakannya di belakang nanti, insya' Allah Ta'ala.

Sembilan Sebab Jadi Muafiq

Dan kata penyusunnya pula:


, ~

~ 4J ;;O~ 1) :;.; d:. ~ i


(Orang yang fambat membaca kerana kelemahannya, atau syak adakah
dia sudah membacanya, atau orang yang lupa membacanya).
Kata pensyarahnya: Penyusun telah menyebutkan pada bait ini tiga
masalah orang yang dima'afkannya.

Masalah pertama : Orang yang lambat membaca kerana keadaan


kejadian dirinya, bukan lambat kerana was-was, tetapi jika lambat kerana
was-was tidak dibenar menggugurkan apa-apa bacaan daripada Fatihah,

[ 115]
Munyatu! Musolli & Bahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya. Orang itu


akan mendapat raka'at tersebut jika ia dapat menyempumakan Fatihahnya
sebelum imam sujud. la diwajibkan meniatkan 'mufaraqah' sekiranya gagal
menyempurnakan Fatihah sebelum imam sujud , jika tidak diniatkan
mufaraqah batallah sembahyangnya. Dan sayugianya bagi orang yang
was-was, yang pada pandangan orang ramai dikira sebagai kejadian
yang tidak dapat ditinggalkannya, hendaklah dikira seperti orang yang
lambat dalam gerakgerinya sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Ibni
Hajar dalam kitab Tuhfah.

Masalah kedua: Orang yang syak ketika imam sudah rukuk dan dia belum
lagi rukuk, adakah ia sudah membaca Fatihah atau belum , maka wajib
dibaca Fatihah dan dima'afkan ketinggalan tiga rukun tersebut.

Masalah Ketiga: Orang yang lupa membaca Fatihah sehingga imamnya


rukuk dan dia belum lagi rukuk, lalu teringat bahawa ia belum lagi
membaca Fatihah, maka wajib dibacanya dan dima'afkan ketinggalan
tiga rukun yang panjang.
Perbezaan masalah ini dengan masalah sebelumnya, ialah masalah yang
dahulu itu ia mengesyaki, adakah sudah baca Fatihah atau belum ,
sedangkan masalah ini ia yakin tidak membaca Fatihah.
Jika mengesyaki atau t8l"ingat sesudah ia dan imamnye rukuk, maka ia
tidak dibenarkan lagi kembali membaca Fatihah, sE'baliknya mesti
berkekalan mengikut imam dan wajib ditambah satu raka'at lagi selepas
salam imamnya. Dan jika mengesyaki adakah ia sudah membaca
Fatihah atau belum atau teringat bahawa dia belum lagi membaca Fatihah,
sedangkan ia sudah rukuk, tetapi imam belum lagi rukuk , kemudian baru
rukuk , maka diwajibkannya kembali kepada qiam dan membaca Fatihah
dan dima'afkannya ketinggalan hingga tiga rukun yarg panjang , seperti
yang disebut dalam kitab Tuhiah.

[ 116]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

Kata penyusunnya:

~ ~~~I ~ :;.~, * :fiJI ~~~"tl ';WI;'~-,


~ ~ ~ ~ ~

(Hendaklah dikira orang muafiq bagi mereka yang mementingkan


sunat(membaca doa iftitah) dan menunggu 'saktah '(diam) imam hingga
tidak sempat membaca Fatihah)
Maka kata pensyarahnya, penyusun telah menyebut dalam bait ini dua
masalah yang dima'afkan ketinggalan tiga rukun, pertamanya ialah:

Masalah Keempat: Orang muafiq yang meninggalkan Fatihah kerana


mementingkan bacaan doa iftitah, tiba-tiba imam rukuk sebelum ia
membaca atau menamatkan bacaan Fatihah, maka dima'afkan dia
meninggalkan tiga rukun yang tersebut. Dalam bait tersebut penyusun
telah menyebut orang 'muafiq' supaya terkecuali orang 'masbuq' yang
mementigkan bacaan sunat daripada Fatihah . H·jkumnya akan
dibincangkan kemudian , insya' Allah Ta'ala.
Dan keduanya ialah :

Masalah Kelima: Orang muafiq yang menanti 'saktah' imamnya kerana


ingin mendapat sunat membaca selepas Fatihah imamnya, tiba-tiba saktah
itu tiada, bila selesai Fatihah imam terus rukuk atau membaca surah yang
amat pendok sehingga tidak sempat membaca Fatihah atau
menyempurnakannya. Maka dima'af!<an ketinggalan tiga rukun tersebut.
Maka kelima-lima rupa masalah ini dima'afkan bagi orang muafiq
ketinggalan tiga rukun yang panjang dan tiada khilaf dikalangan sekalian
ulama Mutakhirin .

Kemudian kata penyusun lagi :

(Ma'mum yang tertidur da/am tasyahhud akhir atau ma'mum yang


'muqtadi' (~J -:.'0'. ) yang keliru dengan takbir imamnya bagi
qiam).
[ 117]
Munyatul rAusolli & 8ahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

Kata pensyarahnya, penyusun r.a. masuk pula kepada menyebut


beberapa masalah yang khilaf. Dan pada bait ini disebut dua masalah,
iaitu:
Masalah Keenam dan Ketujuh : Pertamanya: Seorang ya ng
bersembahyang yang tertidur dalam tasyahhud awal dengan ietap dua
punggungnya pada tempat duduk, tidak terjaga dari tidurnya melainkan
di akhir qiam imamnya atau sesudah ia tunduk rukuk. Keduanya : Orang
yang 'muqtadi' yakni ma'mum mendengar takbir irnamnya bagi qiam ,
tetapi disangkanya bertakbir untuk duduk tasyahhud , maka ia dud uk bagi
tasyahhud, kemudian imam bertakbir untuk rukuk, ia menyangka imam
bertakbir untuk qiam dari tasyahhud awal , kemudian ia sedar bahawa
takbir imam itu sebenarnya bagi rukuk. Dua rupa masalah ini berlaku
khilaf antara Syeikh Ibni Hajar dan Syeikh Syihab Ramli. Menurut Syeikh
Syihab Ramli ia dianggap orang muafiq jua, dima'afkan ketin(,Jgalan tiga
rukun yang panjang. Dan menurut Syeikh Ibni Hajar pula masalah ini
dihubungkan dengan orang yang masbuq, maka tiada mesti baginya
membaca Fatihah melainkan sekadar yang dapat dibaca jua dan wajib
mengikut imamnya seperti orang masbuq , jika dapat ru kuk bersama imam
dengan toma 'ninah sebelum dia mengangkat ke pala dari rukuknya ,
dapatlah raka'atnya dan jika tidak, tidak dapatJah raka,atnya seperti yang
akan dibica rakannya.

Masalah Kelapan: Kemudian penyusun men yebut masalah yang


ke lapan(iaitu masalah yang ketiga daripada masalah yang ada kh ilaf
padanya) dengan katanya:

f~G ~ rG flo: ~ * C/&'·:II ~ :S}JI 1J5


( Demikian juga orang yang hendak menyempurnakan tasyahhud
awa/nya se/epas imam bangkit darinya untuk qiam).
Kata pensyarahnya: Rupa masalah ini ialah , ma'mum duduk bersama
imam membaca tasya hhud awal. Manakala imam bangu n darinya untuk
qiam, ma'mum tidak ikut imamnya kerana ingin menyempurnakan

[ 118]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Varsi Bahasa Malaysia)

tasyahhud awalnya. Bila dia bang kit berdiri betul didapati imam sedang
rukuk atau hampir rukuk .
Maka kata Syeikh Syihab Ramli ia dihubungkan kepada orang muafiq jua
dan dima'afkannya ketinggalan tiga rukun yang panjang . Dan kala Syeikh
Ibni Hajar pula, ia sama dengan masalah orang yang ketinggalan dengan
keliadaan ma'af, maka tiada dima'afkan dia, melainkan dia orang muafiq,
tetapi ia meninggalkan membacanya dengan sengaja maka tiada
dima'afkan ketinggalan tiga rukun. Jika ia dapat menyempurnakan Fatihah
dan rukuk sebelum imam turun kepada sujud dapatlah raka'atnya, dan
jika tidak dapat sempurnakan Fatihah sebelum imam turun kepada sujud ,
hendaklah ia berniat 'muf3.raqah' kemudian ia lakukan tertib sembahyang
dirinya. Jika ia menyalahi yang demikian batallah sembahyangnya.
Kernudian penyusun yang dirahmati Allah Ta 'ala mengisyaratkan tiga
masalah yang terkemudian yang khilaf itu dengan katanya:

(Bila engkau mengetahui apa yang berlaku padanya janganlab engkau


lupakan, khilaf pada tiga masalah terakhir adalah nyata).
Dan pensyarahnya menyebut: Sesungguhnya engkau telah mengetahui
apa yang terdapat padanya maka janganlah engkau lupakan.

Masalah Kesembilan: Dan dihubungkan kepada aturan dua masalah


yang pertama daripada t:ga masalah itu serta masalah yang ketiga yang
berlaku khilaf padanya ialah masalah orang yang lupa bahawa ia
mengikut imam , umpamanya ketika ia di dalam sujud, kemudian ia
teringat bahawa dirinya adalah ma'mum, bila ia berdiri daripada sujud
didapati irnamnya telah rukuk atau hampir hendak rukuk. Maka kata
'Allamah Syeikh Syihab Ramli: "Hukumnya adalah seperti orang muafiq
juan dan kata "Allamah Syeikh Ibni Hajar : "Hukumnya seperti orang
masbuq". Inilah semuanya, hukum bagi orang muafiq.

[ 119]
-
Munyatul Musolll & Bahjah Mardh lah (Versl Bahasa Malaysia)

Hukum Orang Masbuq

Sekarang masuk pula kepada membicarakan hukum orang 'masbuq'.


Orang masbuq adalah lawan orang muafiq. laitu orang yang menjadi
ma'mum kepada seorang imam, tetapi tidak memperoleh masa yang '
memadai untuk membaca Fatihah dengan kadar pertengahan , bukan
dinisbahkan kepada bacaan dirinya dan bukan juga dinisbahkan kepada
bacaan imamnya, sarna ada imam berada pada raka'at yang pertama
atau raka'at yang lainnya, kerana masbuq boleh berlaku pad a tiap-tiap
raka'at dalam empat raka'at.

Sebab 8erlakunya Masbuq

Pertama: Seseorang boleh terjadi masbuq seperti disebabkan berlakunya


kesesakan atau lambat dalam gerakgerinya.
Kedua: Setengah daripada orang masbuq itu adalah orang muafiq yang
telah lalu, yang disebabkan terpaksa mengerjakan mengikut tertib
sembahyangnya, tiba-tiiJa bila dia bangun untuk qialT' didapati imam
telah rukuk atau hampir kepada rukuk,. maka ia dihukumka.n sebagai orang
masbuq jua.
Ketiga: Dan setengah daripada ma'mum yang dihukumkan sebagai
masbuq itu, adalah disebabkan perlakuan kebanyakan imam, yang
mempercepatkan bacaan sehingga ma'mum yang berdiri daripada sujud,
tidak dapat membaca Fatihah dengan sempurna dalam qiamnya, tiba-
tiba imam sudah rukuk, maka wajiblah bagi ma'mum itu turut rukuk
bersama imam, kerana ia seperti orang masbuq dan ia turut dapat raka'at
itu, walau pun yang demikian berlaku pada setiap raka'at.

Ma'mum Masbuq Yang Luput Raka'atnya

Bagi ma'mum yang masbuq , jika kerana hendak me,nyempurnakan


Fatihah, ia ketinggalan hingga imamnya rukuk kemudian bangkit dari
rukuk, atau ia turut rukuk bersama imamnya tetapi tidak sempat mendapat
[1201
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (V1rsi Bahasa Malaysia)

toma'ninah untuk sekurang-kurang rukuk, sebelum imam bangkit daripada


rukuk, maka luputlah raka'atnya. Dan ia hendaklah mengikut imamnya
di mana imam berada, dan hendaklah ditambah satu raka'at lagi selepas
imam memberi salam sepertiyang disebut oleh 'Allamah Syubramilsi.

Disunatkan Tidak Menyibuk Dengan Zikir

Sunat bagi orang masbuq tidak menyibukkan dengan membaca zikir yang
sunat. Sebaiknya selepas takbiratul ihram, dia terus membaca Fatihah,
kecuali dia berpendapat ia sempat membaca zikir yang sunat berserta
Fatihah, maka bolehlah ia melakukannya.

Fatihah Ditanggung Oleh Imam Serta Mendapat Raka'at.

Pertama: Apabila imam rukuk, ma'mum yang masbuq memulakan


takbiratul ihram, kemudian terus membaca Fatihah tanpa menyibukkan
dengan yang sunat, ia hendaklah meninggalkan bacaannya dan wajib
turut rukuk bersama imam, kerana keadaannya itu wajib mengikut imam
yang rukuk. Manakala Fatihah atau sebahagian daripada Fatihahnya akan
ditanggung oleh imam dan ia mendapat raka'at tersebut.

Kedua: Dan jika ma'mum yang masbuq lambat bacaannya , maka


keadaan begini tidak wajib dibaca selain daripada yang se npat dibacanya.
la berlainan daripada masalah orang muafiq dahulu, kerana masalah ini
dipermudahkan dan patutlah dipeliharakan halnya jua tiada yang lain,
berlainan halnya pada orang muafiq. Sekian jua apa yang disebutkan
dalam masalah ini mengenai Fatihah. la memadai sekadar yang sempat
dibaca dan tuntutan membacanya digugurkan. Maka hu!<umnya seperti
orang yang mendapatkan imam selepas imam bertakbir untuk rukuk, dia
wajib turut rukuk bersama imam dan dia menperoleh raka'at itu. Orang

[ 121]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

masbuq itu wajib mengikut imamnya pada rukuk, sama ada sempat
membaca sesuatu atau tiada daripada Fatihah , dapatlah raka'atnya.

Ketiga: Jika yang masbuq itu tidak sempat membaca Fatihah atau
sempat membaca sebahagian jua, Fatihahnya itu ditanggung oleh
imamnya dengan syarat; imam itu suci ( ~·8k:'. ) dan bukan pad a
raka'at yang terlebih seperti raka'at yang kelima dan disyaratkan juga ia
dapat rukuk dengan toma'ninah dengan sekurang-kurang rukuk
bersama imam sebelum bangkit imamnya. Jika ma'mun rukuk selepas
imam mengangkat kepala dari rukuk kerana berusaha mEimbaca Fatihah ,
luputlah raka'atnya.

Keempat: Jika ma'mum sibuk


'. , ) dengan membaca zikir
( J~
yang sunat, wajib dibaca Fatihah sekadar huruf membaca zikir yang sunat
yang dilakukannya atau kadar masa diamnya jika ia diam. Dalam keadaan
yang demikian, ia hendaklah berijtihad menu rut sangkaannya yang biasa,
sam a ada telah dibaca sesuatu atau. tiada daripada Fatihah pada rupa
masalah ini. Maka jika ia telah membaca apa yang terwajib baginya dan
dia turut rukuk berserta imamnya dengan yakin mendapat toma'ninah,
maka dapatlah raka'atnya.

Jika imam mengangkat kepala daripada rukuk dan ma'mum yang


masbuq telah selesai membaca Fatihah atau ia gagal rukuk dengan
toma'ninah bersama imam, luputlah raka'atnya, dan hendaklah ditambah
satu raka'at lagi selepas salam imamnya.

Hukum Bagi Ma'mum Yang Masbuq Yang Belum Sempurna


Fatihah Tapi Imam Sudah Angkat Kepala Daripada Rukuk

Jika imam mengangkat kepalanya daripada rukuk, sedangkan ma'mum


yang masbuq belum lagi menyempurnakan bacaan Fatihahnya, ia
dimestikan meniat mufaraqah seperti yang dipegang oleh Syeikh Ibni
Hajar pada kitab Minhajul Qawim, Khatib Syarbini pada kitab Mughni
[ 122]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

dan Syeikh Syihab Ramli pada kitab Nihayah. Menurut Syeikhullslam ia


t.idak semestinya mufaraqah, boleh juga ia tinggalkan rukuk, turut sujud
bersama imam. Maka apa yang difahami daripada percakapan Syeikhul
Islam itu, ialah ma'mum itu dapat memilih antara niat mutaraqah dan
meninggalkan tertib sembahyang dirinya kemudian turun sujud
mengikut imamnya. Dalam dua syarah kitab Irsyad , Syeikh Ibni Hajar
cenderung kepada pegangan tersebut tetapi menghubungkannya dengan
orang yang ketinggalan dengan ma'at, maka dima'afkan ketinggalannya
hingga tiga rukun yang panjang.

Hukum Orang Masbuq Yang Ghairah Membaca Yang Sunat

Dan telah disalinkan pada kitab Tuhfah daripada kebanyakan ulama ,


orang yang masbuq yang ghairah membaca zikir yang sunat, apabila
imamnya rukuk tidak dimestikan membaca Fatihah mengikut kadar
yang luput disebabkan membaca yang sunat itu, tetapi hendaklah
mengikut imamnya pada rukuk. Menurutnya inilah ya,lg dipilih, tetapi
perhimpunan ( t.~}) ulama Mutakhirin lebih cenderung ( c:1;' )
kepadanya dan mereka memanjangkannya kepada mengambil dalil

( J'i~ 1) dengannya. Dan sesungguhnya percakapan dua syeikh


yang manghukumkannya hingga akhir apa yang ada padanya sebenarnya
adalah percakapan Syeikh Ibni Hajar seolah-olah ia pergi-balik ( o;)~;)j )
antara percakapan ini (tidak dimestikan membaca Fatihah kadar yang
luput) dengan percakapan Syeikhul Islam (tidak dimestikan mufaraqah)
dan antara percakapan yang terdahulu (dimestikan niat mufaraqah)
daripada kitab Minhajul Qawim dan ia lebih cenderung kepadanya. Sekian!

[ 123]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

-:I~O ~'\I~O O~:


"-'~
~ -
(Penyempurnaan Masalah)

\ ~
sa"
.

Syak Adakah la Orang Muafiq Atau Masbuq

Jika berlaku syak adakah ia orang muafiq atau masbuq. Dalam kitab
, dia 'ihtiath ' (
Tuhfah mencadangkan supay'a ..1GI ) , maka dia
hendaklah menyalahi (~) imamnya kerana hendak
menyempumakan bacaan Fatihah tetapi tidak dapat raka'atnya , demikian
juga yang dipegang oleh Syeikhul Islam, dan jikalau tidak dapat
disempurnakan Fatihahnya hingga imam itu turun kepada sujud , maka
tatkala itu mestilah ia meniatkan mufaraqah. jika tidak . batallah
sembahyangnya, bandingannya seperti apa yang telah tersebut.

Manakala yang dipegang oleh Khatib Syarbini dan Syeikh Syihab


Ramli ia diberi hukum seperti orang muafiq, hendaklah ia lakukan menu rut
tertib sembahyang dirinya dan ia akan mendapat raka'atnya selagi imam
tidak berlalu melebihi tiga rukun yang panjang. Dengan pendapt in i juga
dipetuakan oleh Syeikh Syihab Ramli dan ternyata pendapat Imdad pun
cenderung kepadanya. Dan Allah S.W.t. jua yang lebih mengetahui.

~I~ .rL~ ..-"~~";I J:..~,~ L3/'"


.. J:.. ill! ~~
~ .,.,
... ..- ,..

~I J.t: I -.1' o~ 1-),a o~ lJ,C~ ~L1~ I"...;.I~ -:l~r ...1J


-
. ... ... .... ... '"

~:,LLliI ~}~ ;;C In l:J.S':, ~~~ljJl ~:?~ LJS utJ:N 1


- "

~~ ~~ .;~LhJI
"'....
r'_~ ~~ .....~Gjl~ ...~G..::,I~
......... ..
";1 ~~
~~ ~ ~G ·;r,:,:JIJ:.. ~)C~ .~~ ~ (~.J I ~~
.:;.JWI
[ 124]
Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (Versi Bahasa Malaysia)

( Rahmat dan sejahtera Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhamad.


ahli keluarga dan Sahabat-sahabatnya. Dan pujian itu bagi Allah pada
awal dan akhirnya, zahir dan batinnya, pemberi rahmat dan sejahtera ke
atas sebaik-baik makhluk pada setiap kali para penzikir menyebutnya
dan pada setiap kali pelupa-pelupa itu lupa menyebutnya dan juga ke
atas ahli keluarganya , Sahabat-sahabatnya , isteri-isterinya dan
keturunannya yang suci. Maha suci Tuhan engkau, Tuhan yang
mempunyai kemuliaan, daripada apa yang mereka sifatkan. Dan selamat
sejahteralah sekalian Rasul. Dan pujian itu bagi Allah, Tuhan sekalian
alam).

'Faqir' kepada Allah, Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathonitelah selesai


menterjemahkan risalah ini pada waktu 'Asar, hari selasa, empat bel as
haribulan Syawal , tahun seribu dua ratus lima puluh sembi Ian Hijriah , di
negeri Mekah al-Musyarrafah yang dimuliakan Allah Ta 'ala. Wahai Tuhan l
Perkenankanlah .

***w*****************************

*******************

****

[ 125]

Anda mungkin juga menyukai